Anda di halaman 1dari 9

Mohammad Syahmeer bin Ruslan

Soalan No. 7- Bincangkan bagaimana imperialisme telah mengubah landskap


sosial dan alam sekitar serta menyebarkan pemodenan di Malaysia pada abad ke
16.

Definisi

Imperilisme bermaksud penguasaan dan penaklukan oleh sesebuah negara
atau kuasa yang kuat ke atas sesebuah negara lain yang lemah dan meletakkan
pemerintahan dan masyarakat tersebut secara paksa di bawah pemerintahan asing.
Takrifan ini menunjukkan bahawa dalam kegiatan imperialisme terdapat umsur
penonjolan sifat keunggulan oleh satu-satu bangsa terhadap bangsa bangsa lain.
Imperialisme biasanya terbahagi kepada dua iaitu Imperialisme Kuno dan
Imperialismee Moden.Fokus utama dari imperialisme kuno adalah semboyan gold,
gospel, and glory (kekayaan, penyebaran agama dan kejayaan). Suatu negara
merebut negara lain untuk menyebarkan agama, mendapatkan kekayaan dan
menambah kejayaannya. Imperialismee ini berlangsung sebelum revolusi industri dan
dipelopori oleh Sepanyol dan Portugal.
Imperialisme Modern pula lebih kepada kemajuan ekonomi. Imperialismee modern
timbul sesudah revolusi industri. Industri besar-besaran (akibat revolusi industri) yang
memerlukan bahan mentah yang banyak dan pasar yang luas. Mereka mencari jajahan
untuk dijadikan sumber bahan mentah dan pasar bagi hasil-hasil industri, kemudian
juga sebgai tempat penanaman modal bagi kapital surplus.
Istilah Sosial pula berasal dari akar kata bahasa Latin Socius, yang ertinya
berkawan atau masyarakat. Sosial memiliki erti umum iaitu kemasyarakatan dalam erti
sempit mendahulukan kepentingan bersama atau masyarakat. Menurut Engin Fahri. I
sosial adalah sebuah inti dari bagaimana para individu berhubungan. Manakala Lewis
pula mnyatakan sosial adalah sesuatu yang dicapai, dihasilkan dan ditetapkan dalam
interaksi sehari-hari antara warga negara dan pemerintahannya. Sosial memiliki
beberapa istilah antara lain anataranya struktur social, diferensiasi social dan integrasi
social.
Struktur sosial bermaksud urutan darjat kelas sosial dalam masyarakat mulai dari
terendah sampai tertinggi sebagai contoh sitem kasta. Diferensiasi social pula adalah
suatu sistem kelas sosial dengan sistem linear atau tanpa membeza-bezakan tinggi
atau rendahnya kelas sosial itu sendiri contohnya agama. Integrasi sosial adalah
pencampuran dalam masyarakat, boleh berbentuk asimilasi, akulturasi, kerjasama,
mahupun akomodasi.
Moden bermaksud keadaan masa kini atau sesuatu yang terkini.Jadi pemodenan
adalah proses menukar atau merubah sesuatu yang lama atau yang ketinggalan zaman
(out-of-date) kepada sesuatu yang baru atau terkini (up-to-date)
Dalam konteks ini, pemodenan itu adalah satu proses perubahan, khususnya
perubahan yang dilakukan oleh agensi tertentu secara sedar dan sengaja (conscious
and deliberate) untuk merubah sesuatu yang lama (tradisi) kepada sesuatu yang baru
(moden).Perubahan seperti ini sering disebut sebagai perubahan berencana (planned
change).Pemodenan sebagai satu proses perubahan berencana mempunyai kaitan
rapat atau sama dengan perkara-perkara berikut :
a. Pembangunan;
b. Perindustrian;
c. Perbandaran; dan
d. Perkembangan teknologi.
Kesimpulannya, esei ini akan membincangkan mengenai perubahan dan kesan
imperialisme ke atas bumi Malaysia ini sejak dari awal penjajahan hingga kepada
zaman ambang merdeka dari aspek sosial dan alam sekitar serta pemodenan yang
telah berlaku. Hal ini merujuk dari aspek pemikiran hingga kepada aspek materialistik.
Esei ini juga akan menyentuh zaman Melaka, penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris
dan Jepun sehingga lepas merdeka.


Tidak dapat dinafikan sejarah pemodenan di Malaysia telah bermula sejak
zaman kedatangan penjajah lagi. Terdapat banyak perubahan yang berlaku apabila
penjajah British dan Jepun datang menakluk Tanah Melayu pada ketika itu. Secara
tidak langsung idea dan teknologi yang di bawa oleh mereka telah banyak mengubah
struktur pemodenan Malaysia pada masa itu. Ini dapat dilihat dari segi perubahan
ekonomi, pendidikan, politik dan pembangunan. Semua perubahan yang dilakukan ini
telah membawa Malaysia ke satu dimensi lain iaitu dimensi pemodenan yang
membolehkan Malaysia bersaing dengan negara-negara membangun yang lain. Di
samping itu, usaha pemodenan yang dilakukan berdasarkan fahaman dan ideologi
yang di bawa oleh penjajah ini telah mengajar dan membuka mata masyarakat
Malaysia khususnya untuk bersaing dengan negara-negara luar yang lain yang sedang
meningkat maju. Kedatangan penjajah-penjajah ini juga telah banyak menunjuk ajar kita
untuk berani maju setapak ke hadapan dengan usaha kita sendiri.
Sejak zaman sebelum penjajahan lagi ekonomi memainkan peranan penting
sebagai sumber pembangunan negara. Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19
dan sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem
ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang
mereka amalkan telah menerima pengaruh daripada sistem pemerintahan pada masa
dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani dan pedagang manakala
pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya. Ekonomi sara diri
ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung
keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk
keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan
digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas
keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama
ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini
tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak. Sistem ekonomi komersil
hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19.
Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan
mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini
kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu
perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan
perlombongan.
Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu
tradisional yang sangat penting. Merujuk kepadanya, padi pula merupakan tanaman
utama memandangkan ia adalah makanan asasi masyarakat di rantau ini. Di Malaysia,
dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit). Padi sawah
ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur damdengan
tanah alluvium. Penanaman padi sawah dipercayai diperkenalkan oleh orang Thai di
negeri-negeri Melayu Utara dan orang Minangkabau di negeri-negeri Selatan. Negeri-
negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah,
Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang
terkenal sebagai jelapang padi negara kita. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan
Seberang Perai juga turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman
padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan
yang digunakan sejak abad ke-19.
Industri bijih timah merupakan satu industri yang tertua di Tanah Melayu sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bijih timah telah menarik minat pedagang-pedagang
asing dari Mediterranean, Arab, India dan China. Timah yang dilombong daripada
kawasan pedalaman telah dilebur dan dijadikan timah jongkong lalu dibawa ke hilir
sungai untuk diperniagakan. Kekayaan bijih timah di Tanah Melayu dapat dibuktikan
melalui seorang pengembara Arab yang bernama Abu Dulaf (abad ke-10). Beliau
berkata di seluruh dunia tidak ada lombong bijih timah seperti di Tanah Melayu. Pada
abad ke-12 pula, seorang penulis Itali mengulas bahawa bijih timah di Tanah Melayu
sangat tulen dan bercahaya. Menurut sumber China pula, Melaka dan Pahang ada
mengeksport bijih timah. Catatan J.F.A. McNair pula menunjukkan, bijih timah mula
dilombong di Perak pada tahun 1616 di Manjung dan Beruas. Sehingga tahun 1820-an,
perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu. Lombong-lombong ini
dikuasai oleh raja dan pembesar. Mereka menggunakan cara melampan dan
mendulang untuk melombong. Hasilnya adalah terhad. Selain itu, sikap orang Melayu
yang menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan sambilan
menyebabkan perkembangannya tidak pesat. Atas inisiatif pembesar, mereka telah
menggalakkan kemasukan orang Cina sebagai buruh. Keadaan ini jelas dilihat mulai
tahun 1820-an, apabila orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih
timah. Selain itu, akibat perubahan radikal di Eropah dari segi penggunaan bijih timah,
permintaan terhadapnya telah meningkat. Pengambilan buruh Cina juga dipergiatkan
lagi. Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan penemuan
kawasan baru, kemasukan modal Cina dan pengenalan cara-cara perlombongan yang
lebih efektif oleh orang Cina. Keadaan ini telah membawa perubahan kekuasaan dan
kaitan politik orang Cina di Tanah Melayu secara keseluruhan. Keadaan ini telah
memberi peluang kepada British untuk campur tangan dalam hal-hal pentadbiran Tanah
Melayu. Selain itu, kerajaan British juga berusaha untuk mewujudkan suasana yang
menyenangkan kepada perkembangan perusahaan bijih timah swasta kepunyaan
orang Eropah. Mereka menggunakan kapal korek untuk melombong. Penggunaan
kapal korek dapat melombong dengan banyak tetapi kaedah ini memerlukan belanja
yang tinggi. Dengan itu, perusahaan bijih timah oleh orang Cina mulai diambil alih oleh
syarikat Eropah kerana teknik kapal korek yang dapat melombong dengan cepat dan
akhirnya menjual perusahaan lombong bijih timah mereka kepada syarikat British.
