Anda di halaman 1dari 17

1

1.0 Pendahuluan
Di dalam kehidupan seharian, kita sering berbahasa. Bahasa begitu besar peranannya
dalam kehidupan. Kita sering disajikan dengan bahan bacaan berbentuk ilmiah .
Majalah berbentuk ilmiah adalah satu karya dalam bentuk tulisan yang berisikan ilmu
pengetahuan. Kajian dilakukan untuk mengetahui penggunaan bahasa dalam majalah
yang berfungsi sebagai alat komunikasi antara penulis dan pembaca.
1.1 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa
membawa maksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa merupakan alat untuk
menyampaikan mesej dalam apa jua bentuk komunikasi baik lisan mahupun tulisan.
Mesej dan bahasa yang jelas memudahkan pemahaman seseorang untuk
bertindakbalas terhadap sesuatu komunikasi lisan dan tulisan. Bahasalah yang
berperanan dalam membentuk komunikasi lisan dan tulisan yang indah atau
sebaliknya.
Penggunaan bahasa yang betul itu bukanlah semestinya dengan melontarkan kata-kata
atau bicara dengan puisi dan bahasa yang indah tetapi cukup sekadar menulis dengan
menggunakan hukum penulisan yang betul. Penggunaan tatabahasa yang betul,
penggunaan huruf besar dan huruf kecil di tempat yang sewajarnya dan pelbagai lagi
yang perlu diambil kira. Menurut Perlembagaan Dasar Bahasa Kebangsaan adalah
terkandung dalam Perlembagaan Malaysia iaitu (i) Perkara 152 Perlembagaan
Malaysia
Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen.
Ini menunjukkan martabat bahasa Melayu yang tinggi. Namun, penggunaan bahasa
yang tidak mengikut hukum dan peraturan bahasa secara tidak langsung akan
menggugat martabat bahasa Melayu. Kertas kerja ini mengkaji tentang aspek
penggunaan bahasa dalam majalah-majalah ilmiah, sama ada teratur atau tidak dalam
2

mengungkapkan konsep, proses atau sifat dalam konteks intelektual. Perbincangan
kajian ini berkisar pada penggunaan bahasa dan kesalahan tatabahasa dengan melihat
aspek morfologi dan sintaksis.


1.2 Objektif
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan bahasa dari segi morfologi dan
sintaksis dalam majalah Keluarga dan membetulkan kesilapan dan kesalahan
tatabahasa. Kerap berlaku kesilapan dan kesalahan bahasa dalam majalah yang perlu
diambil berat oleh semua pihak demi menjaga martabat bahasa Melayu.


1.3 Kaedah Kajian
Kajian terhadap penggunaan bahasa dalam majalah Keluarga ini dijalankan dengan
cara membaca bahan kajian dan mengenalpasti kesalahan yang terdapat dalam bahan
bacaan tersebut. Kesilapan yang telah dikenalpasti di kaji aspek kesalahannya,
kemudian pembetulan akan dilakukan bagi memperbetulkan kesilapan tersebut. Dalam
kajian yang dijalankan ini, saya memilih sebuah majalah yang terkenal di Malaysia iaitu
majalah Keluarga sebagai bahan kajian. Majalah Keluarga merupakan bahan bacaan
yang popular di kalangan pembaca pelbagai peringkat kerana bahan yang dipaparkan
tentang isu semasa, kisah teladan , pengetahuan am, fesyen dan masakan serta ruang
untuk kanak-kanak.Namun begitu dari sudut ketepatan nahu dan tatabahasa, penulis
adakalanya melakukan beberapa kesilapan. Kajian yang dilakukan ini dapat
mengenalpasti jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis. Kajian dilakukan
pada keseluruhan artikel dalam majalah Keluarga.

3

1.4 Batasan
Skop analisis dan pembentangan ditumpukan kepada penggunaan bahasa dari aspek
seperti morfologi, sintaksis dan pembentukan kata dalam ilmu tatabahasa Melayu.
Huraian dilakukan tentang morfem terikat dan morfem bebas. Kesalahan dalam ayat
dikenalpasti dan faktor-faktor yang menjadikan ayat tersebut salah dari segi tatabahasa.

