Anda di halaman 1dari 10

BBD 13003

(ASAS NOMBOR)
TUGASAN 1 :
NOMBOR PECAHAN

Bil
1
2.
3
4
5
6

Nama
MUHAMAD HAPIZ BIN OSMAN
MUHAMAD HAFIZUL BIN MOHD
AZHAR BIN TALIB
MOHD ANIS BIN BUANG
MOHD ASRAF BIN MAZLAN
SAIFUL BAHREE BIN MOHD SUMIB

Markah

ISI KANDUNGAN
Perkara

Muka Surat

Penghargaan

1.0

Pengenalan

2.0

Topik : Nombor Pecahan

Langkah Menambah pecahan

6 -8

3.0

Penilaian

4.0

Kesimpulan

5.0

Rujukan

10

Penghargaan
Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya dan juga keberkatan-Nya saya dengan ini dapat
menyempurnakan tugasan satu ini dengan jayanya sebagaimana yang dikehendaki oleh
pensyarah mata pelajaran ini.
Melalui tugasan yang bermakna ini ia dapat mengukuhkan semangat dan pengetahuan
saya terhadap tajuk mata pelajaran yang dipelajari serta member pendedahan ilmu
perguruan terhadap kami mempersiapkan diri untuk menempuh alam pekerjaan yang
sebenar iaitu sebagai seorang guru.Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Cik Azila Binti Md Sudin selaku pensyarah yang mengajar subjek
BBD 13003, Asas Nombor bagi semester ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang
selama ini banyak membantu saya untuk mendapatkan maklumat yang terdahulu.
Oleh yang demikian, diharapkan tugasan ini dapat memenuhi segala apa yang
dikehendaki oleh pensyarah dan dapat dimanfaatkan untuk saya sebagai rujukan yang
berguna di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Pengenalan
Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan
data. Pecahan terawal adalah salingan integer-integer yang menggunakan simbol
mewakili satu perdua, satu pertiga, satu perempat, dan seterusnya.
Pecahan kasar (atau pecahan biasa) ialah satu nombor nisbah yang ditulis dengan satu
integer (pengangka) yang (pembahagian atau dibahagikan)dengan satu integer bukan
sifar (penyebut).
Terdapat juga 4 jenis pecahan iaitu :
i)

Pecahan wajar bermaksud pengangka lebih kecil daripada penyebut.


Contoh :

ii)

Pecahan tidak wajar bermaksud pengangka lebih besar daripada penyebut.


Contoh :

iii)

1
1
(satu perdua) dan
(satu perempat)
2
4

6
4
(enam perlima) dan
(empat pertiga)
5
3

Pecahan setara bermaksud mendarab pengangka dan penyebut sesuatu pecahan


dengan nombor yang sama (bukan sifar), hasil pecahan yang baru adalah setara
dengan pecahan asal. Perkataan setara di sini bermaksud, kedua-dua pecahan
memiliki nilai yang sama yang mengekalkan integriti yang samaContoh :
(satu perdua) setara dengan

iv)

1
2

2
4

Nombor bercampur bermaksud terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar.
Contoh : 2

1
3
dan 3
2
4

TOPIK : NOMBOR PECAHAN


(MENAMBAH PECAHAN )

Topik pilihan ialah penambahan pecahan wajar yang melibatkan penyebut yang sama.
Contoh :
Memberi tugasan kepada murid dengan menggunakan bahan manipulatif.Bahan tersebut
ialah arahan dan kertas manila kad seperti di bawah :

Gambaran boleh dilukis seperti dibawah ini :

+
1
4

=
1
4

2
4

Dalam arahan tersebut murid-murid dikehendaki melipat,mewarna dan menilai pecahan


kawasan yang berwarna bagi setiap helaian.Nilai yang diperolehi disuruh bandingkan dan
murid diminta membuat kesimpulan berdasarkan bahan manupulatif dan nilai yang
direkodkan.

Cara menyelesaikan pengiraan nombor pecahan wajar yang melibatkan penyebut yang
sama.

Langkah 1 :
- Memperkenalkan pengangka dan penyebut.
i) pengangka angka yang terletak di atas
ii) penyebut angka yang terletak di bawah.
- Contoh : 1 = pengangka
5 = penyebut

Pengangka
1
4

1
4

2
4

Penyebut

Langkah 2 :
- Memperkenalkan operasi yang hendak dilakukan.
- Contoh dibawah adalah operasi tambah:
1
4

1
4

2
4

Operasi tambah

Langkah 3 :
- Cara menambah pecahan wajar yang mempunyai penyebut yang sama.
- Contoh dibawah :
1
4

1
4

2
4

- Bagi pecahan wajar yang penyebutnya sama kita hanya perlu menambah pengangkanya
sahaja. Jangan ditambah penyebutnya. Kesilapan banyak dilakukan oleh pelajar dengan
menambah kesemua pengangka dan penyebutnya.
- Cara begini adalah salah :
1
4

1
4

2
8

Jawapan salah

Langkah 4 :
- Cara mengira yang betul
- Contoh : Tambah pada bahagian pengangka sahaja.
1+1=
Jawapan untuk penyebut adalah sama, maka jawapannya adalah :
2
4
Pengangka perlu di tambah

1
4

1
4

Tambahkan pengangka dan


kekalkan penyebutnya.

2
4

Kekalkan penyebut

2
4

Langkah 5 :
- Perlu ditulis dengan jawapan yang betul.
1
4

1
4

2
4

Jawapan betul

Penilaian
Untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dalam topik ini,mereka
dibekalkan dengan beberapa jenis soalan-soalan.
Contoh soalan :
1.

2
7

3
7

5_
7

Bagi soalan ini,pelajar akan melorek hasil tambah pecahan yang pertama dengan pecahan
kedua di dalam ruangan yang disediakan.

2.

1
5

3
5

Bagi soalan ini,setelah murid-murid memahami konsep pecahan,mereka menambah


hanya di bahagian pengangka tetapi menulis nombor yang sama di bahagian penyebut.

Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh diungkapkan berdasarkan tugasan yang diberi ialah,sekiranya
pelajar memahami konsep pecahan,mereka tidak akan mengalami masalah walaupun
diuji dengan pelbagai jenis soalan khususnya dalam topik pecahan.

Rujukan
1. www.tutor.com.my
2. http://www.mathleague.com
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Fraction_(mathematics)
4. http://www.aaamath.com
5. Mok Soon Sang,(2003) A Primary Education Course in Mathematics for Post
Graduate Diploma (K.P.L.I), Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

10

Anda mungkin juga menyukai