Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SALIMPODON DARAT, PITAS

KERTAS KERJA
KEM
BINA INSAN MURID 2012
Insan Utuh Insan Berkualiti
TARIKH: 22 24/05/2012 (SELASA KHAMIS)
ANJURAN BERSAMA:
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING,
BAHAGIAN HAL EHWAL MURID
DAN
PANITIA MATAPELAJARAN TERAS

PENDAHULUAN
Melahirkan insan yang berkualiti merupakan tanggungjawab yang menjadi rutin setiap
sekolah dan murid harus mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan.
Maka, program KEM BINA INSAN MURID dirangka ke arah membentuk murid berkualiti.
Program ini merupakan salah satu program yang dirancang oleh unit Bimbingan dan
Kaunseling dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Murid dan panitia-panitia matapelajaran
teras sekolah yang disesuaikan khusus untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki
peperiksaan UPSR.
Maka, program ini diharap dapat melahirkan murid yang memiliki kemantapan sahsiah yang
tinggi dan mampu menangani pelbagai cabaran fizikal dan mental dalam kehidupan seharian
mereka.
MATLAMAT
1. Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap
murid.
2. Melahirkan murid yang berwawasan dan berkualiti.
OBJEKTIF
1. Murid berkeupayaan dan mampu menempuh ujian fizikal dan mental dalam
kehidupan seharian.
2. Murid berkebolehan mengenal persepsi dan nilai diri serta individu lain dalam
komuniti.
3. Murid mendapat pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan diri.
4. Murid mengenali kekuatan dan kelemahan diri dari segi mental dan fizikal agar dapat
menyesuaikannya di sekolah.
TEMA
INSAN UTUH INSAN BERKUALITI
TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 22 Mei 2012 24 Mei 2012


: Selasa Khamis
: 03.00 Petang (Selasa) 12.30 Petang (Khamis)
: SK Salimpodon Darat Pitas

SASARAN
Semua murid Tahun 6
47 orang
2

SUMBER KEWANGAN
Unit Bimbingan & Kaunseling
Panitia-panitia matapelajaran teras
Sumber-sumber lain
AKTIVITI \ TENTATIF PROGRAM
o Sila rujuk lampiran 1
JAWATANKUASA PELAKSANA
o Sila rujuk lampiran 2
ANGGARAN BELANJAWAN
o Sila rujuk lampiran 3
KEPERLUAN PERALATAN / SIARAYA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

LCD
Mikrofon & P.A system
Kertas A4
Kertas Mahjong
Pen Marker
Kem pasang siap 16 set
Tali rafia
Lampu kalimantang
Makan minum (3hari 2 malam)

PENUTUP
Kem BINA INSAN MURID 2012 ini sudah pasti akan mencapai matlamat dan
objektifnya, dengan adanya komitmen dan kerjasama yang padu dari semua pihak. Melalui
program ini juga diharap dapat melahirkan murid sekolah yang berkualiti dan cemerlang
dalam peperiksaan UPSR kelak untuk menaikkan nama baik sekolah dan daerah Pitas.
SK. SALIMPODON DARAT PITAS, PUSAT KECEMERLANGAN ILMU

Disediakan oleh,

(SILVERIUS MICKEY @ JOHNNY)


Setiausaha
Guru Penyelaras
Unit Bimbingan
Sekolah Kebangsaan Salimpodon Darat Pitas

Disemak oleh,

( JAMIL DAUT )
PENOLONG KANAN HEM
Sekolah Kebangsaan Salimpodon Darat Pitas

Disahkan oleh,

( KINCHIN BOLUOT )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Salimpodon Darat Pitas
Cop Sekolah :

sk: Fail sekolah