Anda di halaman 1dari 5

PROSES PENGARATAN SEBAGAI TINDAK BALAS REDOKS.

Tindak balas Redosk adalah sebuah proses yang merangkumi semua proses kimia yang
meibatkan perubahan nombor pengoksidaan pada atomya. Proses redoks yang ringkas juga boleh
dikatakan sebagai sebuah proses redoks. Antaranya ialah proses pengoksidaan karbon yang akan
menghasikan karbon dioksida, penurunan karbon atau proses pengoksidaan gula dalam tubuh
manusia.


Istilah redoks ini berasal daripada dua konsep utama iaitu penurunan dan pengoksidaan.
Proses pengoksidaan dikatakan sebagai satu proses kehilangan electron oleh molekul, atom atau
ion. Manakala, penurunan bermaksud penerimaan electron oleh Molekul, atom atau ion. Ada
juga pihak yang mengatakan bahawa proses redoks adaah proses peningkatan dalam nombor
pengoksidaan. Secara konklusinya dapat ditafsirkan bahawa tindak balas redosk ialah tindak
balas pengoksidaan dan penurunan yang berlaku secara serentak. Kedua duanya melibatkan
penggunaan oksigen sebagai penambahan dan pengurangan.

Jika dilihat secara teliti dapat dikatakan bahawa pengoksidaan ialah tindak balas yang
berlaku apabila sesuatu bahan mengalami kehilangan hydrogen dan kehilangan electron pada
masa yang sama. Manakala penurunan dikatakan sebagai proses penambahan hydrogen dan juga
electron pada suatu masa tertentu. Terma yang lebih tepat bagi bahan yang mengalami proses
pengoksidaan ialah agen penurunan manakala bagi bahan yang mengalami proses penurunan
ianya digelar agen pengoksidaan.

Jika ingin dijelaskan lagi mengenai tindak balas redoks, Ion Ferum akan dioksidakan
kepada Ion Ferum (III) apabila ianya dicampurkan dengan air. Manakala, Ion Ferum (III) akan
ditukarkan kepada Ion Ferum (II) oleh logam Zink dan logam Magnesiaum. Dalam tindak balas
tersebut air bertindak sebagai agen pengoksidaan dan mengalami penurunan. Manakala, Ferum
(II) pula mengalami pengoksidaan dan menjadi agen penurunan. Logam zink dan Magnesium
akan mengalami pengoksidaan dan menjadi agen penurunan. Agen pengoksidaan yang biasanya
dikatakan ialah Kalium Mnganat, Kaium Dikromat, Hidrogen Peroksida dan Asid Nitrik pekat.

Tindak balas redoks juga dikatakan akan melibatkan pemindahan electron pada suatu
jarak yang sangat jauh. Akan tetapi ia mestilah menggunakan asid sulfrik cair. Asid ini berfungsi
untuk memisahkan dua arutan dan membenarkan ion mengalir untuk melengkapkan litar. Tindak
balas ini juga dikatakan mampu berlaku ketika keadaan agen pengoksidaan bersentuhan atau
tidak bersentuhan. Kakisan logam juga dikatakan tindak balas redoks kerana logam akan
dioksidakan melalui kehilngan kehilangan electron untuk membentuk ion logam. Dalam semua
logam, logam aluminium, zink, krominum dan nikel dikatakan tidask terakis kerana lapisan
oksida yang tebal pada permukaan.

Secara keseluruhannya, proses pengoksidaan dan penurunan dapat ditafsirkan dalam
singkatan berikut:
Pengoksidaan (oxidation) ialah suatu proses yang melibatkan
penambahan oksigen, atau
kehilangan hidrogen, atau
kehilangan elektron, atau
penambahan nombor pengoksidaan (keadaan pengoksidaan) bagi unsur-unsur yang
terlibat dalam sesuatu tindak balas.

Penurunan (reduction) ialah suatu proses yang melibatkan
kehilangan oksigen, atau
penambahan hidrogen, atau
penambahan elektron, atau
pengurangan nombor pengoksidaan bagi unsur-unsur yang terlibat dalam sesuatu
tindak balas.

Pengaratan Besi sebagai Tindak balas Redoks.
Pengaratan besi dikatakan sebagai salah satu tindak balas redoks. Ini kerana pengaratan
besi akan mengalami proses pengoksidaan di permukaan besi yang bersentuhan dengan air.
Logam ferum akan dioksidakan kepada Ion ferum (II). Manakala proses penurunan berlaku di
sisi titisan air. Mengikut huraian awal, Tindak Balas Redoks ialah tindak balas yang melibatkan
pengoksidaan dan juga penurunan.

Logam ferum akan mengalami pengoksidaan manakala proses penurunan akan berlaku
pada setiap titisan air. Oksigen berpadu dengan air untuk menghasilkan ion OH(-). Ion OH dan
Ferum(II) akan berpadu untuk menghasilkan ferum(II) hidroksida [Fe(OH)(2)]. Ferum (II)
hidrksida pula akan teroksida kepada Ferum (III) oksida.

Kehadiran elekrolit akan mempercepatkan proses pengaratan besi. Antara bahan elektrolit
adalah seperti asid dan juga larutan garam. Logam yang kurang elektropositif juga mampu
mempercepatkan proses pengaratan bagi sesuatu bahan. Selain itu, jika logam yang lebih
elektropositif bersentuhan dengan besi, maka pengaratan besi dapat dikurangkan. Untuk
mengelakkan pengaratan sesuatu besi haruslah disapu dengan minyak, gris dan juga disalut
dengan plastik. Ion OH yang akan dihasilkan menerusi proses pengaratan besi adalah yang
berbentuk alkali.

Selain tindak balas itu, apabila logam bertindak balas dengan oksigen, maka akan
terbentuklah oksida logam. Ianya juga digelar sebagai tindak balas redoks. Kereaktifan sesuatu
logam juga dikatakan sebagai suatu yang penting untuk memperlihatkan tindakan logam
terhadap oksigen. Ianya membolehkan oksigen semakin terang dan pembakaran berlaku dengan
lebih cepat.

Dikatakan bahawa jika sesuatu logam mempunyai kebolehan untuk menyingkirkan
oksigen daripada karbon dioksida, maka logam itu mempunyai kereaktifan yang lebih tinggi
berbanding dengan yang lain. Ia akan membentuk oksida logam dan karbon. Manakala, jika
karbon dapat menyingkirkan oksigen untuk membentuk karbon dioksida maka karbon ebih
reaktif daripada logam.

Tindak balas redoks juga mampu berlaku apabila hidrogen bertindak balas terhadap
logam. Jika hidrogen dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam untuk membentuk
logam dan air, maka hidrogen dikatakan lebih reaktif daripada logam. Gas hidrogen dapat
dihasilkan melalui tindak balas antara asid HCl dengan logam Zn dan dimangkinkan oleh
Kuprum(II) Sulfat. Gas hidrogen dikeringkan dengan mengalirkan Hidrogen melalui Kalsium
Klorida kontang.

Bagi tindak balas ini, kereaktifan terhadap sesuatu ogam dapat disenaraikan
seperti berikut:
K, Na, Ca, Mg, Al, C, Zn, H, Fe, Sn, Pb, Cu, Hg, Ag, Au