Anda di halaman 1dari 26

TEATER DALAM PENDIDIKAN

1.0 KONSEP TEATER DALAM PENDIDIKAN

Pementasan lengkap untuk tontonan umum

Salah satu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka

Cara untuk berfikir dan berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara

KONSEP TEATER

Gabungan seni lakonan dengan pelbagai bidang yang lain

Sebagai salah satu cara untuk belajar

Pementasan bagi meningkatkan potensi dalam diri pelajar

teater adalah sesuatu yang indah serta suatu hiburan namun terdapat unsur-unsur ilmu

aktiviti yang berpusatkan murid

TEATER DALAM PENDIDIKAN


Menurut Peter Brook, Teater akan menjadi tempat yang indah bagi orang-orang yang mabuk dan kesepian, Teater merupakan sebuah tindak budaya, Teater bukanlah tempat untuk melarikan diri ataupun untuk mencari perlindungan. Ini bermaksud teater adalah sesuatu yang indah serta suatu hiburan namun terdapat unsur-unsur ilmu yang terdapat dalam hiburan tersebut. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, teater merupakan banggunan yang di dalamnya terdapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan dan sebagainya untuk ditonton oleh orang ramai. Teater biasanya sering dipentaskan oleh pelajar-pelajar sekolah dan juga pelakon-pelakon yang mengambil subjek teater semasa persekolahan. Teater adalah salah satu pementasan yang agak sukar kerana ianya meangambil masa yang lama untuk latihan dan juga memerlukan kerjasama yang utuh dalam setiap pasukan. Bukan itu sahaja, teater juga merupakan seni persembahan yang menggabungkan seni lakon dengan pelbagai seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni pertukangan, seni bina, seni berbahasa dan seni yang lain. Teater memerlukan persediaan luaran dan dalaman pelakon kerana penglibatan mereka sangat pentung dan amat bertepatanlah, teater menjadi medium unggul untuk menyampaikan pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini. Melalui penglibatan dalam aktiviti teater, pelajar digalakkan memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Ini bertepatan pula dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti teater juga merupakan aktiviti yang berpusatkan murid, kerana proses penghasilan teater itu sendiri pasti melibatkan penyertaan mereka secara aktif. Teater dalam pendidikan merupakan satu seni dalam persembahan yang

menggabungkan seni lakonan dengan pelbagai yang lain seperti seni muzik. Teater bermaksud satu bentuk kerja artistik di mana para pelakon meniru watak ataupun perwatakan di dalam sebuah bentuk persembahan secara langsung (bukan difilemkan) berdasarkan kepada sebuah skrip, (Robert Cohen, 1981). Teater adalah sebuah pementasan lengkap yang boleh ditonton oleh umum. Pengajaran teater dalam pendidikan merupakan satu aktiviti yang berpusatkan murid dan pengajaran ini mampu menjadi medium untuk mencapai perpaduan kaum. Selain itu, pengajaran teater dalam pendidikan dapat menggalakkan murid untuk memahami dan menjiwai permasalahan dalam khalayak masyarakat dengan menjiwai watak atau skrip. Ini secara tidak langsung dapat

TEATER DALAM PENDIDIKAN


menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid dan mampu meningkatkan potensi dalam diri mereka. Tambahan pula, penguasaan daripada aspek bahasa dapat dipertingkatkan secara tidak langsung. Kemahiran-kemahiran bahasa dapat dikuasai dengan baik, antaranya adalah kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Teater dalam pendidikan juga dapat melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul sebelum, semasa dan selepas sesebuah pementasan teater. Melalui aktiviti teater, murid-murid dapat dibimbing untuk berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Melalui aktiviti teater, murid-murid dapat dibimbing untuk berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti teater ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih bermakna dan menyeronokkan. Teater atau drama merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajar mengenal diri dan masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas teater atau drama yang meniru dan mencerminkan kehidupan induvidu serta masyarakatnya. Teater merentas kurikulum kerana ianya boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, aktiviti teater yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, teater sebagai teks, berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh membimbing murid menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca. Kesimpulannya Teater dalam Pendidikan membolehkan kita melatih murid

meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti teater boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang membantu murid yang mempunyai masalah emosi dan fizikal. Drama dan teater juga berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini amat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

TEATER DALAM PENDIDIKAN


2.0 JENIS-JENIS TEATER Aktivit teater banyak boleh dilaksanakan di dalam kelas bagi memastikan suasana pembelajaran dan aktiviti yang dijalankan menarik. Selain daripada mampu mencapai objektif pembelajaran, melalui teater juga pembelajaran akan bertambah seronok. Pengaplikasian aktiviti teater dalam pengajaran dan pembelajaran guru dapat menghasilkan impak yang besar dalam diri murid. Mereka bukan sahaja memperolehi manfaat daripada isi pelajaran yang diajarkan oleh guru malah dapat menambah keyakinan diri, keberanian dan semangat dalam diri dengan melakukan pelbagai jenis teater. Jika guru dapat melaksanakan aktiviti ini dengan berkesan, sudah tentu isi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut sangat bermanfaat dan menyeronokkan murid. Antara aktiviti yang dapat di jalankan dalam kelas ialah:

