Anda di halaman 1dari 3

Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan murid Bidang Tajuk Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran

: Matematik : 3 Cemerlang : 16 Jun 2014 : 8.00 a.m 9.10 a.m : 28 orang : Algebra : Ungkapan Algebra III : Memahami dan menggunakan konsep kembangan. : Pada akhir pengajaran, murid berupaya untuk: (a) Menentukan kembangan yang melibatkan ungkapan algebra dalam satu tanda kurung. (b) Menentukan kembangan yang melibatkan ungkapan algebra dalam dua tanda kurung.

Pentaksiran

: (a)Pelajar dapat membuat kembangan yang melibatkan ungkapan algebra dalam satu atau dua tanda kurung (b)Pelajar dapat menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan kembangan : Pelajar telah mempelajari: (a) Konsep sebutan algebra dalam dua atau lebih pembolehubah. (b) Konsep ungkapan algebra

Pengetahuan sedia ada

Elemen merentasi kurikulum

: Pelajar beroleh: (a) Daya saing (b) Meneroka konsep matematik menggunakan perisian komputer

Kemahiran proses Matematik

: Pengiraan melibatkan kembangan

Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit) Langkah 1 (30 minit)

Isi kandungan Menguatkan pengetahuan sedia ada pelajar mengenai algebra Memahami dan menggunakan konsep kembangan i) Menentukan kembangan yang melibatkan ungkapan algebra dalam satu tanda kurung. (ii) Menentukan kembangan yang melibatkan ungkapan algebra dalam dua tanda kurung.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Tayangan video mengenai algebra: http://www.youtube.com/watch?v=-xYYnj-SrsM Pelajar dibahagikan kumpulan secara berpasangan. Guru menggunakan bahan multimedia (power point) yang mengandungi nota-nota mengenai konsep kembangan untuk mengajar. Mulakan dengan nota 1. Pada masa yang sama, guru sentiasa memantau sama ada murid dapat memahami atau tidak nota yang diajar di hadapan . Guru juga memberi peluang kepada pelajar untuk bertanyakan soalan. Selepas selesai satu nota diajar, guru meminta pelajar menjawab soalan latih tubi yang dipaparkan di power point dalam kumpulan masingmasing. Pelajar digalakkan untuk berbincang dengan pasangannya dan guru pada masa yang sama memantau pelajar. Selesai semua soalan dijawab oleh pelajar, guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan mengajar nota 2. Proses pembelajaran berulang dengan nota seterusnya sehingga nota 4.

Catatan Tayangan video

Penggunaan Multimedia

Langkah 2 (10 minit)

Menguji kefahaman pelajar secara menyeluruh

Dalam kumpulan yang sama, pelajar diminta untuk bertanding dengan kumpulan yang lain dalam menyelesaikan kuiz yang dipaparkan menggunakan power point. Pelajar diminta ke hadapan dan memanipulasi power point tersebut untuk memberikan jawapan yang dipilih. Kumpulan yang berjaya menjawab soalan kuiz tersebut akan diberikan hadiah.

Daya saing

Pendedahan ICT kepada pelajar

Penutup (5 minit)

Guru meminta pelajar membuat rumusan mengenai apa yang telah dipelajari mereka pada hari ini.

Membuat kesimpulan

Disediakan oleh, HANISAH BINTI HANAPI

Anda mungkin juga menyukai