Anda di halaman 1dari 10

IR-ProgramPersediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 J an 2014 Page 1

SENARAI SEMAK KANDUNGAN TESIS



PENDEKATAN PENYELIDIKAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF

Bab 1 Pengenalan

1.1 Pendahuluan


Bil Perkara Status
(Y/T)
Muka
surat
Catatan
1
Menyatakan senario semasa yang berkaitan dengan masalah
kajian secara keseluruhan


2
Membincangkan beberapa sub-idea masalah kajian di atas yang
disokong oleh rujukan


3
Membincangkan secara ringkas konsep masalah kajian


4
Menjuruskan kepada satu sub-idea dari beberapa sub-idea
masalah kajian di atas yang disokong oleh 2-3 rujukan yang
menjadi landmark kepada topic kajian.


**Bergantung pada bidang, fakulti dan preference penyelia, ada yang menggunakan
Pendahuluan diikuti dengan Pengenalan dan Latarbelakang kajian.

1.2 Pernyataan masalah

Bil Perkara
Status
(Y/T)
Muka
surat
Catatan
1
Mengenalkan latarbelakang topic secara umum dan
mengenalkan topik kajian dengan huraian ringkas

2
Membuktikan kewujudan masalah kajian (dengan data/jadual jika
ada) berdasarkan rujukan-rujukan yang sah samada buku, jurnal,
artikel, prosiding, laporan-laporan dan sumber-sumber lain

3
Mengulas masalah kajian dalam konteks usaha-usaha
penyelesaian yang telah diambil dari aspek program / aktiviti /
dasar / cadangan / resolusi dll yang telah dijalankan

4
Mengulas masalah kajian dalam konteks kajian-kajian lepas (tajuk-
tajuk) yang berkaitan/hampiir sama dalam bidang kajian yang
dikaji dengan
mengemukakan secara ringkas sampel dan dapatan kajian
meneliti aspek-aspek yang dikaji dan belum dikaji dalam
kajian-kajian tersebut (membanding beza aspek-aspek seperti
konsep, elemen-elemen, pembolehubah, dan metodologi
kajian seperti sampel, instrumen dan prosedur)

5
Berdasarkan maklumat dalam 3 dan 4, mengenengahkan jurang
(gap) yang wujud antara penyelesaian yang telah dibuat dan
penyelesaian yang belum diambil tindakan. Perbincangan perlu
merujuk kepada aspek-aspek kajian yang berkaitan dengan
masalah kajian yang telah dijalankan dan belum dijalankan

6
Berdasarkan jurang (gap) di atas, jadikan rasional/keperluan
menjalankan kajian ke atas tajuk yang dipilih

7
Menyatakan framework atau arah tuju kajian dalam bentuk
hasilan/dapatan yang hendak dicapai dan manafaatnya kepada
pihak-pihak tertentu


*rujuk Creswell (2005) dan Schumacher (2000)
IR-ProgramPersediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 J an 2014 Page 2

1.3 Tujuan kajian

Bil Perkara Status
(Y/T)
Muka
surat
Catatan
1 Menghuraikan secara am arah tujuan kajian dalam bentuk
matlamat kajian dengan menggunakan tajuk kajian sebagai asas
dimana setiap konstruk dan konsep-konsep yang mendokonginya
(pembolehubah-pembolehubah dalam objektif kajian) dihuraikan
secara ringkas maksudnya.




1.4 Objektif kajian

Bil Perkara
Status
(Y/T)
Muka
surat
Catatan
1 Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk survei, pastikan setiap ayat
objektif kajian mempunyai unsur jenis dan nilai hubungan yang
hendak dikenalpasti, pembolehubah--pembolehubah (bersandar
dan tidak bersandar) yang hendak diukur dan sampel yang akan
digunakan.