Aktiviti berbentuk pementasan karya tari

Aktiviti berbentuk pementasan karya muzik atau lain-lain yang seumpama dengannya

Aktiviti yang berkaitan dengan pementasan seperti penulisan skrip

Touring bergerak

atau

persembahan

Guru boleh melaksanakan pelbagai jenis teater sepanjang berada dalam kelas. Jenisjenis teater yang utama dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

JENIS-JENIS TEATER YANG UTAMA

Teater individu

Teater kumpulan

Teater bebas

TEATER DALAM PENDIDIKAN


Pelaksanaan teater dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mampu meningkatkan daya kognitif dan kinestatik murid. Teater bukan sahaja mampu memperbaiki jasmani murid malah dapat memperbaiki emosi mereka terutamanya dalam pergaulan bersama rakan sekelas. Melalui teater, murid juga secara tidak langsung dapat memperbaiki hubungan sosial antara murid lain. Jenis teater secara individu, teater kumpulan dan teater bebas adalah satu pendekatan yang sangat baik untuk digunakan terutamanya dalam perancangan pengajaran guru bagi menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh. Teater individu ini dapat dilaksanakan oleh guru semasa langkah pertama dalam pengajaran. Teater jenis ini dapat menilai sejauhmana murid dapat menguasai isi pengajaran yang diajar oleh guru. Pelaksanaan teater individu juga dapat menarik murid-murid yang lain untuk mencuba sesuatu yang baharu. Antara contoh teater individu yang dapat dilaksanakan dalam bilik darjah ialah bercerita tanpa alat atau dengan alat. Jenis teater utama yang kedua ialah teater berkumpulan. Teater berkumpulan dapat dilaksanakan selepas guru melaksanakan teater individu. Jika murid dapat menguasai objektif teater individu, maka guru seharusnya melaksanakan teater berkumpulan bagi menggalakan kerjasama murid dalam merancang sesuatu persembahan. Teater jenis ini sangat seronok untuk dipersembahkan kerana banyak aktiviti yang dapat dilaksanakan antaranya teater pembaca dan teater bercerita. Selain itu, ianya membantu murid membina sikap saling bertanggungjawab, bekerjasama dan menanam sikap positif dalam menghasilkan perancangan persembahan teater dan pembahagian tugas. Setelah agihan peranan dan tanggungjawan dilaksanakan, murid dapat menyusun strategi perancangan persembahan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Sesungguhnya persembahan yang dilaksanakan dalam kumpulan dapat membantu murid membina jati diri dan nilai-nilai murni dalam kumpulan. Seterusnya ialah teater bebas yang menggalakan murid untuk melakukan apa sahaja mengikut kreativiti sendiri dengan menambah sedikit banyak improvisasi dalam teater yang dilaksanakan. Pelaksanaan teater jenis ini berpusatkan murid dan guru hanya sebagai pembimbing sahaja. Dengan cara ini, guru dapat memperkembangkan daya kreatif murid dan meluaskan pengalaman mereka dalam teater. Pelaksanaan teater bebas secara langsung dapat membina motivasi dan keyakinan murid secara terarah, bermatlamat dan sistematik. Perlu juga diingat bahawa teater merupakan suatu yang indah bagi pelakon teater dan juga penonton teater. Teater yang baik mampu membuat penonton mendalami setiap watak

