Anda di halaman 1dari 5

Topik: Bulatan Tingkatan: 2 dan 3

1.0 Senarai Bahan Bantuan Belajar (BBM) yang Disediakan: Tiga set BBM telah dihasilkan untuk pelajar memanipulasi dan membina konsep berkaitan dengan bulatan iaitu: 1) Papan-geo bulatan a) Papan-geo bulatan b) Getah c) Protraktor 2) Lilitan dan Jejari a) Polisterin berbentuk bulat yang berlainan saiz b) Tali c) Pembaris 3) Euclid Proof a) Kertas berbentuk bulatan b) Gunting

2.0 Bagaimana BBM Tersebut Digunakan dalam PnP 2.1 Papan-geo Bulatan Pelbagai konsep bulatan dapat dibina dengan menggunakan BBM ini dan cara pembelajaran yang digunakan ialah pembelajaran secara deduktif iaitu umum ke khusus. Sebagai cadangan penggunaan Papan Geo Bulatan ini, pelajar digalakkan untuk melakukan aktiviti secara berpasangan atau berkumpulan kecil seramai 3 orang. Kemudian, guru akan memberikan arahan kepada pelajar untuk bina satu sudut pada lilitan yang dicangkum oleh lengkok (dua titik tetap). Kemudiannya, pelajar diminta mengubah kedudukan pada lilitan tetapi dua titik yang membentuk lengkok tidak diubah. Pelajar diminta meneroka dan mengira sudut yang terhasil pada lilitan dengan menggunakan protraktor dan kemudiannya membuat kesimpulan apa yang ditemui. Konsep yang ingin dibina di sini ialah sudut pada lilitan yang dicangkum oleh lengkok yang sama adalah sama besar.

Antara konsep bulatan yang dapat diteroka oleh pelajar dengan menggunakan Papan Geo Bulatan ialah: 1) Memahami konsep jejari bulatan sentiasa mempunyai panjang yang sama untuk satu bulatan.

2) Meneroka dan memahami ciri-ciri sudut dalam bulatan: Sudut pada lilitan yang dicangkum oleh lengkok yang sama adalah sama besar.

3) Meneroka dan memahami ciri-ciri sudut dalam bulatan: Sudut pada pusat adalah dua kali ganda sudut pada lilitan yang dicangkum oleh lengkuk yang sama.

4) Meneroka dan memahami ciri-ciri sudut dalam bulatan: Sudut pada lilitan sentiasa 90 apabila segi tiga bersudut tegak dihasilkan dalam separa bulatan

5) Meneroka dan memahami ciri-ciri sudut dalam bulatan: hasil tambah sudut pedalaman bertentang sisi empat kitaran adalah 180.

2.2 Lilitan dan Jejari BBM ini bertujuan untuk membina konsep: semakin bertambah panjang jejari, semakin bertambah panjang lilitan bulatan. Hubungan .

Pelajar diminta mengukur lilitan bulatan dengan menggunakan tali dan pembaris. Kemudiannya, minta pelajar mengukur panjang jejari bulatan tersebut dan catat maklumat yang diperolehi. Ulang langkah-langkah di atas dengan menggunakan bulatan yang berlainan saiz. Minta pelajar simpulkan apakah perkaitan antara panjang jejari dan panjang ukur lilit bulatan.

2.3 Euclid Proof (A=r^2) BBM ini bertujuan untuk membina konsep: buktikan bahawa luas bulatan sentiasa Dengan menggunakan kertas yang diberikan dan gunting, pelajar diminta membuktikan bahawa luas bulatan ialah . Biarkan pelajar berbincang dan meneroka cara untuk

membuktikannya, jikalau mereka tidak dapat menjawabnya, guru perlu membimbing mereka. Pertama sekali, panjang jejari bulatan yang diberikan mestilah diukur dengan menggunakan pembaris. Gunting bulatan tersebut kepada 16 bahagian yang sama besar dan bahagian tersebut digunting seperti potongan pizza. Kemudiannya, ambil bahagian yang berwarna merah dan susun mereka secara bersebelahan membentuk seakan-akan gigi yang tajam. Bahagian yang berwarna kuning pula disusun di celah-celah gigi merah tersebut seperti gambar di bawah:

Tanyakan soalan yang dapat membuat pelajar berfikir seperti: bentuk apakah yang terhasil dan bolehkah kita mengira luas bentuk tersebut? Jawapannya ialah bentuk yang terhasil adalah segi empat selari. Dengan menggunakan formula untuk mengira luas segi empat selari, kita dapat membuktikan bahawa luas bulatan sentiasa .

Faedah BBM Tersebut dalam Membantu PnP 1. Sesuai digunakan untuk membina konsep berdasarkan HSP Matematik BBM tersebut bertujuan untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dalam membuat penaakulan intelektual mengenai konsep-konsep penting dalam bulatan. Disebabkan pelajar dapat memanipulasi dan pada masa yang sama meneroka BBM

tersebut, mereka akan belajar secara hands-on dan kemudiannya mengkonstruk idea-idea baru mengenai bulatan dan kemudiannya menintegrasikannya ke dalam pengetahuan sedia ada mereka. 2. Sesuai dengan kegunaan pelajar BBM yang menarik dan berwarna-warni akan menarik minat pelajar dan ini akan menggalakkan mereka untuk lebih berfikir secara kreatif dan kritis. Selain itu, BBM tersebut senang untuk dikendalikan dan dikawal oleh pelajar. Di samping itu, tahap kesukarannya tidaklah terlalu tinggi dan pelajar daripada pelbagai tahap mampu menerokanya untuk membina konsep bulatan namun guru juga memainkan peranan yang penting dalam membimbing mereka.