Anda di halaman 1dari 30

Model Assure

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran



Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan
menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan
beberapa model yang sesuai.

Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan
tersusun.
Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat
berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu
proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu
disusun secara berperingkat-peringkat.

Peringkat-peringkat berkenaan adalah
1. Tarik perhatian pelajar.
2. Beritahu objektif pembelajaran.
3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.
4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran.
5. Bimbing pembelajaran pelajar.
6. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.
7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.
8. Taksir pencapaian pelajar.
9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.
Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan
penggunaan media.

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan
media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran
berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

Model ASSURE
Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.

1. Analyse Learners (Analisis Pelajar)
2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)
3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan
sumber)
4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)
5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
1. Analisis Pelajar
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang
pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan
aspek-aspek berikut:
1. Ciri-ciri umum pelajar.
2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
3. Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar
Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,
penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan
bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam
penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan
konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada
Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman
sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada
pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang
akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan
sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan
pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih
pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar
Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu
merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai
pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru
merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey
dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya
pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses
maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran
Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala
tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas
menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang
sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran.
Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih
dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:
1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
4. Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)
Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah
pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti
pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)
Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan
dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur
pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi
sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah
melakar
menamakan
meramal
membaca
menjawab
melukis
menilai
melabel
menjelas

Situasi dan Syarat Perlakuan
Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah
termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat
pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran
dan pembelajaran


Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)
Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat
membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang
sesuai.

Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan,
kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan
pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi
membantupelajar yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam
bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh
dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan
pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat
melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia
sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.
Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang
mempunyai sultan.
3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan
bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut
merangkumi aspek-aspek berikut:
Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak
dicapai.
Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.
Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan
sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.
Adakah bahan ini menepati kurikulum?
Adakah isipelajaran menepati kurikulum?
Adakah laras bahasanya jelas?
Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?
Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?
Adakah bahan ini berkualiti?
Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat menjimatkan masa.

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan
penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah
menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini
dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan
kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran.
Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.
Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan
menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori
pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya
pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan
dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya
dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan
mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar
bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan
juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh
dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian
seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.





Tugasan EDU3105
(Satu kumpulan dua orang)
Topik 3: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah: Model Assure
Nama ahli kumpulan:
1. NURULHUDA BINTI NINGGAL
2. PUTRI DANG SARI
Unit : S4-P-SMP-RBT 4
Tarikh : 30 JUN 2011
Jawab SEMUA soalan
1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.
Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah
disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.
2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua
objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar.
3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan.Berikan rasional pemilihan tersebut,
4. Dalam fasa analisis learner, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan
dengan Model ASSURE.
5. Model Mutiple I ntelligence adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model
ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda.
6. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa
memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai
untuk mendapatkan kemahiran pelajar.
7. Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana Model
ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.
MUHAMMAD AMIN BIN SIMON
Pensyarah
30/06/2011


JAWAPAN
1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.
Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah
disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.
Enam langkah dalam model ASSURE.
A = Analyse learner (Analisis pelajar).
S = State objectives (Nyatakan objektif).
S = Select, modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)
U = Use media (Gunakan media)
R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar).
E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).
A = Analyse learner (Analisis pelajar).
Terdapat 3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:

(a) Ciri-ciri umum
Merupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya.

(b) Kompetensi khusus
Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.

(c) Gaya pembelajaran
Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi
dan bertindak balas dengan persekitaran.
Tidak semua orang mempunyai kebolehan yang sama ;tidak semua orang belajar dengan cara yang sama
-Gardner
Tabiat Pemprosesan Maklumat
Urutan Konkrit pengalaman secara hands-on mengikut urutan logikal
Buku Kerja
Pengajaran Terancang (PI)
Tunjukcara
Pendekatan Makmal berstrutur
Urutan Abstrak -pelajar mampu mendekod maklumat verbal & simbolik dengan mudah
Persembahan Verbal (reading presentation)
Mendengar persembahan
Rawak Konkrik menjurus kepada pendekatan cuba jaya (TNE)
Permainan
Simulasi
Projek pembelajaran kendiri
Kaedah penemuan
Rawak Abstrak tangapan makna (pemahaman) dari persembahan perantara (manusia) dan respons pada nada dan
gaya penyampai
Perbincangan kumpulan
Kuliah dengan sesi soal jawab
Video
Televisyen
S = Select modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)
Terdapat 3 langkah dalam pemilihan kaedah, media dan bahan pengajaran.


a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran.
Sesuatu sesi pengajaran kemungkinan mengambil kira dua atau lebih kaedah untuk melayani tujuan yang berlainan
dalam perkembangan pelajaran. Seperti Set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah
demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.


b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.
Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu:
1. Sepadan dengan kurikulum
2. Maklumat tepat dan terkini
3. Bahasa yang jelas dan tepat
4. Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar
5. Menggalakkan penglibatan pelajar
6. Mempunyai teknikal kualiti yang baik.
7. Terdapat bukti keberkesanannya
8. Bebas daripada bias.
9. Mempunyai buku panduan yang lengkap.


(c) Mereka bentuk media
Bagi mereka bentuk media, ia terdiri daripada:
Media sedia ada
Ubah suai media yang sedia ada
Mereka bentuk media yang baru
Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri.
1. Objektif
2. Pelajar
3. Kos
4. Kepakaran teknikal
5. Peralatan
6. Fasiliti
7. Masa

Gunakan Media dan Bahan

Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:
1. Preview bahan
2. Sediakan bahan
3. Sediakan persekitaran
4. Sediakan pelajar
5. Sediakan pengalaman pembelajaran
2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda.
Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar.
Objektif pembelajaran
a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.
b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan
kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.
Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh
membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian).


Objektif Pembelajaran Ikan Hiasan Tahun 5
Di akhir pembelajaran ini pelajar berupaya :

1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan tropika
2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.
3. Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium.
4. mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan.
5. mengenal pasti kandungan mutu air.
6. mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan.
7. menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.
3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan. Berikan rasional pemilihan tersebut,
Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan
perhatian:
1. Kesesuaian
2. Peringkat penerimaan/kefahaman
3. Pemerolehan
4. Harga
5. Mutu
Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah
dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar
Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan seperti penggunaan computer dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, ia dapat memberikan kemudahan seperti berikut :
Pengajaran lebih terancang
Melibatkan pelbagai deria
Memperkayakan pengalaman
Perluasan batasan komunikasi
Pembelajaran individu
Keseronokan belajar/motivasi
Sumber maklumat
Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.
Menguat dan mengekalkan daya ingatan
Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit
Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
Menjimatkan masa
Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran
Selain itu, menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi
oleh penglibatan deria masing-masing.
Deria % Penerimaan
Mata 70
Hidung 5
Mulut 4
Telinga 15
Rasa/sentuhan 6
4. Dalam fasa analisis learner, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat
dikaitkan dengan Model ASSURE

Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan
pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan
bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi
berbantu computer. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari
kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu.
Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh
merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan
teknologi.
Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif
(pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam
Kon Pengalaman Pembelajaran Dale.
Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang
sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau
PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan
perbincangan kumpulan atau belajar secara individu.
Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali
bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini,
guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat
ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis
penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang
pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.
Soalan 5
Model Mutiple I ntelligence adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam
model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda.
Mutiple I ntelligence atau dalam bahasa melayunya ialah pelbagai kecerdasan. Berikut ialah apa yang saya telah
pelajari contoh gaya pembelajaran;
Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir
Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami lapan kecerdasan (eight multiple intelligences) dan kemahiran berfikir
yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau
masteri.
Mengapa Lapan kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan?
1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang perlu dikembangkan.
2. kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.
3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Bagaimana Lapan Kecerdasan Dikembangkan?
Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor
dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan
manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis
kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.
Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
a. Bahasa
b. Logik-Matematik
c. Ruang (spatial)
d. Muzik
e. Kinestatik
f. Interpersonal
g. Intapersonal
h. Nature Smart
Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan
semasa pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri lapan kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut:
Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan
1. Bahasa Menulis karangan, sajak,
puisi, pantun dan memberi
ucapan.
Penulis, penyajak, penceramah
2. Logik Matematik Menaakul, kiraan, membuat
analisis
Saintis, jurutera, akauntan
3. Ruang (spatial) Mencorak, melukis, mengukir Pelukis, pengukir
4. Muzik Mencipta lagu, menyanyi,
menikmati muzik, memainkan
alat muzik
Pencipta lagu, penyanyi,
pemain alat muzik, peminat
muzik.
5. Kinestatik Gerakan, tarian, lakonan, Atlet, pemain bola sepak,
sukan, permainan peninju, penari,, pelakon.
6. Interpersonal Perhubungan manusia Diplomat, ahli politik, peniaga
7. Intrapersonal Nilai murni, pendirian,
falsafah
Pengarang, penyajak, ahli
falsafah
8. Nature Smart Mengenali, menyusun dan
mengkategorikan pelbagai
jenis flora dan fauna
Petani, Ahli botani, Ahli
biologi, Perancang Bandar,
Geologist
Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan:
i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.
ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal,
intrapersonal dan mungkin ruang.
iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang.
iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik.
Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran
berikut:
i. Menaakul secara logik.
ii. Membuat kiraan.
iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir.
iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan.
v. Membuat keputusan
vi. Menyelesaikan masalah.
Soalan 6
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa
memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai
untuk mendapatkan kemahiran pelajar.
Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran
Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah
dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar
Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Artikel ini akan membincangkan
peranan media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan
dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan
dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan
semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria %
Penerimaan Mata 70%, Hidung 5%, Mulut 4%, Telinga 15%, Rasa/sentuhan 6%.
Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:
Pengajaran lebih terancang
Melibatkan pelbagai deria
Memperkayakan pengalaman
Perluasan batasan komunikasi
Pembelajaran individu
Keseronokan belajar/motivasi
Sumber maklumat
Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.
Menguat dan mengekalkan daya ingatan
Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit
Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
Menjimatkan masa
Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran
Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor
berikut perlu diberikan perhatian:
1. Kesesuaian
2. Peringkat penerimaan/kefahaman
3. Pemerolehan
4. Harga
5. Mutu Kesesuaian
Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu.
Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di
dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu
mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio
digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi
syarat berikut:
Memenuhi kehendak isi dan objektif murid
Memudahkan kefahaman murid
Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya
Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan
Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat
yang lain
Selamat digunakan oleh murid
Peringkat penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu sesuai, tetapi cara
penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara dengan keupayaan mereka. Dengan lain
perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi kandungan
yang disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu
seperti syarikat pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh
guru yang mengajar. Media yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak
disampaikan hendaklah dipilih.
Harga Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah.
Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya
harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah
dan tidak terlalu membebankan.
Pemerolehan Seseorang guru yang merancang menggunakan media pengajaran, perlu mengenal pasti
pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masing-masing? Bolehkah
media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru
menggunakannya dengan lebih kerap.
Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan media tersebut
kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan
itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak jelas.
Penghasilan Media Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari keuntungan
tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai,
guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti
berikut:
Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah
Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat
Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan meberikan
pengalaman yang berguna kepada murid
Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos
Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti berikut:
Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan)
Kemahiran untuk penghasilan
Mempunyai daya kreatif
Tenaga untuk penghasilan
Alatan khas yang diperlukan
Masa
Kos
Soalan 7
Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana Model
ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.
Refleksi Sebelum
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________
Refleksi Selepas
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Model ASSUREODEL ASSURE
A -Analyze Learners (Analisis Pelajar)
S -State Objectives (Nyatakan Objektif)
S -Select Methods, Media & Materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U- Utilize Media & Materials (Gunakan media dan bahan)
R -Require Learner Participation (Pelajar mengambil bahagian)
E -Evaluate & Revise (Nilai dan Ubahsuai
Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda melalui apa yang saya terangkan di bawah ini.
Kenalpasti ciri-ciri peringkat masuk (pengetahuan sedia ada) berkaitan dengan tajuk dan isi kandungan
(pengetahuan, kemahiran dan sikap) sebelum seseorang itu ingin membuat Rancangan pengajaran Harian (RPH).
Menyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus di dalam RPH.
Biasanya objektif diambil daripada sukatan, panduan kurikulum atau buku teks. Penentuan objektif berdasarkan
peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteriakriteria atau darjah pencapaian. Model
ASSURE.
Memilih media bahan yang sesuai harus difikirkan sebelum membuat RPH.
Dipilih berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
Menyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat belajar, makmal dan pusat sumber yang cukup. Menyediakan set
induksi yang menarik bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran.
Libatkan pelajar semasa dalam PNP.
Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran (membuat latihan, simulasi,
perbincangan, latihtubi, kuiz dan lain-lain) Pengukuhan serta-merta diberikan akan menghasilkan tindakbalas yang
betul.
Nilai dan semak semula bahan yang telah diletakkan dalam RPH
-Penilaian dan semakan semula perlu dijalankan di akhir pembelajaran.
-Tujuannya adalah untuk mengesan:
Adakah objektif tercapai?
Adakah alat atau bahan dapat membantu pembelajaran?
Adakah pelajar mengendalikan bahan dengan betul?
Adakah suasana pembelajaran selesa?





i) RANCANGAN PENGAJARAN HARI
(RPH) BERDASARKAN MODEL ASSURE




A - Analisis Pelajar

i. Ciri-ciri umum pelajar

Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini, murid yang
akan diajarkan adalah murid tahap 2 iaitu tahun 5 dari
kelas kedua daripada 3 kelas. Murid kelas ini terdiri
daripada 17 orang murid lelaki dan 13 orang murid
perempuan. Kebanyakkan murid kelas ini daripada
keluarga ekonomi taraf sederhana dan tinggal di
kawasan pekan kecil. Untuk tajuk yang akan diajarkan,
kami telah memlih untuk menggunakan bahan realia
sebenar bagi memudahkan murid untuk memahami
pengajaran.

ii. Pengetahuan / pengalaman
sedia ada

Berdasarkan situasi masyarakat pada masa kini, kami
telah mengenalpasti bahawa murid sudah memiliki
pengalaman dan pengetahuan berkenaan model kit
kerana terdapat pelbagai jenis model kit di pasaran dan
terdapat juga murid yang sudah biasa bermain dengan
model kit kereta. Dengan maklumat tersebut kami
berpendapat bahawa dengan menggunakan bahan
realia sebenar ini secara tidak langsung akan dapat
memudahkan sesi pengajaran kami.