Formula: Hubungan +V1.V2.V3.+Sampel
Hubungan=tahap, korelasi, perbezaan, pengaruh, factor-faktor,
kesan interaksi
Contoh:
hubungkaitan/korelasi antara pembolehubah yang
hendak dikaji
(Correlation r)
pengaruh dan kesan/akibat antara pemboleh ubah (Chi
square, multiple regression)
perbezaan antara pembolehubah (t-test, Anova, Ancova,
Mancova, Factorial Design)
tahap/status sesuatu fenomena (data deskriptif-mean,
peratus, kekerapan etc)
Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk experimental, pastikan
ada pengukuran pencapaian bagi kumpulan kawalan dan
experimental, kemudian baru mengenalpasti pencapaian tersebut
dengan faktor-faktor lain (pembolehubah).
Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk penilaian dan kajian
keperluan (Gap Study), pastikan objektifnya ditulis mengikut
langkah dalam model penilaian tersebut, barulah digabugkan
dengan cara menulis objektif kajian untuk rekabentuk survei.
Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk pembangunan
modul/program/software dll, pastikan objektifnya mengikut langkah
dalam model pembangunan rekabentuk instruksi (ID), dan model
pembelajaran tertentu, model permainan dll. Kemudian
digabungjalinkan dengan objektif kajian rekabentuk survei atau
experimental yang dipiih untuk menilai produk pembangunan.
Bagi penyelidikan kaedah gabungan, pastikan objektif kajiannya
bermula dengan samada kaedah kuantitatif atau kualitatif dulu
yang dipilih penyelidik. Biasanya, jika hendak membina instrumen
tertentu, kaedah kualitatif dipilih dahulu untuk membina dimensi-
dimensi dalam konstruk yang kemudiannya dibangunkan instrumen
untuk menjalankan kajian kuantitatif.
Bagi penyelidikan Tindakan, pastikan objektif kajian ditulis mengikut
langkah-langkah dalam model kajian tindakan dan digabungkan
dengan objektif kajian rekabentuk survei/rekabentuk kualitatif/ujian

IR-ProgramPersediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 J an 2014 Page 3

pencapaian tertentu.

2 Bagi penyelidikan kualitatif semua rekabentuk (kajian ethnografi,
kajian grounded theory dan naratif), pastikan ayat objektif kajian
menggambarkan penerokaan kearah memahami

a. bagaimana sesuatu konstruk itu
dikonsepsikan/diterjemahkan, atau
b. bagaimana proses/pendekatan sesuatu konstruk itu
dilakukan, atau
c. Bagaimana (konsep-konsep/langkah-langkah/teknik-
teknik/strategi-strategi) yang terkandung dalam sesuatu
konstruk itu berinteraksi/berkait.
d. apakah cadangan (cth: model, pendekatan, strategi dll)
yang akan diketengahkan hasilan daripada dapatan-
dapatan di atas.


3 Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua
konsep/pembolehubah yang mendokongi konstruk dalam tajuk
kajian.

4 Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua
konsep/pembolehubah yang mendokongi konstruk dalam tajuk
kajian juga selari dengan komponen-komponen yang
digambarkan dalam model/teori (kerangka konseptual
kajian/kerangka teoritikal kajian)


Sila lihat lampiran contoh bentuk menulis objektif kajian bagi setiap rekabentuk kajian.

1.5 Persoalan kajian

Bil Perkara Status
(Y/T)
Muka
surat
Catatan
1 Menyatakan setiap objektif kajian di atas dalam bentuk ayat tanya
dan jika perlu dipecahkan lagi kepada beberapa persoalan kajian
yang lebih terperinci/kecil mengikut jumlah pemboheubah dan
hubungan antara pembolehubah yang hendak dicari.




1.5.1 Hipotesis kajian

Hypothesis adalah apa yang dijangkakan akan berlaku

Bil Perkara Status
(Y/T)
Muka
surat
Catatan
1 Menunjukkan pernyataannya berdasarkan objektif kajian dan
persoalan kajian yang telah disenaraikan sebelum itu.

2 Memastikan pernyataannya dalah ayat hipotesis nol.
3 Ada objektif kajian yang tidak perlukan hypothesis, hanya
persoalan kajian. Contohnya, objektif kajian kualitatif dan objektif
kajian kuantitatif yang tidak melibatkan statistik parametrik.








