Anda di halaman 1dari 24

1. BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.

1 Pengenalan

Dalam bab dapatan kajian ini penyelidik akan membentangkan hasil dapatan kajian dalam bentuk deskriptif yang diperoleh dari soal selidik dan ujian.Perbincangan deskriptif ini dibuat bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pengajaran dan pembelajaran kaedah amali dan kemahiran proses sains. Soal selidik merankumi 14 soalan iaitu soalan 1 sehingga 6 meliputi maklumat latar belakang responden, 7 sehingga 8 meliputi maklumat tahap pencapaian akademik responden dan 9 sehingga 14 meliputi maklumat berkaitan dengan pengalaman pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains responden. Penyelidik telah memilih responden yang kelas tingkatan 1 Bina yang terdiri daripada yang pelajar pencapaian sederhana sebanyak 30 orang. Oleh itu, kumpulan eksperimen akan mempunyai 15 orang responden dan kumpulan kawalan akan mempunyai 15 orang responden dalam menjalankan kajian Analisa terhadap soal selidik akan menunjukkan sama ada terdapat latar belakang, tahap pencapaian akademik dan pengalaman dapat meningkatkan tahap pencapaian dalam mata pelajaran sains. Ujian t telah digunakan bagi mendapatkan min serta sisihan piawai di dalam menjalankan analisa-analisa ke atas hasil dapatan dalam ujian pra dan ujian pos. Pengujian ke atas hipotesis kajian menggunakan perisian SPSS juga telah dijalankan dengan mengaplikasikan Ujian t untuk menentukan sama ada menerima atau menolak hipotesis nul. 4.2 4.2.1 Profil sampel Latar belakang responden berdasarkan jantina Jadual 4.1 : Peratusan mengikut jantina

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.1 menunjukkan lelaki sebanyak - orang iaitu - dan perempuan sebanyak - orang - dalam kelas tingkatan 1 . 4.2.2 Latar belakang responden mengikut kaum Jadual 4.2 Peratusan mengikut kaum

Kaum Melayu Cina India Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.2 menunjukkan kelas tingkatan 1 terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu sebanyak orang iaitu -, Cina sebanyak - orang iaitu - dan India sebanyak - orang iaitu -. 4.2.3 Latar belakang pendapatan keluarga responden Jadual 4.3 Peratusan pendapatan keluarga

Pendapatan keluarga RM 1000 ke bawah RM1000 RM 3000 RM 3000 ke atas Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.3 menunjukkan bahawa responden berasal dari keluarga yang berpendapatan RM 1000 ke bawah sebanyak - orang iaitu -, RM 1000 RM 3000 sebanyak - orang iaitu - dan RM 3000 ke atas sebanyak - orang iaitu 4.2.4 Latar belakang pekerjaan ibu dan bapa Jadual 4.4 Peratusan pekerjaan bapa

Pekerjaan bapa Kerajaan Swasta Tidak bekerja Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.4 menunjukkan pekerjaan bapa responden terdiri daripada tiga jenis seperti kerajaan sebanyak - orang iaitu -, swasta sebanyak -orang iaitu - dan - orang iaitu -. Jadual 4.5 Peratusan pekerjaan ibu

Pekerjaan bapa Kerajaan Swasta Tidak bekerja Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.5 menunjukkan pekerjaan ibu responden terdiri daripada tiga jenis iaitu kerajaan sebanyak - orang iaitu -, swasta - orang iaitu - dan tidak bekerja sebanyak - orang iaitu -. 4.2.5 Latar belakang bilangan adik-beradik responden Jadual 4.6 Peratusan bilangan adik-beradik

Bilangan adik-beradik 1 hingga 2 3 hingga 4 5 hingga 6 7 ke atas Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.6 menunjukkan bilangan adik-beradik yang terdiri daripada 4 kumpulan seperti 1 hingga 2 sebanyak - orang iaitu -, 3 hingga 4 sebanyak - orang iaitu -, 5 hingga 6 sebanyak - orang iaitu dan 7 ke atas sebanyak - orang iaitu -. 4.2.6 Latar belakang jenis rumah responden Jadual 4.7 Peratusan jenis rumah

Jenis rumah Rumah pangsa Rumah teras Banglo Kondominium Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.7 menunjukkan jenis rumah responden terdiri daripada 4 jenis seperti rumah pangsa sebanyak - orang iaitu -, rumah teras sebanyak - orang iaitu -, banglo sebanyak - orang - dan kondominium sebanyak - orang iaitu 4.2.7 Latar belakang keputusan UPSR responden mengikut mata pelajaran Jadual 4.8 Peratusan keputusan UPSR

Mata Pelajaran A Sains Bahasa Melayu(Pemahaman) Bahasa Melayu(Penulisan) Bahasa Inggeris Matametik %

Kekerapan dan Peratus B % C %

Jadual 4.8 menunjukkan responden dalam kelas tingkatan 1 Bina mencapai tahap keputusan yang cemerlang dalam keseluruhan keputusan UPSR. Jadual 4.8 menunjukkan bahawa - orang iaitu - mendapat A dan- orang iaitu - mendapat B dalam mata pelajaran sains. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman) sebanyak - orang iaitu -mendapat A dan - orang mendapat B. Dalam Bahasa Melayu (Penulisan) sebanyak - orang iaitu - mendapat A dan - orang - mendapat B. Dalam Bahasa Inggeris sebanyak -orang - mendapat A dan -orang iaitu - mendapat B. Dalam Matematik sebanyak - orang iaitu - mendapat A dan - orang -mendapat B. 4.3 Maklumat tentang amalan amali dan kemahiran proses sains responden

4.3.1 Maklumat responden tentang penggunaan makmal sains Jadual 4.9 Peratusan tentang penggunaan makmal sains

Bilangan eksperimen Seminggu sekali Sebulan sekali Seminggu 2-3 kali Sebulan 2-4 kali Tidak pernah Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.9 menunjukkan bilangan eksperimen yang dijalankan oleh respondeng mengikut tempoh masa tertentu seperti seminggu sekali kekerapan -, sebulan sekali kekerapan sebanyak , seminggua 2-3 kali kekerapan -, sebulan 2-4 kali -dan tidak pernah 4.3.2 Maklumat jenis eksperimen yang dijalankan responden Jadual 4.10 Peratusan tentang jenis eksperimen dijalankan responden

Jenis eksperimen Biologi Fizik Kimia Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.10 menunjukkan tiga jenis eksprimen yang telah dijalankan oleh responden seperti biologi kekerapan sebanyak - iaitu -, fizik kekerapan - sebanyak - dan kimia kekerapan - iaitu -. 4.3.3 Maklumat tempat responden menjalankan eksperimen Jadual 4.11 Peratusan tempat menjalankan eksperimen

Tempat eksperimen Bilik darjah Makmal sains Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.11 menunjukkan tempat responden menjalankan eksperimen dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains seperti bilik darjah kekerapan sebanyak - dan makmal sains kekerapan sebanyak 4.3.4 Pendapat responden tentang kepentingan kemahiran proses sains Jadual 4.12 Peratus tentang kepentingan kemahiran proses sains

Kepentingan KPS Penting Tidak penting Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.12 menunjukkan bahawa majoriti responden iaitu - orang - berpendapat kemahiran proses penting semasa menjalankan eksperimen. Manakala hanyak - orang tidak menganggap kemahiran proses sains tidak penting. 4.3.5 Cara responden menjalankan eksperimen Jadual 4.13 Peratusan cara responden menjalankan eksperimen

Cara menjalankan eksperimen Individu Berkumpulan Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.13 menunjukkan dua cara responden menjalankan eksperimen secara individu sebanyak - orang - dan berkumpulan sebanyak - orang -. 4.3.6 Bilangan kemahiran proses sains yang digunakan dalam eksperimen Jadual 4.14 Peratusan tentang bilangan kemahiran proses yang digunakan oleh responden

Bilangan KPS 10 12 14 Jumlah

Kekerapan

Peratus

Jadual 4.14 menunjukkan kebanyakan responden menggunakan sepuluh kemahiran proses sains kekerapan sebanyak - diikuti 12 kemahiran proses sains kekerapan sebanyak - dan 14 kemahiran proses sains kekerapan sebanyak -.

BAB 5 PERBINCANGAN , RUMUSAN , IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Bab 5 membincangkan dapatan dari analisa kajian, cadangan untuk meningktkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains di SMK diikuti dengan kesimpulan kajian yang telah dijalankan di SMK . Implikasi daripada hasil kajian juga akan dibincangkan dalam bab 5 bertujuan untuk mengenal pasti terdapatnya peningkatan dalam keputusan responden apabila responden diajar dengan menggunakan kaedah amali dan kemahiran proses sains dalam penguasaan konsep sains. Disamping itu peningkatan minat, motivasi diri dan perubahan sikap juga akan dinyatakan dalam dalam bab ini. Secara keseluruhannya kajian ini terdiri daripada lima bab iaitu Bab 1 mengenai keberkesanan penggunaan kaedah amali dan kemahiran proses sains dalam penguasaan konsep sains dalam mata pelajaran sains SMK. Dalam bab 2 telah mengemukakan hasil dapatan daripada kajian-kajian lepas untuk tujuan menjalankan kajian dan menyokong tajuk kajian. Di dalam Bab 3 telah membincangkan kaedah amali dan kemahiran proses sains yang telah

digunakan oleh peyelidik untuk memperolehi data untuk digunakan dalam menguji hipotesis nul. Bab 4 memaparkan hasil dapatan-dapatan yang telah dihurai dengan panjang lebar berserta jadual, graf dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Bab 5 dihuraikan lagi dengan lebih lanjut berkaitan dnegan hasil dapatan , rumusan , implikasi dan cadangan kajian ini.

5.2

Kaedah amali dan kemahiran proses sains.

Berdasarkan hasil dapatan di bab 4 telah menunjukkan 100% pelajar yang seramai 30 orang bersetuju bahawa kaedah amali dan kemahiran proses sains yang telah digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap konsep sains. Pelajar dapat mengelakkan daripada berlaku masalah miskonsepsi kerana pelajar boleh menggunakan deria dalam kaedah amali dan kemahiran proses sains membantu pelajar mendapatkan hasil daripada kerja amali. Pelajar juga berjaya menjadikan proses pembelajaran dalam mata pelajaran sains lebih bermakna kerana dapat menggunakan deria untuk menguasai sesuatu konsep sains. Pelajar kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah amali dan kemahiran proses sains telah diberi penerangan tentang konsep sains terlebih dahulu. Selepas itu, kumpulan eksperimen dikembangkan dengan menggunakan amali ke bentuk yang lebih terperinci iaitu dengan mengikut susunan yang teratur kemahiran proses sains dalam menguasai konsep sains. Langkah ini dapat memberi gambaran lebih jelas kepada para pelajar tentang cara menguasai konsep sains dengan berkesan. Keadah pengajaran dan pembelajaran secara amali dan kemahiran proses sains tidak didedahkan kepada pelajar yang menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran secara kaedah tradisonal tidak mempunyai satu bentuk yang sistematik dan berkesan dalam membantu pelajar menguasai konsep sains. Kumpulan kawalan yang belajar secara kaedah tradisional tidak dapat membentuk suatu gambaran yang jelas tentang cara menguasai konsep sains dan tidak mampu mengaplikasi konsep sains dalam situasi kehidupan yang dikaitkan dengan kenyataan Craik dan Tulving (1975) iaitu proses pembelajaran yang berkesan memerlukan kekuatan daya ingatan dan kemampuan untuk mengaplikasi pengetahuan ke dalam situasi baru boleh menyebabkan berlaku miskonsepsi yang berterusan kepada mereka. Oleh sebab itu , pencapaian dalam penguasaan terhadap konsep sains oleh kumpulan kksperimen adalah lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan kerana faktor kefahaman yang tinggi tentang konsep sains telah dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dengan melalui amali dan kemahiran proses sains. Keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran amali dan kemahiran proses sains berjaya membuktikan peningkatan hasil pencapaian terhadap penguasaan konsep sains berbanding kaedah tradisional. 5.3 Kaedah Yang Sesuai Dalam Pengajaran Sains Soal selidik telah menunjukkan bahawa 90% pelajar bersetuju kaedah amali dan kemahiran proses sains amat sesuai dijadikan salah satu keadah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan tahap pencapaian terhadap konsep sains dalam membantu meningkatkan keputusan mata pelajaran sains. Pelajar telah berjaya menguasai konsep sains dengan mengikuti tahap konitif dari peringkat demi peringkat dengan menggunakan urutan kemahiran proses sains dalam amali semasa pengajaran dan pembelajaran. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar kumpulan eksperimen berjaya menguasai dan membezakan antara dua konsep sains iaitu Pengembangan dan pengecutan haba. Selain itu, pelajar kumpulan eksperimen juga berjaya mengaplikasikan

konsep sains yang dikuasai dalam fenomena alam semula jadi dan menyelesaikan masalah kehidupan harian.

Perbandingan antara kaedah amali dan kemahiran proses sains dengan kaedah tradisional telah menunjukkan kaedah amali dan kemahiran proses sains adalah lebih berkesan kerana keadah tardisional amat membosankan iaitu komunikasi sehala yang bersifat guru bercakap dan pelajar mendengar tanpa berinterikasi dua hala yang boleh dikaitkan dengan kenyataan Chi,Leeuw, Chiu & Lavancher , 1994 ; Lonka , Lindblom-Ylainne & Maury, 1994; McCridle & Christensen,1995 di mana pandangan mereka mengatakan pelajar yang pasif tidak akan dapat memahami dan membentuk perkaitan antara konsep terdahulu dengan konsep yang baru. Secara keseluruhannya, kaedah amali dan kemahiran proses sains memang sesuai dijadikan satu kaedah berkesan boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains di semua peringkat sekolah menengah dan rendah kerana melalui kaedah ini para pelajar berpeluang menggunakan semua deria sendiri dalam pembelajaran sains adalah lebih berkesan meningkatkan penguasaan konsep sains. 5.4 Minat Pelajar Meningkat Terhadap Sains.

Hasil tinjauan mendapati minat pelajar terhadap keadah amali dan kemahiran proses sains adalah mengalakkan kerana didorong oleh beberapa perkara yang penting. Menurut pelajar kaedah amali menyebabkan mereka terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains kerana diberi peluang mengalikasikan kemahiran proses sains dengan praktikal. Gerak kerja pelajar dalam melakukan amali menyebabkan mereka terdorong untuk berfikir secara saintifik dengan menggunakan kemahiran proses sains sambil menggunakan deria dalam menguasai konsep sains. Selain itu, radas amali sains yang direka khas untuk digunakan untuk melakukan amali dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains berjaya menarik minat pelajar kerana kejadian konsep sains iaitu pengembangan haba dan pengecutan haba dapat menjadi realiti bukan semata-mata teori sains dan dilihat oleh pelajar sendiri sekaligus dapat menolak tanggapan bahawa sains adalah pembelajaran menghafal dan terkongkong serta tidak praktikal. Selain itu, pelajar juga berjaya mengembangkan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains ke situasi lain untuk mengaplikasikan konsep sains dalam kehidupan harian. Menurut pendapat pelajar kumpulan eksperimen secara temubual bahawa kaedah amali dan kemahiran proses sains berkesan digunakan dalam topik-topik yang berkaitan dengan fizik dan kimia yang melibatkan amali kerana kaedah amali dan kemahiran proses sains dapat membantu pelajar menguasai konsep secara praktikal dan saintifik untuk menemui konsep sains tetapi semua pengalaman yang menarik tidak dapat dikongsi oleh pelajar kumpulan kawalan kerana kaedah tradisional tidak memungkinkan mereka belajar secara aktif dan secara praktikal sambil menggunakan deria dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. Maka dengan itu, pelajar kumpulan kawalan menjadi bosan lalu menyebabkan mereka menganggap mata pelajaran sains adalah satu mata pelajaran yang membosankan ditambah pula tahap kesukaran mereka untuk menguasai sains itu dengan lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Rumusannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah amali dan kamahiran proses sains memang tidak boleh dinafikan adalah kaedah yang sesuai dan berkesan untuk meningkatkan kecekapan tahap pelajar dalam menguasai konsep sains. 5.5 Perbandingan Prestasi Pelajar Dalam Matapelajaran Sains Melalui Ujian Pra.

Ujian pra diberi kepada kedua-daua kumpulan adalah untuk menyiasat sama ada berlaku atau tidak miskonsepsi terhadap konsep sains di kalangan pelajar. Selepas analisis terhadap ujian pra telah menunjukkan bahawa terdapat miskonsepsi terhadap penguasaan konsep sains di

kalangan pelajar kedua-dua kumpulan tersebut. Pelajar daripada kumpulan eksperimen menunjukkan peratus paling tinggi iaitu % berbanding dengan kumpulan kawalan iaitu %. Data keseluruhan telah menunjukkan pelajar kedua-dua kumpulan mencapai tahap miskonsepsi lebih daripada 50 %. Walaupun topik pengembangan dan pengecutan haba pernah dibelajari oleh kedua-dua kumpulan masih ramai pelajar yang menghadapi masalah kekeliruan tentang penguasaan konsep sains tentang haba. Kedua-dua pelajar kumpulan akan mengalami masalah dalam pembelajaran sains ke peringkat isi pelajaran yang seterusnya disebabakan kegagalan dalam penguasaan konsep sains tentang haba. Hasil dapatan sejajar dengan hasil kajian yang telah menyatakan bahawa pelajar tidak dapat membentuk perkaitan antara pengetahuan sedia ada dengan konsep sains yang baru. Keadaan pelajar jika berterusan dan tidak dirawat akan menyebabkan pelajar terus membina konsep yang salah di dalam fikiran mereka dan tertinggal dalam penguasaan konsep sains yang lebih berkesan. Oleh itu, satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah dikaji seterus dilaksanaka untuk mengatasi masalah ini. Keadah amali dan kemahiran proses sains merupakan salah satu kaedah yang boleh menyelesaikan masalah pelajar gagal dalam penguasaan konsep sains seterusnya menyelesaikan masalah pembelajaran sains. Bukan itu sahaja, kaedah amali dan kemahiran proses sains dilaksanakan mulai peringkat sekolah dan dinilai mengikut gred kerana kaedah amali dan kemahiran proses sains membantu pelajar menguasai konsep sains melalui pembelajaran bermakna yang berbentuk kemahiran saintifik. Pelajar juga dapat menyusun atur konsep sains peringkat demi peringkat dengan melalui amali. Hasilnya , pelajar akan dapat melihat perkaitan atau perbezaan sesuatu konsep sains itu dengan yang lain seterusnya mengaplikasi konsep sains dalam kehidupan harian dan memahami kejadian alam berkaitan dengan konsep haba. Rumusannya, masalah miskonsepsi memang wujud di kalangan pelajar kedua-dua kumpulan dan perlu dirawat dengan satu kaedah yang berkesan supaya pelajar akan terus menguasai konsep sains seterusnya mengapilikasi konsep sains di dalam kehidupan harian mereka.

5.6

Perbandingan Prestasi Pelajar Dalam Matapelajaran Sains Melalui Ujian Pos. Hasil dapatan dari ujian pos selepas dilaksanakan kepada kedua-dua kumpulan sasaran telah menunjukkan bahawa terhdapat perbezaan yang ketara antara pencapaian kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Dengan menggunakan progam SPSS Window versi 10.0 telah menunjukkan nilai-t kajian yang lebih besar berbanding nilai t sifir membuktikan memang terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan kaedah amali dan kemahiran proses sains dalam mata pembelajaran sains tingkatan satu berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Keputusan ujian pos telah menunjukkan pelajar kumpulan eksperimen mencapai keputusan yang baik berbanding dengan kumpulan kawalan walaupun pelajar-pelajar kedua-dua kumpulan terdiri daripada tahap prestasi yang hampir seimbang berdasarkan analisis latar belakang pelajar. Keputusan ini telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah amali dan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains berkesan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam sains berbanding kaedah tradisional. 5.7 Kesimpulan Dapatan Kajian Hasil kajian ini di SMK bolehlah dirumuskan bahawa :Penguasaan konsep sains terhadap pembelajaran sains dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah amali dan kemahiran proses sains kerana kaedah amali dan kemahiran proses sains memberi pelung kepada para pelajar melakukan praktikal dengan menggunakan kemahiran proses sains sambil menggunakan deria membantu pelajar menguasai konsep sains. Kaedah amali dan kemahiran proses sains sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains kerana mengalakkan pelajar melakukan praktikal untuk menemui konsep

sains. Kaedah ini dapat membuktikan konsep sains kepada para pelajar yang dapat membantu meningkatkan ingatan pelajar iaitu

Kaedah amali dan kemahiran proses sains ialah suatu kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains kerana sifatnya memberi peluang kepada para pelajar melakukan amali bersama kemahiran proses sains untuk menguasai konsep sains dengan menggunakan deria. Kaedah amali dan kemahiran proses sains dapat meningktakan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains yang selama ini dianggap sebagai sautu mata pelajaran yang membosankan dan sukar dibelajar. Kaedah amali dan kemahiran proses sains juga dikenal pasti sebagai satu kaedah yang boleh meningkatkan tahap pencapain pelajar dalam mata pelajaran sains berdasarkan nilai-t yang lebih besar berbanding nilai t sifir yang diperolehi daripada kajian ini. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains menggunakan kaedah amali dan kemahiran proses sains mempunyai perkaitan dan persamaan dengan kaedah inkuiri penemuan yang mendorong para pelajar menggunakn usaha sendiri untuk menemui jawapan dan konsep sains yang dapat menarik minat pelajar sekali gud menghapuskan bahawa pembelajaran sains adalah pembelajaran secara menghafal dan membaca untuk memahami sahaja. Para pelajar lebih suka pembelajaran secara aktif seperti keadah amali yang melibatkan aktiviti amali bersama kemahiran proses sains berbanding pengajaran dan pembelajaran secara tradisional yang bersifat pasif.

5.8 Implikasi Kajin ini dapat membantu guru memahami keperluan pelajar dalam pembelajaran sains dengan lebih berkesan. Guru boleh menggunakan kaedah amali dan kemahiran proses sains kerana keadah ini terbukti dapat meningkatkan penguasaan konsep , minat dan pencapaian keputusan dalam sains. Dalam proses penguasaan konsep sains perlu dialami oleh pelajar sendiri dengan melakukan amali bersama kemahiran proses sains untuk mengelakkan konsep sains menjadi suatu ilmu yang sukar difahami dan menambah kekeliruan di kalangan pelajar. Kesannya, pelajar mungkin terus mengalami masalah miskonsepsi dalam penguasaan konsep sains dalam peringkat seterusnya. Sekiranya keadaan miskonsepsi ini dibiar berterusan tanpa dibetulkan akan menyebabkan para pelajar sukar menguasai konsep sains yang baru berkaitan apabila belajar di peringkat yang lebih tinggi. 5.9 i) ii) iii) iv) Cadangan Cadangan ini terdiri daripada : Cadangan kepada pelajar Cadangan kepada ibubapa atau penjaga Cadangan kepada guru sains Cadangan kepada pihak pentadbiran sekolah

5.9.1 Cadangan kepada pelajar Pelajar boleh menggunakan kamahiran proses sains dalam memahami kejadian dan fenomena kehidupan harian yang dapat membantu pelajar menguasai konsep sains yang berkaitan dengan isi pelajaran di sekolah. Pelajar boleh mengaplikasi kemahiran amali dalam menyelesaikan masalah kehidupan harian yang berkaitan dengan konsep sains untuk menambahkan pengalaman penguasaan konsep sains. Pelajar disaran sentiasa mengambil kesempatan untuk menyaksikan kejadian di sekeliling berkaitan sains dengan menggunakan kemahiran proses sains. Pelajar digalakkan menggunakan kemahiran proses sains sebagai amalan kehidupan harian untuk mengukuhkan penggunaan kemahiran proses sains. 5.9.2 Cadangan kepada ibubapa atau penjaga

Ibu bapa boleh membeli bahan rujukan untuk memperbanyak buku rujukan supaya pelajar dapat rujukan yang mencukupi untuk menguasai konsep sains. Ibu bapa memberi motivasi dan galakkan kepada anaknya untuk mengaplikasikan kemahiran saintifik seterusnya mengembangkan ilmu pengetahunan sains. Pembelian bahan-bahan bacaan ringan berkaitan dengan sains yang terdapat di pasaran seperti majalah boleh meiningkatkan sifat ingin tahu pelajar terhadap sains untuk memupuk minat pelajar terhadap sains. Ibu bapa mengalakkan dan memberi sokongan kepada anaknya terlibat dalam pertandingan sains anjuran peringkat sekolah atau pihak luar. Ibu bapa menggunakan waktu terluang untuk membawa anaknya ke tempat-tempat berkaitan dengan sains seperti di Petro Sains untuk menambahkan pengalaman sains. Ibu bapa mengadakan Perbincangan dari semasa ke semasa dengan guru kelas atau guru sains untuk mencari keadah pembelajaran yang berkesan.

5.9.3 Cadangan kepada guru sains Guru sains perlu menggunakan kaedah amali dan kemahiran proses sains dalam topik yang boleh melaksanakan amali bersama dengan kemahiran proses sains untuk mengukuhkan penguasaan konsep sains para pelajar. Guru sains boleh mempersembahkan cara melaksanakan amali yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar melakukan amali. Guru perlu melakukan amali terlebih dahulu untuk memastikan setiap radas dan alat boleh berfungsi dengan baik supaya tidak menjejaskan pelaksaanan amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh mempengaruhi penguasaan konsep sains para pelajar. Guru perlu merancang urutan langkah-langkah amali dan kemahiran proses sains supaya pelajar dapat melihat perkaitan antara satu sama lain. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains untuk menerapkan kemahiran proses sains di samping itu mengelakkan kaedah tradisional yang bersifat sehala yang boleh menyebabkan pelajar berasa bosan. Guru-guru sains boleh berbincang untuk membawa pelajar melawat ke tempat-tempat yang berkaitan sains seperti di Petro Sains untuk para pelajar mengaplikasikan kemahiran proses sains sambil menyuburkan minat pelajar terhadap sains. Guru boleh memberi ganjaran atau kata-kata peranang kepada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan semangat para pelajar. 5.9.4 Cadangan kepada pihak sekolah Pihak sekolah merancang pelbagai aktiviti sains pada bulan atau minggu sains yang berbeza setiap tahun yang melibatkan aktivti secara aktif dan memupuk kemahiran saintifik serta nilai-nilai murni di kalangan para pelajar. Pihak sekolah sentiasa menaik taraf prasarana sekolah yang berkaitan dengan sains seperti makmal sains, taman sains dan peralatan sains mengikut keperluan para pelajar dan perubahan masa. Penubuhan persatuan sains untuk mengalakkan pelaksanaan pembelajaran sains di luar waktu persekolahan untuk perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran saintifik para pelajar. Penyertaan pertandingan sains di luar sekolah perlu diberi peluang kepada semua pelajar yang berminat dan berbakat untuk mengembangkan keyakinan dan bakat para pelajar. 5.10 Rumusan

Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah amali dan kemahiran proses sains digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berjaya meningkatkan tahap penguasaan konsep sains di kalangan pelajar. Kajian ini juga merumuskan bahawa apabila kaedah yang digunakan sesuai dengan keadaan semasa maka akan wujudnya minat yang tinggi di kalangan pelajar. Faktor kewangan boleh diabaikan kerana pihak sekolah akan menerima peruntukan yang mencukupi dalam jumlah yang tetap setiap tahun daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membeli radas atau alat amali serta menyediakan segala kemudahan dalam makmal sains

. Mulai tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan PEKA dari peringkat paling rendah sehingga peringkat paling tinggi iaitu mulai dari tahun 1 sehingga iaitu tingkatan 5 untuk memantapkan kemahiran menjalankan amali dan kemahiran proses sains di kalangan pelajar seterusnya melahirkan masyarakat saintifik. Penilaian PEKA disusun mengikut gred iaitu tahap penguasaan amali dan kemahiran proses sains dan merupakan sebahagian markah penilaian untuk UPSR, PMR dan SPM untuk memastikan semua pihak menitik beratkan PEKA dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains demi membantu negara mencapai negara maju dan bidang sains dan teknologi.

Posted 1st December 2013 by steven8524


0

Add a comment

2.
DEC

1
CONTOH TESIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS BERKONGSI UNTUK MENINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Tajuk kajian Keberkesanan kaedah amali dan kemahiran proses sains dalam penguasaan konsep sains pelajar tingkatan 1 : Tajuk : Bahan mengembang apabila menerima haba dan mengecut apabila kehilangan haba 1.2 Latar belakang Pendidikan sains yang berkesan bukan setakat menyalurkan fakta-fakta sains yang membolehkan murid-murid menyatakan semula fakta-fakta sains dalam peperiksaan. Pendidik sains semasa berpendapat bahawa pendekatan kepada pengajaran dan pembelajaran sains seharusnya selari dengan kaedah dan sikap yang digunakan oleh para saintis semasa mereka menyiasat fenomena alam. Sains merupakan satu set sikap, satu pemikiran berkenaan dengan fakta, lebih daripada apa yang dikatakan tentang fakta itu(B.F Skinner). Sains bukan satu teknik atau satu set pengalaman, walaupun sains menggunakan kedua-dua perkara ini. Sains lebih merupakan sikap inkuiri, pemerhatian dan penaakulan mengenai dunia ini. Sains diperkembangkan bukan dengan cara menghafal fakta atau rumus demi mendapatkan jawapan tetapi hanya dengan cara benar-benar mengamalkan pemerhatian dan penaakulan.(K.T Compton). Para saintis menggunakan prosedur empiris dan analisis untuk memperjelaskan misteri alam semesta. Prosedur-prosedur ini dipanggil proses sains. Kemahiran proses sains adalah asas untuk mempelajari memperjelaskan misteri alam semesta. Kamahiran ini tidak terpisah daripada isi kandungan, bahkan merupakan alat untuk membantu seseorang pelajar untuk menyiasat isi kandungan sains dengan lebih lanjut lagi. Oleh itu, penggunaan kemahiran proses sains merupakan matlamat pembelajaran sains yang berterusan. Maklumat dan idea sains biasanya dipanggil hasil atau produk. Ini kerana penemuan baru yang ditambahkan kepada maklumat sains merupakan hasil eksperimen yang dijalankan.Perkara yang menarik tentang hasil sains ialah penemuan yang baru selalunya akan menimbulkan lebih banyak persoalan, lebih banyak eksperimen dan lebih banyak lagi masalah lain. Kitaran sains ini

berputar-putar dan dimulakan serta diteruskan atas sebab keinginan manusia untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu fenomena alam semula jadi. Kesan kitaran sains ini ialah pengumpulan maklumat baru yang semakin meledak. Kemahiran proses sains merupakan prosedur digunakan dalam kerja amali saintifik yang juga digunakan dalam kehidupan harian. Seseorang pelajar menunjukkan kefahaman tentang kemahiran proses sains sekiranya berkebolehan untuk memerhati, mengelaskan, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramalkan, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa,mentafsirkan data, mendefinisikan secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen Pendidik sains menganggap pembelajaran kemahiran proses sebagai mempelajar cara untuk belajar. Pelajar-pelajar mempelajari cara untuk belajar dengan berfikir secara kritis dan menggunakan maklumat secara kreatif. Pelajar-pelajar belajar kaedah pembelajaran apabila membuat pemerhatian dengan bijaksana, mengorganisasi dan menganalisis fakta dan konsep, memberi sebab munasabah tentang sesuatu akibat yang dijangka, menilai dan mentafsir keputusan eksperimen dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti yang diperoleh. Pelajarpelajar juga belajar untuk meramal apa yang akan berlaku sekiranya keadaan untuk sesuatu fenomena lama berubah. Sukatan pelajaran kurikulum sains tingkatan satu adalah satu sukatan pelajaran yang berorentasikan proses sains. Oleh itu, perkataan sains bukan dianggap sebagai suatu kata nama atau fakta-fakta yang perlu diperingati tetapi sebagai suatu kata kerja yang bertindak membuat dan menyiasat. Dengan itu, bagaimana pelajar-pelajar mempelajari maklumat sains lebih dipentingkan daripada menghafal isi kandungan sains yang dipelajari. Kemahiran proses sains merupakan proses kompleks yang menggabungkan dua atau lebih proses sains asas. Ini bermakna bahawa pelajar memerlukan kebolehan untuk berfikir pada aras yang lebih tinggi kerana dia perlu mempertimbangkan lebih daripada satu pemikiran pada satu ketika. Oleh itu, kemahiran proses sains pula diperlukan untuk menjalankan eksperimen untuk membantu pelajar memahami sesuatu konsep sains. 1.3 Penyataan masalah Amalan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Kaedahkaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh pengamal- pengamal kurikulum. Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran amat dipengaruhi oleh kepercayaannya yang benar tentang sesuatu pelajaran itu. Dalam konteks guru sains, mereka juga mempunyai pandangan mereka yang tersendiri mengenai mata pelajaran sains. Ramai guru mempunyai kepercayaan dan berpandangan bahawa sains adalah ilmu yang hanya boleh dipelajari didalam makmal dengan melakukan ujikaji untuk membuktikan hipotesis, menghafal fakta dan teori semata-mata. Oleh itu dalam menentukan strategi pengajaran pembelajaran, pada keseluruhannya guru-guru sains masih mengamalkan pengajaran berpusatkan guru dengan penglibatan murid yang sangat terbatas dan terhad. Aktiviti-aktiviti pengajaran yang menggalakkan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran amat kurang diguna dan diamalkan oleh guru dalam sesi-sesi pengajaran mereka (Jemaah Nazir Sekolah, 1992; PPD Kuala Terengganu, 1994) . Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum tersebut , pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (JNS 1996; Abdul Razak & rakan-rakan 1996; Saw Kian Swa 1996; Agness Voo 1996; Fatimah 1996 dan Amir 1996). Dari sudut kaedah pengajaran, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama (KLSM) yang menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga kini masih ramai guru menggunakan kaedah tradisional iaitu Chalk and Talk. Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan

kepada pembelajaran sepnjang hayat. Oleh itu kaedah Chalk and Talk digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan. Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad (Nik Azis 1992). Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 % daripada guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Termasuk juga di kalangan guru-guru yang pernah mengikuti kursus orientasi KBSM. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna (Ibrahim 1994). Murid-murid lebih banyak menghafal rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi 1999; Omar 1994; Amin 1993). Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains (Tengku Zawawi 1997). Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Salah satu lagi alasan yang menyebabkan murid kurang berminat subjek sains adalah kerana tanggapan yang negatif terhadap subjek itu sendiri. Pelajar menyatakan bahawa subjek sains adalah satu subjek yang sangat susah. Tanggapan ini dibuat adalah berdasarkan kegagalan generasi terdahulu. Pandangan-pandangan yang tersebut di atas sudah dianggap sebagai sesuatu yang sudah tidak sesuai lagi dalam amalan pembelajaran masa kini. Guru-guru perlu menukarkan paradigma mereka kepada pengajaran berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan seperti kaedah eksperimen. Murid-murid disediakan dengan aktivti-aktiviti pembelajaran yang boleh memperkembangkan daya intelek mereka disamping menggalakkan berfikir secara saintifik Guru-guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai dengan pelajaran yang diajar supaya suasana pembelajaran yang menarik, bermakna dan seronok dapat dihasilkan. 1.5 Tujuan kajian Tujuan kajian ini adalah untuk Meninjau pencapaian pelajar tingkatan 1 dalam menguasai sesuatu konsep sains melalui eksperimen dan kemahiran proses sains. Meninjau keberksanan pengajaran dan pembelajaran pelajar tingkatan 1 dengan menggunakan eksperimen dan kemahiran proses sains. Melihat kemampuan pelajar tingkatan 1 memahami konsep-konsep sains melalui eksperimen dan kemahiran proses sains. Melihat sejauh mana pelajar tingkatan 1 mampu membuat hubung kait antara konsep-konsep sains yang telah dipelajari dengan menggunakan eksperimen dan kemahiran proses sains. Melihat sejauh mana eksperimen dapat meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains pelajar tingkatan 1. Mengenal pasti pengalaman pembelajaran pelajar tingkatan 1 dengan menggunakan kemahiran proses sains dalam eksperimen untuk menguasai konsep sains berbanding dengan pengajaran berpusat sepenuhnya kepada guru. Melihat perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas menggunakan eksperimen dan kemahiran proses sains. 1.6 Objektif kajian Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut: Untuk mengenalpasti samada pengajaran menggunakan eskperimen dan kemahiran proses dapat meningkatkan pemahaman pelajar tingkatan 1 terhadap sesuatu konsep sains dan menguasai kemahiran proses sains. Untuk mengenalpasti kaedah manakah yang lebih sesuai digunakan dalam pengajaran sains dan meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan 1. Untuk mengkaji sejauh manakah eksperimen dan kemahiran proses sains dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar tingkatan dalam menguasai sesuatu konsep sains dan membetulkan pengetahuan sedia ada.

Untuk mengkaji samada eksperimen dan kemahiran proses sains dapat meningkatkan minat pelajar tingkatan 1 terhadap mata pelajaran sains. Membantu murid memahami sesuatu konsep sains dengan melalui kaedah penguasaan kemahiran yang paling mudah iaitu eksperimen dan kemahiaran proses sains. Menggalakkan pelajar tingkatan 1 mengaplikasikan kemahiran dalam penulisan jawapan setelah memperolehi keputusan eksperimen dan tidak terikat dengan hafalan dan mengingati semula. Menggalakkan pelajar tingkatan 1 melakukan inkuiri penemuan dengan melalui eksperimen dan kemahiran proses sains. Mengubah amalan pengajaran dalam penyediaan soalan dengan melalui eksperimen supaya dapat menggalakkan pelajar tingkatan menggunakan kemahiran proses sains. Menggalakkan pelajar tingkatan 1 mengstruktur semula ilmu pengetahuan sedia ada dengan konsep sains yang sebenarnya semasa menjalankan eksperimen dengan menggunakan kemahiran proses sains. 1.7 Persoalan kajian Bagi mencapai tujuan dan objektif kajian ini., persoalan kajian seperti berikut dikemukakan mengikut persepsi pelajar. Bolehkah pengajaran dan pembelajaran melalui eksperimen dan kemahiran proses sains dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep sains. Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran sains tingkatan satu menggunakan pengajaran dan pembelajaran eksperimen dan kemahiran proses sains berbanding pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran manakah yang lebih berkesan untuk digunakan dalam membantu pelajar menguasai konsep sains. Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran konsep sains tingkatan satu tanpa mengikut jantina, kaum, latar belakang sosial ekonomi keluarga dan tahap pencapaian keluarga berbanding dengan menggunakan kaedah berpusat kepada guru. Sejauh manakah eksperimen dan kemahiran proses sains dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar dalam menguasai konsep sains. Adakah penggunaan eksperimen dan kemahiaran proses sains dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains. Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran haba tingkatan satu di kalangan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang beza menggunakan pengajaran dan pembelajaran eksperimen dan kemahiran proses sains berbanding pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada guru. Bolehkah pelajar berfikir pada tahap yang tinggi dengan menggunakan eksperimen dan kemahiran proses sains untuk menyelesaikan masalah pembelajaran konsep sains. 1.8 Hipotesis Kajian Beberapa hipotesis kajian turut diuji dalam kajian berasaskan sekolah ini : Hipotetsis 1 Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan konsep pelajar di antara kumpulan eksperiemen dengan kumpulan kawalan yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran eksperimen dan kemahiran proses sains berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada guru. Hipotetsis 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan konsep sains pelajar yang berbeza dari segi kaum, jantina, latar belakang sosial ekonomi dan tahap pencapaian akedemik yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran eksperimen berbanding pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada guru. Hipotesis 3

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan konsep sains pelajar di antara pelajar kecerdasan rendah yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran eksperimen dan kemahiran proses sains berbanding pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada guru. Hipotesis 4 Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan konsep sains pelajar di antara pelajar kecerdasan tinggi yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran eksperimen dan kemahiran proses sains berbanding pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada guru. 1.9 Kepentingan Kajian Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi kehendak KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara amnya. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan memberi implikasi yang baik terhadap pencapaian pelajar dan cita-cita falsafah Pendidikan Negara. Hasil kajian ini membawa kepentingan kepada guru-guru dan pelajar kerana : Hasil kajian memberi maklumat kepada pihak-paihak berkenaan sperti pentadbir sekolah dan guru-guru sains tentang keberkesanan penggunaan eksperimen dan kemahiran proses sains dalam mata pelajaran sains. Kajian ini memberi peluang dan pengalaman kepada guru-guru sains untuk mengetahui dan mempelajari teknik-teknik yang digunakan dalam eksperimen dan kemahiran proses sains. Dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada guru-guru sains untuk mencuba eksperimen dan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran semua topik untuk membawa keberkesanan pembelajaran pelajar. Dapatan kajian juga memberi kepentingan kepada pihak PPD dan JPN yang mengambil langkah proaktif memperkenal dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dengan melalui eksperimen dan kemahiran proses sains di semua peringkat sekolah untuk meningkatkan pencapaian sains. Daripada dapatan kajian ini juga diharap perancang kurikulum atau perancang modul pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan eksperimen dan kemahiran proses sains semasa merancang sukatan pelajaran mata pelajaran sains. Kajian ini membolehkan guru-guru sains mengenalpasti masalah pelajar dalam memahami konsep-konsep sains. Kajian ini dapat membantu guru-guru sains untuk merancang pengajaran dan pembelajaran harian yang lebih berkesan melalui eksperimen dan kemahiran proses sains. Hasil kajian ini juga dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk pembelajaran pelajar dan mengubah tagapan bahawa pembelajaran sains itu menyeronokkan bukan menyukarkan atau membosankan.

1.10 Batasan Kajian Batasan kajian dalam kajian ini terdiri daripada : Kajian ini meninjau peranan eksperimen dan kemahiran proses sains terbatas hnaya untuk mata pelajaran sains tingkatan satu dalam topik haba sahaja. Kajian ini terbatas terhadap bilangan sekolah dan pelajar kerana hanya melibatkan bilangan satu kelas pelajar tingkatan 1 iaitu 40 orang yang terdiri daripada 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan sahaja. Pelajar yang terlibat menjadi sample dalam kajian ini tidak dapat menjadi wakil untuk keseluruhan pelajar. Kesahihan jawapan yang diberikan oleh sample kajian tidak dapat dikawal oleh pengkaji kerana kemungkinan menyimpang dari tujuan kajian. Tempat kajian dipilih berdasarkan kekangan masa dan pengurusan. 1.11 Definisi istilah 1.Haba(Heat) Sejenis bentuk tenaga yang dipindahkan melalui pengaliran, perolakan atau bahangan.(Kamus Dewan Edisi Ketiga). Sejenis tenaga yang membawa kepanasan. 2.Pengembangan(Expansion)

Perihal mengembang seperti menjadi lebih besar, panjang, terbentang ( Kamus Dewan Edisi Ketiga). Sesuatu objek menjadi lebih kecil dari saiznya. 3.Pengecutan(Contruction) Perihal atau perbuatan mengecutkan ( Kamus Dewan Edisi Ketiga ). Sesuatu objek menjadi lebih kecil dari saiznya. 4.Menguasai Memiliki dan nenguruskan ( Kamus Dewan Edisi Ketiga ). Mendapat sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran. 5.Peranan Bahagian tugas atau pekerjaan yang dipegang ( Kamus Dewan Edisi Ketiga ). Tanggungjawab melaksanakan sesuatu. 6.Meningkatkan Meninggikan kedudukan, memperhebatkan, meninggikan ke tahap yang lebih tinggi. ( Kamus Dewan Edisi Kedua ) 7. Pencapaian Prestasi, apa yang dicapai atau diperolehi ( Kamus Dewan Edisi Ketiga ). Pencapaian dalam kajian ini merujuk kepada prestasi atau yang diperolehi berdasarkan ujian pra dan pos. 8.Pelajar Tingkatan Satu Pelajar yang belajar dalam tingkatan satu peringkat menengah rendah. 9.Eksperimen Ujian atau penyelidikan terutamanya yang dirancang untuk membuktikan sesuatu hipotesis ( Kamus Dewan Edisi Ketiga ) 10.Kemahiran proses sains Kemahiran yang membantu seseorang untuk menyiasat isi kandungan sains dengan lebih lanjut lagi. 11.Ujian pra Ujian yang dijalankan untuk mengesan masalah salah konsep dikalangan pelajar 12.Ujian pos Ujian yang digunakan untuk menguji keberkesanan peranan eksperimen dan kemahiran proses sains dalam mengatasi masalah salah konsep di kalangan pelajar. 1.12 Kaedah kajian Kaedah amali dipilih dan digunakan dalam kajian ini kerana kaedah amali adalah satu kaedah yang lazim dijalankan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran menguasai sesuatu konsep sains. Kaedah amali ini terdiri daripada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. a)Kumpulan rawatan Kumpulan rawatan akan diberi peluang menjalankan amali untuk memahami sesuatu konsep sains. Secara kebiasaan, pelajar akan menjalankan amali dengan menggunakan kemahiran proses sains. b)Kumpulan kawalan Pelajar daripada kumpulan kawalan akan mempelajari tajuk yang sama melalui kaedah tradisional iaitu berpusat sepenuhnya kepada guru. Pelajar kumpulan kawalan duduk mendengar dan guru bercakap sesuatu konsep dengan melalui contoh amali yang dikaitkan dengan kemahiran proses sains. Pelajar hanya menghafal dan mengingati semula konsep-konsep sains yang disampaikan oleh guru. Selepas itu, kedua-dua kumpulan akan menduduki ujian pra sebelum kajian dan ujian pos selepas kajian untuk memprolehi skor pencapaian sains untuk dianalisis.

1.10 Ringkasan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan eksperimen dan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar tingkatan 1 dalam topik Topik Heat-Applying the principle of expansion and contruction of matter. Semua pelajar tingkatan 1 dalam kelas yang dipilih akan melaksanakan aktiviti mengikut langkah-langkah yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Pengajaran sains adalah seperti mengajar mengenai sesuatu yang wujud disekeliling kita. Manusia mempunyai perasaan ingi tahu lebih- lebih lagi terhadap apa saja yang ada disekeliling mereka. Perasaan inilah yang menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. Perasaan inkuiri ini akhirnya akan membawa kepada penemuan demi penemuan. Perasaan inkuiri yang hadir dalam diri pelajar sejak lahir perlu diperkembangkan dalam proses mencari jawapan ataupun penemuan. Mencari jawapan dalam sains melibatkan proses membina pengetahuan atau konstruktif. Konstruktif merujuk bagaimana individu membina pengetahuan sendiri dan bukan hanya menerima pengetahuan orang. Ahli pendidikan masa kini mempunyai keyakinan dan mempercayai bahawa muridmurid yang datang ke suasana pembelajaran membawa bersama segala pengalaman mereka terdahulu yang disusun ke dalam skemata atau teori-teori kecil (Claxton, 1990). Pengalaman terdahulu ini dimiliki oleh murid-murid hasil dari interaksi mereka dengan alam sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini terdiri daripada campuran pemikiran, perasaan dan kemahiran; selalunya mungkin menjadi penghalang kepada pengalaman pembelajaran yang bakal mereka lalui. Pengalaman pembelajaran bermula dengan pertembungan perkara baru terutamnya kaedah ekseprimen di mana murid-murid menterjemah dan memberi erti kepada apa yang telah wujud dalam struktur kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran mereka di bilik darjah akan mempengaruhi skemata struktur kognitif pelajar yang digunakan untuk menterjemahkan pengalaman bagi membina makna kepada pengalaman tersebut (Osborne & Wittrock, 1983). Dalam lain perkataan, murid-murid perlu menstruktur semula idea mereka supaya sesuai dan selari dengan fakta dan dapatan sains yang sebenarnya . Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang. Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta dan teori sebenar sains perlu ditinggalkan manakala pengalaman lalu yang betul seperti fakta dan teori sebenar wajar dikukuhkan dengan pengalaman baru murid. Ini kerana salah satu daripada matlamat utama pendidikan sains ialah untuk membantu pelajar membina skemata baru yang bertenaga berhubung dengan dunia nyata. 2.2 Ekseperimen Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Berdasarkan epistemology, pendidikan sains moden ialah proses yang mendidik pelajar berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur. Sifat sains ini ditunjukan oleh sejarah yang memperihalkan bagaimana teori yang diusulkan oleh Francisci Redi telah menolak hipotesis yang diyakini oleh kebanyakan orang dikala itu. Ketika itu ramai yang beranggapan bahawa beluncas (larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang mereput . Redi kemudiannya telah melaksanakan ujikaji ringkas untuk membuktikan hipotesisnya. Ujikajinya telah membuktikan hipotesisnya benar. Redi kemudiannya menolak andaian yang diyakini oleh orang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan beluncas. Penolakan hipotesis itu

menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains boleh diperbaharui dan diformulasikan semula berdasarkan penemuan baru dalam penyiasatan dan eksperimen yang menggunakan kemahiran saintifik (Martin 1985). Pengajaran dan pembelajaran eksperimen dan kemahiran proses sains adalah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi cabaran mereka untuk menyelidik dan meneliti secara mendalam.Ini bermakna menggunakan eksperimen dan kemahiran proses sains akan membolehkan pelajar mengambil peranan dalam mengenai strategi pengajaran yang mereka amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang mencari dan menemukan konsep sains melalui eksperimen dan kemahiran proses yang mereka lakukan sendiri. Ini bermakna pelajar seharusnya membina hipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya, kemudian menguji hipotesis untuk menunjukan kebenarannya. Melalui langkah ini ahli sains berupaya memperolehi ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui sebelum ini. Oleh yang demikian, dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran eksperimen dan kemahiran proses sains pelajar dapat memahami sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur.(Martin 1985) Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Berikut adalah langkah-langkah yang diikuti semasa melakukan eksperimen seperti yang diamalkan oleh para saintis dalam menyiasat sesuatu kajian dan menjalankan eksperimen. 1. Mengenal pasti masalah 2. Membuat hipothesis 3. Merancang eksperimen: - mengawal pemboleh ubah. - menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - menentulkan langkah menjalanakan eksperimen - kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data 4. Melakukan eksperimen 5. Mengumpul data atau maklumat 6. Menganalisis data atau maklumat 7. Mentafsirkan data atau maklumat 8. Membuat kesimpulan 9. Membuat laporan Dalam konsep pembelajaran pelajar terhadap konsep sains adalah eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen iaitu pelajar sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. 2.3 Kamahiran proses sains Kemahiran proses sains adalah asas untuk mempelajari sains. Kemahiran ini tidak terpisah daripada isi kandungan , bahkan kemahiran proses sains merupakan alat untuk membantu seseorang untuk menyiasat isi kandungan sains dengan lebih lanjut lagi. oleh itu, penggunaan kemahiran proses sains merupakan matlamat pembelajaran sains yang berterusan. Pelajar memerlukan pengalaman hand-on yang melibatkan mereka untuk mengumpul, mengorganisasi, menganalisis dan menilai isi kandungan sains. Pelajar bukan lagi berperanan menyerap maklumat-maklumat yang diajar tetapi melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran di mana guru berperanan sebagai pebimbing dan personel sumber. Pendekatan ini mengambil kira perkembangan dalam semua aspek dan bukan hanya dalam pengingatan konsep sains. Kamahiran proses sains terdiri daripada dua jenis iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu : a)Kemahiran proses sains asas