Sistem pendidikan juga banyak memainkan peranan penting dalam proses
pemodenan Malaysia. Sistem pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu
tahap sebelum kedatangan penjajah, semasa kedatangan penjajah dan selepas
kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Sistem pendidikan sebelum kedatanga
penjajah adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-
sekolah agama. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga
1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit
Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang. Sekolah agama
atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum
(berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja). Ditubuhkan dengan
tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat
kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat
melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains,
Matematik dan Bahasa Inggeris. Sekolah vernakular pula merujuk kepada sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan
(P&P) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855,
iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada tahun 1872, A.M.
Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu sesi pagi yang mengajar
matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional
manakala pada sebelah petang pula mengajar matapelajaran Bahasa Arab dan Al-
Qur'an. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada
waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu
Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim pada tahun 1922 dan Maktab
Perguruan Persekutuan Melayu di Melaka pada tahun 1935. Pada tahun 1925, Kod
Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak
dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi
buta huruf. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pendidikan bahasa Inggeris mula
diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free
School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang
mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di
Eropah.
Sistem sekolah semasa kedatangan penjajah pula mempunyai ciri-ciri seperti
setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum, kurikuium sekolah berbeza, lokasi sekolah
bagi setiap kaum terpisah dan bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina
bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur
mengeluarkan arahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan
tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Pada
tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan
dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.
Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional
Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh. A.M. Skinner, Nazir Sekolah
pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu
sesi pagi untuk pelajaran biasa dari sesi petang untuk pembelajaran agama. Senario di
sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah ini dibiayai oleh
masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini
berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah. Di peringkat awal,
iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan
telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi
pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan.
Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor
perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan
untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.
Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh
mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan
agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang
mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum. Sejak
pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah monitoral
system' di mana guru-guru di bawa dari England dan kos perbelanjaan untuk tujuan ini
kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat
penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan
ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan. Dalam aspek latihan pula,
sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya
dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an,
dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab
Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di
Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pendudukan
Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas
Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah
proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah
siap selepas tahun 1946.
