Anda di halaman 1dari 1

Menurut Kamus Dewan, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan

santun) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Etika
dalam konteks menginterpretasi data ialah kejujuran pengkaji akan membuat sesuatu ramalan
atau jangkaan serta mencadangkan perhubungan antara data menggunakan data yang tepat.
Berikut merupakan elemen penting dalam etika dan kepentingan nilai etika tersebut dalam
sesuatu kajian:
ELEMEN KEPENTINGAN
i) Bahasa
**Menggunakan bahasa yang mudah difahami
dan penerangan yang jelas.

--> Mendapat maklumat yang tepat dan dapat
menginterpretasi data dengan berkesan.

ii) Perasaan
** Tidak melibatkan unsur-unsur sensitiviti
responden.


--> Mendapat kerjasama yang baik daripada
responden. Oleh itu, responden akan
memberikan jawapan yang baik dan ini akan
memudahkan pengkaji untuk membuat
interpretasi data.

iii) Berterus terang
** Memberitahu responden tentang matlamat
dan tujuan kajian.


--> Responden akan sukarela untuk
melibatkan diri dalam kajian. Hal ini akan
memberikan kelancaran dalam pengumpulan
data seterusnya memudahkan pengkaji
menginterpretasi data tersebut.

Nilai-nilai etika amat penting semasa menginterpretasi data kerana walaupun kajian yang
dihasilkan amat baik tetapi tidak mematuhi etika, kajian tersebut tidak bermakna lagi. Pengkaji
yang menginterpretasi data dengan bertindak memberikan data yang tidak lengkap,
terkeluar dari konteks, memalsukan penemuan atau kemukakan fakta yang mengelirukan
semata-mata untuk menghasilkan suatu kajian yang terbaik dianggap melanggar tatasusila
penyelidikan.
Kepentingan nilai-nilai etika dalam menginterpretasikan data amatlah penting demi menjaga
kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu kajian itu. Selain itu, kejujuran pengkaji adalah penting
dalam sesuatu kajian terutamanya semasa menginterpretasi data. Malahan mematuhi etika
penyelidikan adalah tanggungjawab penyelidik.