Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN LEPAS

1. Aplikasi Facebook yang sering digunakan adalah seperti foto, video, kumpulan, acara,
pasaran, kiriman, catatan dan hadiah dalam Facebook berbeza dengan laman jaringan
sosial lain (Tony H., 2010). Salah satu keunikan yang terdapat pada Facebook yang
tidak terdapat pada sistem jaringan sosial maya yang lain adalah kebolehan untuk setiap
pengguna Facebook untuk membuat aplikasi atau kuiz mereka sendiri dan disebarkan di
dalam Facebook. Sementara itu, Carrera dan rakan-rakan (2008) pula menyatakan
Facebook membolehkan pengguna menggunakan papan mesej (message board) dan
dinding perbincangan (discussion wall) untuk mengirimkan pengumuman dan
pertanyaan soalan (Waters dan rakan-rakan, 2009).

2. Perkembangan pesat teknologi dan kemajuan ini menbuatkan nilai etika dan moral
dalam masyarakat berubah mengikut perkembangan semasa dan keadaan. Ini
menbuatkan nilai etika dan moral kini adalah suatu yang abstrak. Disamping itu gaya
kehidupan masyarakat moden yang terikat dengan teknologi yang pesat berkembangan
dan sistem perundangan yang kompleks merupakan salah satu faktor pebuatan yang
tidak beretika (Mohd Janib Johari 2009). Perkembangan teknologi dan kemajuan tidak
hanya menbawa perkembangan positif dalam kehidupan manusia namun terdapat impak
negatif yang wujud, contohnya seperti penyalahgunaan teknologi seperti internet,
pergaulan tanpa batasan, interaksi sosial yang kini luar batasan masyarakat.
Pembendungan kesan-kesan negatif ini dapat dilakukan dengan mendedahkan para
remaja kita dengan nilai-nilai etika yang sewajarnya. Pendedahan terhadap nilai-nilai
etika dan moral yang baik akan menbentuk sebuah masyarakat yang memahami
tentang keburukan dan kebaikan yang wujud daripada kesan perkembangan kemajuan
disamping bertindak untuk menjadi penghakis daripada melakukan perbuatan yang tidak
beretika.

3. Internet juga membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh menjanakan masalah
sosial terutamanya jenayah. Che Wan Badrul Alias (2010), menyatakan laman web seks
dan ponografi kekal di tempat tertinggi, iaitu pada tempat keempat dan kelima daripada
100 laman web yang kerap dikunjungi oleh kanak-kanak dan remaja sepanjang 2009.
Rangkaian Internet boleh juga menjadi saluran tidak sihat untuk melakukan jenayah.
Merujuk kepada pengalaman Singapura, pada tahun 1999, lima gadis dan seorang
wanita telah dirogol oleh kawan yang mereka kenali melalui Internet atau telefon.
Singapura merupakan satu negara pengguna Internet yang tinggi disebabkan dasar
kerajaannya untuk menggalakkan kecelikan komputer bagi menghadapi kemajuan abad
ke-21 (Ho Lip Wah, 1999).