Pada zaman pra-penjajahan, sistem politik di Malaysia terutamanya di
Semenanjung Malaysia adalah sistem feudal. Sistem ini menyatakan setiap raja atau
sultan mempunyai kuasa mutlak ke atas negeri dan rakyat masing-masing. Dalam
sistem yang tertutup ini, penyertaan politik daripada rakyat pada umumnya tidak
berlaku. Sistem feudal ini bersifat warisan walaupun terdapat beberapa insiden
perebutan kuasa dikalangan bangsawan. Pada ketika itu juga, parti-parti politik belum
lagi wujud dan semangat nasionalisme belum lagi tersemat di dalam diri setiap
masyarakat. Namun, situasi ini berbeza pada zaman era penjajahan di mana penjajah
mengambil alih kuasa politik daripada raja-raja Melayu dan mewujudkan sistem residen
atau penasihat. Pada masa ini, berlakunya tentangan daripada golongan raja-raja,
bangsawan dan rakyat namun penjajah menggunakan kuasa ketenteraan mereka untuk
menjaga kestabilan dan keamanan. Penyertaan rakyat dalam politik dan pentadbiran
terhad kepada golongan bangsawan sahaja bagi tujuan mengekalkan status quo. Pada
saat akhir era penjajahan, rakyat mula dilibatkan dalam proses politik dan pentadbiran
di peringkat paling bawah, sebagai pegawai rendah. Perkembangan tersebut adalah
ekoran daripada terbukanya sistem pendidikan Inggeris kepada anak-anak pembesar
tempatan. Demikian juga dalam era penjajahan Jepun, hanya sebilangan kecil rakyat
yang dilibatkan dalam sektor pentadbiran dan politik. Penglibatan rakyat tempatan ke
dalam proses politik secara meluas hanya dapat dilihat dengan jelas apabila pihak
British memperkenalkan Malayan Union setelah berakhirnya penjajahan Jepun di
Tanah Me;ayu dan penyerahan Sabah dan Sarawak untuk ditadbirkan sebagai tanah
jajahan pada tahun 1946. Namun begitu, pengalaman daripada penjajah Jepun telah
mengajar penduduk Tanah Melayu betapa pentingnya kerjasama antara golongan etnik
untuk mencapai objektif politik. Kesudian untuk bekerjasama adalah penting bukan
hanya untuk mengutarakan keperluan kaum masing-masing tetapi juga untuk saling
memahami kedudukan kaum lain. Hal ini akan membuka jalan kepada integrasi dan
kompromi yang sihat serta membuka ruang untuk kemajuan bersama. Usaha-usaha ke
arah kerjasama politik telah dimulakan lagi sejak zaman sebelum merdeka lagi.
Kerjasama antara AMCJA-PUTERA, dua golongaan kiri dalam aliran nasionalisme di
Tanah Melayu yang merangkumi kerjasama antara etnik dan kemudiannya oleh
golongan nasionalis UMNO-MCA yang seterusnya MIC menunjukkan bahawa
kerjasama adalah asas dalam politik negara kita. Malah pada zaman itu juga, golongan
berhaluan kiri banyak memonopoli sistem politik Tanah Melayu dengan wujudkan
Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti
Komunis Malaya (PKM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API). Golongan ini banyak
berjuang untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan kuasa asing.
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran
Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama
lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Sistem
ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah
jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana
Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang
anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin
kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang
dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Malaysia mengamal sistem
parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70
orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua:
26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi
dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli
masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Dewan Rakyat pula
mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-
ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat
memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan
diadakan. Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan
Malaysia dan ini memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun,
peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua
ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan
merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri.
tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri. Sistem
legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun,
kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang
India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada
Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam
perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu
negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyai
mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar
negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-
undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslim yang lain dan juga
orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tradisi),
warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi,
pengangkutan, dan hal-hal lain.
Perancangan bandar mula wujud sebagai suatu aktiviti profesional di Eropah.
Seterusnya ia dibawa oleh penjajah-penjajah Eropah ke negara-negara jajahan takluk
mereka. Kebanyakan negara Dunia Ketiga telah menerima perancangan bandar dalam
beberapa dekad yang lalu. Sistem perancangan bandar yang diamalkan di Malaysia
pada masa kini banyak dipengaruhi oleh perkembangan sistem perancangan bandar
United Kingdom. Ini berpunca daripada kesan penjajahan British di negara ini selama
lebih daripada seratus tahun. Usaha-usaha perancangan bandar di di Tanah Melayu
bermula di Melaka pada abad ke-15. Petempatan-petempatan awal pada masa itu
bisanya terletak di sepanjang laluan darat, sungai-sungai dan pantai. Ini bertujuan untuk
memudahkan penduduk mendapatkan sumber bekalan air untuk keperluan harian dan
bercucuk tanam. Menurut sejarah, semasa Parameswara tiba di Melaka pada tahun
1400, penempatan sedia ada masih merupakan kampung nelayan Melayu primitif.
