Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN B TUGASAN INDIVIDU Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya.Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang.Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional.Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bahawan, pekerja dan bawah.

Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap,tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid kearah perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan dan kelemahan yang ada pada diri mereka; setiap kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk membantu murid lain yang memerlukannya. Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya.Guru mesti membiasakan diri datang awal ke kuliah dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus mengunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan atau melakukan tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak harus melengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan akan hanya akan menamatkan pengajaran pada minit-minit akhir tempoh pengajaran. Masa

pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti merangsangkan minda. Katakata motivasi dan penuh senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran.Guru perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman di kalangan murid. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Seperti murid daripada kalangan orang asli contohnya. Mereka sangat sensatif tentang kepercayaaan nenek moyang mereka yang diturunkan dari zaman ke zaman. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka.Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang yang sama pada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik. Guru bukan sekadar mengambarkan sepintas lalu isi kandungan tetapi boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman pembelajaran tersebut. Rumusan boleh dibuat seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan. Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang; fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh di capai,

realisitik dan bijak dalam pengurusan masa. Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas Demi memastikan objektif-objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Keutamaan diberikan kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi.Guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir, kemahiran mengaplikasikan peralatan terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memilik wawasan yang jelas.Guru harus berkemampuan membuat pemantauan dan refleksi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memilik sahsiah sebagai guru yang berteladan baik serta mematuhi TonggakDua Belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran, ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Guru harus kreatif dan inivatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Guru adalah segala-galanya.

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah.Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkahlaku manusia. Kerap kali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis atau sifat racist terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid.Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakt dan seterusnya berupaya membentuk mesyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan negara. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid.Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus diingatkanan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa

yang betul. Pengunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina.Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegru dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, disamping menggunakan segala sifat mahmudah akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kea rah pembentukan budaya penyayang.Komunksi berkesan dapat dijelmakan melalui cara bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Guru yang menggunakan kemahiran berkomunasi sering menjana suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.

Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara.Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.Sekolah Premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi penajang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah di dalam persekitaran yang strategik serta infrastruktur yang baik sepertisekolah yang berjiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Turut tersenarai adalah Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.Di peringkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu SekolahKebangsaan (bahasa penghantar utama adalah Bahasa Kebangsaan), SJKC (bahasa pengantar Bahasa Cina) dan SJKT (bahasa Tamil).

Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.Setiap SBP mempunyai bidang keistimewaan masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu KualaKangsar. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara.Diantara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor.Ini adalah komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid.

Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsure sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah (historic institution) yang akan memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambing dan kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Sekolah ini melahirikan tokoh negara dan korporat seperti Victoria Institution (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah Menengah St.John (Kuala Lumpur). Sekolah 100 tahun ialah sekolah yang dibina sebelum tahun 1905.Sekolah ini mempunyai cirri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya ialah sekolah premier. Diantara sekolah-sekolah yang tersenarai adalah Penang Free School (Pulau Pinang), Sekolah Tinggi Melaka (Melaka), Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur) dan lain-lain lagi. Sekolah Bestari sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajayadan Cyberjaya Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan. Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil.Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengetasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan disekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.Sekolah Wawasan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid disekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.

Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilentur. Diperingkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus.Adams(2002) mengenalpasti budaya akademik sebagai kurikulum tersirat. Margolis (2001) memperolehi dapatan yang hampir sama mengenai kurikulum tersirat tacit learning, unitended and intended consequences of schooling, political sosialization, role development, mentoring and intentional practices. Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.

REFLEKSI INDIVIDU Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Di samping itu juga bangsa-bangsa lain yang turut menyumbang kepada kemajmukan di negara ini seperti suku kaum di Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli, kaum Sikh, Baba dan Nyonya,kaum Serani, kaum Siam , Bidayuh, Khadazan dan lain-lain lagi. Sebagai sebuah masyarakat yang majmuk,kepelbagaian telah wujud merangkumi semua aspek iaitu aspek agama, adat resam, ekonomi, politik dan budaya. Kepelbagaian kaum ini mewujudkanjurang perbezaan antara individu. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan formal yang menempatkansemua kaum untuk mendapat pendidikan berperanan besar untuk menyatukan perbezaan individu kearah memaksimumkan tahap pencapaian.Pendidikan ialah satu proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penerapan nilai-nilai sosial yang berterusan merupakan agen yang sangat berkesan untuk membina warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,berakhlak mulia dan bersatu padu. P e n d i d i k a n b e r t u j u a n u n t u k menggalakkan perkembangan individu yang seimbang melalui perkembangan jasmani, rohani, intelek, emosi dan moral.Sistem pendidikan di Malaysia mendukung Dasar Wawasan Negara yang mana mahu menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak ansur, penyayang, saksama, serta progresif dan makmur. Dengan ini guru mempunyai cabaranyang besar untuk merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan anak murid yang mempunyai kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah. Sistem pendidikan di Malaysia

menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua rakyatnya, merupakan satu cabaran besar guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik.Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Ini penting supaya objektif pengajaran yang hendak disampaikan tercapai dan aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan mampu di lakukan oleh pelajar. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosio-ekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga,sosio-ekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat,pengalaman kita perlu meneroka bagi menampung perbezaanperbezaan individu yang wujud di dalam bilik darjah dan untuk memberikan peluang yang terbaik kepada semua pelajar bagi mencapai kejayaan.Olehyang demikian untuk memahami dan menyelaraskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam amalan di sekolah yang lebih afektif berdasarkankepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud dalam dunia pendidikan sekarang adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan individu iaitu latarbelakang tentang kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru

serta gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya masalah ini akan dapat di atasi dan ditangan. Di akir penulisan ini saya ingin menyatakan pendapat saya, perpaduan di Malaysia perlu dijalin sejak daripada akar umbi lagi. Ini kerana sebelum pokoknya tumbuh mekar kita perlukan akar yang sihat. Makna pada baris ayat tadi bermaksud kita perlulah menanamkan sifat perpaduan daripada sejak mereka kecil lagi . mereka perlu bergaul sejak daripada bangku sekolah rendah. Maka daripada itu kerajaan seharusnya memikirkan tentang hal ini kerana dan membina institusi yang berkesan untuk menjalinkan ikatan daripada peringkat ini. Seharusnya kerajaan menghapuskan jurang antara kaum dengan menghapuskan sekolah jenis kebangsaan dan satukan semua murid pelbagai kaum dalam satu bumbung. Walaupun kita dapat lihat kerajaan dengan projek sekolah wawasan namun bagi saya ia tidak akan mampu memisahkan jurang kaum tersebut. Sekian Refleksi daripada saya.

MUHAMAD SHAFIQ BIN IRWAN PISMP SEM 5 RBT A

BIBLIOGRAFI Syed Ismail & Ahmad Subki (2008).Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1

Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/ Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005% 20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm

Anda mungkin juga menyukai