TEATER DALAM PENDIDIKAN


dan juga setiap jalan cerita yang disampaikan. Bagi setiap penonton, mereka mempunyai citarasa sendiri tentang jalan cerita yang mereka minati. Ada yang meminati teater yang berunsurkan komedi, aksi, tragedi dan lain-lain. Seperti muzik, teater juga mempunyai jenisjenisnya yang tersendiri. Selepas menjelaskan jenis-jenis utama dalam teater, saya akan pecahkan jenis-jenis teater kepada beberapa jenis yang terdapat di muka bumi ini, iaitu teater tragedi, teater komedi, teater tragikomedi, teater melodrama, teater satira dan teater muzikal. Setiap jenis teater ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Teater pertama merupakan teater tragedi merupakan teater yang mempunyai jalan cerita yang diakhiri dengan watak utama atau hero dimatikan. Ini bermaksud pengakhiran penceritaan teater jenis ini berakhir dengan kesedihan kerana watak utama dimatikan. Cerita ini sering mendapat sambutan terutamanya kepada penggemar-penggemar teater lelaki mahupun wanita kerana cerita seperti ini menyentuh perasaan. Dalam teater tragedi, watak utama yang baik sering sahaja ditimpa kemalangan atau bencana dalam jalan cerita yang ditunjukkan. Namun penamatnya pasti berakhir dengan suatu kejayaan dan kegembiraan. Selain itu, jenis teater yang kedua adalah teater komedi. Teater komedi merupakan teater yang berunsurkan lawak atau lelucon di dalam pementasan teater tersebut. Ramai yang berminat dengan teater sebegini dan mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda. Berbeza dengan teater tragedi, teater ini berakhir dengan kegembiraan. Sepanjang perjalanan teater ini berlangsung, sepanjang jalan cerita penuh tawa dan kecindan. Bagi golongan masyarakat yang suka pada kegembiraan, pasti tidak akan ketinggalan dalam menonton teater seperti ini. Seterusnya, terdapat juga teater yang menggabungkan dua gender dalam satu teater. Teater yang dimaksudkan adalah teater tragikomedi. Teater tragikomedi ini menggabungkan dua jenis teater iaitu teater komedi dan juga teater tragedi. Hal ini bermaksud terdapat unsur gabungan tragedi dan komedi dalam plot cerita yang disajikan kepada penonton. Pada dasarnya, teater tragedi ini penuh dengan unsur komedi, dan juga gelak tawa tetapi pada akhir penceritaan cerita ini diakhiri dengan kesedihan. Terdapat juga teater yang menjadikan muzik sebagai jalan cerita sesebuah teater. Teater tersebut dikenali sebagai teater muzikal. Teater muzikal dipenuhi dengan cerita beserta nyanyian. Jika kebanyakan teater dialognya dibaca seperti perbualan yang normal, namun

TEATER DALAM PENDIDIKAN


teater muzikal ini, dialognya dibaca dalam bentuk lagu. Ini bermaksud, dialognya diubah kepada bentuk nyanyian beserta melodi. Genre muziknya bergantung kepada situasi teater tersebut. Jika situasinya sedih, lagu sedih juga akan didendangkan. Begitu juga sebaliknya. Teater ini biasanya ditonton oleh penggemar-penggemar muzik dan biasanya dewan akan dipenuhi oleh remaja sahaja. Teater melodrama pula merupakan cerita berunsur kesedihan dan penuh kesyahduan. Apabila melihat teater ini, penonton pasti akan menangis kerana pelakon-pelakon akan membawa watak sedih sepanjang jalan ceritanya. Penonton juga biasanya akan dapat menggamit kenangan yang silam apabila jalan cerita teater bertepatan dengan kisah hidupnya yang penuh dengan kesedihan. Namun apa yang menarik mengenai teater ini adalah, teater ini terdapat unsur-unsur muzikal dalam penceritaannya. Namun unsur muzikal ini tidaklah sebanyak seperti teater muzikal. Dialog dalam teater melodrama ini diubah kepada nyanyian sama seperti teater muzikal. Jenis teater yang terakhir adalah teater satira. Teater jenis satira merupakan teater yang dipenuhi dengan ejekan, cemuhan, dan sindiran untuk masyarakat. Dalam plot teater satira ini, banyak ejekan, cemohan dan sindiran yang dikepilkan dalam teater jenis ini untuk pengajaran kepada masyarakat. Teater ini kebiasannya berunsur klasik dan dongeng. Kebiasaanya teater ini dipentaskan berbentuk teater bangsawan. Gaya bahasa teater klasik dan dongeng agak sukar untuk difahami oleh golongan kanak-kanak. Oleh sebab itulah penonton yang hadir merupakan golongan dewasa sahaja.

TEATER DALAM PENDIDIKAN


JENIS-JENIS TEATER

TRAGEDI

cerita diakhiri dengan kesedihan di mana watak utama dimatikan cerita menyentuh perasaan kerana watak baik ditimpa kesusahan dan bencana

KOMEDI

cerita yang berakhir dengan kegembiraan sepanjang cerita penuh tawa dan unsur kecindan

TRAGIKOME DI

gabungan unsur komedi dan tragedi dalam plot cerita cerita yang berunsur komedi dan gelak ketawa tetapi diakhiri dengan kesedihan

MELODRAMA

cerita berunsur kesedihan dan penuh kesyahduan. biasanya dipadukan dengan muzik

SATIRA

plot cerita yang dipenuhi cemohan, ejekan dan sindirian untuk masyarakat berunsur klasik dan dongeng

MUZIKAL

seluruh cerita dipenuhi dengan muzik dan nyanyian dialog diubah kepada nyanyian

TEATER DALAM PENDIDIKAN


3.0 AKTIVITI TEATER DALAM PENDIDIKAN Aktiviti-aktiviti teater banyak memberikan kelebihan di dalam sesebuah pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana murid-murid akan berinteraksi secara spontan dalam kalangan mereka serta menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Aktiviti yang pelbagai semasa berada di dalam bilik darjah dapat mewujudkan rasa minat murid terhadap guru dan subjek yang diajar. Di antara aktiviti-aktviti teater yang dapat dilakukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran adalah:

simulasi dan improvisasi

tetamu dalam aksi

teater bercerita

AKTIVITI DALAM TEATER boneka teater pembaca

bercerita tanpa alat

bercerita tanpa alat

TEATER DALAM PENDIDIKAN


Simulasi dan improvisasi

I)

simulasi

Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah. Masalah-masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya dan sebagainya. Tegasnya, dalam Teknik Simulasi ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang diberikan. Terdapat dua jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu:

