Anda di halaman 1dari 36

Apa Itu LINUS ?

11. LATAR BELAKANG


1. Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin
telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result
Areas (NKRAs)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.
2. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan
menyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) 3.2 KPM iaitu
semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan
tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan
untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam
KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka
untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran
asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program
Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun
1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006.
4. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,
masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum
yang khusus telah dibina.
RASIONAL
5. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi
membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan
seharian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke
tahap yang lebih tinggi.
6. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid
Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis
(literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 48,233
murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis
(literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum menguasai
kemahiran asas mengira (numerasi).
7. Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah
menengah di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939.
8. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan
untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara
ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan
yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi
keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP
9. Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy
Screening. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk
membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan
asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada
murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M).
10. Definisi Literasi: Definisi literasi adalah keupayaan untuk membaca,
menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
(dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan
tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

MATLAMAT
11. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap I
sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan
numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF
12. Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya:
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka
dan tertutup; dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat
majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung
dan.
13. Objektif Program Numerasi:
Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga
1000;
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam
lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam
wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.
KUMPULAN SASARAN
14. Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas
yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan
Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan
Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah
Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS
15. Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam
strategi utama LINUS iaitu:
i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3;
ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan
komprehensif;
iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru;
iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca,
menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti;
v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan
vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk
membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan
mengira.
16. Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas
literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan
guru pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan
menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulan
September (jika perlu).
17. Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri
daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu
oleh Guru Pemulihan Khas.
18. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid
LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya
tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan.
Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan
kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk
numerasi.
19. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang
melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik
pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai
masalah literasi dan numerasi.
20. Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa
Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia
ada. Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di
Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis
Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik.
21. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan
program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah. Namun,
pihak sekolah hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan
dan mencapai matlamatnya.
22. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan
LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN
23. Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8
peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang
terlibat terdiri daripada pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK).
24. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah
perlu menyelia Program LINUS dari semasa ke semasa.
25. Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid
LINUS diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan
menggunakan sistem yang dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan
dilaksanakan.
KANDUNGAN PROGRAM
26. Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam
menentukan skop kandungan pengajaran dan pembelajaran.
27. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad,
suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti
dalam Lampiran 1.
28. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor
bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas
tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam
pengiraan pengukuran seperti dalam Lampiran 2.
BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI
29. Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modul
pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai
dengan tahap keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini.
30. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti.
31. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama
ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan
instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
PELAPORAN
32. Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan
pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
PERJAWATAN
33. Jawatan fasiLINUS diwujudkan di PPD untuk membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Program LINUS di sekolah.
34. Jawatan Guru Pemulihan Khas akan ditambah di sekolah bagi
melaksanakan Program LINUS.
PENUTUP
35. Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid
yang berkeupayaan kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat awal
persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan
program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA.



APA MAKSUD PROGRAM LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan).
Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada
(KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca,
menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.



DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi
harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah
perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah
perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah
perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea
matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga
50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan
mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga
1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan
minit serta mengukur objek dalam unit piawai


LINUS
Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga
tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh
Guru Pemulihan
KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3
dibawah kendalian guru pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam
usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
LATAR BELAKANG
* Satu daripada National Key Result Area (NKRA)
semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga
tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012.
(NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)
* Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di
sekolah rendah (Kohort Pertama).
* Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan
untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam
kalangan murid sekolah rendah.
Rasional
* Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh
guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
* Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira
(PROTIM) untuk murid Tahap II.
Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang
belum menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat
diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program
pemulihan. Antaranya:
Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat
memenuhi kehendak NKRA.
* KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan
supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I.
Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum
menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko
keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan
kerjaya.
* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang
bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran
Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan
Numerasi (LINUS).
Matlamat LINUS
- Celik huruf
- Celik nombor
Strategi Pelaksanaan Di Sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):
Saringan 1 (Mac)
Saringan 2 (Jun)
Saringan 3 (September)
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk
menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun
setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.
Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid
tahun 4, 5 dan 6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi
masalah penguasaan asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali
dengan masalah 3M. Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan
bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah ini.

PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN.
PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

Aras modul dalam program PROTIM ini sedikit berbeza dengan aras modul
dalam program PEMULIHAN. Ini kerana modul PROTIM melibatkan penguasaan
sistem bahasa. Gambar masih menjadi pilihan utama dalam modul ini untuk
membantu pemahaman murid. Berbanding program PEMULIHAN, program
PROTIM mahukan murid menyelesaikan banyak latih tubi dalam satu-satu masa
yang ditetapkan.

Aras soalannya sederhana sukar kerana kebanyakan murid dalam program
PROTIM sudah menguasai asas 3M. Murid dalam program PROTIM sudah ramai
yang tahu membaca. Cuma yang menjadi masalah adalah, murid seringkali
melakukan kesilapan semasa menulis.

Gambar yang sepatutnya ditulis sebagai :
SELIPAR murid tulis SIPE
LOCENG ditulis LONCENG
SELUAR ditulis SUAR dan banyak lagi.
Sesetengah sekolah melaksanakan PROTIM dalam dua sesi iaitu, pagi sebelum
rehat untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan selepas rehat untuk mata
pelajaran Matematik.

Kedua-dua program ini akan melepaskan murid mereka setelah didapati
cemerlang dalam ujian penilaian yang dijalankan. Semoga, coretan ini dapat
memberi maklumat berguna untuk semua.

PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M
dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid
tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki
menjalani satu ujian tapisan. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya
90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi
Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan
UPSR.


NKRA Pendidikan
NKRA
The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its
delivery system
The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the
government is continuously working to better serve the needs of Malaysians
Our real work will begin as we make the transformation of government services happen
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.


1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan
berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian
Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan
pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3
tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai murid bermasalah
pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,
terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal.
Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan
khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi

3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap
autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam
pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota
perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan
yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan
kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara
sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin
sekolah di Malaysia:
Kurikulum baharu mulai 2016
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah - Semakan Semula (KSSR) mulai 2016 dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada 2017 dalam usaha melonjak sistem pendidikan
negara.

Kurikulum baru itu dirangka berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid
dan pelajar yang dilahirkan oleh sistem persekolahan di negara ini memiliki kemahiran yang
diperlukan untuk bersaing di peringkat global.

Ia merangkumi dimensi intelek, emosi dan fizikal setiap murid serta menekankan aplikasi
pengetahuan serta perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selain memberi
peluang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kurikulum.

Pengenalan kurikulum baru itu juga selaras dengan pemansuhan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) mulai 2014 serta perubahan penilaian ke atas murid tahun enam yang tidak
lagi dibuat berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata.

Ini kerana mulai 2016 juga gred pencapaian UPSR murid tahun enam tidak akan lagi
ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja tetapi digabung sekali dengan pentaksiran
sekolah dan pentaksiran pusat.

Pelaksanaan kurikulum baru ini pula akan melalui tiga fasa iaitu gelombang satu (2012-2015)
iaitu fasa persediaan, gelombang kedua (2016-2020) iaitu fasa pelaksanaan dan gelombang
ketiga (2021-2025) iaitu fasa pentaksiran.

Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebagai
persiapan sebelum memperkenalkan kurikulum baru itu kementerian akan memurnikan
kurikulum sedia ada dan mempergiatkan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem
penyampaian.

"Kementerian sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanan
pelaksanaan kedua-dua aspek kurikulum baru ini, untuk itu gelombang pertama
transformasi pendidikan akan memberi tumpuan kepada inisiatif jangka pendek.

"Ia bagi memastikan kurikulum bertulis, kurikulum yang diajar dan kurikulum pentaksiran
dapat ditambah baik selain meletakkan asas kepada perubahan fundamental sebelum
gelombang kedua dan ketiga dilaksana dan dikaji semula untuk melihat tahap pencapaian,"
jelas laporan itu.

- UTUSAN


KSSR
Transformasi


Hasrat KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan
teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan
kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model
Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat
tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar
untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together)
dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:
- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
- Pekerja berilmu

Prinsip KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini
dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan,
kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi keperluan
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid sebagai asas
untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang hayat.
000000000000000000000000000000000000000000000
Bentuk Kurikulum
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas
kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang
tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai
yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Tunjang Komunikasi

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran
berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi
fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis,
serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan
ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan
kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang
bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa
Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.


Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan
jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti,
bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.


Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang
kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang
Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.


Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang
menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum
seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid
meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan
masyarakat.


Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:
pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains,
Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK).


Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran
yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin
ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan
Moral bagi murid bukan Islam.

Fokus KSSR
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik.

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas
4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid
menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai
tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di
samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.


Elemen Merentas Kurikulum


Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan
yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen
merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,
Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan,
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada
usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara
efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang
dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan
insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.



Kurikulum Berasaskan Standard

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam
suatu tempoh dan tahap persekolahan.



Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Penyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria
atau petunjuk (indicator)
kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap
standard kandungan.


Organisasi Kurikulum

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran
dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga
diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk
modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.

Organisasi Tahap I

Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema
dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.

Modul Teras Asas

Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul
Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan Kesihatan.
Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul
Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.

Modul Teras Tema

Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat
dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST).
Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula
menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat
& Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Elektif

Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti
Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,
Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan
murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.

Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam
Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan
daripada murid serta prasarana sekolah.

Organisasi Tahap II

Pada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras
dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk
modul. Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah.





Pengenalan PPSMI

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada
Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun
2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah
dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah
sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar
keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai
taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam
era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan
berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi
dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat
mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam
bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan
penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid
memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak
langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris di kalangan murid.

Peranan BBT dalam PPSMI

Peranan BBT telah bermula sejak 2002 sebaik sahaja kabinet memutuskan dasar PPSMI
dilaksanakan mulai tahun 2003. BBT berperanan dalam menguruskan penghasilan dan
pembekalan Pakej Buku Teks dan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah.

Beberapa perubahan telah dilakukan oleh BBT yang melibatkan komponen bagi Pakej
Buku Teks Sains dan Matematik dengan tujuan membantu guru dan murid dalam
menjayakan program PPSMI ini.

Antaranya, Pakej Buku Teks Mathematics Year 1 merangkumi komponen Buku Teks,
Buku Latihan dan Aktiviti, CD-ROM untuk murid (MyCD), CD-ROM untuk guru dan
Buku Panduan Guru.

Semua komponen ini diterbitkan dalam dua jilid (Part 1 dan Part 2) bertujuan mengatasi
masalah beg berat.

Pada tahun pertama (2003) pelaksanaan PPSMI, pakej buku teks tambahan telah
dibekalkan kepada semua sekolah.

Pembekalan pakej buku teks tambahan ini adalah secara one off dan di bawah
pengurusan SPBT sekolah. Pakej buku teks tambahan ini boleh dipinjamkan kepada
murid untuk rujukan mereka dan juga bagi tujuan guru melaksanakan P & P Matematik
di dalam bilik darjah.

BBT turut menguruskan penghasilan Buku Glosari Sains dan Matematik untuk Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah. Penghasilan buku glosari ini adalah sebahagian daripada
Program Intervensi PPSMI yang dimulakan pada tahun 2005.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk PPSMI

Buku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah di bawah Skim Pinjaman
Buku Teks (SPBT) adalah secara berpakej. Penulisan pakej buku teks ini adalah
berdasarkan keperluan dan hasrat yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran Sains dan Matematik masing-masing.

Pakej Buku Teks Sains dan Matematik terdiri daripada beberapa komponen bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah.

Fungsi setiap komponen secara umumnya adalah seperti berikut:

i) Buku Teks (Textbook)

Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan
tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.

ii) Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book)

Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman
konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada
buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh
murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja.

iii) Buku Panduan Guru (Teacher's Guide)

Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya
memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan
pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku
Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap
Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.

iv) MyCD (Pupil's CD-ROM)

MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid
berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan
multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan,
simulasi dan e-ujian.

v) CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM)

CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P
sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P,
bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains
dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik
untuk Tahap Satu sahaja.

vi) Buku Amali Sains (Science Practical Book)

Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali
dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat
dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku
Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja.

