Anda di halaman 1dari 2

PROGRFAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

OBJEKTIF
memupuk semangat
bermasyarakat dan
patriotisme
Memupuk perpaduan
etnik dan integrasi
etnik
Membentuk
perwatakan positif
menerusi nilai-nilai
murni
Melahirkan generasi
yang berfikiran
terbuka, berkeyakinan
diri dan cergas serta
cerdas.
Keberkesanan
YA / TIDAK !
Meningkatkan tahap
kefasihan bahasa dan
pemahaman antara
NEGARA.
Akitivit menekankan
semanagt muhibah
dan saling bertolak
ansur antara peserta
tanpa mengira kaum.
Tnggal bersama sebagai
satu keluarga besar
Bahasa sebagai satu
wadah untuk
memudahkan
komunikasi
Melahirkan remaja
yang sanggup
berkorban demi
perpaduan negara
PLKN mungkin diwajibkan kepada semua pelajar lepasan
sekolah menengah
KUANTAN: Semua pelajar lepasan sekolah menengah mungkin akan diwajib untuk
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa akan datang.
Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Dr Tiki Lafe berkata perkara itu
dibincangkan oleh MLKN dan akan dibawa kepada kerajaan bagi mendapat persetujuan.
"MLKN juga akan meminta pandangan daripada anggota masyarakat. Sekiranya dipersetujui
sekurang-kurangnya 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun.

"Dan kita akan mengkaji prasarana yang ada untuk menampung pelatih PLKN berkenaan
jika perlu ditambah atau diperluas," katanya kepada pemberita ketika melawat Kem PLKN
Hijrah, di sini hari ini.

Katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, sambutan daripada ibu bapa serta
individu untuk menyertai program berkenaan cukup memberangsangkan.

Beliau berkata pandangan negatif yang dilempar sebelum ini telah bertukar baik, dengan
permohonan pelatih baru secara sukarela tidak kurang daripada 3,000 bagi setiap
pengambilan.

Selain itu katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, PLKN banyak memberi kesan
positif kepada pelatih.

Sebagai contoh, berdasarkan laporan berhubung perhimpunan Bersih di ibu negara baru-
baru ini, tiada pelatih PLKN yang terlibat dengan perkara itu, katanya.

Beliau berkata program itu juga mungkin disertai ahli politik dari seluruh negara untuk
melihat sendiri bagaimana PLKN dapat membantu golongan muda, dan secara tidak
langsung memberi gambaran jelas kepada mereka yang terlibat bagi menangkis dakwaan
buruk terhadap PLKN. - Bernama