Anda di halaman 1dari 3

NAME : NUR FARHANA DAUD

MATRIX NO : 2013227442
GROUP : AD116 (FD A)



TAJUK UCAPAN : SAYANGILAH KUCING

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. pernahkah anda mendengar, Kerana seekor
kucing, tercampak ke dalam neraka?
Hadirin sekalian, dalam riwayat sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor
kucing yang dikurungnya sehingga mati. Dia masuk neraka kerana dia tidak memberinya makan
dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya mencari makan."
Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas
kasih di dalam hatinya. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan
lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Akan tetapi, hati
wanita ini tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Suara kucing itu semakin lemah, lalu
seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman
manusia yang hatinya keras dan membatu.
Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke
dalam neraka. Rasulullah melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka.
Kesan-kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu ketika syurga dan
neraka diperlihatkan kepadanya.
Oleh itu janganlah suka menendang kucing. Peliharalah kucing kerana kucing adalah
binatang kesayangan Rasulullah. Sehubungan dengan itu, pada hari ini saya akan menceritakan
sedikit sebanyak mengenai kucing.
Apa Itu Kucing? Kucing adalah haiwan yang sungguh menakjubkan dan juga merupakan
haiwan pemangsa yang terdiri daripada pelbagai saiz. Kucing mempunyai ciri-ciri seperti mata
besar yang berada dihadapan muka, pendengaran yang tajam, gigi yang tajam dan kaki yang
kuat serta mempunyai kuku yang tajam bagi mendapatkan mangsanya. Kebanyakkan kucing
mempunyai ekor yang panjang serta bulu yang bertompok atau berjalur. Perkataan "kucing"
biasanya merujuk kepada "kucing" yang telah dijinakkan, tetapi juga merujuk kepada singa,
harimau, dan sebagainya. Kucing telah berbaur dengan kehidupan manusia paling tidak sejak
3.500 tahun yang lalu, ketika orang Mesir kuno menggunakan kucing untuk menjauhkan tikus.
Kini, kucing adalah salah satu haiwan peliharaan terpopuler di dunia.
NAME : NUR FARHANA DAUD
MATRIX NO : 2013227442
GROUP : AD116 (FD A)

Kebanyakkan setiap rumah memiliki kucing kerana kanak-kanak amat menyukai kucing. Ini
adalah baik untuk kanak-kanak itu sendiri dari segi perkembangan sosial kerana ia membantu
kanak-kanak tersebut mempunyai rasa tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan. Kanak-
kanak harus diajar bahawa kucing adalah binatang peliharaan yang harus dihormati samada
anak kucing atau kucing dewasa. (contoh : kucing tidak boleh diganggu semasa tidur).
Kebanyakan orang memiliki kucing sebagai binatang peliharaan kerana kucing tersebut lebih
mudah ditinggalkan sendirian dirumah berbanding dengan anjing. Ini sememangnya benar.
Kucing adalah lebih berdikari secara semulajadi. Kebanyakkan kucing hidup secara sendirian
dan sunyi sepanjang hari kerana mereka perlukan hubungan sosial dengan kucing-kucing lain.
Oleh itu anda harus mempertimbangkan untuk memiliki dua atau lebih ekor kucing supaya
mereka tidak berasa sunyi apabila anda tiada di rumah.
antara jenis kucing ialah :

American Shorthair
Baka American Shortair mempunyai badan yang sederhana sehingga ke besar, padat, berotot
dan kuat. Bulunya pendek, padat dan tebal. Warna bulunya terdiri dari pelbagai dan bercorak
dua.

British Shorthair
Baka British Shorthair dianggap sebagai baka yang paling lama sekali wujud. Badannya yang
sederhana, dengan bentuk padat, kuat dan seimbang. Bulunya yang pendek dan padat, datang
dengan pelbagai warna, terdapat juga warna biru.

Persian
Kakinya yang pendek, lebar dan kuat pada dada, berada pada keadaan sekata dibahu dan
otot. Walaupun dengan rupanya yang gebu, kucing baka Persian ini mempunyai otot yang
bagus dengan tiadanya punca-punca kegemukkan. Bulunya yang panjang dan tebal, berkilat
dan kuat. Warnanya boleh terdiri daripada pelbagai warna dan corak.

Siamese
NAME : NUR FARHANA DAUD
MATRIX NO : 2013227442
GROUP : AD116 (FD A)

Baka Siamese adalah bersaiz sederhana, bulunya berkilat dengan garisan kecil berwarna,
bergerak senang walaupun berotot. Sifatnya yang ketara ialah bucu yang bercorak gelap pada
telinga, muka, ekor dan kaki. Warna seperti cokelat, biru, dan kelabu adalah warnanya yang
biasa.
Akhir kata, saya sudahi dengan beberapa rangkap pantun :
Dua tiga kucing Siam,
Berkawan dengan kucing Parsi,
Hati jangan dibiarkan hitam,
Banyakkan mengaji dan ingatkan mati.

Anak kucing mengejar tikus,
Tikus berlari tak pandang belakang,
Kembalilah mencari jalan yang lurus,
Sekiranya hidup berarus songsang.

Kucing hitam melompat-lompat,
Ekornya panjang terkena duri,
Jangan diikut pengaruh barat,
Kelak binasa memakan diri.


Sekian, wabillahitaufikwalhidayah
wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatu