Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

SAINS (SCMS2013)
BIODATA PELAJAR NAMA OPSYEN NO PENGENALAN NO H/P KAD AZLINA BINTI AZZERI DPLI SABK (SAINS) 820204-14-5214

012 214 9005 SMA ADDINIAH ALISLAMIAH KG. LALANG, 33700 PADANG RENGAS, PERAK D-1-2, KOMPLEKS KUARTERS PERGURUAN,

NAMA SEKOLAH

ALAMAT RUMAH

JALAN SULTAN ISKANDAR SYAH, 33000 KUALA KANGSAR, PERAK

NAMA PENYELIA JABATAN/UNIT

PUAN HAJAH KHALIDAH BINTI AHMAD JABATAN SAINS

1.0 PENGENALAN 2.0 GURU ABAD KE 21 2.1GURU SEBAGAI FASILITATOR 2.2 GURU SEBAGAI MENTOR 3.0 KELAS ABAD KE 21 3.1 KELAS BERPUSATKAN PELAJAR 3.2 PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ) 3.3 PENDEKATAN MODULAR 3.4 MASTERY LEARNING 4.0 PENUTUP 5.0 REFLEKSI

3 4 4 6 7 7 8 8 9 9 10

Rajah 1- Proses Penyelesaian Masalah ................................................................................ 7

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di sesebuah Negara adalah penting kerana fungsinya yang bukan hanya untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya, tetapi juga sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk perpaduan kaum dalam kalangan murid. Guru merupakan kunci utama di dalam menyampaikan ideologi-ideologi ini kepada murid-murid seiring dengan semangat 1Malaysia, tanpa memberi penekanan kepada apa-apa aspek politik mahupun yang menyentuh insentiviti agama mana-mana kaum.

Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran yang semakin hangat diperkatakan dalam kalangan para pendidikan di saat ini. Pada masa ini, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk menghasilkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mahir dalam masing-masing, tetapi juga mampu menggunakan daya pemikiran yang lebih bersifat bebas, penyelesai masalah dan pembuat keputusan yang handal. Untuk memenuhi cabaran ini, pihak sekolah terutamanya guru perlu mengubah cara yang membolehkan sekolah melahirkan murid-murid yang memperoleh pemikiran kreatif, fleksible, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkerjasama dan inovatif.

2.0 GURU ABAD KE 21

Menurut kamus dewan, perkataan guru bermaksud orang yang mengajar.,pendidik, pengajar, pengasuh. Namun untuk menjadi guru abad ke 21, istilah-istilah ini perlu dilengkapi dengan ciri-ciri lain seperti guru sebagai fasilitator, mentor, motivator, serta mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, dan mampu menjana kemampuan menaakul murid-murid. Ini adalah kerana, guru merupakan ejen perubahan dan dalam menjana transformasi pendidikan Negara. Tugas guru bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi berperanan untuk membentuk bangsa menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti dunia dan akhirat.

Guru pada abad ke 21 perlu melahirkan pelajar yang kaya maklumat terutama dalam sains dan teknologi, mempunyai kekuatan minda iaitu pemikiran secara kreatif kritis dan inovatif, mempunyai nilia-nilai luhur dan harmoni serta mempunyai semangat jati diri dan mempunyai keterampilan diri yang baik. Untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri ini, guru itu sendiri perlu dilengkapi dengan pelbagai ilmu pembelajaran abad ke 21.

Di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Memartabatkan Profesion Perguruan telah dijadikan salah satu daripada teras utama,. Usaha

memartabatkan profesion perguruan ini akan diteruskan di dalam Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 melalui pelbagai intensif kepada guru seperti memantapkan proses pengambilan guru, program pembangunan prefesionalisme yang berterusan, laluan kerjaya yang menarik, dan melestarikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menjamin meningkatan kualiti guru yang merupakan faktor utama pembinaan modal insan sesebuah Negara maju. Kualiti guru yang baik, akan dapat menentukan kualiti pembelajaran murid yang berkualiti.

Guru dari peringkat akar umbi lagi perlu memahami konsep pedagogi baru yang mana teknologi terkini perlu di terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Ini bermaksud bukan hanya menggunakan teknologi terkini untuk dijadikan alat bantuan mengajar, tetapi perlu dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan terutama sekali untuk konsep pembelajaran menyelesaikan masalah. Dari sini, peranan guru sebagai fasilitator dan motivator boleh digunapakai.

2.1Guru Sebagai Fasilitator

Seorang fasilitator yang baik dapat meningkatkan rasa ingin tahu murid-murid dari mula proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) hingga selesai dalam suasana

pembelajaran yang kondusif. Ini akan membantu murid-murid untuk belajar dalam suasana yang menyenangkan mereka, gembira, penuh semangat, tidak cemas dan berani mengemukakan pendapat secara terbuka. Menurut Bruner (1956) dalam (Mok Soon, 2007), untuk seorang guru itu bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas, beliau haruslah mempunyai tujuh (7) ciri yang berikut: Tidak terlalu mempertahankan pendapat sendiri atau Closed Minded Perlu lebih mendengar pendapat dan memahami perasaan murid. Perlu menerima pendapat atau idea murid-murid yang kreatif dan inovatif, atau sebaliknya. 4. 5. Perlu meningkatkan perhatian untuk murid-muridnya. Boleh menerima maklum balas yang positif mahupun negative dan menerimanya sebagai pendapat konstruktif terhadap diri sendiri dan tindak tanduknya. 6. Mempunyai sifat toleransi terhadap kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh murid-murid sepanjang pdp. 7. Menghargai murid-murid walaupun kita sudah tahu bagaimana prestasi mereka.

1. 2. 3.

Dalam konteks pendidikan, istilah fasilitator lebih merujuk kepada pendidikan andragogi berbanding pedagogi. Namun, untuk menjadi guru abad ke 21, konsep fasilitator perlu diterapkan ke dalam suasana persekolahan. Pdp secara traditional yang telah diterapkan sejak dahulu lagi memberikan hubungan guru murid sebagai hubungan topdown. Ini merujuk kepada konsep teacher oriented yang sememangnya cara pdp traditional. Untuk menghadapai abad ke 21, konsep ini sudah tidak boleh diterapkan lagi. Hubungan guru dan murid perlu berubah menjadi hubungan kerjasama. Menurut Sina Wijaya (2008), untuk hubungan kerjasama berjaya, guru seharusnya bertindak sebagai pendamping kepada murid-muridnya dalam suasana PdP yang menyeronokan. Ini akan menjadikan proses PdP itu lebih baik kerana:

1. 2. 3.

Muid-murid terlibat 100% dalam aktiviti PdP. Murid-murid dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dan apa yang dipraktikan. Murid-murid mempunyai peluang yang lebih untuk memanfaatkan secara penuh pengetahuan dan meningkatkan ketrampilan diri. Guru boleh merubah fenomena salah konsep yang telah wujud di dalam diri muridmurid berdasarkan pengalaman lepas.

4.

5.

Guru dan murid saling memahami antara satu sama lain.

Menurut Bruner (1961), untuk PdP sains, seorang guru haruslah mempunyai aktiviti yang sesuai asas kepada peringkat umur yang perlu menepati prinsip, enaktif, ikonik dan simbolik. Guru juga haruslah mewujudkan peluang untuk murid-murid sentuh, rasa dan teroka apa yang diuji untuk mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Daripada situasi ini, guru boleh menadaptasikan ciri-ciri sebagai fasilitator dengan baik dan dapat membantu murid-murid mengubah wrong concept daripada pengalaman sedia ada mereka, kepada alternative concept di mana murid-murid dapat menyeimbangi pengalaman sedia ada mereka dengan pengalaman yang baru mereka ada.