Sosiodrama

main peranan

JENIS SIMULASI

. Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan sebuah cerita yang menggambarkan sesuatu situasi yang konflik dan mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis ini merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada murid-murid (yang dipilih untuk berlakon) supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Setiap mereka memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan. Manakala Main Peranan ialah lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip dan tempoh masa berlakon adalah pendek iaitu, lima hingga ke enam minit. Lakonan jenis ini biasanya berdasarkan kepada situasi atau masalah yang direka dan

TEATER DALAM PENDIDIKAN


ditimbulkan oleh guru seperti masalah disiplin sekolah dan sebagainya. Pada lazimnya, muridmurid (yang berlakon) akan membayangkan situasi tersebut dan melakonkannya dengan spontan. Di samping itu, murid-murid juga dikehendaki mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan melalui cara lakonan tersebut. ii) Improvisasi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, improvisasi bermaksud perihal (perbuatan)

melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Menurut Som Hj. Noor (1994), improvisasi membawa maksud bertindak balas secara terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, bergambar, watak dan petunjuk. Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik dan bukan dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid. Aktiviti improvisasi dapat dibahagikan kepada enam iaitu:

Improvisasi berdasarkan gambar

Improvisasi berdasarkan bunyi improvisasi berdasarkan watak

improvisasi berdasarkan objek

Improvisasi berdasarkan situasi atau idea

Improvisasi berdasarkan kesan bunyi

TEATER DALAM PENDIDIKAN


Teater bercerita Teater bercerita adalah satu bentuk aktiviti drama neratif yang dilakonkan secara spontan untuk menghiburkanpenonton. Aktiaviiti ini mudah dijalankan kerana ia menggabungkan tenaga seorang pencerita dan beberapa orang pelakon yang beraksi mengikut watak dalam cerita. Disamping beraksi, pelakon dibolehkan membina dialog sendiri di mana sesuai (dengan bantuan pencerita) untuk menjadikan cerita tersebut lebih menarik dan realistik. Teater ini mempunyai objektif dan kemahiran sendiri terutama semasa mengajar objektif dan kemahiran ini wajib dikuasai.

OBJEKTIF : 1) Menyampaikan bahan pengajaran dengan menarik perhatian. 2) Menyampaikan objektif pengajaran dengan mudah. 3) Teknik bercerita dianggap satu cabang tertua kerana menjadi sumber hiburan rakyat.

KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN : 1) Kemahiran dalam persediaan awal. 2) Kemahiran dalam menyampaikan cerita. 3) Kemahiran menjalankan aktiviti susulan.

TEATER BERCERITA

KEMAHIRAN YANG BOLEH DIKUASAI : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Meningkatkan kemahiran mendengar. Memperkaya perbendaharaan kata. Meningkatkan kemahiran bertutur. Memperkembang sikap positif terhadap pembacaan. Membawa murid ke situasi kehidupan yang sebenar. Memperkenalkan bahan-bahan kesusasteraan. Menggalakkan murid meminati alam fantasi.

TEATER DALAM PENDIDIKAN


Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Dalam proses pembelajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, teater bercerita berfungsi untuk menghiburkan murid sambil belajar, melatih kemahiran lisan, pendengaran, pemahaman dan mengarang, menambah perbendaharaan kata, pembentukan ayat, ungkapan, peribahasa danlain-lain yang terkandung dalam cerita, memperbaiki dan memperkaya penguasaan bahasa pelajar supaya lebih kreatif, mengasah bakat lakonan pelajar dan memupuk sikap kerjasama, toleransi dan disiplin pelajar. Berikut merupakan langkah-langkah pelaksanaan teater bercerita:

Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu

Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu

Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.

Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut.

Teater pembaca Teater pembaca merupakan salah satu cara untuk menghidupkan sebuah skrip pendek. Skrip pendek itu boleh juga diambil daripada buku teks. Teater pembaca ini melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek. Teater pembaca juga dikenali sebagai teater