Proses-proses sains yang asas merupakan prosedur analisis dan empiris yang digunakan dalam eksperimen dan juga digunakan dalam kehidupan harian pelajar. Seseorang pelajar menunjukkan kefahaman tentang kemahirana proses sains asas sekiranya berkebolehan untuk memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. b)Kemahiran proses sains bersepadu Kemahiran proses sains bersepadu merupakan proses kompleks yang menggabungkan dua atau lebih proses sains asas. Ini bermakna bahawa pelajar memerlukan kebolehan untuk berfikir pada aras yang lebih tinggi kerana pelajar perlu mempertimbangkan lebih daripada satu pemikiran pada satu ketika. Oleh itu, kemahiran proses sains asas merupakan prasyarat untuk kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran proses sains bersepadu pula diperlukan untuk menjalankan eksperimen. Kemahiran-kemahiran bersepadu ini ialah mentafsir maklmat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen. 2.4 Konsep dan prinsip sains Konsep sains adalah idea abstrak yang diitlakkan atau digeneralisasikan daripada fakta-fakta atau pengalaman-pengalaman yang spesifik. Konsep dibentuk berdasarkan ciri-ciri penemuan yang wujud semasa objek-objek atau peristiwa-peristiwa tertentu. Semasa membentuk konsep, kita dapat perhatikan bahawa walaupun terdapat banyak perbezaan di antara item-item dalam sesuatu set objek dan aspek-aspek tertentu yang sama. Aspek-aspek yang sama ini dijadikan asas untuk membolehkan objek-objek itu dikumpulkan menjadi konsep. Fakta-fakta mengenai air yang telah kita baca tadi boleh dijelaskan dengan konsep tegangan permukaan, kesan di mana cecair seakan-akan mempunyai satu lapisan kulit di permukaannya yang disebabkan oeh ikatan di antara molekul-molekul cecair.Konsep-konsep lain yang kita jumpai dalam sukatan pelajaran sains sekolah menengah termasuk magnet, litar elektrik, haba, tekanan udara, panjang, berat dan planet. Prinsip sains adalah idea-idea yang lebih kompleks berdasarkan konsep-konsep yang berkaitan. Perhubungan di antara konsep-konsep tertentu diitlakkan menjadi prinsip. Sebagai contoh udara yang panas akan mengambang merupakan prinsip yang mengaitkan konsepkonsep udara, haba dan pengembangan. Prinsip ini menyatakan bahawa sekiranya udara dipanaskan maka udara akan mengembang. Kenyataan prinsip ini berbentuk analisis dan bukan empiris lagi. Prinsip ini merupakan generalisasi induktif fan imaginatif yang berdasarkan beberapa contoh. Semasa membentu prinsip, saintis menggunakan pemerhatian-pemerhatian yang terhad dan membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku dalam beberapa kes akan berlaku untuk kes-kes lain yang serupa. Saintis menganggap prinsip sebagai perihalan semasa yang paling baik tentang sesuatu objek atau peristiwa. Prinsip ini boleh berubah keran prinsip adalah hasil induktif yang tentatif dan boleh berubah sekiranya pemerhatian baru tidak lagi menepati prinsip yang sedia ada.

2.5 Miskonsepsi dan teori perubahan konsep Teori ini merupakan unjuran daripada unjuran konstruktivism. Teori konstruktivism yang menekankan pelajar berupaya membina kefahaman mereka sendiri berdasarkan ilmu dan pengalaman lampau telah menyebabkan kajian yang meluas berhubung miskonsepsi pelajar. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa miskonsepsi pelajar adalah sangat sukar untuk dibetulkan. Kajian diperlukan untuk mengenal pasti miskonsepsi yang dimiliki oleh pelajar agar dapat difahami mengapa miskonsepsi ini sukar dibetulkan Walaupun Piaget menyarankan teori yang sedemikian, namun kelihatan seperti diperlukan kajian yang memfokuskan kepada isi kandungan yang terdapat dalam struktur kognitif pelajar agar miskonsepsi mereka berhubung sesuatu konsep dapat dibetulkan. Daripada kajian-

kajian yang dijalankan berhubung isi kandungan yang terdapat dalam stuktur kognitif pelajar lahirlah teori yang dinamakan sebagai teori. Persoalan asas dalam teori perubahan konsep ialah bagaimana konsepsi pelajar berubah kerana kesan daripada idea atau bukti yang baru. Perubahan konsep yang dimiliki oleh seseorang pelajar boleh melalui akomodasi ( Posner, Strike dan Hewson 2001 ). Proses akomodasi melibatkan proses penyusunan semula konsep yang dimiliki oleh seseorang secara besar-besaran atau proses menggantikan satu himpunan dan kerangka konsep utama dengan satu himpunan dan kerangka utama yang lain. Proses perubahan konsep yang berlaku dalam diri seseorang individu dilihat sebagai satu proses pembelajaran. Dalam proses ini seseorang individu akan memahami maklumat atau pengalaman baru berdasarkan kerangka dan himpunan konsep utama yang dimilikinya. Jika kerangka dan himpunan konsep utama dan semasa yag dimiliki oleh pelajar tikda mencukupi untuknya memahami maklumat atau pengalaman baru itu, maka individu tersebut perlu menggantikan atau menyusunkan semula kerangkan dan himpunan konsep utama yang dimilikinya tadi. Penggantian atau penyusunan semula secara besar-besaran inilah yang dikatakan sebagai perubahan konsep. Teori yang menerangkan bagaimana perubahan konsep dapat berlaku kerana kesan daripada idea dan bukti terhadap kerangka dan himpunan konsep utama yang dimiliki oleh seseorang itu dikenali sebagai teori perubahan konsep yang dapat diamplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran eksperimen dan kemahiran proses sains. 2.6 Tinjauan kajian lepas Pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepresikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan individu melangkau maklumat yang diberikan Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan. ( Brunner, 1960) Pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek , idea dan perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik. ( Brooks & Brooks, 1993) Jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar serta menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan dengan kemahiran tertentu maka latihan yang disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian.( Zahari, 1992) Pelajar-pelajar lebih berminat dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi atau kaedah pengajaran yang digunakan dibilik darjah (S.Sukumaran ,1991dan Burden dan Byrd, 1994). Guru perlu mahir dan berkebolehan dalam tiga bentuk pengetahuan iaitu pengetahuan mata pelajaran, pengetahuan teori pendidikan dan pengetahuan kemahiran ( kaedah ) mengajar untuk mewujudkan situasi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ( Parkay dan Hardcastle, 1990 ). Minat yang timbul dalam setiap diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita-citakan. Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan ( Fryland, 1994 dalam Omardin, 1999 ).

Minat merupakan daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri. Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan ,motif, gerak balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil penglaman dalam alam sekitar. Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana ia kan menghasilkan produk yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat (Crow dan Crow, 1983) 2.7 Ringkasan Berdasarkan kajian literature, pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran banyak mempengaruhi penguasaan terhadap konsep sains. Kaedah pengajaran dan pembelajaran eksperimen dan kemahiran proses sains dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi melahirkan interaksi yang baik di antara pelajar atau guru dengan palajr. Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan atau tingkahl aku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah quasi-eksperimen. Reka bentuk quasi-eksperimen digunakan dalam kajian ini yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar iaitu setiap kumpulan 20 orang yang terdapat perbezaan dari segi kuam, jantina, latar belakang sosioal ekonomi kelaurga dan tahap pencapaian akedemik yang dipilih mengikut kelas yang sedia ada. Selepas itu, pelajar akan diberi ujian pra untuk mengenal pasti masalah salah konsep dan tahap pencapaian di kalangan pelajar. Selepas diberi ujian pra, jawapan ujian pra dikumpul untuk dianalisis dalam mengenalpasti miskonsepsi yang wujud dan tahap pencapaian pelajar. Hasil ujian pra akan digunakan oleh pengkaji untuk menentukan pelajar kumpulan eksperimen dan pelajar kumpulan kawalan. Pengkaji juga akan menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan amali untuk mengatasi masalah miskonsepsi yang telah dikenalpasti daripada ujian pra tadi dengan mengikut kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Selepas itu, kedua-dua kumpulan akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran tentang topik yang sama tetapi kumpulan eksperimen akan diberikan amali eksperimen dengan menggunakan kemahiran proses sains dan kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah tradisional iaitu berpusat kepada guru. Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pos pada akhir pengajaran dan pembelajaran untuk melihat keberkesanan penggunaan eksperimen dan kemahiran proses sains dalam membantu pelajar menguasai konsep sains. 3.2 Populasi dan sampel kajian Sampel kajian dalam pelajar-pelajar Tingkatan 1 SMK yang mengandungi kategori-kategori berikut : Kaum. Jantina. Latar belakang sosiol ekonomi keluarga. Tahap pencapaian akedemik. Pengambilan kajian ini hanya melibatkan jantina, latar belakang sosial ekonomi dan tahap pencapaian akedemik. Kategori kaum dikecualikan kerana tidak sesuai digunakan sebagai sempel kajian. Sampel kajian ini terdiri daripada 40 orang pelajar dari Tingkatan 1.

20 pelajar mengikuti pengajaran berpusat sepenuhnya kepada guru dengan menghafal dan mengingati semula konsep sains yang disampaikan oleh guru. 20 pelajar lagi mengikuti kaedah eksperimen dengan menggunakan kemahiran proses sains 3.3 Instrumen Kajian Dalam kajian ini pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains adalah pembolehubah bersandar. Dalam kajian ini terdiri daripada tiga instrument iaitu ujian pra, ujian pos dan soal selidik digunakan untuk mengukur tahap pencapaian sains di kalangan pelajar tingkatan 1. Ujian pra merupakan instrumen yang pertama digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada wujud miskonsepsi dalam pengetahuan sedia ada yang dipengaruhi dalam kehidupan harian pelajar. Ujian pos sebagai instrument kedua dalam kajian ini digunakan selepas pengajaran dan pembelajaran 20 orang pelajar yang menggunakan kaedah eksperimen dengan melalui kemahiran proses sains dan ujian pos kepada 20 orang pelajar yang mengikuti pengajaran berpusat kepada guru. Ujian pos diadakan bertujuan untuk menguji dan menyiasat keberkesanan penggunaan kemahiran proses sains dalam eksperimen mengatasi masalah miskonsepsi pelajar. Soal selidik yang digunakan sebagai instrumen yang ketiga adalah bertujuan untuk menentukan persepsi pelajar tingakatan 1 terhadap keberkesanan penggunaan kemahiran proses sains dalam eksperimen untuk membantu memahami sesuatu konsep sains. 3.4 Prosedur pengumpulan data Pengkaji perlu mematuhi peraturan dan prosedur melakasanakan kajian yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, pengkaji perlu menyediakan ringaksan kajian berasaskan sekolah untuk dihantar dengan melalui pihak pentadbiran Universiti untuk mendapat kebenaran menjalankan kajian di sekolah menengah yang dipilih. Kemudian, Pengkaji mendapat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diikuti dengan pihak sekolah SMK . Seterusnya, pengkaji mendapat kebenaran guru pembimbing dalam menentukan kelas yang dipilih untuk menjalankan kajian. Pada mulanya, pengkaji akan memberi borang sola selidik kepada pelajar untuk menyiasat latar belakang pelajar. Kemudian, pengkaji memberi ujian pra dalam menentukan kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Pada akhir kajian, pengkaji akan memberi ujian pos untuk melihat peranan eksperimen dan kemahiran proses sains dalam membantu pelajar menguasai konsep sains. Data kuantitati dan kuanlitatif akan diproses setelah mengumpul borang soal selidik, jawapan ujjian pra dan jawapan ujian pos.

3.5 Prosedur penganalisisan data Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data (Majid 1994). Data yang diperolehi adalah bahan mentah seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu dan maklumat yang berguna. Data - data yng diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical For Social Science (SPSS) For Windows Release 10.0.Penganalisaan data kuantitatif dilakukan . Soalan ujian pra dibina untuk mengenalpasti miskonsepsi dan tahap pencapaian pelajar terhadap konsep sains tentang topik haba. Setiap jawapan untuk soalan pra akan diberi skor yang tertentu untuk memudahkan proses analisis data setelah jawapan ujian pra dikumpulkan untuk menentukan pelajar berada dalam kumpulan kawalan atau eksperimen. Kemudian ujian pos yang mengandungi skor tertentu akan diberi selepas kumpulan eksperimen mengikut pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan eksperimen dan kemahiran proses sains manakala pengajaran dan pembelajaran kumpulan kawalan berpusat kepada guru. Kesemua skor ujian pra dan pos akan ditukarkan kepada peratus seperti di bawah untuk dikategorikan pelajar mengikut tahap miskonsepsi dan pencapaian :

Peratus skor (%) 0-39 40-69

Tahap miskonsepsi dan pencapian Rendah Sederhana

70-100

Tinggi

Berdasarkan jadual di atas , skor peratus minimum ialah 0 % dan maksimum pula ialah 100%. Sekiranya pelajar mendapat skor di bawah 39 % bermakna wujud miskonsepsi dna berada di tahap pencapaian yang rendah. Skor peratus yang berada di antara 40 % hingga 69 % menunjukkan masalah miskonsepsi dan pencapaian di tahap sederhana. Skor peratus melebihi 70% bermaksud masalah miskonsepsi tidak wujud dan tahap pencapaian tinggi. Statik dilakukan untuk menentukan min dan peratusan untuk dibuat perbandingan diantara ujian pra dan ujian pos.. Perbandingan juga dibuat antara pelajar lelaki dan perempuan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Perbandingan ini dimasukan ke dalam graf bar agar lebih jelas lagi 3.6 Sampel kajian Pengkaji membuat kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan yang mempunyai pelajar dan kaum, jatina, latar belakang sosial ekonomi keluarga dan tahap pencapaian akedemik yang berbeza. Menurut makiumat yang diterima daripada guru sains dan pihak sekolah pelajar sekolah mi terdiri daripada tiga tahap pencapaian iaitu cemerlang, baik dan lemah. Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar dan segi perbezaan bilangan jantina adalah seimbang. Kebanyakan pelajar adalah berasal dan keluarga yang berlatar ekonomi yang sederhana dan mencapai tahap akedemik yang sederhana. Pelajar kaum Melayu merupakan komposisi yang terbesar, kedua ialah pelajar kaum Cina diikuti kaum India dan lain-lain. Sebuah kelas dan segi pencapaian akedemik yang sederhana dipilih untuk menjadi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan kerana kumpulan yang mempunyai pencapaian yang agak sama dapat membeza tahap menguasai konsep sains yang menggunakan pengajaran dan pembelajaran eksperimen dan kemahiran proses sains. 3.7 Prosedur kajian Sebelum kajian, pengkaji akan menyediakan borang soal selidik makiumat din pelajar, soal selidik tentang pandangan pelajar terhadap sains, soal selidik pandangan pelajar terhadap pembelajaran mengguakan ekspenimen dan kemahiran proses sains, ujian pra dan ujian pos untuk kegunaan keseluruhan kajian. Kajian mi akan dilaksanakan dengan mengikut miskonsepsi yang sering terjadi di kalangan pelajar bertujuan untuk menyediakan item yang memudahkan sempel menguasai terhadap konsep sains. Pada mulanya, pengkaji memberi borang selidik makiumat din untuk mengetahui latar belakang pelajar. Kemudian ujian pra diadakan bertujuan mengumpulkan data untuk menilai tahap pencapaian dan miskonsepsi pelajar. Kemudian, kedua-dua data akan digunakan oleh pengkaji berbincang dengan pembimbing untuk merancang sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan eksperimen dan kemahiran proses sains untuk membantu pelajar menguasai konsep sains. Pelajarjuga akan diberi satu soal selidik untuk mengetahui sikap mereka terhadap sains. Seterusnya pengkaji akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan eksperimen dan kemahiran proses sains terhadap kumpulan eksperimen sementara kumpulan kawalan akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada guru. Setelah selesai pengajaran dan pembelajaran, kedua-dua kumpulan akan diberikan ujian pos untuk menilai basil pembelajaran. Data yang dihasilkan akan menunjukkan keputusan pencapaian di antara keduadua kumpulan. Pada akhir kajian, kumpulan eksperimen akan diberikan borang soal selidik untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap penggunaan eksperimen dan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran 3.8 Pemprosesan data Kajian mi menganalisis data kuantitatifdengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Statistik deskniptif digunakan dalam kajian mi untuk menentukan mm, sisihan, piawai, frekuensi dan peratusan untuk melihat miskonsepsi dan tahap pencapaian di kalangan pelajar serta membandingkan keputusan ujian pra dan ujian pos antara kumpulan ekspenimen dengan

kumpulan kawalan. Manakala, statistik inferens digunakan untuk mengira nilai-t dalam menentukan hipotesis kajian. Pengkaji akan menafsirkan datanya dalam bentuk peratusan dan mm skor setiap item dalam soal selidik untuk menunjukkan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran ekspenimen dan kemahiran proses sains. Purata mm skor yang untuk setiap item akan menunjukkan penerimaan yang positifdan sebaliknya purata mm skor yang rendah menunjukkan penerimaan yang negatif. 3.9 Ringkasan Akhir sekali , rumusan dibuat oleh pengkaji dengan menggunakan dapatan yang diperolehi. Bab mi menjelaskan tentang metodologi yang digunakan untuk membuat kajian yang bertujuan mendapat data- data untuk membantu pengkaji bagi menentukan keberkesanan eksperimen dan kemahiran proses sains melalui ujian pra dan ujian pos dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Sambungan bab berikutnya di : http://tesissains.blogspot.com/2013/11/bab-5-perbincanganrumusan-implikasi.html Posted 1st December 2013 by steven8524

Anda mungkin juga menyukai