2.2 Guru Sebagai Mentor

Guru sebagai mentor membincangkan bagaimana seorang guru sains perlu menjadi seorang yang senang didampingi dan dapat dihubungi oleh murid-muridnya bila perlu seperti yang diperkatakan oleh Dr. Ragbir Kaur (2009). Sebagai seorang guru sains, tanggungjawab mentoring ini perlu, lebih-lebih lagi dalam membantu murid-murid lemah menjalankan eksperimen. Dalam hal ini, mentor dapat membantu mengurangkan segala kekeliruan yang dihadapi oleh meruid-muridnya dapat dikurangkan. Teori Pelaziman Watson memperkenalkan system pembelajaran emosi. Dalam sistem pembelajaran emosi, Watson (1878-1958) menyatakan manusia dipengaruhi oleh tiga

emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Berdasarkan sistem pembelajaran ini, guru Sains harus menggunakan ransangan yang boleh memotivasikan murid supaya minta belajar.

Contohnya apabila menjalankan aktiviti sains di mana murid-murid perlu melihat kesan pokok yang digelang di batangnya untuk menunjukkan bahawa floem digunakan untuk membawa makanan dari daun ke seluruh pokok. Ketika membuat aktiviti ini, didapati ada murid yang tidak dapat memahami konsep menggelangkan pokok. Ada di antara muridmurid mematahkan pokok dan bukan menggelangkannya.

Sebagai seorang guru sains melalui sistem pembelajaran emosi ini, guru seharunya mendorong murid-murid untuk membuat dengan cara yang betul tanpa perlu memarahi mereka kerana kurang kefahaman mereka. Ini akan memberikan motivasi yang tinggi untuk menarik minat murid-murid untuk belajar dengan cara ransangan positif dan bukan ransangan membawa kesan negatif. Ini juga menunjukkan bahawa guru sains ini mempunyai empati kepada masalah murid-muridnya dan membina perhubungan

professional yang positif dengan murid-muridnya.

3.0 KELAS ABAD KE 21

Sumber pengetahuan utama pada abad ke 21 adalah sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Kemudahan seperti komputer, multimedia, cakera padat dan multimedia supercoridor seperti internet perlu disediakan supaya boleh digunakan oleh murid-murid. Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada abad ke 21 perlu diterapkan dengan penggunaan teknologi-teknologi ini. Seperti yang telah diperkenalkan pada tika ini, fungi Frog VLE sebagai cara PdP dijalankan di dalam kelas dan juga sebagai cara mengadakan paperless class, yang mana semua latihan, kerja rumah dan kuiz diadakan melalui aplikasi Frog VLE. Ini adalah contoh keadaan kelas pada abad ke 21 kelak.

3.1 Kelas Berpusatkan Pelajar

Antara ciri lain yang perlu wujud untuk kelas abad 21 adalah, kelas yang berpusatkan murid-murid. Guru memainkan peranan sebagai pemudah cara atau fasilitator pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat. Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif dalam semua aktivti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Antara aktiviti yang yang boleh dilakukan di dalam kelas adalah seperti model inkuiri penemuan (Mok Soon Sang 2001). Menurut Model Dewey di dalam model inkuiri sains, terdapat lima langkah aktiviti soal selidik yang dihuraikan seperti berikut:

Mengenal pasti masalah

Mencari maklumat rumusan

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Menilai dan membuat rumusan

Rajah 1- Proses Penyelesaian Masalah

Model Konstruktivisme juga boleh diimplimantasikan di dalam kelas abad ke 21. Ini adalah kerana, menurut Teori Mazhab Humanis (Mok Soon Sang 2001), perkembangan potensi individu adalah satu kepentingan, di mana potensi pelajar dapat diserlahkan lagi dengan menggunaka cara pembelajaran sendiri untuk mencapai kesempurnaan diri. Idea kostruktivisme berasal dari teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky. Di bawah konteks konstruktivisme, idea zon perkembangan prokimal (ZPD) ialah;

Prestasi pelajar, di bawah bantuan orang dewasa atau kerjasama rakan sebaya, menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri, dengan ini mencapai perkembangan peringkat potensi lebih tinggi.

Untuk memastikan semua teori-teori pembelajaran ini berjalan lancer, setiap bilik darjah perlu sekurangnya seorang guru dan seorang pembantu guru untuk membimbing murid-murid yang tidak melebihi 25 orang murid. Keadaan kelas dengan dua orang guru dan sekelompok murid patut dijadikan amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid-murid.

3.2 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Selain daripada itu, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan salah satu kesinambungan inovasi kreatif dalam pendidikan dari abad ke 20 ke abad ke 21. Perluasan PJJ seharusnya sampai ke sekolah dari peringkat rendah lagi dan tidak terhad di pusatpusat pengajian tinggi sahaja. PJJ dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 perlu mengambil kira faktor-faktor yang berikut: a) b) c) Bilangan hari persekolahan yang flksible (tidak lebih daripada 3 hari seminggu). Setiap sekolah perlu ada kemudahan computer. Penggunaan bahan pembelajaran yang telah diterbitkan sebagai asas untuk murid-murid. d) e) Bahan khusus yang terancang untuk memenuhi keperluan belajar individu. Kebolehanubahan (flexibility) kandungan kurikulum bahan pengajaran melalui struktur modular.

3.3 Pendekatan Modular

Seterusnya kaedah pendekatan modular juga perlu diadakan di sekolah-sekolah. Ini akan memberikan flexibility kepada murid-murid untuk melengkapkan satu-satu modul pembelajaran, dan kemudian boleh beralih ke modul berikutnya apabila selesai menggunakan modul sedia ada tanpa menunggu arahan guru. Pendekatan ini telah pun diamalkan di institusi pengajian tinggi tempatan. Apa yang perlu dilakukan ilah menyesuaikannya mengikut tahap kebolehan murid. Mok Soon Sang (2001) ada menyatakan bahawa untuk meningkatkan kemahiran penanggapan murid-murid, setiap modul perlu dilengkapi dengan carta atau gambar rajah

sebelum mengkaji situasi sebenar. Dalam konteks yang sama, kaedah inkuiri penemuan juga diterapkan, di mana murid-murid akan lebih memahami prinsip, hukum, generalisasi atau rumus yang dibentuk melalui modul daripada pengajaran konsep secara lansung.

3.4 Mastery Learning Pendekatan mastery learning juga boleh banyak membantu murid-murid belajar secara berfokus kepada tahap penguasaan murid-murid terhadap sesuatu yang diajar kepada mereka. Pengguasaan mereka boleh ditentukan melalui pentaksiran samada dalam bentuk pentaksiran formatif mahupun sumatif. Tindakan susulan perlu diambil untuk muridmurid yang masih belum menguasai sesuatu topik, supaya mereka tidak menghadapi kepayahan untuk melengkapkannya kelak. Menurut Mok Soon Sang (2001) seorang guru perlu memainkan peranan penting untuk menolong murid-muridnya membentuk konsep kendiri yang positif serta memupuk nilainilainya yang tinggi. Salah satu daripadanya ialah, guru perlu memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses pembelajaran. Dengan kesediaan guru untuk memberi bimbingan, guru boleh membantu murid-murid peluang untuk fokus kepada satu-satu sub-topic sebelum beralih kepada sub-topic yang seterusnya.

4.0 PENUTUP

Natijahnya, guru seharusnya memainkan peranan penting dan menyediakan diri dengan selengkapnya sebagai persediaan menghadapi sistem pengajaran dan

pembelajaran abad ke 21. Segala kajian yang telah dilakukan sebagai persediaan menghadapi abad ke 21 seharusnya diterap mulai saat dan tika ini. Tugas gur bukan hanya penyampaikan ilmu, tetapi guru juga harus menjadi seorang murabbi, muaddif serta mualim, yakni mereka yang bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga menyampaikan ilmu adab dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni serta asas kemahiran bukan sesuatu yang dapat diajar dalam bentuk teoritikal, tetapi ia sesuatu yang perlu dizahirkan oleh guru dalam bentuk ilmiah. Dengan cara itu, murid-murid akan boleh mempelajarinya melalui amali dan praktikal dan bukan sahaja mengetahui cara-cara melakukannya. Sememangnya perkongsian ilmu antara gur dan murid-murid pada adab ke 21 lebih banyak menggunakan aspek konstruktivisme, behaviourisme serta konsep kendiri yang mana muridmurid belajar, mengalami dan memahami dan bukan sahaja mengetahui. Oleh hal yang demikian, sewajarnya pada guru kini menyiapkan diri mereka dengan kemahiran pedagogi abad ke 21 untuk menjaminkan terhasilnya modal insan yang diharapkan.

