Anda di halaman 1dari 1

SYAIR SITI SIANAH

SYAIR SITI SIANAH


PADANKAN MAKSUD SYAIR DENGAN RANGKAP YANG BETUL. 1 Setengahnya perempuan terlalu janggalnya, Roma di muka pula dicukurnya, Seperti taji berandam di keningnya, Kemudian memakai dengan selengkapnya. Mengagak mengilai terlalu suka, Melihat laki-laki ditampakkan muka, Supaya laki-laki boleh menyangka, Ianya elok tiada berhingga. Setengah perempuan sangat pesolek. Berhias berdandan berpakai molek, Di dalam cermin muka ditelek, Kanan dan kiri dibelek-belek. Meskipun tiada berapa eloknya, Ada yang setengah kembang hidungnya, Serta kepik pula batangnya, Seperti buaya besar mulutnya. Setengah perempuan perangainya cela, Habis dipenuhi rambut kepala, Rambut yang sikit disiputnya pula, Memakai cemara berjela-jela. Terkadang muka ditumbuhi pupuri, Kaki dan tangan, lengan dan jari, Jadilah rupanya putih berseri, Pekerjaan tipu sangat digemari. Setengah perempuan yang makan angkat, Memakai gelang bertingkat-tingkat, Memandang laki-laki matanya lekat, Dengan jantan suka berdekat. Kaki dan tangan dinaikkan pula, Pura-pura dikatakan ubat segala, Hakikatnya diketahui Allah Taala, Supaya laki-laki berhati gila. Berlindunglah kita kepada Allah, Daripada perbuatan yang amat salah, Mudah-mudahan dilepaskanlah, Jangan menjadi betina sempolah. Setengahnya suka bermain judi, Inilah perangai yang banyak terjadi, Habislah tergadai intan serudi, Kerana perangai sudah membadi. Laki-laki perempuan bertindih lutut, Banyaklah kelakuan yang tidak patut, Sembahyang ibadat sudahlah bantut, Kerana syaitan duduk di buntut. 6 4 Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias. Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki. Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan. Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka. 9 Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak. Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.

11

10

Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah. Segelintir wanita berlebih - lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya. Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.

10

11

Latihan 1.Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah. 2.Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah. Jawapan 1.Antara sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah ialah mencukur bulu roma di muka dan kening. Selain itu, terdapat juga wanita yang ketawa mengilaingilai dan berhias dengan tujuan memikat lelaki. 2.Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah ialah persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak dan persoalan ketaaatan kepada Allah.

Anda mungkin juga menyukai