Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN MEMERIKSA KARANGAN BAHAGIAN B BAHAGIAN B ( 30 MARKAH ) Aspek-aspek yang dinilai : 1. Menjawab tugasan/ menepati idea 2. Ayat 3.

Kata ( imbuhan/ kata ganda/ kata majmuk ) 4. Kosa kata 5. Pengolahan dan penyampaian 6. Ejaan dan tanda baca SOALAN 1

Bilik darjah yang bersih dan ceria membolehkan kamu belajar dengan seronok. Tulis cara-cara kamu dan rakan-rakan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah.
Idea cadangan 1. Membuat jadual tugasan/ mematuhi jadual tugasan 2. Bekerjasama membersihkan dan menceriakan bilik darjah 3. Menyapu sampah/ meyusun meja dan kerusi/ mengelap tingkap 4. Menghias kelas/ meletakkan bunga/ memasang langsir dan lain-lain 5. Mengenakan denda/ mengambil tindakan/ sekiranya rakan-rakan mengotorkan bilik darjah 6. Mengadakan kempen kebersihan dan keceriaan antara bilik darjah 7. Memberi ganjaran/ hadiah kepada rakan-rakan yang rajin membersihkan bilik darjah 8. Mewujudkan sudut pembelajaran di dalam bilik darjah 9. Idea-idea lian berkaitan diterima. Nota tambahan: 1. Lokasi bukan bilik darjah tetapi masih dalam kawasan sekolah garisi perkataan yang salah. Markah maksimum ARAS CEMERLANG RENDAH ( 26 markah ke bawah ) Nota : Skema KBAT/HOTS diserapkan dalam skema pemarkahan , sebelum ini pelajar masih boleh dapat markah CEMERLANG TINGGI sehingga 30 markah penuh. 2. Lokasi di luar kawasan sekolah surau/ balai raya garisi perkataan yang salah. Maksimum ARAS BAIK. Nota : KBAT/HOTS diserapkan dalam skema pemarkahan kerana sebelum ini calon masih boleh dapat cemerlang jika calon menulis jawapan lengkap cara-cara menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah , kesalahan tempat itu hanya digarisi dan diperiksa seperti biasa. 3. Pengalaman orang lain ( POL ) Maksimum ARAS BAIK. 4. Karangan ditulis dalam satu perenggan layak diberi CEMERLANG tetapi impression turun menjadi CEMERLANG RENDAH.

PANDUAN MEMERIKSA KARANGAN BAHAGIAN B

SOALAN 2 Kamu sekeluarga akan menyambut hari perayaan tidak lama lagi. Tulis persiapan yang kamu sekeluarga lakukan sebelum hari perayaan tersebut.
Idea cadangan 1. nyatakan perayaan yang akan disambut ( hari lahir/ hari raya/ hari ibu/ hari bapa/ hari kemerdekaan/ perayaan agama/majlis perkahwinan/hari gawai/pesta menuai ) 2. berbincang dengan ahli keluarga tentang aktiviti yang hendak diadakan 3. membeli barang keperluan 4. mengemas rumah/ menghias rumah/ membersihkan rumah 5. memasak/ berbincang tentang menu jamuan 6. mengundang saudara-mara/ kawan-kawan 7. menyediakan kad-kad undangan/ menyediakan haduah 8. membeli/ menyediakan pakaian baru 9. harapan majlis berjalan lancer dan meriah Nota : idea-idea lain yang berkaitan diterima. Apa-apa juga perayaan diterima dengan syarat aktiviti yang diberi mesti bersama-sama keluarga. Hari Guru diterima dengan syarat mesti menyatakan persiapan yang dibuat oleh calon dan keluarganya. Jika tidak melibatkan keluarga maksimum ARAS BAIK. Jika persiapan dibuat sebelum, semasa dan selepas perayaan Terima idea sebelum perayaan sahaja. Kurungkan idea lain. Maksimum ARAS MEMUASKAN. Tetapi sekiranya idea persiapan sebelum perayaan mendominasi keseluruhan karangan calon layak diberi CEMERLANG dan impression turun.