IR-ProgramPersediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 J an 2014 Page 4

1.6 Kerangka konseptual kajian/Kerangka Teoritikal Kajian

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Memastikan gambarajah yang menunjukkan hubungkaitan
antara komponen-komponen dalam satu model/kerangka teori
adalah betul.


2 Menghuraikan/menjelaskan setiap komponen dalam
model/kerangka teori yang digambarkan dan hubungannya
antara satu sama lain dengan berdasarkan bagaimana
pembina/penyaran kerangka teori/model membangunkannya.


3 Bagi kerangka konseptual kajian (satu model atau gabungan 2-3
model kemudian diadaptasi), jelaskan teori/kajian-kajian berkaitan
yang dirujuk sebagai jambatan atau bridge yang digunakan
sebagai asas menggabungkannya dan jelaskan bagaimana
kerangka ini sesuai sebagai dasar untuk menerangkan hubungan
antara konstruk/pembolehubah dan akan membantu menjawab
persoalan-persoalan kajian.


4 Bagi kerangka teoritikal kajian, jelaskan teori yang dirujuk secara
mendalam oleh penyaran dan bagaimana kerangka ini sesuai
untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah
disenaraikan

5 Membuat rumusan ringkas secara keseluruhan dengan
memberikan rasional kepada pemilihan kerangka
konseptual/teoritikal kajian dalam konteks kesesuaiannya
menjawab persoalan kajian


6 Pastikan ada KESELARIAN DAN KESELARASAN (setiap komponen
dalam kerangka konseptual/teoritikal kajian dan anak panahnya)
dengan (setiap konstruk/pembolehubah dan hubungannya
diantaranya) dengan (setiap faktor/isu yang dibincangkan dalam
pernyataan masalah kajian)


**Perkataan kerangka kajian salah digunakan dalam konteks ini (bab 1) tetapi hanya sesuai
digunakan dalam bab 3 kerana ia bermaksud carta aliran prosedur kajian.

1.7 Kepentingan kajian

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Menunjukkan bagaimana kepentingannya akan menyumbang
kepada kajian dalam bidang yang sama dari aspek:
a. Pembolehubah-pembolehubah baru yang akan dikaji
atau gabungan lama dengan baru.
b. Metodologi kajian lain digunakan.
c. Sampel kajian lain digunakan.
d. Hasilan baru yang disasarkan
e. Perspektif/sudut/fokus baru/lain yang digunakan.








IR-ProgramPersediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 J an 2014 Page 5

1.8 Batasan kajian

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Menyatakan had kajian dari aspek metodologi kajian seperti
sampel yang dipilih, instrumen yang dilaksanakan dan prosedur
kajian yang dijalankan.

2 Menyatakan had kesahan dan kebolehpercayaan kajian dari
aspek ketekalan/replikasi dan generalisasi kajian (sampel yang
dipilih).

3 Menyatakan had kajian dari aspek skop kajian seperti sebahagian
daripada bidang yang lebih besar



1.9 Definisi Operasional/Definisi Terma

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan
konstruk/konsep/pembolehubah yang terkandung dalam objektif
kajian diberikan definisi yang operasional (yang boleh diukur
nilainya dalam bentuk skala tertentu) serta berdasarkan rujukan-
rujukan yang sah.


2 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan konsep-konsep
utama/konstruk yang terkandung dalam objektif kajian diberikan
maknanya berdasarkan konsepsi-konsepsi yang disarankan dalam
kajian kepustakaan yang dipilih oleh penyelidik


3 Pastikan definisi yang diberi hanya yang dipakai oleh penyelidik
untuk seluruh tesis dan tidak perlu menyatakan definisi-definisi lain
yang juga ada. (Straight forward)




Bab 2 Tinjauan Kepustakaan

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Pastikan bahagian pendahuluan menggambarkan topik-topik
yang akan dibincangkan dalam bab ini secara ringkas dan
keseluruhan

2 Bagi kajian-kajian tertentu, perlu dimuatkan maklumat-maklumat
latarbelakang yang difikirkan perlu pembaca tahu untuk konteks
perbincangan seterusnya. (Contohnya, tentang sesuatu institusi,
sistem dll)