1.5 Definisi Konsep
Tatabahasa ditakrifkan sebagai himpunan peraturan umum struktur bahasa yang
merangkumi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa mempunyai konsep dan
hukum yang perlu dipatuhi oleh penulis atau penutur dalam memastikan penggunaan
bahasa yang betul dan tepat.
Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa
ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betul
bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturan-
peraturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasa
inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh
penutur sesuartu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan.
Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008)
mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara
perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai
makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.
Secara kesimpulannya, tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum
yang menerangkan peraturan-peraturan pengabungan kata-kata untuk menghasilkan
bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Kajian tatabahasa bermula
daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan
proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis.

4

2.0 Penggunaan Bahasa Dari Sudut Morfologi
Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian
ini lebih tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil. Menurut Raminah Hj
Sabran dan Rahim Syam (1985) berpendapat morfologi ialah bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Malah
menurut Nik Safiah karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dengan
tegasnya mendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam
sesuatu bahasa dari segi struktur, bentuk dan pengolongan kata.
Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem boleh
bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud sendirian
Setiap perkataan mempunyai satu atau lebih morfem, contohnya kata cari, terdiri
daripada satu morfem tetapi mencari pula mengandungi dua morfem. Kata mencarikan
terdiri dari tiga morfem. Morfem terikat pula ialah morfem yang wujud bersama-sama
morfem lain seperti bersekolah. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dakam
sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi
bahasa itu.
Morfem Bebas Morfem Terikat
Dapat berdiri sendiri. Contohnya sekolah ,
laut
Bentuk imbuhan contohnya ber- dalam
bersekolah dan an dalam lautan.
Mempunyai maksud sendiri. Tidak mempunyai makna tetapi
mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu.
Boleh mengubah makna sesuatu kata dan
seterusnya makna ayat.




5

2.1 Morfem terikat
Morfem terikat ialah morfem yang wujud bersama-sama morfem lain dan yang
ditambah imbuhan. Morfem terikat boleh dibahagikan seperti berikut;
- Awalan - Ditambah pada bahagianh depan kata dasar contohnya seperti ter-
dalam terjatuh dan mem- dalam membaca.
- Akhiran Ditambah pada bahagian belakang dasar. Contohnya seperti an
dalam makanan dan kan dalam pegangkan.
- Sisipan Diselit di antara unsur -unsur kata dasar seperti gemuruh,
keruping.
- Apitan Imbuhan yang ditambah serentak pada hadapan dan pada belakang
kata dasar. Misalnya ke--an dalam kemahiran dan pe--an
dalam pelabuhan.

2.2 Imbuhan
Imbuhan merupakan unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang
menyebabkan perubahan makna nahunya. Meliputi dalam imbuhan ialah bentuk-
bentuk berikut seperti awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk
fleksi. . Di sini saya senaraikan penggunaan imbuhan dalam ayat yang diambil
daripada majalah ini.
Imbuhan Contoh ayat

Awalan
Nasib malang yang menimpa Noraini ternyata tidak
pernah berkesudahan.

Akhiran
Muka makcik di sebelah kanan terkoyak teruk
menyebabkan pembedahan terpaksa dibuat dengan
mengambil kulit paha dan ditampalkan pada bahagian
muka.

Sisipan
Begitulah pepatah yang menggambarkan keperitan hidup
pasangan orang kurang upaya.
6


Apitan
Ketika kejadian Noraini sedang mengendong mesra puteri
bongsunya.

Berdasarkan artikel yang dikaji dalam majalah Keluarga ini , saya dapati terdapat satu
kesalahan imbuhan yang dikenalpasti. Ayat tersebut adalah berikut.
salah betul
Mujurlah kami masih boleh guna tulang
empat kerat ini untuk terus hidup
Mujurlah kami masih boleh menggunakan
tulang empat kerat ini untuk meneruskan
hidup

Ulasan kesalahan:
Kesalahan yang terdapat dalam ayat di atas adalah dengan tidak meletakkan imbuhan
meng..-kan dan me..-kan pada perkataan.

2.3 Kata Majmuk
Kata majmuk adalah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua
kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai
satu unit dan lazimnya dieja terpisah.

salah

Ia terjadi disebabkan oleh kepenatan dan tekanan, atau
oleh salurdarah halus yang telah rosak di bawah kelopak
mata.

