Anda di halaman 1dari 9

21 Azmi berasa risau apabila pihak polis telah mengetahui tentang kegiatannya

yang menyertai lumba haram.


Perkataan seerti bagi risau ialah
A suka
B tenang
C khuatir
D tenteram

22 Air laut di Pelabuhan Kuala Gula mulai pasang pada pukul 4.00 petang.
Perkataan berlawan bagi pasang ialah
A cetek
B sohor
C surut
D kering











Soalan 23-24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

23 I Majalah itu sudah saya baca bulan lepas.
II Mereka sudah tidak memperkatakan hal itu.
III Seluar yang digantung di dalam almari itu sudah digosok.
IV Penceramah itu sudah ceramahnya dengan serangkap pantun.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

I Wang simpanan nenek sudah cukup untuk menunaikan fardu haji ke
Mekah.
II Mekanik itu cukup teliti apabila membuat kerja yang rumit.
III Ibu cukup hati apabila mengenangkan nasibnya yang telah lama
ditinggalkan anak kesayangannya.
IV Saya cukup terkilan kerana tidak sempat menemuinya semalam.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja


Soalan 25
Pilih jawapan yang paling sesuai dengan soalan berikut.

25 Apakah yang menyebabkan harga perabot itu mahal?
A Perabot itu memang cantik.
B Jika berminat, usah berkira tentang harganya.
C Kebanyakkan orang tidak mampu membeli perabot itu.
D Perabot itu diperbuat daripadajenis kayu yang bermutu.

Soalan 26
Pilih soalan yang paling sesuai dengan jawapan berikut.

26 Saya akan meneruskan kerjaya sebagai pendidik selagi terdaya.
A Kenapa saudara memilih bidang ini?
B Apakah azam saudara dalam bidang pendidikan?
C Siapakah yang mendorong saudara menjadi pendidik?
D Adakah saudara akan terus berkecimpung dalam dunia pendidikan?


Soalan 27-28
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang dberikan.

27 Polis sedang menyiasat satu kes yang melibatkan dua orang remaja.
A Kes remaja itu diserahkan kepada pihak polis.
B Dua orang polis sedang menyiasat kes remaja itu.
C Kes membabitkan dua orang remaja itu disiasat oleh polis.
D Kes itu akan disiasat oleh dua orang remaja dan pihak polis.

28 Kakak berkata kepada Ummu, Adik bacalah buku pada masa lapang.
A Ummu menasihati kakaknya agar menggunakan masa lapang dengan
baik.
B Ummu dinasihati oleh kakaknya agar membaca buku pada masa lapang.
C Kakaknya gemar melihat adiknya membaca buku pada masa lapang.
D Kakak menasihati adik Ummu supaya rejin membaca buku.

Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Merang, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi.
Pada pagi yang mulia, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk,
Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kegiatan kokurikulum merupakan satu aktiviti yang wajib disertai ileh setiap
murid sekolah. Aktiviti kokurikulum meliputi unit-unit kokurikulum, persatuan, kelab dan
sukan. Penyertaan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum banyak member faedah
dan kebaikan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pengalaman dan ilmu
pengetahuan. Segala aktiviti ini berhubung kait dengan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Oleh itu, penyertaan setiap murid adalah penting untuk memberikan
pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan pelajaran yang
dipelajari.
Selain itu, kokurikulum dapat melatih diri kita bekerjasama, tolong-menolong,
bertolak ansur, berdikari serta hormat-menghormati antara satu sama lain. Semua nilai
murni ini haruslah dihayati dan diamalkan dalam menjalani kehidupan seharian.
Hadirin yang dihormati,
Melalui kegiatan kokurikulum, kita berpeluang menyumbangkan tenaga dan bakti
kepada masyarakat setempat. Sebagai contoh, kegiatan gotong royong yang dijalankan
oleh Persatuan Puteri Islam menggalakkan ahli-ahlinya supaya bersatu-padu dan
bekerjasama di samping menjalin hubungan yang erat dengan masyarakat sekeliling.
Dengan ini, lahirlah generasi yang berbudi bahasa dan bersopan santun.
Selain itu, aktiviti sukan dan permainan yang kita sertai semasa kegiatan
kokurikulum dapat membina kecerdasan mental kita.
Sebagai mengakhiri syarahan saya pada pagi ini, saya ingin menegaskan
bahawa kegiatan kokurikulum banyak member faedah dan kebaikan kepada kita
khususnya para pelajar.
Sekian, terima kasih.

31 Siapakah yang wajib menyertai aktiviti kokurikulum?
A Ibu bapa
B Murid-murid sekolah
C Guru-guru dan kakitangan
D Ahli jawatankuasa sekolah

32 Yang manakah bukan faedah mengikuti aktiviti kokurikulum?
A Dapat memenuhi masa lapang
B Boleh bergaul dengan rakan sekolah
C Dapat menambah kewangan persatuan
D Menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan

33 Nyatakan sikap-sikap baik yang boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum.
A Pandai belajar dan bermain
B Menggunakan masa dengan baik
C Berjimat-cermat dan hormat-menghormati
D Bekerjasama, tolong-menolong, bertolak-ansur dan berdikari

34 Apakah kesan daripada penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum
kepada institusi kemasyarakatan?
A Melahirkan generasi berbudi
B Mewujudkan perpaduan kaum
C Menyemaikan semangat kekitaan
D Menggalakkan semangat kesukanan

35 Maksud perkataan kecerdasan dalam petikan di atas ialah
A baik
B pintar
C lemah
D bersih







Soalan 36-40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Persatuan Bahasa Melayu.
Sekolah Kebangsaan Gunung Tiga,
39000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kuang,
39000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman. 27 JULAI 2011

Tuan,

Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu ingin
memohan kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah.
2. Dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pertandingan kuiz sempena
Minggu Bahasa Melayu seperti ketetapan di bawah:
Tarikh : 1 hingga 5 Ogos 2011
Hari : Isnin hingga Jumaat.
Masa : 8.00 pagi

3. Kami berjanji akan menggunakan dewan dengan baik sepanjang aktiviti tersebut
diadakan, Kami juga akan memastikan keadaan dewan bersih selepas digunakan.
4. Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat perhatian dan
pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Masri
( Masri bin Muskhatar )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.

36 Apakah tujuan utama surat itu ditulis?
A Memberikan tentang Minggu Bahasa Melayu
B Memohon kebenaran menggunakan dewan sekolah
C Memaklumkan tentang tarikh pertandingan kuiz diadakan
D Menjemput guru besar merasmikan Minggu Bahasa Melayu

37 Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu yang dirancang itu akan berlangsung selama
A dua hari
B tiga hari
C seminggu
D empat hari

38 Rangkai kata memohon kebenaran dalam petikan bermaksud
A meminta keizinan
B merayu kelulusan
C mengharap bantuan
D memerlukan kebersihan

39 Apakah jenis surat tersebut?
A Surat penjelasan
B Surat permohonan
C Surat pengumuman
D Surat pemberitahuan


40 Mengapakah Persatuan Bahasa Melayu perlu menulis surat untuk memohon
menggunakan dewan sekolah?
A Dewan sekolah hanya untuk majlis rasmi sekolah
B Dewan sekolah tidak boleh digunakan sesuka hati
C Memastikan dewan sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria
D Memastikan tiada pihak lain yang menggunakan dewan pada tarikh
tersebut

Anda mungkin juga menyukai