TEATER DALAM PENDIDIKAN


minda kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. Teater ini tidak memerlukan pelakon untuk menghafal dialog masing-masing kerana persembahan ini sepenuhnya membaca teks. Oleh kerana ianya memfokuskan membaca teks, maka aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas dan mimik muka. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati, dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka. Teater ini tidak melibatkan ruang yang luas kerana sudah memadai melaksanakan aktiviti ini di tempat yang agak kecil seperti di hadapan kelas. Aktiviti ini juga tidak memerlukan latihan yang lama kerana murid hanya perlu tahu watak dan hanya membaca mengikut intonasi watak di hadapan kelas bukannya menghafal skrip cerita yang disediakan. Namun, teater ini juga boleh dilaksanakan secara spontan mengikut kreativiti murid dan memasukkan eleman improvisasi. Teater seperti ini sesuai dalam melatih ketrampilan berbahasa kerana ianya melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yang dilakonkan. Teater pembaca ini menekankan aspek 'membaca'. Terdapat beberapa langkah pelaksanaan aktiviti teater pembaca ini, antaranya ialah guru haruslah memilih beberapa orang berdasarkan kehendak skrip. Jika watak dalam skrip adalah 5 maka, murid yang dipilih juga adalah 5 orang. Selepas murid dipilih, setiap murid akan diedarkan watak yang harus dipegang dan dimainkan dan skrip untuk dibaca. Setelah itu, barulah seorang pencerita yang digelar narrator dipilih untuk membaca bahagian naratifdalam skrip. Murid akan berlakon di ruang lakon hadapan kelas dan menghadap penonton. Pelakon boleh memilih sama ada ingin berlakon secara berdiri atau duduk di atas kerusi. Namun guru juga harus peka terhadap kedudukan murid kerana pembaca haruslah diletakkan di bahagian tepi di kiri atau kanan, manakala pelakon pula di letakkan di tengah. Pelakon membaca dialog mengikut urutan dalam skrip dan apabila giliran pelakon tiba, maka murid tersebut hendaklah bergerak selangkah ke hadapan dan membaca/melakonkan dialog dengan penuh perasaan dan intonasi yang sesuai. Melatih kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan pengarang. Objektif Teater pembaca

Memperbaiki tahap penguasaan bahasa murid dan mengash bakat mereka.

TEATER DALAM PENDIDIKAN


Tetamu dalam Aksi Tetamu dalam aksi bermaksud aktiviti pembelajaran yang menjemput seorang tetamu untuk bercerita tentang diri dan kejayaan atau pengalaman tertentu yang menarik untuk dibicarakan. Tetamu yang dijemput hendaklah sesorang yang dapat bercerita mengenai hal-hal yang berkaita dengan murid dan dekat dengan murid. Tetamu itu juga perlulah menyelitkan milai-nilai murni dalam ceritanya. Sebelum menjemput tetamu, guru haruslah meneliti dahulu latar belakang tetamu dan haruslah cerita yang disampaikan mudah untuk difahami oleh murid. Tetamu yang baik adalah tetamu yang merupakan model atau idola yang boleh dicontohi. Setelah menyelidiki latar belakang tetamu, guru bolehlah menjemput guru tersebut dan mengadakan dialog atau sesi temu ramah di bilik darjah agar murid dapat mengutarakan pendapat mereka.Teknik ini dilaksanakan untuk merangsang pelajar mencerna idea bagi tujuan membina dialog, mengumpul dan menyampaikan semula maklumat yang didengar, membina cerita atau menghasilkan karangan berdasarkan kisah seorang tetamu yang diundang. Pelajar juga digalakkan mengutarakan soalansoalan untuk mengetahui tetang diri tetamu undangan , menganalisis perwatakan dan menulis karangan berbentuk atau puisi berdasarkan idea yang dicernakan hasil dialog dengan tetamu undangan. Berikut merupakan langkah pelaksanaan semasa menjalankan aktiviti tetamu dalam aksi ini, antaranya ialah:

LANGKAH PELAKSANAAN TETAMU DALAM AKSI

1. Menjemput seorang tetamu.

4. Selesai sesi, murid akan berbincang untuk penghasilan bahan. 5. Murid mengenai tatabahasa. berbincang aspek

7. Guru memberi bimbingan semasa murid menjalankan tugasan. 8. membepersembahkan hasil tugas dalam pelbagai bentuk. 9. Aktiviti pengayaan juga dilaksanakan