Buku Glosari

Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal
sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.
Selanjutnya

Senarai Pakej Buku Teks Yang Dibekalkan oleh BBT

Senarai judul Pakej Buku Teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah berserta
komponennya adalah seperti pada lampiran di bawah :
Sekolah rendah
Sekolah menengah

Apa itu PIPP?
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006 - 2010
Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan
perancangan rapi, sistematik dan holistik. Justeru, peranan setiap lapisan
masyarakat agar mendukung cita-cita dan hasrat untuk menjadikan sistem
pendidikan kita sebagai yang terbaik dan dapat dikecapi oleh semua warga
Malaysia. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini bertujuan
memperkemaskan pelaksanaan program-program pendidikan serta
memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan
berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak
tempatan dan antarabangsa, di samping mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia
dalam arena global. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif di kalangan warga
pendidik serta semua pihak yang berkepentingan dapat digembleng demi
menjayakan matlamat yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan ini. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berwibawa akan
menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil
masa yang lama.
Untuk paparan Isi Kandungan PIPP dengan lebih lanjut:


Apa itu 'HEADCOUNT'?
1.0 PENGENALAN

Melaksanakan tugas sebagai guru adalah satu tanggungjawab yang cukup berat. Selain
daripada mendidik para pelajar, guru juga bertanggungjawab memastikan anak didik
mereka mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi selepas alam persekolahan.
Tanggungjawab ini adalah berterusan sepanjang tahun bermula daripada hari pertama
persekolahan sehinggalah pelajar selesai menduduki peperiksaan awam.

Tugas ini menuntut keprihatinan yang jitu daripada guru. Sehubungan itu, program
HeadCount diperkenalkan untuk membantu guru merancang sasaran pencapaian bagi
mata pelajaran yang di ajar. Selain itu, ianya juga membantu pelajar membina keyakinan
untuk mencapai keputusan seperti mana yang diharapkan oleh guru.


2.0 MISI

MENYEDIAKAN SASARAN PENCAPAIAN KEPUTUSAN PEPERI KSAAN AWAM
YANG LEBIH ANALI TI KAL DAN REALISTI K BERDASARKAN PENCAPAI AN
SEMASA PELAJ AR

3.0 OBJEKTIF PELAKSANAAN
1. menyediakan sasaran peratus lulus dan gred purata untuk setiap mata pelajaran
dan keseluruhan untuk PMR dan SPM
2. membantu pelajar menetapkan halatuju pembelajaran mereka dan lebih fokus
kepada pembelajaran mereka
3. guru dapat membimbing, memulih serta mengembangkan potensi pelajar ke tahap
optimum
4.0 RASIONAL PELAKSANAAN
1. Pelajar belajar secara rambang dan tanpa hala tuju. Sebelum ini, mereka tidak
pasti tentang keupayaan mereka mencapai gred yang lebih baik daripada biasa.
Headcount membantu mereka lebih fokus kepada pencapaian akademik mereka.
2. Guru mengajar secara rambang tanpa mengikut kemampuan dan kebolehan
pelajar. Program headcount membahagikan pelajar kepada 3 bahagian iaitu
kumpulan galus, sederhana dan cemerlang. Guru dapat menjimatkan masa dan
mengoptimumkan usaha untuk meningkatkan peratus lulus dan gred purata.
3. Pihak pentadbir sekolah dapat membuat pemantauan berstrategik ke atas guru dan
murid berdasarkan data yang sah.
4. Panitia dan guru dapat merancang program khas mengikut kumpulan pelajar.
5. Panitia dan guru lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku
kejatuhan dari segi peratus kelulusan dan gred purata. Pelbagai program dapat
dirancang untuk mengelakkan ianya berlaku.

Pelaksanaan Program Intervensi Tambahan Opsyen (PITO)

Kurikulum Kebangsaan

... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan

Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]


PENGENALAN

Sekolah merupakan salah sebuah institusi yang mampu menjadi ejen berkesan ke arah
menyatupadukan murid pelbagai kaum di negara ini. Dalam hal ini, sekolah perlu memainkan
peranan masing-masing untuk meletakkan agenda integrasi dan perpaduan sebagai matlamat
utama ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, aman dan sejahtera.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan elemen perpaduan dan integrasi
nasional dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sebagai antara fokus
utama dalam Teras Satu " Membina Negara Bangsa". Elemen ini penting bagi memastikan
negara yang diduduki pelbagai kaum seperti Malaysia akan terus maju dalam suasana yang
stabil dan harmoni.

Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM telah memperkenalkan Program Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diilhamkan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan dan menyuburkan semangat
kerjasama antara kaum sebagai pemangkin kepada perpaduan nasional. Pelaksanaan program
ini selaras dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan selama ini untuk membentuk
keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

APAKAH RIMUP
Program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat pelbagai kaum
dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Dilaksanakan melalui perkongsian idea, kemudahan,
peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, bersemangat muhibah, memiliki jiwa dan peribadi
unggul serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu demi kesejahteraan
negara.

Guru Cemerlang
Pengenalan
Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru
Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar
cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam
bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan
cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar
dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah
bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-
guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan
motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap
pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang
diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk
meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.

Penilaian Berasaskan Sekolah pentaksiran bersaskan sekolah
1. Apa itu SPPK/SPK?
SPPK ialah satu system pentaksiran pendidikan yang merangkumi pentaksiran yang
dikendali secara bersama oleh Lembaga Peperiksaan dan pentaksiran yang dikendali oleh
sekolah.
2. Apa itu PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang,
ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan
Pentaksiran Psikometrik.
3. Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru?
Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini
dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).
PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia
dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokmentasi.
4. Apakah perbezaan antara SPPK dengan pentaksiran sedia ada?
Pentaksiran sedia ada SPPK
Pentaksiran
sekolah(PS)
Pencapaian murid tidak
direkodkan
Pentaksiran sekolah
Pencapaian murid
direkodkan
Pentaksiran
pusat(PpP)
PLBS untuk
matapelajaran Bahasa
Pentaksiran sekolah
Semua
matapelajaran
mempunyai
komponen
pentaksiran