3 Membincangkan topik berkaitan huraian definisi konstruk/konsep
dalam tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah

4 Membincangkan topik berkaitan huraian komponen
konstruk/konsep dalam tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-
rujukan yang sah

5 Membincangkan topik berkaitan setiap konstruk/pembolehubah
dalam semua objektif kajian yang telah disenaraikan dengan
berdasarkan rujukan-rujukan yang sah. Pastikan setiap konsep dan
elemen yang membina maksud konstruk/pembolehubah telah
digali sehingga tepu dari sebanyak mungkin rujukan.

6 Membincangkan teori-teori yang mendasari model/kerangka
IR-ProgramPersediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 J an 2014 Page 6

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
konseptual yang digunakan dalam bab 1
7 Membincangkan model-model yang ada selain yang
diketengahkan dalam bab 1 dengan tujuan memberi gambaran
keseluruhan dan mengapa model yang dipilih dalam bab 1 paling
sesuai.

8 Membincangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan
objektif kajian dan pernyataan masalah dengan iritis (Contoh,
membuat sntesis dan memberi hujah)

9 Membuat rumusan dengan mensintesis arah aliran ilmu yang
menjadi asas kepada tesis berdasarkan maklumat-maklumat yang
dinyatakan sebelumnya



Bab 3 Metodologi kajian

3.1 Pendahuluan

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Menerangkan secara ringkas komponen kandungan dalam bab
ini.




3.2 Rekabentuk kajian

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Membincangkan rekabentuk kajian kuantitatif, kualitatif atau
kajian gabungan (Mixed Method) yang dipilih iaitu:
a)maksud rekabentuk dengan merujuk pelbagai sumber rujukan.
b)bagaimana dan mengapa ia sesuai untuk menjawab objektif /
persoalan/hypothesis kajian


2 Memberikan rasional kepada pemilihan rekabentuk dalam
konteks



3.3 Responden/sampel kajian

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Membincangkan rasional pemilihan sampel/responden yang
terlibat dalam memberikan data kepada penyelidik

2 Menerangkan jenis teknik persampelan yang digunakan (secara
rawak, sistematik, berstrata, purposive dll) serta prosedurnya

3 Bagi penyelidikan Kuantitatif, terangkan faktor-faktor yang
diambilkira untuk menentukan saiz sample seperti dari aspek
statistical power analysis, subgroup analysis, attrition, reliability of
measures dan jenis penyelidikan (correlational-min-30,
causal/comparative and experimental-min-15, survey-min-100
(major group) or 20-50 (subgroup) **rujuk Gall and Gall 2003,
Cohen, Cochran dan Krejcie dan Morgan.
Bagi rekabentuk experimental pula, jelaskan kaedah pemilihan
kumpulan kawalan dan experimental supaya sampel

IR-ProgramPersediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 J an 2014 Page 7

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
homogenous dan meminimumkan bias.
Bagi penyelidikan kualitatif pula, terangkan bagaimana setiap
responden dipilih supaya ada homogeneity disitu. Kebiasaannya,
jumlah responden adalah 4-8 untuk kajian kes dan lebih dari 30
untuk kajian grounded theory.

4 Menyatakan peranan yang dimainkan oleh sampel/responden
dalam konteks memberikan input/data yang perlu.




3.4 Lokasi kajian

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Menerangkan tentang tempat data dikutip (ada kaitan dengan
teknik random sampling dalam rekabentuk tinjauan iaitu
beberapa lokasi dipilih sebagai contoh; selain itu mengapa
kawasan yang dipiih relevan dengan permasalahan kajian)

2 Menerangkan mengapa lokasi berkenaan dipilih dalam konteks
menepati objektif kajian



3.5 Instrumen kajian

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
Surat
Catatan
1 Menerangkan format instrumen yang digunakan untuk mengutip
data