Betul

Ia terjadi disebabkan oleh kepenatan dan tekanan, atau
oleh salur darah halus yang telah rosak di bawah kelopak
mata.

7


Ulasan kesalahan:
Kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut dalam muka surat 19 adalah penggunaan
kata majmuk salur darah yang ditulis rapat. Kata majmuk biasanya dieja terpisah
kecuali beberapa perkataan yang ditetapkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.

2.4 Kata Ganda
Kata ganda terbentuk melalui proses mengulangi kata dasar. Dalam proses ini, kata
dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan
berentak. Penggandaan penuh adalah proses menggandakan keseluruhan kata dasar
sama ada kata dasar mengandungi imbuhan atau tidak. Penggandaan separa pula
adalah proses menggandakan sebahagian kata dasarnya. Penggandaan berentak
ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu iaitu seluruh
kata dasar digandakan dan bunyi tersebut diulang atau diubah.


salah

Dark-Marks-Away Doctor bukanlah sejenis solekan atau
pelindung sertamerta tetapi ianya membantu secara
berperingkat dan berpanjangan.

betul

Dark-Marks-Away Doctor bukanlah sejenis solekan atau
pelindung serta merta tetapi ianya membantu secara
berperingkat dan berpanjangan.



8


Ulasan kesalahan:
Kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut dalam muka surat 19 ialah penggunaan
kata ganda berentak yang dieja rapat. Kata ganda berentak perlu dieja terpisah .

2.5 Kata Nama Am
Kata nama am adalah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan kecil berdasarkan ciri makna
perkataan seperti hidup atau bukan hidup , manusia atau bukan manusia , konkrit atau
abstrak, berbilang atau tidak berbilang. Kata nama am hidup manusia ialah perkataan
yang merujuk manusia.


salah

Bagaimanapun, saya lebih gemar menghabiskan masa
lapang dengan melayan kerenah Putera kami,Tengku Arif
dan teman-temannya.

betul
Bagaimanapun, saya lebih gemar menghabiskan masa
lapang dengan melayan kerenah putera kami,Tengku Arif
dan teman-temannya


Ulasan kesalahan:
Dalam artikel yang bertajuk Luahan Cinta Sultanah Hajjah Kalsom , saya dapati
penulisan bagi kata nama am ditulis dengan huruf besar. Putera adalah kata nama am
bagi manusia dan mengikut peraturannya kata nama am ditulis dengan huruf kecil
dalam petikan kecuali ditulis dengan huruf besar selepas nokhtah.

9


2.6 Kata Penghubung Ayat
Kata penghubung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis,
yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua junis ayat majmuk yang terbentuk
iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Kata hubung gabungan
ialah kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih. Contoh kata hubung gabungan
ialah dan, atau, tetapi , serta , lalu, malahan, sambil, dan kemudian.

Penggunaan kata hubung dan yang salah
tempatnya.


Dan Nelly akan menyediakan bubur untuk
sarapan pagi Danish.

Dan mengalah pula bukan bermakna dia
telah pun kalah.


Ulasan kesalahan:
Dua ayat yang disenaraikan ini adalah daripada dua petikan yang berlainan. Dalam
ayat ini menunjukkan bahawa kata hubung dan ditulis pada awal ayat dan selepas
noktah. Tugas kata hubung adalah menghubungkan dua ayat untuk membentuk ayat
majmuk dan sepatutnya kata hubung dan ditulis di antara dua frasa atau dua ayat.

2.7 Kata Tanya
Kata tanya berfungsi untuk menanyakan sesuatu. Kata tanya ialah perkataan yang
digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya, contohnya mengapa, berapa ,
bagaimana dan bila. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian predikat.
Sekiranya kata tanya dikedepankan maka kehadirannya dalam bentuk tulisan
10

hendaklah disertai partikel kah.Penggunaan kata Tanya harus menepati maksud dan
tujuan hal yang ditanya.


salah

Apakah dirinya seperti Quran buruk?