5.0

REFLEKSI

Subjek SCSM2013 adalah salah satu subjek wajib yang perlu diambil oleh kami, pelajar Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) mod Kursus Dalam Cuti (KDC). Tugasan ini memberi nilai sebanyak 50% daripada keseluruhan kerja kursus untuk matapelajaran ini. Sepanjang proses membuat kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang timbul untuk menyelesaikan kertas kursus ini. Antara permasalahan yang timbul adalah seperti mencari maklumat yang sesuai berkenanan guru abad ke 21 dan ciri-ciri kelas abad ke 21. Walaupun hal ini telah diwarwarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), namun kaedah, cara dan ciri-ciri guru abad ke 21 masih lagi dalam proses kajian dan berkongsi maklumat dikalangan pegawai pendidikan daerah dengan semua guru dalam Malaysia. Sepanjang pencarian maklumat saya, saya dapati negara kita Malaysia masih tidak dapat mencapai kesediaan untuk menerima cara dan kaedah pengajaran abad ke 21. Ini adalah kerana, kita dapat pelbagai kekangan yang dihadapi terutama untuk sekolah-sekolah pendalaman, sekolah-sekolah khas seperti sekolah orang asli serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Seperti yang kita tahu, kaedah pembelajaran abad ke 21 adalah kaedah life long learning atau pendidikan sepanjang hayat, yang mana ia merangkumi empat tonggak utama, iaitu Learning to Know, Learning to do, Learning to live together dan Learning to be. Untuk menanamkan empat tonggak utama ini di dalam diri seorang murid, murid itu sendiri perlu mempunyai kesediaan dirinya menerima dan bersedia untuk menerima ilmu sepanjang hayat mereka. Sekiranya dari awal lagi, tidak ditanamkan rasa menyintai kepada ilmu, maka agak sukar untuk anak-anak ini menggunakan apa yang dipelajari sepanjang hayat mereka. Kesediaan para guru juga untuk menjadikan empat tonggak utama pendidikan sepanjang hayat ini juga memainkan peranan. Rata-rata guru baru di Malaysia, pelajarpelajar lepasan Institut Perguruan (IPG) atau universiti tempatan dan swasta mempunyai kesediaan untuk memulakan PdP mereka dengan menerapkan kemahiran abad ke 21. Namun begitu, untuk guru-guru tradisional iaitu guru-guru lama, adalah kesukaran buat mereka, lebih-lebih lagi mempelajari teknologi baru seperti penggunaan internet, email dan aplikasi-aplikasi atas talian lain. Ini juga adalah satu punca tiada kesediaan untuk menerapkan nilai-nila estatika kemahiran abad ke 21. Ada dalam kalangan guru lama ini lebih bersedia mengajar murid-murid tingkatan menengah atas, daripada mengajar menengah rendah hanya kerana murid-murid menengah rendah terlibat dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Kesanggupan mereka untuk mempersiapkan murid-murid menghadapi empat tonggak utama ini sangat sedikit, menjadi salah satu punca kaedah dan cara PdP abad ke 21 masih gagal dilaksanakan.