2 J ika membangunkan instrumen sendiri:
Menerangkan tentang bagaimana item-item instrumen ini dibina
bagi konstruk-konstruk yang hendak diukur (content validity) serta
senarai rujukan bagi setiap item yang dibina.
Terangkan proses-proses kesahan dan kebolehpercayaan yang
digunakan seperti face validty, construct validity, items reliability,
factor analysis atau test retest prosedures, dsbnya. Sebelum itu,
pastikan anda menyenaraikan rujukan-rujukan yang digunakan
kerana memilih item-item bagi setiap konstruk (Kesahan dan
kebolehpercayaan)


3 Setelah langkah di atas diambil, terangkan proses kajian rintis
untuk memurnikan instrumen dengan melaporkan reliability
coefficientnya. (Kesahan dan kebolehpercayaan)

4 Menerangkan pembaikan item-item instrumen yang dibuat
berdasarkan maklumbalas dari kajian rintis di atas. (Kesahan dan
kebolehpercayaan)


5 J ika mengadaptasi instrumen yang sedia ada, jelaskan
sumbernya, telah mendapatkan kebenaran, nyatakan mengapa
dan bagaimana adaptasi dilakukan. Sebagai contoh, jelaskan
bagaimana konstruk dan item-item yang terkandung didalamnya
sesuai dengan konstruk-konstruk dalam kajian anda sendiri.
Sebagai contoh, definisi operasionalnya betul dab bias budaya
telah dibersihkan.


IR-ProgramPersediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 J an 2014 Page 8

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
Surat
Catatan
6 J ika anda menterjemahkan dalam bahasa lain, terangkan
bagaimana anda mendapatkan pakar bahasa mengesahkan
ketepatan terjemahannya.
(Kesahan dan kebolehpercayaan )

7 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan protokol kajian iaitu soalan
berstruktur temubual/thinking aloud/restrospektif/focus group
discussion FGD yang dibina berdasarkan objektif kajian,
rekabentuk kajian, kajian literatur dan model kajian yang
dikemukakan.
Terangkan prosedur kajian rintis yang dijalankan menggunakan
protokol yang baru dibina dan bagaimana penambahbaikan
dilakukan.

8 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan elemen yang hendak dibuat
pemerhatian selari dengan item-item dalam soalan berstruktur di
atas.

9 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan dokumen yang akan
dianalisis dijelaskan mengapa ia sesuai untuk ditriangulasikan
maklumatnya serta sebutkan nama/jenis/penerbit dokumen yang
dianalisis

10 Kesahan dan kebolehpercayaan dibincangkan dengan jelas
untuk mengelakkan kekeliruan. Sebagai contoh, 1) prosedur
triangulasi, 2) prosedur semakan peserta, 3) prosedur audit
trail/jejak audit, 4) prosedur cohen cappa.



3.6 Tatacara/prosedur pemerolehan data

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
Surat
Catatan
1

Bagi penyelidikan kuantitatif, menerangkan tentang prosedur atau
langkah mengutip data (survei) atau intervensi (experimental)
yang dilakukan dari aspek:
Masa
Pelaksanaan kepada sampel
Tempat/lokasi:

**Bincangkan, kesan hawthorn, bias disebabkan kehadiran
penyelidik dan perakam video dalam tempat kajian jika relevan
(bagi kajian experimental)





2 Bagi penyelidikan kualitatif , jika gunakan kaedah pemerhatian
dan temubual nyatakan dengan jelas siapa yang menjalankan
pemerhatian dan temubual, waktu dan bilangan jumlah jam
pemerhatian dan temubual, lokasi dan bagaimana
menjalankannya. J elaskan bagaimana dokumen akan didapati
dari sumber mana dan kerelevanannya











IR-ProgramPersediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 J an 2014 Page 9

3.7 Tatacara penganalisisan data

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan skala bagi setiap
pembolehubah yang hendak diukur betul.


2 Menerangkan tentang alat statistik apa yang akan dipakai
untuk menganalisis data bagi setiap objektif/soalan kajian dan
mengapa alat statistik tersebut sesuai.

