Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR SK.

TANGLAPADAN SEMPENA HARI BUKU


SEDUNIA.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.
Terima kasih pengacara majlis.
Yang saya hormati Tuan Yang Dipertua PIBG serta Ahli Jawatankuasa Terlibat,
Yang berusaha Penolong-penolong kanan, barisan para guru dan staf SK Tang lapadan,
Para ibu dan bapa seterusnya murid - murid yang saya sayangi dan kasihi sekalian.
Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran kepada Tuhan
kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan sekolah yang
serba indah ini bagi melaksanakan satu agenda utama sekolah kita iaitu Sambutan Hari Buku
Sedunia. Terlebih dahulu saya mewakili pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG
Sek. Keb. Tanglapadan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola
majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan
teratur.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Hari Buku sedunia mula dilancarkan pada hari Jumaat, 23 April 2010 di Perpustakaan
Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur, Malaysia. Tujuannya adalah bagi memartabatkan
kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun dewasa kini arus teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi buku yang berfungsi sebagai wadah
membina peradaban dunia tetap kekal sebagai sumber utama ilmu pengetahuan yang tidak boleh
ditukar ganti. Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan
Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15
Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku.
Matlamat sekolah menganjurkan program ini ialah untuk mewujudkan budaya membaca
dalam kalangan murid, mencungkil bakat mereka agar yakin semasa berucap dikhayalak ramai,
seterusnya melahirkan modal insan yang kreatif dan berimaginasi tinggi. Tambahan lagi, objektif
program ini adalah untuk menggalakan murid membaca dan memberi pendedahan kepada
mereka kemahiran mencari maklumat semasa mengunjungi perpustakaan.
Akhir kata bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar program ini akan menjadi
pemangkin kepada murid agar terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri,
keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.
Sekian, Terima Kasih.