2. Pelajar diperkenalkan dengan tetamu undangan.

3. Pelajar bertanyakan soalan untuk mendapatkan maklumat.

6. Guru akan memberikan tugasan kepada murid.

TEATER DALAM PENDIDIKAN


Sebelum pelaksanaan tetamu dalam aksi, guru menjemput seorang tetamu (mungkin tokoh atau seorang individu yang dikenali dan mempunyai latar belakang atau kisah hidup yang menarik untuk dijadikan model. Setelah itu, pelajar akan diperkenalkan dengan tetamu undangan dan membimbing sesi dialog. Melalui sesi dialog pelajar akan bertanyakan beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat tetang tetamu (dialog atau wawancara boleh juga dilakukan melalui tele sidang/ video confrencing) Soalan-soalan juga boleh disediakan sebelum sesi dialog bermula. Semua maklumat penting perlu dicatat oleh pelajar. Setelah sesi dialog selesai, dan tetamu telah meninggalkan kelas, guru boleh menjalankan perbincangan dan cuba mencerna idea pelajar dalam menghasilkan bahan untuk cereka atau puisi berkaitan dengan tetamu undangan. Perbincangan juga boleh berbentuk kumpulan kecil dengan memberikan fokus kepada beberapa isu atau senario tertentu yang boleh dipersetujui oleh kedua pihak (pelajar dan guru). Perbincangan tatabahasa juga boleh dilakukan dengan meminta peseta membina beberapa ayat berdasrkan perkataan , unkapan atau ayat yang digunakan dalam sesi dialog tersebut. pelajar juga boleh digalakkan mencatat perkataan yang tidak difahami serta mencari maknanya di dalam kamus. Pelajar juga akan diberikan tugasan kumpulan (kumpulan kecil 4 6 orang bagi setiap kumpulan) . Mereka diminta mencatat kisah hidaup tetamu undangan/tokoh dan menulisnya dalam bentuk peta cerita di dalam kertas sebak. Wakil kumpulan akan menyampaikan hasil perbincangan dan menyatakan senario yang dipilih untuk diperluaskan sebagai tugasan kumpulan seterusnya. Setelah itu, semua ahli kumpulan mempersembahkan hasil tugasan mereka dalam bentuk main peranan, teater pembaca atau teater bercerita, pantomim atau simulasi/improvisasi. Aktiviti pengayaan serta penyepaduan seni juga boleh dilakukan dengan mengarahkan para pelajar melukiskan wajah tetamu, membuat analogi atau metafora hasil analisis diri tetamu dan kisah hidupnya, atau membuat tanda buku, kulit buku, atau ilustrasi senario yang dihasilkan.

Boneka Boneka berasal dari bahasa Portugis Boneca yang merupakan sejenis pemainan yang terdapat dalam pelbagai bentuk, terutamanya manusia atau haiwan. Boneka dimainkan untuk menyampaikan cerita dan mesej kepada penonton. Ketika dahulu, boneka yang ada hanyalah berbentuk wanita sahaja. Boneka ini merupakan salah satu permainan yang paling tua kerana

TEATER DALAM PENDIDIKAN


ianya wujud pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir lagi. Umumnya boneka di buat sebagai permainan kanak-kanak, namun adakalanya digunakan untuk fungsi ritual yang berhubung dengan alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik. Contohnya upacara keagamaan pada zaman dahulu. Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung

dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerak serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala Jamilah Ahmad (1999) mentakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhandan sebagainya yang digerak lakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita. Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan kepadatiga peringkat, iaitu mudah dan tingkas, sederhana dan rumit. Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan tertarik dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat mencipta dan merangsang daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur. Munurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Hal ini membuktikan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan dengan teknik boneka supaya murid dapat belajar sesuai dengan keperluan mereka. Hal ini membuktikan bahawa teknik boneka amat berkesan untuk pembelajaran kanak-kanak.

TEATER DALAM PENDIDIKAN

Cara perlaksanaan teknik boneka ini berbeza-beza mengikut jenis boneka yang dimainkan. Boneka jari dimainkan dengan diletakkan pada hujung jari dan diperbuat daripada sarung tangan berbentuk kepala boneka. Boneka jari dimainkan dengan menggerak-gerakkan jari tersebut. Bagi boneka tangan pula, boneka ini dimainkan dengan tangan. Boneka ini terdiri daripada kepala dan dua tangan, manakala bahagian badan dan kakinya hanya merupakan baju yang akan menutup tangan dan lengan orang yang memainkannya. Cara memainkannya adalah dengan menggerakkan kepala boneka tangan dengan menggunakan jari, manakala ibu jari dan jari kelingking menggerakkan tangan boneka itu. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Boneka tangan boleh berbentuk binatang untuk diperkenalkan kepada kanak-kanak tentang binatang seperti lembu, kuda, ayam, kambing dan sebagainya. Dibuat dari bahan yang lembut dan dapat dicuci. Hand puppet atau boneka tangan, boleh menghiburkan kanak-kanak. Selain mengeratkan hubungan kekeluargaan dapat juga melatih mereka berekspresi dan membantu kanak-kanak bertutur dengan lebih cepat.

TEATER DALAM PENDIDIKAN

Seterusnya boneka tali. Boneka jenis ini digerak lakonkandengan menggunakan tali atau benang. Berbentuk gantung dan dikawal oleh sejumlah tali yang diikat pada yang dikawal sepenuhnya oleh penggunanya. Kayu kawalan boleh terdiri daripada sebatang kayu melintang atau tegak. Asas membuatnya memerlukan tangsn untuk mengawal kayu-kayu dan tali berkenaan. Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran untuk mengawal pergerakan tali kerana agak kompleks dan sukar untuk dikendalikan.

