Anda di halaman 1dari 4

ahan-bahan ( Anggaran 85 biji )

250 gm butter 50 gm ( 1/2 cawan ) gula aising 1 sudu teh esen vanila 100 gm ( 1 cawan ) tepong kastad 1 biji kuning telor 375 gm ( 3 1/2 cawan ) tepong gandum 1 biji telor ( pukul + sedikit esen kuning utk di sapu di atas biskut )

Cara-cara
1. Pukul butter dengan gula sehingga sebati kemudian masukan telor dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati. 2. Masukan kedua2 tepong, uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau terkeras tambah sedikit lagi butter dan kalau terlembik tambah sedikit tepong gandum.

3. Sediakan papan pencanai, terap adunan dengan menggunakan acuan tat gulug. Bahagian bunganya hendaklah berada di bahagian bawah.

4. Tekan memanjang. Potong mengikut panjang yang di kehendaki. Isi sedikit inti kemudian gulung.

5. Dah siap semua, sapu kuning telor di atasnya dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak..kepanasan oven 180' C

500gm mentega 2 biji telur - 1 drpdnya dibuang putih 4 1/2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 2 cawan gula perang 1 cawan nestum (boleh bubuh lebih sikit) 4 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu kecil essen vanila Ceri merah dan hijau utk hiasan - di belah 4 p/s Saya sukat guna cawan teh

Cara-cara
1. 1. Pukul mentega dgn gula sehingga mentega dan gula betul2 kembang dan hancur. (saya guna senduk kayu ja). Makesure gula itu sudah kembang supaya acuan tidak melekat 2. Masukkan telor dan pukul lagi. Masukkan Essen Vanilla sambil pukul 3. Ambil lebih kurang 2 senduk adunan ini dan bahagi 2. Sila Lihat gambar utk lebih paham

4. Adunan A (adunan yang kite ambil 2 senduk tuh ).Masukkan nestum, 4 sudu besar tepung jagung dan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau dan sebatikan. Adunan kelihat sedikit lembut. (dunt worry..memang mcm tuh) 5. Adunan B Masukkan 1 cawan tepung jagung..dan terus kacau, kemudian masukkan 4 1/2 cawang tepung gandum sikit-sikit.

6. Apabila siap step 5,boleh ambil sedikit adunan dan ratakan pada acuan sampan. pastikan di bahagian tengah berlurah sedikit

7. bila dah siap step ini...ambil sudu kecil atau pisau ..sapukan sedikit Adunan A di bahagian lurah sampan tadi.....kemudian..hiaskan la dgn ceri merah atau hijau atau almond untuk menaikkan seri muka eh..hihi biskut tadi...bakar dlm masa 25 minit suhu 180 darjah api bawah dulu..utk 10 minit terakhir pakai api atas bawah..

Bahan-bahan ( 100 biji @ lebih )



1 buku butter 1 cawan gula caster 2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung kastard Untuk hiasan: Coklat rice Ceri merah @ hijau Cup kertas

Cara-cara
1. Pukul butter dan gula sehingga putih @ kembang. 2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastard. 3. Gaul sehingga menjadi doh lembut.

4. Ambil sedikit doh dan parut. Parut 1 arah sahaja.Jangan bertukar arah,nanti x berapa lawa panjang adunan tu.

5. Masukkan ke dalam cup. Jangan terlalu penuh. Kemudian taburkan coklat rice. 6. Hiaskan dengan ceri. 7. Bakar selama lebih kurang 15 minit @ sehingga adunan bertukar kekuningan.

Bahan-bahan ( anggaran 85 biji satu adunan )



250 gm butter 1 cawan gula aising 4 1/2 cawan tepung gandum 2 biji kuning telor INTI 1/2 buku butter 3/4 cawan gula aising 2 biji kuning telor 1 sudu kecil esen vanila 2 cawan tepung gandum 1 tin kelapa kering 1 cawan buah2an campuran

Cara-cara

1. ADUNAN BISKUT : 2. Pukul butter, gula aising dan telor sehingga sebati. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari.

4. Sapu acuan dengan butter. Masukkan sedikit adunan dan tekan membentuk sampan ( mengikut bentuk acuan )

5. Isi inti dan tekan pelahan sehingga padat dan rata menutupi sampan ( acuan ) 6. Susun kedalam loyang. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit. Biskut kelihatan terkeluar sedikit dari acuan dan bahagian atas berwarna sedikit perang, bolih keluarkan dari oven dan sejukkan. 7. ADUNAN INTI : 8. Pukul butter, gula aising, kuning telor dan esen vanila sehingga sebati.

9. Masukkan kelapa, buah2an campuran dan tepung. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan melekat dijari.

10. ACUAN : 100 keping rm 40. Terdapat dikedai menjual peralatan membuat kuih. Biasa dipek 10 keping rm 4.

Anda mungkin juga menyukai