iii. Gaya pembelajaran pelajar

Berdasarkan ciri-ciri umum pelajar yang telah
dianalisis, kami telah bersetuju untuk menggunakan
pendekatan masteri dalam pengajaran kami kerana
pendekatan ini memberi penekanan dalam kerja-kerja
amali dimana jika terdapat murid yang tidak faham
tentang pengajaran tersebut, guru akan mengulang
kembali untuk memastikan murid tersebut faham
sebelum guru meneruskan pengajaran untuk topik
seterusnya.
S - Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
i. menyenaraikan tiga jenis alatan tangan dan tiga jenis
komponen kit model kereta yang digunakan semasa
pemasangan kit model kereta secara lisan.
ii. menyatakan fungsi tiga komponen kit model kereta
secara bertulis.
iii. menyenaraikan turutan pemasangan kit model kereta
yang lengkap dengan betul secara bertulis.
S - Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber

i. Penentuan kaedah

Untuk RPH kali ini, kami telah memilih untuk
menggunakan kaedah tunjuk cara untuk
menyampaikan maklumat. Dimana guru akan bertindak
sebagai fasilitator iaitu guru akan menerangkan fungsi
komponen dan urutan pemasangan yang betul.
Seterusnya murid akan melakukan sendiri kerja-kerja
pemasangan kit model kereta dan selepas itu mereka
akan menjawab soaaln pengukuhan yang akan
diberikan secara berkumpulan.

ii. Pemilihan format media

Bagi media yang akan digunakan pula, kami telah
memilih untuk menggunakan media persembahan
elektronik. Kami akan menayangkan fungsi-fungsi
bahagian kit model dengan persembahan elektronik ini
semasa kami membuat penerangan. Dengan cara ini
guru tidak perlu menyediakan bahan bercetak untuk
diedarkan kepada semua murid kerana kos untuk
mencetak bahan tersebut adalah tinggi disebabkan
bilangan murid yang ramai. Selain itu, kami juga boleh
memasukkan gambar sebenar bahagian kit model yang
akan diterangkan dalam persembahan elektronik.

iii. Pemilihan bahan sumber

Dalam pengajaran tajuk ini, kami telah memilih untuk
menggunakan bahan sumber daripada buku teks tahun
5 kerana bahan sumber daripada buku teks ini sudah
lengkap dan sememangnya menepati kurikulum dan
selain itu murid juga boleh membuat rujukan terus
menggunakan buku teks mereka. Untuk aktiviti
pemasangan kit model pula, kami telah memilih untuk
menggunakan bahan realia sebenar yang sedia ada,
dimana, kit model kereta ini akan diberikan kepada
murid untuk di pasangkan secara berkumpulan.
Penggunaan bahan realia sebenar ini secara tidak
langsung akan menarik minat dan tumpuan murid
untuk memastikan mereka terus melibatkan diri dalam
aktiviti. Penggunaan kit model kereta ini juga amat
sesuai kerana ianya memang terdapat dalam sukatan
kurikulum dan juga buku teks murid.
U - Gunakan Media dan Bahan Sumber

i. Semak / pratonton / kaji
bahan sumber sebelum
digunakan

Setelah siap menyediakan bahan sumber yang akan
digunakan, kami telah meyemak dan menilai semula
bahan-bahan tersebut bagi memastikan penggunaan
bahan sumber tersebut sesuai dengan tahap murid dan
juga dapat mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai.

ii. Sediakan bahan untuk
penggunaan dalan kelas

Setelah siap menyemak semula bahan sumber yang
akan digunakan tersebut, kami telah menyusun
penggunaan kesemua bahan tersebut seperti yang
terdapat dalam RPH. Selain itu kami juga telah
menyediakan segala bahan dan kelengkapan yang
akan digunakan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.

iii. Sediakan persekitaran yang
sesuai untuk penggunaan

Selepas menyediakan kelengkapan yang diperlukan,
kami merancang pula kedudukan bahan yang akan
digunakan agar mudah digunakan dan seterusnya
merancangan pembahagian kumpulan murid seperti
barangan yang akan mereka gunakan dan juga
kedudukan kumpulan mereka semasa berada di dalam
kelas.

iv. Sediakan pelajar untuk
mendapat manfaat daripada
bahan sumber

Kami juga merancangan bagaimana untuk memastikan
murid dapat menimba pengetahuan daripada
pengajaran kami dengan baik. Kami telah memilih
untuk melaksanakan teknik-teknik yang diyakini
berkesan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung seperti semasa proses
induksi, kami akan menunjukkan contoh kit model
kereta kepada murid untuk menarik minat mereka.

v. Sediakan pengalaman
pembelajaran bagi pelajar

Begitu juga dengan langkah-langkah semasa aktiviti-
aktiviti lain, kami telah memilih teknik dan kaedah yang
sesuai untuk digunakan bagi memastikan murid
mendapat manfaat daripada bahan sumber yang kami
gunakan dalam pengajaran ini. Dalam pengajaran ini
kami telah memilih kaedah penerangan / kuliah dan
juga kaedah tunjuk cara untuk menyampaikan isi
pengajaran dan semasa kami menerangkan isi
pengajaran kepada murid, kami akan menayangkan
slaid persembahan elektronik yang telah disediakan
bagi memastikan tumpuan murid tidak kearah lain.
R - Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran

i. Penglibatkan pelajar

Untuk memastikan murid melibatkan diri sepenuhnya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, kami telah memilih untuk menayangkan
persembahan elektronik. Selepas itu kami akan
membahagikan murid kepada kumpulan kecil untuk
melaksanakan pemasangan kit model kereta. Dengan
cara ini murid akan sentiasa melibatkan diri kerana
mereka tidak hanya melihat slaid persembahan
elektronik sahaja dan dengan pembahagian kumpulan
ini juga merekan akan melakukan perbincangan untuk
menjana idea dan menyelesaikan soalan pengukuhan
yang akan diberikan.
E - Nilai dan Semak Semula

i. Menyemak semula
perancangan dan penilaian

Kami sekumpulan telah menetapkan kriteria-kriteria
rujukan untuk semakan dan penilaian ini, dimana kami
akan melihat tindak balas semula daripada murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung bagi memastikan bahan yang disediakan
adalah sesuai dengan tahap murid yang akan diajar
dan selain itu, kami juga telah menetapkan kriteria
untuk menilai murid berdasarkan pemerhatian semasa
aktiviti, hasil kerja mereka dan juga daripada maklum
balas mereka untuk memastikan murid-murid dapat
mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.









Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup
Tahun : 5
Tarikh : 9 April 2012
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Bilangan Murid : 30 orang
Bidang : Reka Bentuk dan Teknologi
Unit Pembelajaran : 1.2 - Kreativiti dan Rekacipta
Tajuk Pembelajaran : b) Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian
Produk
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
i) menyenaraikan tiga alatan tangan dan tiga komponen kit model yang digunakan dalam
projek pemasangan kit model kereta.
ii) menyatakan tiga fungsi komponen kit model kereta secara bertulis.
iii) menyenaraikan turutan pemasangan kit model kereta dengan betul.
KBKK : Membuat urutan
Alat Bantu Mengajar : Bahan sebenar dan demonstrasi / slaid penerangan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat kit model kereta di pasaran.
Pendekatan Pembelajaran : Pembelajaran secara kontekstual (REACT)


Langkah Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Set Induksi Pengenalan kepada kit model.
i. Kereta
ii. Robot
iii. Kapal Terbang
iv. Rumah
i. Guru bersoal jawab bersama murid
berkenaan pengalaman sedia ada
murid mengenai kit model.
Apa jenis kit model yang pernah dilihat
?
ii. Guru menerangkan jenis-jenis kit
model yang terdapat di pasaran dan
yang akan dipelajari.
Kaedah/Teknik
Penerangan/Soal
jawab
BBM
Nilai
Rasional
Kontekstual

Langkah 1 Jenis alatan tangan dan komponen
kit model :
Menyenaraikan jenis alatan tangan
yang diperlukan.
i. Gandin plastik
ii. Pemutar skru philips
iii. Kunci allen
iv. Sepana hujung terbuka
Menyenaraikan komponen yang
terdapat pada kit model kereta.
i. Gear
ii. Roda
iii. Kerangka
iv. Gandar
v. Motor
vi. Pemegang bateri
vii. Suis
i. Guru menyenaraikan alatan tangan
yang diperlukan dan komponen kit
model yang hendak digunakan.
ii. Guru menghubungkaitkan
pembelajaran dengan contoh peluang
pekerjaan untuk menarik minat murid
untuk menyimpan cita-cita dalam diri.
iii. Memberi masa untuk murid
membiasakan diri dengan peralatan
dan komponen kit yang ada.
iv. Guru membuat aktiviti mengisi jawapan
pada ruangan kosong kepada murid
tentang nama alat dan komponen yang
disediakan.





Kaedah/Teknik
Penerangan
BBM
Model sebenar
Nilai
Rasional
Kontekstual
Experiencing,
Responding
Langkah 2 Fungsi komponen kit model :
Menyatakan fungsi komponen kit
model kereta.
i. Gear - menukar kelajuan atau arah
pergerakan.
ii. Kerangka - tapak pemasangan
motor, gear, pemegang bateri, dan
komponen lain.
iii. Roda - memudahkan pergerakan
kit model.
iv. Suis - menyambung atau
memutuskan arus elektrik.
i. Guru memberi penerangan tentang
fungsi setiap komponen kit model
kepada murid.
ii. Guru memberi peluang kepada murid
memegang alat dan komponen agar
mudah mengingat nama dan fungsi
alat-alat tersebut.
iii. Guru membahagikan murid kepada
kumpulan kecil. (2 murid dalam 1
kumpulan)
iv. Murid membuat aktiviti memadan
komponen dan fungsinya secara
Kaedah/Teknik
Penerangan
BBM
Model sebenar
Nilai
Bekerjasama
Kontekstual
Experiencing, Applying









v. Pemegang bateri - tempat untuk
meletakkan bateri.
vi. Gandar - menyambung dan
menggerakkan roda.
vii. Motor - menggerakkan gear pada
kit model.
berkumpulan.