Selain itu, terdapat boneka tongkat. Boneka ini dinamakan sebagai boneka tongkat kerana cara memainkannya adalah dengan menggunakan tongkat. Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyaipemegang seperti kayu, rotan, buluh dansebagainya di bahagian

TEATER DALAM PENDIDIKAN


bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit,tetapi berbentuk tiga dimensi. Contoh boneka haiwan yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah rama-rama, kelawar, beberapa jenis burung yang mempunyai sayap yang panjang dan sebagainya

Selain itu, boneka bayang-bayang pula dimainkan dengan mempertontonkan gerak bayang-bayang boneka tersebut. Boneka itu juga dikenali sebagai wayang kulit. Boneka wayang kulit ialah salah satu boneka wayang kulit. Rupa bentuk boneka ini dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya baruslah dipotong keluar. Biasanya ia dibuat daripada kulit, plastik, lut sinar dan kertastebal dan ia nipis dan berbentuk dua dimensi. Kita mestilah meletakkan lidi-lidi halus di tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.Wayang kulit sering dimainkan di beberapa buah negara di kawasan Asia Tenggara seperti Terengganu dan Kelantan di Malaysia serta Jawa di Indonesia. Perlaksanaan boneka bayang-bayang atau wayang kulit memerlukan ruangan yang gelap dan tertutup untuk membuat bayang-bayang. Boneka juga dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan. Hal ini kerana, murid pemulihan lebih gemarkan pembelajaran yang berasaskan bermain. Dengan adanya boneka, murid tidak akan bosan kerana boneka dapat menceriakan suasana dalam kelas. Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini,

TEATER DALAM PENDIDIKAN


murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusus untuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan boneka juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara berkumpulan. Boneka juga dapat membina keyakinan diri murid kerana penggunaan dialog secara spontan atau dengan skrip membantu menambah keyakinan semasa berhadapan dengan rakan-rakan. Ianya juga dapat memupuk semangat kerjasama dan berkongsi pengalaman. Semasa aktiviti membuat boneka murid-murid secara tidak langsung akan berbincang sesama rakan lain dan cara ini dapat memupuk semangat juang dan setia kawan yang tinggi serta bersedia berkongsi pengalaman dan idea untuk menghasilkan boneka yang terbaik. Secara tidak langsung, murid akan teransang dan berminat untuk berlajar. Penggunaan boneka yang pelbagai bentuk, warna dan bentuk boleh menarik minat murid-murid secara tekal dan kekal. Tambahan pula,watak yang sedang ditonton atau dilakonkan itu mempunyai pengalaman manis dalam hidup mereka. Terdapat kebaikan menggunakan boneka dalam pengajaran, antaranya ialah

belajar sambil berhibur. Penggunaan boneka memberikan peluang kepada murid-murid belajar sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka. Cara ini memberikan kesan yang amat berkesan dalam proses pembelajaran murid-murid Pembelajaran terlibat. Selain itu, boneka juga akan banyak melibat

menggunakan pelbagai deria.

menggunakan

boneka

pengunaanpelbagai deria secara serentak, iaitu deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan.

TEATER DALAM PENDIDIKAN

BONEKA JARI

BONEKA TALI

BONEKA WAYANG KULIT

BONEKA TANGAN

BONEKA LIDI

Kesimpulannya, dapatan analisis daripada teknik boneka menunjukkan bahawa perlaksanaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran amat relevan. Teknik ini wajar dipraktiskan oleh guru untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak dapat dijalankan selari dengan perkembangan mereka. Bercerita tanpa alat Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audien. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku. (E.Greene : 1976). Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan

TEATER DALAM PENDIDIKAN


atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal. Teknik bercerita sering kali dianggap sebagai teknik yang paling mudah, sehingga guru merasa tidak perlu mempersiapkan apa-apa. Walhal, dalam persediaan bercerita guru seharusnya betul-betul bersedia dan mengemaskini bahan pengajarannya. Hal ini penting agar semasa cerita disampaikan, objektif dan tujuan bercerita dapat disampaikan dengan mudah. antara salah satu kaedah bercerita yang dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah ialah bercerita tanpa alat. Bercerita tanpa alat merupakan satu kaedah bercerita yang konvensional tetapi masih popular. Cara ini juga agak menarik minat murid apabila guru mengkehendaki murid yang mempersembahkannya dengan cara dan teknik masing-masing. Cara penyampiannya secara bersahaja namun menekankan intonasi, suara, ekspresi/mimik muka yang betul dan sesuai. Dalam pelaksanaan aktiviti ini, pencerita tidak perlu bergerak banyak dan adakalanya pencerita hanya fokus kepada tempat dia berdiri sahaja. Terdapat beberapa panduan bercerita tanpa alat yang harus diikuti oleh guru, antaranya ialah guru atau murid haruslah memilih cerita yang sesuai dan mudah disampaikan agar bacaan tersebut dapat difahami dan dihayati oleh murid yang lain. Bercerita tanpa alat ini boleh dilakukan dengan cara menghafal kata kunci dan isi-isi penting dalam cerita.semasa penyampaian cerita, pencerita hendaklah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul di samping menggunakan pakaian yang sesuai agar dapat menarik murid untuk lebih fokus kepada pencerita. Terdapat pelbegai bentuk dan jenis cerita yang boleh diambil untuk dipersembahkan, antaranya penglipur lara, cerita binatang, cerita lagenda, cerita asal usul, cerita fantasi, cerita sejarah, cerita jenaka, cerita agama, cerita benar, cerita berbingkai dan cerita adaptasi. Antara contoh cerita yang sering dilaksanakan dalam kelas ialah:

