Anda di halaman 1dari 1

TUAS

1. Tuas adalah sebatang rod tegar yang berputar pada satu


titik tetap yang dipanggil fulkrum (F), apabila suatu daya
(D) dikenakan untuk mengatasi suatu daya bertentangan
yang dikenali sebagai beban (B).
2. Tuas terdiri daripada tiga bahagian iaitu fulkrum, beban
dan daya.

3. Tuas memberi kelebihan mekanikal bagi memindah atau
mengubah magnitude dan pergerakan daya yang
dikenakan.
4. Sistem tuas membolehkan beban yang berat dipindahkan
dari satu titik ke titik yang lain dengan mengenakan daya
yang kecil dan mengurangkan tenaga yang digunakan.



MOMEN DAYA
1. Ketika daya dikenakan pada sesuatu objek, daya itu boleh
memutarkan objek itu pada fulkrumnya. Kesan pemutaran
ini dikenali sebagai momen daya.
2. Momen daya adalah kesan pemutaran yang dihasilkan oleh
satu daya pada suatu jarak yang tetap daripada fulkrum.
3. Magnitude momen daya bergantung kepada:
a) Jarak dari tindakan daya ke fulkrum.
b) Magnitud daya yang dikenakan
4. Formula:


5. Unit S.I bagi momen daya adalah newton - meter (Nm)

PRINSIP TUAS
1. Dalam tuas, momen yang dihasilkan oleh daya dan beban
adalah berlawanan.


BAB 10 : MESIN RINGKAS
Momen daya = Daya Jarak serenjang dari fulkrum ke daya
Beban (N) Jarak beban dari
fulkrum (m)
Daya (N) Jarak daya dari
fulkrum (m)

Anda mungkin juga menyukai