Langkah 3 Pemasangan komponen kit model :
Menyenaraikan turutan
pemasangan kit model kereta
dengan betul.
i. Pasangkan pelekat pada badan kit.
ii. Masukkan gear pada syaf motor.
iii. Pasangkan roda pada gandar dan
pasangkan pada kerangka kit
model.
iv. Pasangkan motor dan plat besi
pada tempat yang betul.
v. Pasangkan bateri pada pemegang
bateri.

vi. Pasangkan kerangka yang telah
siap dipasang dan buat pengujian.

i. Guru membuat demonstrasi
memasang komponen kit model kereta
secara sistematik kepada murid.
ii. Guru memberitahu langkah demi
langkah berdasarkan video panduan
pemasangan kit model kereta agar
murid dapat membuat pemasangan
dengan betul dan senang difahami.
iii. Setelah selesai demonstrasi, guru
menyuruh murid berada dalam
kumpulan masing-masing untuk
melakukan kerja yang akan diberikan.
iv. Murid diberikan helaian kerja dimana
murid dikehendaki menulis nombor
mengikut urutan pada kotak
penerangan berkenaan pemasangan
kit model kereta.
Kaedah/Teknik
Tunjuk
cara/Demonstrasi.
Amali pemasangan
model kit kereta.
BBM
Model kit kereta
Nilai
Kerjasama

Penutup Menguji hasil pembelajaran. i. Guru membuat soal jawab/ ujian
formatif untuk mengenal pasti tahap
penerimaan murid terhadap
pembelajaran.
ii. Murid bekerjasama dalam kumpulan
untuk menyelesaikan soalan yang
diberikan.
Kaedah/Teknik
Ujian
BBM
Nilai
Kerjasama
Kontekstual
Transfering dan
Cooperating




