Anda di halaman 1dari 4

Antara Yahudi Orthodoks dan Pemimpin Arab

oleh Ibnuyaacob

(Gambar) King Ibnu Saud berbincang dengan bekas Presiden Amerika, Franklin D.
Rosevelt di atas kapal perang USS Quincy.

Dalam soal membantu rakyat Palestin, pemimpin-pemimpin Arab dilihat amat bacul dan
penakut. Mereka selalunya berselindung disebalik sumbangan derma yang banyak untuk
tabung Palestin. Mereka juga berselindung disebalik forum-forum dan persidangan-
persidangan antarabangsa yang membincangkan masalah Palestin. Tetapi pada
hakikatnya, dalam masa yang sama mereka menjilat tangan orang-orang zionist yang
berlumuran darah pejuang-pejuang Palestin.

(Gambar) Arafat mencium cincin Pope.

Pemimpin arab seperti Hosni Mubarak (Presiden Mesir) dan Mahmood Abbas (Presiden
Palestin) sudah pun diketahui masyarakat dunia sebagai tali barut Israel yang paling
akrab. Selain itu, bekas pemimpin PLO iaitu Yasser Arafat juga tidak terkecuali dari
gelaran tali barut, tetapi akhirnya persahabatan dengan syaitan Yahudi itu tidak berakhir
dengan ketenangan malah memakan diri.

Perubahan Sikap Yahudi Orthodox Terhadap Ideologi Zionis


(Atas) Yahudi Orthodoks di New York membakar bendera negara Israel semasa suatu
demonstrasi yang diadakan.

Apa yang pelik sekarang ialah masyarakat Yahudi yang selalu dilaungkan oleh
masyarakat Islam sebagai JAHAT! JAHAT! KEJAM! Sekarang ini amat berlainan sekali
sikap mereka. Mereka mula membela masyarakat Palestin dan menyokong sebarang
tindakan oleh Parti Hamas untuk kerajaan Palestin.
(Atas/bawah) Pertubuhan Naturei Karta menyertai demostrasi bersama rakyat Palestin
untuk menyokong rakyat negara itu menentang pencerobahan askar Israel di Ramalah,
Palestin pada November 2007 lepas.

Tidak cukup dengan itu, mereka secara terbuka menyatakan sokongan padu kepada
Presiden Iran, Mahmood Ahmedinejad tentang sikap anti-Israelnya. Pergerakan yahudi
orthodox yang diberi nama Naturei Karta ini tidak sahaja menyatakan sokongan melalui
sidang akhbar tetapi melalui suatu lawatan rasmi yang dibuat di Tehran.
(Atas/bawah) Naturei Karta mengadakan mesyuarat bersama Presiden Iran di New York
pada Isnin, 24 September 2007.

Mesyuarat tersebut berlangsung di Intercontinental Hotel, New York sempena


kunjungan Presiden Iran itu. Dalam mesyuarat tersebut, pemimpin Naturei Karta iaitu
Yisroel Dovid Weiss menyatakan usul sokongan penuh terhadap tindakan Iran
menentang pencerobohan Israel terhadap Palestin. Dovid Weiss juga melaporkan, tindak
tanduk Israel adalah bertentangan dengan ajaran suci Kitab Taurat. Malah menurutnya
lagi, fahaman Zionis yang dipromosikan pemimpin Israel adalah terpesong dari akidah
agama Yahudi yang sebenar.

Ini amat berlainan dengan pemimpin-pemimpin negara Arab yang melihat masalah
Palestin dari jauh dan kemudian melempar sahaja duit-duit berminyak mereka itu. Tidak
terkecuali juga beberapa pemimpin politik di Malaysia yang secara berani mengatakan
bahawa tindakan pejuang Hamas meletupkan diri dan mengangkat senjata adalah tidak
patut. Tindakan yang terbaik menurutnya adalah berbincang di meja rundingan.

Lebih memalukan apabila ahli politik dari Parti UMNO itu menyatakan pendapatnya
dalam program Debat Perdana (rancangan kelolaan Dato’ Johan Jaafar) di hadapan
seorang ahli panel berbangsa Cina (parti DAP). Dan yang lebih memalukan, ahli panel
berbangsa Cina itu pula menyatakan sokongan terhadap Hamas.