Anda di halaman 1dari 10

SMK BANDAR SERI ALAM,

JALAN TASEK 64,


81750 MASAI, JOHOR.


BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 2014

TAJUK :
PANTUN EMPAT KERAT
(AGAMA)
( i THINK DAN KBAT )

UNIT KURIKULUM

DISEDIAKAN OLEH ;
FADYANA BINTI MOHD GHANI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tingkatan : 2C2
Masa : 60 minit
Bilangan Pelajar : 33 orang pelajar
Tahap Pelajar : Lemah

Tema : KOMSAS
Tajuk : Pantun Empat Kerat (Agama)
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran pelajar akan dapat;
i. Mengemukakan maksud puisi.
ii. Menjelaskan penggunaan unsur bunyi dan gaya bahasa dalam karya.
iii. Memberikan makna kata dan rangkai kata yang sukar difahami berdasarkan konteks.
Fokus Utama : 10.5 Aras 1(vi,vii)
Menghuraikan maksud, gaya bahasa dan unsur bunyi dalam puisi.
Fokus Sampingan : 7.2 Aras 1(ii)
Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks.
Kemahiran Bahasa : Membaca, mendengar dan menulis
Sistem Bahasa : Tatabahasa Kata Kerja
: Kosa kata pusara, belah, berdosa, jahil
Pengisian Kurikulum : Ilmu Agama
: Nilai Patuh kepada perintah agama, insaf akan kesalahan diri
: Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir
Bahan Bantu : Teks pantun, kertas mahjong, lembaran kerja, keratan kartun
Mengajar
.



Langkah Pengajaran :

PEMERINGKATAN
P&P
AKTIVITI BAHAN BANTU MENGAJAR

Set Induksi
5 minit

1. Guru memperlihatkan beberapa situasi melalui gambar-
gambar kartun.
2. Guru bersoal jawab dengan pelajar berkaitan dengan
apa yang dilihat dan mengaitkannya dengan pelajaran
pada hari ini.

Soalan KBAT : Apakah langkah yang perlu dilakukan
untuk menangani situasi dalam gambar?





Peringkat Awal
10 minit

1. Guru memaparkan pantun empat kerat pada kertas
mahjong.
2. Guru membimbing pelajar membaca pantun empat karat
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Guru membaca pantun dengan memberi penekanan
pada rima setiap baris pantun.
4. Pelajar membaca pantun secara individu dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
5. Pelajar menggaris rima pada setiap baris.
6. Guru menerangkan gaya bahasa dan unsur bunyi yang
terdapat dalam pantun.




Peringkat
Pertengahan
10 minit

1. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dalam setiap
kumpulan terdapat 5 orang pelajar.
2. Guru menjelaskan maksud kata kerja.
3. Pelajar diminta berbincang dengan ahli kumpulan untuk
mengenal pasti kata kerja yang terdapat dalam pantun.
4. Pelajar melengkapkan peta bulatan yang diberikan.
5. Guru menilai hasil kerja pelajar.




Peringkat Akhir
25 minit

1. Pelajar masih berada di dalam kumpulan.
2. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang maksud
pantun.

Soalan KBAT :
Pada pendapat anda, mengapakah ramai orang yang
masih tidak mengikut perintah agama?

3. Pelajar membuat nota dengan mencatat maksud pantun
bagi setiap rangkap.
4. Dalam kumpulan, pelajar diminta membincangkan
maksud beberapa kosa kata yang terdapat dalam
pantun.
5. Pelajar melengkapkan peta titi dan wakil setiap kumpulan
membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.



Pengukuhan dan
Rumusan
10 minit

1. Guru membuat rumusan dengan memberi pembetulan
pada hasil pembentangan pelajar.
2. Setiap wakil kumpulan memberi satu nilai dan
pengajaran daripada pantun.
3. Guru memilih satu hasil kerja terbaik.





Pantun Empat Kerat (Agama)
Kemuning daunnya lampai,
Tumbuh di pusara paduka tuan,
Di atas dunia kau tak sampai,
Di dalam syurga bernantian.

Halia ini tanam-tanaman,
Di barat saja akan tumbuhnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Teritip di tepi kota,
Mari dikayuh sampan pengail,
Imam khatib lagikan berdosa,
Bertambah pula kita yang jahil.

Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang,
Menangis mayat di pintu kubur.
Teringat badan tidak sembahyang.

Buat serunai batang padi,
Bunyi lagu seri pualam,
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada amalan.

Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah,
Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.

Kenal pasti kata kerja yang terdapat dalam pantun.

Kata
Kerja





Perkataan jahil berdosa belah pusara
Perkataan Seerti
Apakah perkataan lain yang mempunyai maksud yang sama?