betul

Adakah dirinya seperti Quran buruk?
.
Ulasan kesalahan
Kata apakah dan adakah digunakan dalam ayat tanya. Kata adakah lazimnya
digunakan untuk bertanyakan tentang sesuatu perkara sama ada atau tidak, manakala
kata apakah untuk menanyakan tentang nama, jenis, sifat dan lain-lain

2.8 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu iaitu
orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga seperti dibawah;
a.Kata ganti nama diri orang pertama ; saya, aku, beta, patik, kami, kita
b.Kata ganti nama diri orang kedua; anda, saudara, engkau, awak, kamu.
c.Kata ganti nama diri orang ketiga; ia, dia, beliau, mereka, -nya
Salah Betul

Ianya turut membantu menghalang
masalah tersebut daripada berulang
kembali

Ia turut membantu menghalang masalah
tersebut daripada berulang kembali

11



Ulasan kesalahan:
Penggunaan kata ganti nama diri ianya tidak tepat kerana tidak ada kata ganti nama
diri ianya dalam bahasa Melayu. Sekiranya ianya dianggap betul, maka kita harus
menerima kata ganti nama diri akuku, kamumu sebagai betul. Kata ganti nama diri
orang ketiga yang betul adalah ia.

2.9 Ejaan
Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi kerana
kesalahan ejaan. Hal ini berlaku kerana dalam bahasa Melayu, ada beberapa kata
yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan.
Salah Betul
Demikan Demikian
sungih sungguh
tulin tulen
mengalamu Mengalami
Laku aku Laki aku


3.0 Penggunaan bahasa dari sudut sintaksis
Sintaksis dipinjam daripada perkataan Yunani iaitu suntutein, yang bermaksud
menyusun atau susunan . Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), sintaksis
adalah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi
ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-
hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Abdullah Hassan
12

(2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ada menyatakan unsur-unsur
yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Di sini dapat kita lihat
bahawa sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi.

Ayat

Kucing itu makan tikus.

Klausa

kucing itu makan tikus

Frasa

Kucing itu makan tikus


3.1 Klausa
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat
yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa tidak mempunyai tanda baca yang
lengkap. Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas.
Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat lengkap. Klausa
tidak bebas pula ialah klausa yang tidak boleh berdiri sendiri.

Klausa bebas Klausa tidak bebas
Anak saya, Norbaizura terlalu letih dan tertidur tanpa menyedari kami telah keluar


3.2 Ayat
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam iaitu
a. Ayat penyata
b. Ayat tanya
13

c. Ayat perintah
d. Ayat seruan
Berdasarkan kajian tentang jenis-jenis ayat dalam majalah ini, terdapat satu kesalahan
pada ayat penyata dan ayat tanya.

3.2.1 Ayat penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat penyataan. Ayat
penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu
ayat.
Salah Biarpun sedih dengan apa yang terjadi, kami sekeluarga pasrah
dengan ketentuan llahi.
Betul Biarpun sedih dengan perkara yang terjadi, kami sekeluarga
pasrah dengan ketentuan llahi

Ulasan kesalahan :
Hasil daripada kajian artikel yang bertajuk Noraini Puas Diuji dalam muka surat 172,
terdapat kesalahan pada ayat tersebut ialah kata tanya apa pada ayat penyata.Kata
tanya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata.

3.2.2 Ayat Tanya
Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat
Tanya merupakan ayat yang sering ditandai oleh kehadiran kata tanya .
salah Mana makanan untuk adik ?

betul

Manakah makanan untuk adik ?
.
14

Ulasan kesalahan :
Kesalahan ayat tanya tersebut berlaku kerana tidak meletakkan partikel kah pada kata
tanya yang dikedepankan.