3 Terangkan jadual kunci penentu tahap kekuatan skor
berasaskan skala pengukuran yang digunakan. (sebagai
contoh, kalau ujian-rubriknya, skala likert-jadual kuncinya)


3 Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan pendekatan analisis data
yang dipakai dan bagaimana ia akan dilakukan. Cth: Constant
comparative method, inductive analysis dll

4 Bagi data kualitatif, terangkan bagaimana pengkodan
dilakukan, kategori, tema, proposition, paten dan model
dihasilkan.

5 Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan bagaimana reliability dan
validity dipastikan 1) triangulasi, 2) semakan peserta, 3) jejak
audit, 4) Cohen Kappa.

6 Untuk memudahkan analisis data kualitatif, sediakan jadual
kemungkinan kod, kategori, tema dan propositions dengan
memberikan sumber rujukannya.


Bab 4 Dapatan kajian
Perkara Status
Y/N
Muka
surat

1 Memastikan setiap objektif kajian dilaporkan dapatan datanya
sesuai dengan alat statistik yang digunakan beserta jadual dan
konvensi yang ditetapkan dalam gaya UKM (tanpa memberi
apa ulasan/hanya interpretasi data).

2 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan setiap kategori dan tema
yang dihasilkan dalam bentuk jadual. Kemudian dicari
temanya dan dicarikan propositionnya untuk
membincangkan dapatan kajian.
J ika ada model yang hendak dikonsepsikan, jelaskan
huraiannya dengan gambar dan membandingkannya dengan
model yang dikemukakan dalam bab 1 dari aspek persamaan
dan perbezaan atau pertambahan komponen.

3 Bagi penyelidikan kualitatif, dapatan dikemukakan beserta
triangulasi dengan dapatan dari kaedah mengutip data yang
lain (contohnya, data interview ditriangulasikan dengan data
pemerhatian, dokumen, informan dll).













IR-ProgramPersediaan Calon-Calon Ijazah Kedoktoran 2014, KPM Zon Sabah dan Sarawak 10 29 J an 2014 Page 10

Bab 5 Perbincangan/Rumusan/Kesimpulan

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Memastikan setiap objektif kajian diulas semula dengan
membandingkan dapatan-dapatan kajian yang lepas yang
dinyatakan dalam kajian literatur samada:
Menyokong/menyanggah/melengkap/memperbaharui
(Berjaya mengaitkan kajian yang telah dilakukan (berdasarkan
Bab 2) dengan dapatan kajian yang dibincangkan)

2 Memastikan semua ulasan menjawab masalah kajian yang
diketengahkan dalam bab 1

3 Memastikan semua ulasan adalah kritis dan berlandaskan
kerangka konseptual/teoritikal kajian dan teori-teori yang telah
dikemukakan dalam bab 1 dan 2

4 Menonjolkan kelainan hasilan yang ditemui berdasarkan hasilan-
hasilan yang lepas.


5 Bagi penyelidikan kualitatif, pendekatan mengulas yang sama
ditulis dengan pendekatan penyelidikan kuantitatif serta
menjelaskan model yang terhasil dari datanya

6 Berjaya menunjukkan bahawa kajian dapat menyumbang
secara signifikan dalam bidang yang dikaji

7 Memastikan implikasi kajian tidak umum tetapi berdasarkan
dapatan kajian dalam bab 4. J ika ada implikasi polisi boleh
dimuatkan.

8 Memastikan cadangan kajian dalam bentuk praktikal yang
berdasarkan dapatan. Cth: Langkah spesifik mengatasi masalah,
pendekatan P & P spesifik yang boleh dilakukan secara realistik.


Rujukan dan lampiran

Bil Perkara Status
Y/N
Muka
surat
Catatan
1 Pastikan rujukan ditulis dengan betul dan tepat mengikut gaya
yang ditentukan oleh universiti. Cth: Gaya UKM, APA dll

2 Pastikan semua rujukan yang digunakan dalam tesis
disenaraikan dalam ruangan ini.

3 Pastikan semua lampiran dilabelkan dengan betul mengikut
mukasurat yang menyatakan sila rujuk lampiran A sebagai
contoh.











Ditulis oleh:
Dr Ismail Hj Raduan
IPG Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur

ismail@ipik.edu.my
15012014