(ii) REFLEKSI

RAFIUDDIN BIN ROSLY

Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinannya saya dapat
juga menyiapkan tugasan EDU 3105 dengan jayanya walaupun pada permulaan
terdapa 1001 masalah yang saya hadapi. Namun, dari kerjasama dari rakan rakan
dan pensyarah pebimbing iaitu Pn. Zainab Bt. Ahmad yang tidak pernah mengenal erti
jemu dan letih untuk melayan kerenah dan soalan yang sama dari kalangan pelajar ini
telah membantu saya dan rakan rakan menghasilkan tugasan ini tepat pada masanya
dan mengikut kehendak soalan.
Sebenarnya ini adalah kali pertama saya membuat blog di laman web, jika
tugasan ini tidak meminta menggunakan blog sebagai medium membuat tugasan
mungkin saya tidak mengetahui cara cara untuk membuat blog dan mungkin murid
murid akan menganggap saya sebagai guru yang kolot kerana di zaman sekarang
kehidupan seharian kita lebih berteraskan internet. Mungkin pada akan datang murid
murid tidak perlu membawa beg yang berisi buku teks dan buku latihan tapi sebaliknya
mereka hanya perlu membawa alat elektronik untuk mengakses nota nota dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Jadi sebagai bakal guru yang mungkin
berhadapan dengan murid murid serba tahu tentang teknologi teknologi terbaru,
saya perlu bersedia dengan menggunakan internet untuk dijadikan medium pengajaran.
Secara keseluruhannya dapat saya rungkaikan bahawa tugasan ini amat
bermakna dan membina karakter saya sebagai guru di zaman serba canggih. Namun,
di sebalik hasil kerja ini terdapat beberapa masalah atau kelemahan yang saya hadapi
terutamanya adalah saya kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan bahan 2D
dan bahan 3D yang diminta dalam tugasan ini. Namun, sementelah saya berbincang
dengan rakan rakan da pensyarah pebimbing, saya kini memahami. Saya dan rakan
rakan juga diminta membuat rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan model
ASSURE seterusnya membuat video berdasarkan RPH yang telah dibuat.
Saya sebenarnya kurang jelas berkenaan dengan RPH yang diminta kerana
sepertimana yang kita semua sedia maklum, setiap RPH berbeza dari segi cara
penghasilannya berdasarkan subjek yang diajar. Rekebentuk Teknologi dengan
caranya, Bahasa Melayu dengan caranya, jadi saya dan rakan rakan terpaksa
adaptasi apa yang terkandung dalam Model ASSURE dengan RPH Rekabentuk &
Teknologi.
Topik yang dipilih berdasarkan sukatan Tahun 4 iaitu Reka Cipta. Saya telah
memilih untuk membuat RPH dan video berkaitan pemasangan model kit kereta. Tajuk
ini amat bersesuaian dengan aras murid Tahun 4 kerana berdasarkan pengalaman
saya semasa kanak kanak dahulu, masih segar di ingatan ini ketika saya bersama
rakan rakan bermain kereta mainan ini. Mungkin ketika itu saya tidak dapat
memasang alat ini dengan baik. Oleh itu, saya berharap dengan wujudnya topik ini di
sekolah, guru guru dapat mengajar mereka dengan cara yang betul kerana pada
masa ini mereka aras kognitif mereka akan berkembang dengan baik. Ketika kanak
kanak jugalah merupakan zaman yang paling indah bagi setiap insan.
Dari segi pencarian bahan bahan untuk menghasilkan tugasan ini,
perpustakaan adalah merupakan tempat pertama dan utama yang pergi kerana untuk
menghasilkan tugasan ini perlu ada panduan dan sumber sumber yang sahaih. Selain
itu, maklumat daripada internet juga banyak membantu saya dan rakan rakan
mnyiapkan tugasan ini.
Pada saya, dengan terciptanya video ini, murid dapat melihat sendiri dan
berulang kali bagaimana demonstrasi pemasangan video kit kereta tersebut. Jika tidak,
guru harus menunjukkan sendiri kepada murid dan ini akan mengganggu P&P yang
dijalankan. Bagi saya juga subjek Kemahiran Hidup ini adalah satu mata pelajaran yang
dapat murid aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya cara cara
menggergaji ataupun memaku dengan betul. Murid dapat membantu ibu bapa mereka
di rumah jika terdapat perkara yang boleh dibantu mereka. Secara tidak langsung,
mereka dapat mempraktikkan apa yang diajar di sekolah.
Tugasan ini juga dapat mengajar saya bagaimana hendak membuat video,
mengedit video dan juga untuk memuat naik video ke dalam blog. Namun, apa yang
saya dapati, terdapat beberapa kelemahan iaitu apabila ketika hendak memuat naik
video ini, ia memerlukan internet yang agak laju kerana seperti semua warga IPG sedia
maklum tentang status keadaan internet di kawasan IPG terutamanya di kolej
kediaman. Saya dan rakan kumpulan telah mencari inisiatif yang lain dengan pergi ke
KFC di Kangar namun, di sana juga mempunyai masalah internet lalu saya dan rakan
mengambil keputusan untuk ke rumah senior kerana memreka mempunyai kemudahan
internet yang agak laju.
Kesimpulan yang dapat saya buat di sini adalah, tugasan ini memberi keyakinan
kepada saya untuk menempuh setiap cabaran dalam profesion perguruan terutama
sekali apabila saya menjalankan praktikum pada semester akan datang. Saya berharap
segala teknik teknik yang diajar ini dapat saya praktikkan di sekolah nanti dan saya
berharap murid murid tersebut dapat berkembang dengan baik dar segi jasmani,
emosi, rohani dan juga intelek sejajar dengan apa yang termaktub dalam visi dan misi
falsafah pendidikan kebangsaan.


MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI

Kerja kursus pendek ini adalah berkaitan dengan subjek EDU 3105 Teknologi
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (TPP). Untuk menyempurnakan kerja kursus ini,
kami dikehendaki untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan
Model ASSURE, menghasilkan klip video P&P, membuat bahan 2D atau 3D, dan
menghasilkan sebuah blog.

Melalui tugasan ini, saya berpeluang mempelajari cara untuk menghasilkan
bahan 2D. Sebelum menghasilkan bahan 2D, saya dan rakan saya menjadi
kebingungan kerana tidak memahami apakah sebenarnya bahan 2D yang dimahukan
berdasarkan tugasan. Justeru, sebagai langkah mengatasi masalah ini, kami merujuk
kepada pensyarah bimbingan iaitu Puan Zainab apakah ciri-ciri yang perlu ada bahan
2D tersebut. Setelah mendapat penerangan, barulah kami memahami ciri-ciri pada
bahan 2D tersebut.

Saya juga mempelajari cara untuk merakam video dan cara untuk menghasilkan
sesuatu video yang dapat menarik minat penonton. Untuk tugasan ini, ini adalah
menjadi kekuatan kepada saya kerana saya telah biasa untuk merekod video. Saya
amat berpuas hati dengan hasil video yang saya perolehi untuk digunakan dalam sesi
pengajaran dan untuk dimuatkan di dalam blog. Tambahan pula, saya juga dapat
mengetahui bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P), penggunaan video
memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan P&P yang berkesan. Hal ini
berikutan kerana jika terdapat murid yang kurang memahami apabila melihat guru
membuat sesuatu demonstrasi, maka guru boleh menggunakan kaedah tunjuk cara
menggunakan video kerana video adalah lebih jelas, menjimatkan masa dan yang
paling utama dapat diulang sebanyak mungkin untuk memudahkan murid memahami
apa yang diceritakan oleh seseorang guru.