3.3 Penggunaan hukum D-M
Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat
dengan mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan unsur yang menerangkan (M)
hadir pada kedudukan kedua. Kesalahan timbul apabila Hukum D-M dilanggar
sewenang-wenangnya kerana terpengaruh oleh susunan kata bahasa Inggeris.
Mengikut peraturannya , penggunaan susunan unsur-unsur frasa nama yang
bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah. Contohnya:
salah betul
lelaki pelakon pelakon lelaki
terkenal aktres aktres terkenal
sihat gigi gigi sihat
genetik penyakit penyakit genetik


3.4 Ayat Keterangan
Menurut Nik Safiah Karim et al.(2006), ayat majmuk keterangan terdiri daripada satu
ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada
predikat. Ayat-ayat kecil ini disebut ayat keterangan dan kehadiran kata hubung adalah
untuk menjalinkan ayat induk dengan ayat kecil.Kedudukan ayat keterangan ini tidak
tetap, Boleh hadir dibelakang ataupun di depan ayat induk. Ayat keterangan berfungsi
untuk memberikan huraian pada ayat induk. Terdapat berbagai-bagai keterangan yang
15

disampaikan oleh ayat-ayat kecil bergantung pada jenis kata hubung yang digunakan
seperti berikut:
1. Keterangan musabab
2. Keterangan akibat
3. Keterangan syarat
4. Keterangan waktu
5. Keterangan pertentangan
6. Keterangan harapan
7. Keterangan cara
8. Keterangan tujuan
9. Keterangan perbandingan
Saya telah membuat kajian tentang artikel Khuzairi Perlu Wang Untuk Pembedahan
dan saya dapati terdapat empat jenis ayat keterangan yang terdapat dalam petikan ini
iaitu keterangan musabab, keterangan waktu, keterangan pertentangan dan keterangan
harapan. Di bawah ini saya senaraikan ayat keterangan yang terdapat dalam petikan.


Keterangan musabab

Oleh sebab dia anak sulung, jadi keinginan untuk bekerja
semakin membuak-buak di dada.

Keterangan waktu

Sejak diberitahu oleh doctor dia menderita sakit
berkenaan,Mohd Khuzairi tidak dibenarkan melaku
sebarang kerja berat.

Keterangan pertentangan

Walau menderita sakit berkenaan, namun Khuzairi tetap
tabah meneruskan pembelajarannya di sebuah sekolah
teknik sebelum ke Institiut Latihan Perindustrian.

Keterangan harapan

Doktor juga menasihati kami sekeluarga agar
16

menyegerakan pembedahan itu kerana bimbang juka
dibiarkan terlalu lama akan menyebabkan tulang
rusuknya semakin membengkok.


4.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya , hasil daripada kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa
kesalahan kecil dalam majalah Keluarga ini yang pada anggapan saya sebahagian
daripada kesalahan ini terjadi kerana kesalahan teknikal seperti kata ganda dieja rapat
dan kesalahan ejaan. Namun begitu, kita tidak boleh memandang ringan dengan
kesalahan kesalahan tersebut kerana ia akan menjadi satu kebiasaan dan boleh
menggugat martabat bahasa Melayu. Penggunaan tatabahasa yang betul dalam
sesuatu bahasa amat penting agar jati diri bahasa tersebut dapat dipelihara. Pihak-
pihak tertentu harus mengambil langkah untuk memertabatkan bahasa Melayu.

4.1 Cadangan
Kesilapan yang terdapat dalam majalah ini sering terjadi dalam majalah lain. Demi
memajukan lagi majalah Keluarga ini, penerbit majalah harus lebih cermat sebelum
menerbitkan majalah. Penerbit harus memeriksa segala kesalahan tatabahasa yang
terdapat dalam artikel dan memperbetulkannya sebelum diterbitkan. Oleh sebab
majalah ini menjadi pilihan ramai, pemeriksaan amat penting sebelum penerbitan
kerana ia akan mempengaruhi pembaca. Sikap ambil tahu atau berusaha memahami
penggunaan perkataan yang betul dalam bahasa kebangsaan perlu sentiasa ada bagi
setiap individu. Pemantauan bahasa oleh pihak DBP melalui bahagian
Penguatkuasaan sentiasa dilakukan dengan membuat teguran jika terdapat
penggunaan bahasa kebangsaan yang salah. Usaha yang berterusan demi
memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

17

Bibliografi

Abdullah Hassan.(2006).Sintaksis Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka

Abdullah Hassan.(2008).Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah.Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar.(1993)Nahu Melayu Mutakhir.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka

Awang Sariyan.(2002).Ceritera Bahasa.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim,Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdullah Hamid
Mahmood.(2011),Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka

Kamus Dewan Jilid Ketiga(2005), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Seri Dewi Keluarga (2005),Selangor: Karangkraf