Parameswara merancang dan membina semula Melaka dan sekaligus meletakkan asas
bagi sebuah bandr yang kemudiannya menjadi ibu kta empayar Melaka yang
termasyhur. Berdasarkan sejarah Melaka serta penulisan Moorhead dan Winstedt di
dadapti pada abad ke-15 telah ada tanda-tanda awal perancangan yang diamalkan di
negara ini. Pada era tersebut, perancangan lebih bergantung kepada keadaan semula
jadi yang terdapat di kawasan sekitar mereka. Perancangan bandar di Tanah Melayu
semakin berkembang dengan kemasukan British pada hjung abad ke-19. Ia seterusnya
mewujudkan amalan perancangan fizikal di Melaka dan Pulau Pinang. Semasa
penjajahan British, Pulau Pinang dan Melaka dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat
manakala Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor pula dikenali sebagai Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu. Dari segi pentadbirannya, ianya terletak di bawah kuasa
penuh empayar British kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat.
Kegiatan awal perancangan bandar dan desa dalam era ini telah bermula pada tahun
1801 dengan tertubuhnya Jawatankuasa Penilai di Pulau Pinang. Menjelang akhir abad
ke-19 ianya telah berkembang ke negeri Perak, selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan.ini ekoran daripada masalah yang dialami oleh bandar-bandar utama di
Taiping, Ipoh dan Kuala Lumpur seperti kesesakan, kesihatan, kebakaran dan jenayah
akibat aktiviti perlombongan. Inggeris telah mengambil peluang untuk campur tangan
dengan mewujudkan sistem pengurusan bandar di negeri-negeri tersebut termasuk
memastikan kepentingan ekonomi dan politik mereka dilindungi. Dalam era selepas
merdeka pula, nama ketua jawatan perancangan bandar telah ditukar kepada
Pesuruhjaya Perancang Bandar. Jawatan ini masih lagi dipegang oleh pegawai dari
United Kingdom iaitu T.A.L Concannon. Aktiviti perancangan bandar lebih tertumpu
kepada penyediaan pelan susunatur kampung-kampung baru semasa darurat. Jawatan
Pesuruhjaya Perancang Bandar telah diserahkan buat pertama kalinya kepada rakyat
tempatan iaitu Dato Rosli Buyong pada tahun 1969. Nama jawatan tersebut ditukar
kepada Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa bermula pada tahun 1972 hingga
ke hari ini. Negeri Pulau Pinang dan Melaka menggunakan sistem Deeds iaitu suatu
sistem khusus yang terdapat di Negeri-Negeri Selat sebelum Perang Dunia Kedua. Ia
mengambil contoh dari undang-undang harta dan pindah hak milik Inggeris. Sementara
itu, sembilan buah negeri Melayu yang lain pula menggunakan sistem Torrens iaitu
suatu sistem yang bevrdasarkan kepada prinsip bahawa hak-hak persendirian atas
tanah boleh diperolehi hanya daripada pemberian yang nyata oleh kerajaan.
Secara kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa kedatangan penjajah ke
Tanah Melayu telah banyak membawa pemodenan ke atas tanah air kita. Secara tidak
langsung sistem yang dibawa oleh mereka telah banyak merubah corak persekitaraan
Malaysia daripada sebuah negara mundur ke sebuah negara yang maju seiring dengan
negara-negara Barat yang lain. Usaha ini telah mencetuskan idea untuk Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj memacu negara Malaysia untuk sama-sama bersaing dengan
negara-negara Dunia Pertama yang lain. Ilham daripada Tunku ini telah disambung
oleh Tun Dr Mahathir Mohamed dengan melancarkan satu dasar iaitu Dasar Pandang
Ke Timur pada 8 Februari 1982 semasa persidangan 5th Joint Annual Conference of
Mejeca/Jameca di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Sumbangan dan jasa beliau ini telah
melayakkan beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia.




BIBLIOGRAFI
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
A Aziz Deraman. 1992. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala
Lumpur. Arena Ilmu.
Chew Hock Thye. 1979. Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Fauziah Shafiee dan Ruslan Zainudin. 2000. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur. Fajar
Bakti.

Anda mungkin juga menyukai