Anda di halaman 1dari 2

SJK (T) LADANG KALUMPANG

35900 TANJUNG MALIM


LAPORAN PENYEBARAN KURSUS KSSR MATAPELAJARAN
PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4 2014

Satu mesyuarat telah diadakan di dewan sekolah pada hari Khamis ( 14.11.2013
) untuk berkongsi maklumat tentang KSSR Pendidikan Muzik Tahun 4 2014. Mesyuarat
itu bermula pada pukul 1.30 tengah hari. Maklumat dan bahan yang diedarkan pada
Kursus KSSR adalah dalam Bahasa Malaysia. Jadi kami menghadapi masalah untuk
menukar segalanya dalam Bahasa Tamil terutama nod yang digunakan dalam Muzik.

Setengah guru tidak dapat memahami konsep dan kiraan yang digunakan dalam
matapelajaran tersebut. Jadi hasil usaha sebuah buku Pendidikan Muzik telah
dipinjamkan dari seorang guru dari sekolah lain dan berkongsi maklumat. Para guru
telah didedahkan maklumat asas serta asas Pendidikan Muzik. Mereka juga telah
diperkenalkan rekorder serta bunyi dan nod dalam rekorder tersebut.

Segala maklumat yang telah dapat dalam bentuk softcopy semasa Kursus
KSSR telah dicetak dan diedarkan kepada semua guru sebagai bahan tambahan.
Selain itu aktiviti kumpulan juga telah dijalankan. Mesyuarat ini berakhir pada pukul 3.15
petang.

Disediakan oleh:
PN K.KAVITHA

Anda mungkin juga menyukai