Catatan : KBAT / HOTS - diserapkan dalam skema pemarkahan untuk mempastikan murid-murid menjawab mengikut kehendak soalan sepenuhnya. Guru-guru juga perlu mempastikan supaya PDP dijalankan mengikut sukatan pelajaran dan tidak terpengaruh dengan buku-buku kerja yang tidak berkualiti. KBAT/HOTS 30% Tahun 2013 , 60% Tahun 2014 dan 100% Tahun 2015 . Persediaan awal dan perlu dilaksanakan di sekolah khusus untuk PDP Bahagian B perlu amalkan i- THINK MAP untuk membina kemahiran berfikir di kalangan para pelajar.

PANDUAN MEMERIKSA KARANGAN BAHAGIAN B

SOALAN 3 Kamu telah dipilih untuk menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Guru di sekolah kamu. Tajuk ucapan kamu ialah Cara-cara Menghormati Guru . Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.
Format karangan ucapan 1. Kata alu-aluan 2. Kata penegas 3. Sekian, terima kasih. Idea cadangan Cara-cara menghormati guru 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. mengucapkan salam/ memberi salam membantu guru menumpukan perhatian ketika guru mengajar bersopan santun mendengar arahan/ berdisiplin belajar bersungguh-sungguh mengenang jasa guru

Penutup Harapan Pantun kesimpulan Nota : Idea-idea lain yang berkaitan diterima. 1. 2. Ucapan tentang sambutan Hari Guru calon tidak menjawab tugasan 05 Ucapan berfokus kepada cara-cara menghormati guru

PERINGATAN KEPADA CALON 1. Menjawab tugasan/ menepati idea Murid-murid dikehendaki menjawab tugasan mengikut kehendak soalan. Sebagai Contoh , Soalan 1 2013. Kehendak soalan ialah cara-cara kamu dan rakan-rakan menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah. Lokasi bukan bilik darjah tetapi masih dalam kawasan sekolah . Jawapan murid masih diterima dengan hanya menggariskan tempat yang salah dan diperiksa 3

PANDUAN MEMERIKSA KARANGAN BAHAGIAN B seperti biasa. Markah maksimum ARAS CEMERLANG RENDAH ( 26 markah ke bawah ) o Nota : Skema KBAT/HOTS diserapkan dalam skema pemarkahan , sebelum ini pelajar masih boleh dapat markah CEMERLANG TINGGI sehingga 30 markah penuh. Lokasi di luar kawasan sekolah surau/ balai raya garisi perkataan yang salah. Maksimum ARAS BAIK. o Nota : KBAT/HOTS diserapkan dalam skema pemarkahan kerana sebelum ini calon masih boleh dapat cemerlang jika calon menulis jawapan lengkap cara-cara menjaga kebersihan dan keceriaan bilik darjah , kesalahan tempat itu hanya digarisi dan diperiksa seperti biasa. 2. Ayat Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tugasan. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tugasan. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas , tersusun dan menarik . Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

3. Kata ( imbuhan/ kata ganda/ kata majmuk ) 4. Kosa kata penggunaan kata yang sesuai. 5. Pengolahan dan penyampaian
Sebaik-baiknya 4 isi + pendahuluan + penutup - semuanya enam perenggan. Cara murid mengolah karangan setiap perenggan perlu ada isi , contoh dan huraian . Contoh :TAJUK : Isi Contoh Huraian KEPENTINGAN SUNGAI KEPADA KITA alat perhubungan perahu dan sampan laluan utama

Bagi kawasan pedalaman, sungai pula berfungsi sebagai laluan dan pengangkutan yang penting. Sampan , perahu dan tongkang merupakan kenderaan air yang menghubungkan satu destinasi ke satu destinasi. Di samping itu, kawasan pedalaman dapat dibangunkan kerana adanya sungai sebagai laluan perbubungan. Nota : Bahagian ini ( olahan dan penyampaian ) merupakan aspek terpenting dalam karangan iaitu banyaknya isi yang diberikan oleh calon tidak menjamin murid mendapat markah yang cemerlang. Pemeriksa akan menilai karangan calon dari segi olahan dan penyampaian yang menarik. Satu idea lengkap dengan pengolahan yang baik boleh diberikan pertimbangan untuk cemerlang.

PANDUAN MEMERIKSA KARANGAN BAHAGIAN B 6. Ejaan dan tanda baca Calon dinasihatkan supaya tidak melakukan kesalahan ejaan dan tanda baca melebihi tiga kategori yang berbeza supaya layak mendapat 30 markah penuh. 7. Karangan berformat Patuhi karangan berformat - kesalahan format tolak 3 markah daripada markah yang diberikan.