TEATER DALAM PENDIDIKAN

Cerita Si tanggang

Cerita Pak Pandir Contoh bercerita tanpa alat Cerita Sang Semut

Ceita Pohon Semalu

Bercerita dengan alat Bercerita dengan alat merupakan suatu lagi teknik yang berkesan bagi melatih kemahiran berbahasa dalam kalangan para pelajar. Aktiviti bercerita menggunakan alat ini dapat menarik perhatian para pelajar agar memberikan sepenuh fokus dan tumpuan semasa cerita disampaikan. Kepelbagaian alat yang digunakan semasa bercerita juga mampu meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap cerita yang disampaikan. Pencerita perlu menyediakan alat-alat yang bersesuaian dengan cerita yang ingin disampaikan. Namun demikian, bagi melaksanakan teknik bercerita secara yang berkesan seseorang guru harus menguasai kemahiran bercerita serta menghayati cerita dengan sebaik-baik mungkin supaya murid dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran yang disampaikan. Melalui cerita, guru dapat menanamkan perasaan cinta akan sastera dan memupuk minat membaca. Cara penyampaian guru dalam aktiviti cerita dengan alatan seharusnya pelbagai agar murid tidak mudah bosan dengan pengajaran yang sama. Berikut merupakan alatan yang sering digunakan oleh guru di dalam agar penyampaian mereka lebih teratur:

TEATER DALAM PENDIDIKAN


Teknik Pasir ialah teknik bercerita yang menggunakan pasir. Pencerita melakarkan simbol-simbol yang membawa makna di atas pasir. Teknik sapu tangan merupakan merupakan teknik bercerita menggunakan sapu tangan untuk membentuk cerita. teknik bercerita yang menggunakan bahan kertas yang dilipat bagi menggambarkan peristiwa/aksi dan keadaan yang berkaitan dalam cerita. teknik bercerita sambil menampal / melekatkan figurin yang mengikut urutan cerita pada papan cerita yang sesuai.

pasir

sapu tangan

lipatan

tampalan

Tali/ ikatan

teknik bercerita menggunakan tali untuk dibentuk menjadi satu imej, benda / peristiwa / keadaan yang menjelaskan cerita. Bercerita menggunakan buku ialah teknik bercerita berdasarkan buku-buku cerita yang terdapat di pasaran. Teknik penceritaan yang menggunakan sayur-sayuran yang sesuai untuk menggambarkan watak-watak dalam ceritanya.

Buku besar Sayursayuran

Bercerita menggunakan alatan merupakan teknik bercerita yang berkesan yang sering dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Penggunaan alatan dapat meningkatkan minat murid-murid untuk terus mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut. Bercerita menggunakan alatan ini dapat meningkatkan daya imaginasi, menggembirakan hati, merapatkan hubungan antara pendengar dan meningkatkan keprihatinan terhadap alam dan hidupan di hutan. Kesemuanya dapat menanam nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak suka akan cerita yang banyak aksi, suspens, misteri dan dialog. Pencerita seharusnya bercerita dengan menggunakan ekspresi dan intonasi yang menarik dan lancar bagi menimbulkan kesan yang mendalam terhadap penghayatan pendengar. Jika pencerita ingin melangkau terus dan bercerita tanpa melihat respon pendengar, ianya pasti tidak menyeronokkan. Pencerita juga perlu mengelak daripada melihat satu arah sahaja. Pencerita hendaklah mengangkat kepala sesekali sahaja dan melihat semua penonton. Jika ada alatan yang ingin ditunjukkan, pencerita harus menayangkannya kepada semua penonton/pendengar.

TEATER DALAM PENDIDIKAN


RUMUSAN KESELURUHAN Kesimpulannya, seni teater merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajar mengenal diri dan masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas drama yang meniru dan mencerminkan kehidupan induvidu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama kreatif, murid-murid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara (body language) dengan berkesan. Berikut merupakan rumsan terhadap hasil daripada perbincangan mengenai teater sebelum ini yang melibatkan definisi, jenis dan aktiviti teater.

TEATER DALAM PENDIDIKAN

Menurut Robert Cohen (1981) dalam bukunya Theatre, teater bermaksud satu bentuk kerja artistic di mana para pelakon meniru watak ataupun perwatakan di dalam sebuah bentuk persembahan secara langsung (bukan difilemkan) berdasarkan kepada sebuah skrip.

JENIS

AKTIVITI

Simulasi dan improvisasi Teater tragedi Bercerita dengan alatan Teater komedi Bercerita tanpa alatan Teater tragikomedi Teater bercerita Teater melodrama Teater pembaca Teater satira Boneka Teater muzikal Tetamu dalam aksi