Anda di halaman 1dari 2

Teknik Memberi Peluang Semua Pelajar Angkat Tangan.

Dalam hadith ini, terdapat beberapa prinsip diajarkan oleh Nabi Muhammad saw yang harus
difahami. Antaranya;
Nabi Muhammad saw menggunakan banyak soalan mudah supaya semua orang dapat mengangkat
tangan. Ini bertujuan supaya semua orang merasa diri mereka pandai. Hal ini secara tidak langsung
akan mendorong self-esteem (maruah) mereka meningkat. Dan apabila maruah seseorang
meningkat, ia akan memudahkan proses mengubah tingkahlaku berlaku.
Siapa antara kamu semua yang sebelum datang ke sekolah dia salam dengan ibubapa? (Betul)
Siapa antara kamu semua yang mandi pagi sebelum datang ke sekolah? (Betul)
Siapa antara kamu semua sebelum datang sekolah, dia solat Zohor? (Betul)
Siapa antara kamu semua yang makan tengahari dahulu sebelum datang sekolah? (Betul)
Selesai bertanya keempat-empat soalan, saya berkata; Sesiapa yang mengangkat tangan tadi

kerana melakukan perkara-perkara yang Ustazah sebutkan adalah calon penghuni syurga. Kita akan
berkumpul dalam syurga Allah bersama-sama seperti mana kita berkumpul pada hari ini.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh saidina Anas bin Malik yang berbunyi begini, Anas bin
Malik adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw. Dia melaporkan suatu peristiwa yang dia
pernah saksikan. Menurutnya, pernah berlaku pada suatu masa ada dua orang lelaki bersin dekat
dengan Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw berdoa untuk salah seorang daripada mereka
berdua dengan ucapan, Yarhamkallah. Manakala yang seorang lagi pula bersin tetapi tidak
didoakan oleh Nabi Muhammad saw. Lelaki itu tidak puas hati lalu berkata, Mengapakah apabila si
polan bersin, tuan mendoakan dia, tetapi apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya? Nabi
Muhammad saw menjawab, Selepas dia bersin, dia membaca Alhamdulillah, sedangkan saudara
tidak membaca Alhamdulilliah." (Lembaran aktiviti 1, Mendorong Pelajar Kelas Corot: Teknik
Memberi Ganjaran)
Dalam hadith ini, terdapat beberapa prinsip dan teknik yang harus kita faham.

Ganjaran diberikan apabila kerja dibuat dengan teknik yang betul.
Lelaki yang pertama bersin dan dia menyebut Alhamdulillah. Disebabkan dia melakukan kerja itu
dengan betul, Nabi Muhammad saw memberikan ganjaran kepadanya. Ganjaran itu adalah doa.

Kerja yang dibuat dengan teknik yang salah tidak diberi ganjaran.
Lelaki yang kedua membuat kerja dengan teknik yang salah. Dia bersin tetapi dia tidak menyebut
Alhamdulillah. Nabi Muhammad saw tidak memberi ganjaran kepadanya (tidak mendoakannya).

Apabila kerja itu dibuat secara terbuka, maka ganjaran diberikan juga secara terbuka
Lelaki itu bersin di tempat terbuka di mana orang-orang lain dapat melihat mereka bersin. Maka
Nabi Muhammad saw memberikan ganjarannya secara terbuka juga, yakni di ketahui orang-orang
lain. Dalam peristiwa ini, Nabi Muhammad saw mendoakan lelaki itu dengan suara yang jelas dan
dapat didengar oleh orang lain yang kebetulan ada di situ.

Orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik.
Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad saw tidak menegur kesalahan lelaki yang bersin yang tidak
menyebut Alhamdulillah. Nabi Muhammad saw cuma tidak memberi ganjaran, yakni beliau tidak
mendoakan lelaki itu.
Memanggil Pelajar Menggunakan Nama Yang Disukai
dalam teknik Nabi Muhammad saw, pujian harus diberikan secara kerap. Puji..puji..dan terus
memuji. Apabila pelajar kerap dipuji, self-esteem (maruah) pelajar akan meningkat naik dan tinggi. Ia
sangat membantu pelajar untuk mudah mengikut cakap guru dan membetulkan kesilapan yang
dilakukan tanpa disuruh-suruh.
Contohnya seorang guru yang diganggu oleh murid yang kerap bercakap apabila ia sedang mengajar
pernah menyatakan ekspresi perasaannya seperti berikut: 'I can not imagine what I have done to
you that I do not deserve the respect from you that I get from the others in this class. If I have been
rude to you or inconsiderate in any way, please let me know. I feel as though I have somehow
offended you and now you are unwilling to show me respect.' Murid itu tidak lagi bercakap ketika
guru menyampaikan pengajarannya buat beberapa minggu selepas itu!

Mesej-mesej ini berbentuk jangkaan yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh murid. Fokus
guru ialah memusatkan perhatian pelajar kepada tingkah laku yang dikehendaki, bukan
'misbehaviour' atau tingkah laku yang tidak baik.

- Contohnya ialah: 'Saya inginkan anda ...'; 'Saya hendakkan anda ...'; 'Saya jangkakan anda akan .