PEKA untuk

Pusat dan
matapelajaran Sains di
jalankan dan pencapaian
murid direkodkan
pencapaian murid
direkodkan
Tiada Pentaksiran
aktiviti jasmani
sukan dan
kokurikulum
(PAJSK)
Tiada pentaksiran ini Ada PAJSK
Pencapaian murid
direkodkan
Pentaksiran
Psikometrik
(pPSI)
Ada dalam komponen
pentaksiran sekarang
pPSI dijalankan pada
dua tahap iaitu tahun 3
dan tahun 6
Ada dalam
komponen SPPK
Peperiksaan Pusat
(PP)
Ada dalam komponen
pentaksiran
sekarang.Wajaran
adalah 100%
Ada dalam komponen
SPPK.Tetapi untuk
matapelajaran
TERAS.Wajaran 60%
40% merangkumi
PS,PAJSK dan PP
SPPK bersifat holistic,system ini mentaksir aspek jasmani,emosi,rohani dan
intelek(JERI).PBS member penekanan kepada kesemua aspek JERI.Ia akan mentaksir
proses dan produk iaitu mengamal konsep assessment for learning dan assessment of
leaning.PBS terdiri daripada empat komponen iaitu Pentaksiran pusat,pentaksiran
sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran
psikometrik.Kesemua komponen ini ditadbir disekolah.
5. Apakah komponen PBS?
PBS merangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat,pentaksiran
sekolah,pentaksiran aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik.
6. Apakah PBS akan menambah beban tugas guru?
Pihak LP telah menyediakan dua system aplikasi untuk membantu guru-guru.
7. Kenapa PBS dilaksana? Kenapa sekarang?
Seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang
bertaraf dunia.
8. Bila PBS mula dilaksanakan?
Mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR 2016. Mulai Tingkatan 1 pada
2012 dan PMR sepenuhnya pada 2014.
9. Apakah asas pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh?
Ujian khas kemasukan ke asrama penuh akan diperkenalkan dan akan diuruskan oleh
Bahagian-bahagian KPM yang berkenaan.
10. Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan?
Pementoran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman di kalangan
pentaksir supaya skor yang diperoleh mempunyai darjah kesahihan dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Pementoran dijalankan secara berterusan bersama
Jurulatih Utama pentaksiran dengan tujuan memantapkan dan menambahbaik
pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung perkara yang ditaksir, kriteria yang
dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang digunakan dan kaedah pemberian skor.
Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan
pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan agar mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan.
Pengesanan ialah proses menilai komponen Pentaksiran Pusat dari segi pencapaian
objektif, kekuatan dan kelemahan instrumen serta impaknya untuk tujuan memperbaiki
program Pentaksiran Pusat.
Penyelarasan diperingkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada
konstruk yang ditaksir berdasarkan skema pemarkahan. Ia adalah untuk memastikan
keselarasan kefahaman terhadap konstruk dan skema pemarkahan tersebut. Sesi
penyelarasan akan diatur mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan diwakili oleh
semua guru yang terlibat dengan PBS.
11. Apakah peranan Pentaksiran Psikometrik?
Maklumat yang bersifat akademik dan peribadi diperlukan untuk membantu
pembelajaran murid.
Pentaksiran Psikometrik melengkapkan keperluan ini dengan mendapatkan data selain
daripada pencapaian akademik. Maklumat yang memperihalkan kepelbagaian ciri
peribadi dan potensi murid ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan murid
untuk lebih memahami murid itu supaya pembelajaran boleh dipertingkatkan. Selain
digunakan untuk mengenal pasti dan mengasah kebolehan atau bakat terpendam murid
dapat dipertingkat dan dimanfaat manakala kelemahan murid dapat diperbaiki.
Pentaksiran Psikometrik boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan
kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran murid.
Pentaksiran Psikometrik tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan
pembelajaran.
12. Apakah standard kurikulum?
Penyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang
terkandung dalam KSSR:
- standard kurikulum terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran
- standard kandungan adalah apa yang murid patut tahu, faham dan boleh buat
- standard pembelajaran adalah apa yang murid perlu belajar dan boleh dilihat melaui
tingkah laku
13. Apakah standard prestasi?
- standard prestasi menunjukkan tahap penguasaan dan kualiti kerja murid
- standard prestasi memberi makna kepada band yang dicapai murid
14. Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai?
Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana
mereka:
- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan
- boleh member maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran
murid
- lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid
- mentaksir dan member maklum balas berpandukan standard prestasi
15. Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakn PBS?
Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran
tetapi akan diberikan pendedahan semula tentang pentaksiran berasaskan sekolah.
16. Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan
pembelajaran anak-anak mereka?
Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui system aplikasi pada bila-bila masa
sekiranya diperlukan.Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid
daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base)
17. Apakah nilai UPSR dan PMR?
UPSR dan PMR dalam SPPK masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insane
yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan
dan menyeluruh.
18. Adakah guru menggunakan standard dalam kurikulum atau standard prestasi
untuk mengajar?
Guru hendaklah menggunakan standard dalam kurikulum untuk mengajar manakala
menggunakan standard prestasi untuk mentaksir.
19. Bagaimana ibu bapa boleh memahami laporan yang disediakan?
Guru akan menerangkan perkembangan anak mereka berdasarkan evidens dan deskriptor
dalam portfolio anak masing-masing. Laporan adalah berbentuk diskriptif.
20. Bagaimana PBS akan dilaksanakan jika kemudahan komputer dan internet
tiada di sekolah?
Sistem akan desediakan dalam bentuk standalone dan data dihantar dalam bentuk text file
dalam CD.
21. Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid?
Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid
mengenalpasti kekuatan,kelemahan,kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana
perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.
Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk
mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan.
22. Apakah nilai PBS kepada murid-murid aliran agama?
Kerangka standard prestasi merangkumi penguasaan pengetahuan,kemahiran dan
pengamalan adab tingkah laku. Jesteru, pentaksiran dilakukan untuk melihat
perkembangan semua aspek pembangunan insan yang selama ini tidak ditaksir.
23. Apakah PMR akan digunakan sebagai indikator untuk pemilihan aliran di
peringkat menengah atas?
Lima komponen pentaksiran dalam SPPK dapat memberi kepelbagaian maklumat secara
komprehensif bagi membantu murid membuat pemilihan aliran yang lebig tepat.
24. Adakah PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dalam pelaksanaannya?
PBS mengambil kira murid berkeperluan khas dengan menyediakan kaedah dan
instrument pentaksiran yang sesuai dengan mereka.
25. Apakah peranan PAJSK dalam PBS?
PAJSK membekalkan maklumat sebagai pelengkap kepada kemenjadian murid yang
seimbang dan harmonis, pencapaian, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti
jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum diambil kira sebagai sebahagia daripada
wajaran 40% PBS untuk UPSR.