Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan FPK dan FPG merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini dapat membangunkan modal insan. Maka adalah penting bagi setiap guru untuk meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG akan memberikan memberikan implikasi kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan.

2.0 Berdasarkan teks ucapan di atas, huraikan bagaimana cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan.

2.1 Guru harus mengamalkan kemahiran profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr.Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan murid-murid yang dapat belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. Perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik seperti kemahiran berfkir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar dan kebolehan menguasai bahasa kedua dengan baik. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran sentiasa menganjurkan pelbagai kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk guru. Oleh itu, guru dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Guru sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif Guru boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu, untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Oleh itu, peranan guru seterusnya ialah sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab guru mendorong pemikiran kritis dan kreatif adalah usaha ke arah pembinaan modal insan yang mampu membangunkan negara menerusi pemikiran mereka. Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 usaha

membangunkan modal insan, tumpuan diberikan dalam melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran. Hal ini bererti setiap guru bertanggungjawab dalam mendorong pemikiran murid yang kritis dan kreatif menerusi pengajaran guru. Apabila seorang guru itu sendiri mempunyai pemikiran kritis dan kreatif, secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi gaya pemikiran anak muridnya supaya dapat menjana idea-idea baru yang bernas dan kreatif agar dapat melahirkan murid yang kompeten dalam pelbagai bidang dan berdaya kreatif serta berkebolehan. Guru bertanggunjawab meransang pemikiran murid agar mampu berfikir pada tahap yang tinggi dengan memilih strategi pengajaran yang berkesan. Antara tindakan guru yang boleh merangsang pemikiran kritis dan kreatif murid adalah pemilihan teknik pembelajaran yang memberi ruang kepada murid untuk meneliti, mengamati dan berfikir serta pembelajaran di luar bilik darjah meluaskan pengalaman dan pengamatan murid terhadap persekitaran. Bukan itu sahaja, keadah pembelajaran yang boleh dikendalikan oleh guru adalah penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mengajak murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah di samping membaca pelbagai bahan ialah ransangan kemahiran berfikir kepada guru dan murid. 2.3 Guru berperanan menggilap potensi murid-murid Setiap manusia diberi kelebihan dan keistimewaan berbeza-beza. Bagi seorang guru, bukan kelemahan seseorang murid itu dicari, tetapi keistimewaan itu dicari dan digilap agar menjadi manusia yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri, malahan untuk mesyarakat dan negara. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak mencungkil bakat serta kebolehan muridmuridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh. Guru ialah pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid dengan didikan dan bimbingan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan kurikulum di sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada yang ada di dalam diri murid

dengan menekankan pendidikan yang berasaskan nilai murni. Contohnya melalui pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta nilai merentas kurikulum. Setiap guru yang bertanggungjawab mengendalikan mata pelajaran tersebut merupakan pihak yang boleh mengenal pasti bakat murid dan menggilap potensi mereka supaya potensi tersebut dapat menjadi modal insan yang mampu menyumbang kejayaan kepada diri dan negaranya. 2.4 Guru bertindak sebagai pembentukan nilai/role model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu perkara.menurut Ragbir Kaur (2007), guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa murid. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada murid-murid. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. 2.5 Guru berperanan sebagai pembimbing Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Peranan seorang guru sebagai pembimbing dan kaunselor sangat besar dan sangat penting dalam memastikan kelahiran manusia-manusia yang berilmu, yang boleh berfikir untuk membawa perubahan keidupan manusia ke arah yang lebih selesa dan sempurna. Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu dipelajari oleh mereka dan mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka akan belajar apa yang diajarkan kepada mereka. Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan. Guru juga adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

3.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, guru merupakan permata yang bernilai kepada bangsa, masyarakat dan negara. Oleh itu, guru memikul tanggungjawab yang sangat penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Maka, warga guru wajar dan wajib memanfaatkan kepakaran dan ilmu masing-masing untuk membina modal insan dalam pelbagai disiplin dan dimensi demi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita selama ini. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.