Seterusnya adalah pencarian maklumat di dalam internet dan perpustakaan.
Alhamdulillah, pencarian maklumat di internet telah memberikan saya lebih banyak
maklumat dan pendedahan. Namun, masalah yang paling utama yang dihadapi oleh
saya dan rakan seperjuangan saya ialah untuk memuatkan video pengajaran kami di
dalam blog. Masalah ini adalah berikutan dari internet di maktab yang amat perlahan
dan tidak mampu untuk memuatkan video kami di dalam blog. Justeru, saya dan rakan
saya mengambil keputusan untuk mencari langkah inisiatif iaitu meminta tolong dari
senior kami kerana mereka mempunyai kemudahan internet di rumah mereka.
Alhamdulillah, masalah proses memuatkan video di blog berjaya diselesaikan.

Selain itu, kekuatan yang saya perolehi berdasarkan tugasan ini ialah ia telah
membuka minda saya di mana dengan adanya penggunaan teknologi ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan
proses P&P semata-mata. Contohnya, guru menghasilkan video yang berkaitan dengan
pemasangan komponen elektrik dan elektronik pada sebuah komponen kereta yang
menggunakan kuasa bateri bersaiz kecil. Justeru, tidak dinafikan ia adalah ilmu yang
amat bermanfaat kepada murid khasnya kerana dapat mempelajari kaedah dan teknik
yang betul untuk memasangkan komponen elektrik dan elektronik sehingga mampu
berfungsi dengan cara yang betul dan amnya kepada sesiapa sahaja yang melihat
video tersebut kerana akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang komponen
elektrik dan elektronik.

Kesimpulan yang dapat saya rumuskan berdasarkan tugasan ini ialah tugasan ini
banyak membantu kami untuk memikirkan sesuatu teknik dan cara pengajaran yang
kreatif dan tidak membosankan pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.Akhirnya kata, saya berharap agar semua yang dipelajari melalui tugasan
kerja kursus pendek ini dapat diaplikasi pada pengajaran saya semasa praktikum dan
juga masa menjadi seorang guru nanti.


MOHD MUBARRAK BIN BAHDON
Alhamdulillah syukur, setelah sekian lama tertangguh akhirnya tugasan projek
EDU 3105 - Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini dapat juga disiapkan
sepenuhnya. Sepanjang melaksanakan tugasan ini pelbagai kelemahan dan
kekurangan diri telah saya temui dan perkara tersebutlah yang sering membuatkan
tugasan projek ini tertangguh sehingga kelemahan tersebut diperbaiki.

Antara kelemahan yang dapat saya kongsikan adalah kurangnya ilmu
pengetahuan saya dalam penghasilan video. Perkaran ini menyebabkan tugasan projek
ini telah tertangguh dan saya perlu belajar dengan segera bagaimana hendak
menghasilkan video yang terbaik. Bagi memastikan video yang diperlukan dapat
disiapkan, saya telah pergi merujuk kepada pensyarah untuk meminta nasihat dan
tunjuk ajar selain daripada bantuan daripada rakan-rakan lain. Akhirnya setelah
berusaha mendapatkan tunjuk ajar, dapat juga saya siapkan video tersebut dengan
baik. Selepas ini saya akan terus berusaha untuk menimba ilmu berkenaan penghasilan
video ini agar saya dapat menghasilkan video yang lebih baik pada masa akan datang
jika saya diminta untuk menghasilkan video untuk tugasan seterusnya.
Selain itu, kelemahan lain yang terdapat pada diri saya adalah berkenaan
dengan model Assure. Saya amat keliru dalam menyiapkan jadual penerangan langkah
penyediaan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan model tersebut. Namun
setelah berbincang dengan pensyarah tentang cara yang betul dan sedikit rujukan
daripada buku berkenaan model berkenaan dan cara membuatnya dapat juga saya
siapkan penerangan tersebut walaupun tidak lagi mencapai tahap cemerlang pada
pandangan saya. Mulai saat ini saya akan menumpukan sepenuh perhatian semasa
pensyarah menerangkan isi pengajaran semasa didalam kelas agar perkara seperti ini
tidak lagi berulang.

Walaupun banyak kelemahan diri telah saya temui, namun saya tidak berputus
asa untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut untuk menyiapkan tugasan projek
ini dan saya berharap, saya akan terus berusaha untuk menumpukan perhatian semasa
berada di dalam kelas dan terus membuat rujukan secara berteruskan bagi memastikan
ilmu yang diperoleh akan berkekalan dan tidak hanya dapat difahami semasa berada di
dalam kelas sahaja.

Anda mungkin juga menyukai