10

Kesediaan sekolah sendiri, seperti contoh sekolah saya sebuah SABK di mana di sekolah tiada kemudahan makmal komputer untuk digunakan sebagai asas kepada pengenalan subjek teknologi maklumat kepada murid-murid. Bukan semua murid-murid di sekolah saya celik dengan penggunaan aplikasi Microsoft, tetapi diakui bahawa muridmurid di sekolah saya lebih celik dengan penggunaan Facebook dan Youtube. Walaupun mereka faham penggunaan facebook dan youtube, namun murid-murid saya masih tidak mampu untuk menghantar latihan dengan menggunakan email mereka sendiri. Hal ini menyukarkan saya sebagai guru untuk terus menerapkan identiti PdP abad ke 21. Di sekolah saya juga, hanya terdapat dua portable LCD projector yang mana turut menjadi rebutan dalam kalangan guru-guru di sekolah saya. Ini kerana majoriti guru bersedia untuk menggunakan kaedah PdP abad ke 21, namun kerana kekurangan fasiliti di sekolah, maka kebanyakkan guru kembali kepada kaedah tradisional seperti kertas mahjong dan kertas manila. Namun disebalik segala kesukaran ini, masih ada para guru yang sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk memastikan keadah PdP abad ke 21 boleh diterapkan di sekolah. Ada dalam kalangan guru sekolah sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli portable LCD mini yang digunakan sepanjang proses PdP yang mereka jalankan. Ada guru-guru yang mula mengaplikasikan peta minda I-Think yang mana merupakan kaedah terbaru membuat peta minda. Setiap peta i-Think ini mempunyai cara menggunaan yang tertentu di mana ia akan memudahkan PdP guru lebih-lebih lagi guru sains. Ada juga guru yang menggunakan kaedah konstruktivisme, yang mana memberi peluang kepada murid-murid untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri dan kehadiran guru itu hanya sebagai fasilitator dan mentor. Untuk subjek sains khususnya, kaedah problem solving based dan inquiring based telah mula diadaptasikan di seluruh sekolah di Malaysia serta soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah mula diperkenalkan kepada semua murid. Ini merupakan satu langkah pertama untuk menerapkan keempat-empat tonggak utama dalam menggapai aras pendidikan abad ke 21. Kaedah ini juga ada diterapkan dalam subjek sains di sekolah saya. Saya dapati apabila kita berikan murid-murid ini kebebasan untuk berfikir, mereka mampu menjana ideaidea yang kreatif dan kritis, seperti contoh aktiviti membina model sistem pernafasan manusia. Setelah saya ceritakan apa model yang perlu murid-murid saya bina, mereka sendiri cari contoh model dan mereka hasilkan satu model sistem mekanisma pernafasan dengan menggunakan bahan-bahan terpakai. Kemudian, murid-murid saya mampu memberikan reflaksi diri mereka setelah selesai model itu dibina. Ternyata apabila kita berikan kebebasan untuk mereka berfikir dengan sendiri, maka mereka boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif.

11

Namun masih ada murid saya yang gagal mencapai tahap ini. Apabila mereka tak mampu melakukan seperti yang dikehendaki, kami para guru sains bersama-sama memperkenalkan kaedah mastery learning sehingga mereka mampu menghasilkan satu model mekanisma pernafasan paling minimum. Sungguhpun begitu, aspirasi murid-murid yang lemah ini menjadi kurang apabila mereka rasakan mereka tak mampu menghasilkan model yang baik seperti sahabat mereka yang lain. Menjadi tugas seorang guru menaikkan kembali aspirasi murid-murid ini. Oleh itu kolaborasi antara saya dengan kounselor sekolah sangat-sangat penting untuk memastikan setiap murid-murid saya bersemangat untuk meneruskan pembelajaran mereka disekolah. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya peroleh melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang mempunyai semangat dan aspirasi untuk mencapai empat tonggak utama pendidikan abad ke 21. Sebagai guru, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk menyiapkan diri menghadapi PdP abad ke 21. Setiap aspek sebagai guru abad ke 21 akan saya terapkan supaya saya mampu menghasilkan all rounded student yang melengkapi ciri-ciri pelajar abad ke 21.

12

Rujukan

Dr Ragbir Kaur. (2013). Kumpulan Budiman. Memartabatkan Prefesion Perguruan. (2006-2010). Pelan Induk Pendidikan . Kementerian Pendidikan Malaysia. Mok Soon, S. (2007). Panduan Untuk KPLI. Kumpulan Budiman.

13