Anda di halaman 1dari 36

1

Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31


2 Mac 2013


ISI KANDUNGAN

BIL HALAMAN


1 Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA SHAMS Kali Ke-
31 / 2013.
2

2


3


Atur Cara Majlis Dan Agenda Mesyuarat Agung


Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SMKA SHAMS 2012/2013
3


4
4 Minit Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS Kali Ke-30 / 2012 5 9
5 Laporan Tahunan PIBG SMKA SHAMS 2012/2013 10 14
6 Penyata Kewangan PIBG SMKA SHAMS Berakhir 31 Disember
2012.
15 20
7 Cadangan Usul Mesyuarat Agung PIBG SKA SHAMS Kali
Ke-31 / 2013

21 24


8 Laporan Pengetua Cemerlang 25 26
9 AJK PIBG SMKA SHAMS Sesi 2013-2014 27
10 Lampiran 28 33
11



Penghargaan






2
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013





Ruj. Kami : Bil. ( 15 ) dlm PIBG/SMKA/SHAMS 08/04/02
Tarikh : 8 Februari 2013.

Pengerusi,
Semua Ahli Jawatankuasa PIBG,
Semua Ahli PIBG SMKA SHAMS,
Seremban, Negeri Sembilan.

Y. Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31 / 2013
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS
kali ke-31 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 2 Mac 2013. (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Abbas SMKA SHAMS
2. Bersama-sama ini disertakan Borang Usul dan Surat Jawapan Kehadiran ke
Mesyuarat Agung kali ini untuk diisi dan dikembalikan kepada Setiausaha PIBG pada atau
sebelum 15 Februari 2013.
3. Kerjasama serta kehadiran Yg Bhg Dato' / Datin / Tuan / Puan amat dialu-alukan
demi mempertingkatkan kerjasama antara guru dan ibu bapa ke arah kecemerlangan pelajar-
pelajar di SMKA SHAMS.
Sekian dan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
Yang menjalankan tugas,
...............................................
(MOHD RASUL BIN HJ. ABU)
Setiausaha PIBG
SMKA SHAMS 2012/2013



3
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN DAN MESYUARAT AGUNG
PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31 / 2013
Tarikh: 2 Mac 2013 (Sabtu)
8.30 pagi - Pendaftaran Ahli ke Mesyuarat Agung PIBG

8.45 pagi - Ketibaan Tetamu Jemputan

9.00 pagi - Ketibaan Y. Bhg. Tuan Mohd Wazir bin Hamzah
Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPNS

NegaraKu
Bacaan Doa
Ucapan Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS
Ucapan Yang DiPertua PIBG SMKA SHAMS
Ucapan Perasmian oleh Y. Bhg. Tuan Mohd Wazir bin Hamzah
Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPNS

Persembahan Nasyid / Madeh

Jamuan Ringan
10.30 pagi - Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS Kali Ke-31 dimulakan

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31 / 2013
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS
Kali Ke-30/2012
3. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG SMKA SHAMS 2012/2013
4. Membentang, Menerima dan Meluluskankan Penyata Kewangan PIBG SMKA
SHAMS Berakhir 31 Dis. 2012
5. Membahaskan Usul-Usul
6. Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG SMKA SHAMS Sesi 2013/2014
7. Memilih Juru Audit Dalaman
8. Ucapan Penangguhan
4
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN SESI 2012/2013

PENASIHAT
Pn. Hjh. Lailawati bt Ahmad
(Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS)
YANG DIPERTUA En. Mohd Hapizi bin Mohamed Ali
NAIB YANG DIPERTUA Dato Hj. Azam bin Md Atan
SETIAUSAHA En. Mohd Rasul bin Hj. Abu
BENDAHARI Pn. Suhaidah Mazni bt Sulaiman
AHLI JAWATANKUASA

En. Mohd Shah bin Awaluddin
En. Noor Sham bin Othman
Tn. Hj. Nor Azamir bin Alias
Pn. Julindah bt Ahmad
Pn. Nor Lely bt Idris
En. Mohammad Izzuan bin Termidi
En. Mohd Khairul Hidayat bin Berahim
Pn. Surahaya bt Ismail
Pn. Nurhidayu bt A. Rahman
Cik Nor Azlin bt Anuar

JURU AUDIT DALAMAN

En. Alias bin Ahmad
Pn. Izamawati bt. Radikun

5
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 30
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TARIKH : 9 MAC 2012
MASA : 3.00 petang
TEMPAT : DEWAN IBNU ABBAS SMKA SHAMS
KEHADIRAN : 387 ahli
PERASMI : Pn. Maznah bt Abu Bakar
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Seremban, Negeri Sembilan

Agenda 1. UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

1.1 Yang DiPertua mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ahli PIBG
yang sangat memberangsangkan dalam Mesyuarat Agung kali ke-30.
1.2 Mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dapat bersama-sama dengan
ahli PIBG dalam Mesyuarat Agung kali ini.
1.3 Berharap semua ahli yang hadir akan dapat memberikan pandangan yang membina
dalam membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangannya dalam semua bidang.

Agenda 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG SMKA SHAMS KE 29 Sesi 2011- 2012

2.1 En. Mohd Rasul bin Abu selaku Setiausaha PIBG SMKA SHAMS Sesi 2011/2012
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29 untuk diterima dan
disahkan. Sebelum itu ahli PIBG diminta membuat pembetulan di mukasurat 6 iaitu
nama En. Muhammad bin Nordin dan bukannya Muhammad bin Roslan.
2.2 En. Yaakub bin Abdul Rashid mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SMKA
SHAMS Kali Ke-29 disahkan dan disokong oleh En. Baharuddin bin Sharif .

Agenda 3. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG
SMKA SHAMS 2011- 2012

3.1 En. Mohd Rasul bin Abu sekali lagi membentangkan Laporan Tahunan PIBG SMKA
SHAMS Sesi 2011 2012.

3.2 En. Hasni bin Hj. Hassan mencadangkan dalam laporan kegiatan PIBG dimasukkan
maklumat tambahan untuk makluman semua ahli PIBG. Seterusnya beliau
mencadangkan Laporan Tahunan PIBG SMKA SHAMS 2011-2012 diterima dan
disokong oleh En. Nor Azamir bin Alias.

6
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

Agenda 4. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN
PIBG SMKA SHAMS BERAKHIR 31 DISEMBER 2011

4.1 Pn. Suhaida Mazni bt Sulaiman selaku Bendahari PIBG SMKA SHAMS Sesi
2011/2012 membentangkan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2011 untuk
diterima dan disahkan. Penyata Kewangan ini telah diaudit bersama oleh 2 orang
Juruaudit Dalaman PIBG iaitu Pn. Izamawati bt Radikun dan Tn. Hj. Zainal bin Ismail.
4.2 En. Azmi bin Zakaria bertanyakan tentang perbezaan jumlah pembayaran pentadbiran di
mukasurat 16 sebanyak RM23,034.66 dengan jumlah pembayaran pentadbiran di
mukasurat 17 sebanyak RM24,560.16.
Bendahari menjelaskan bahawa ini adalah disebabkan oleh perbezaan susutnilai dari
amaun pendapatan.
4.3 En. Mohd Yusuf bin Zakaria bertanyakan mengenai Nota 2 di mukasurat 19, bayaran tol
van sekolah yang agak tinggi sebanyak RM535.20 yang perlu ditanggung oleh PIBG.
Bendahari menjelaskan ini adalah disebabkan van sekolah banyak digunakan untuk
aktiviti luar pelajar kerana van PIBG tidak boleh digunakan buat sementara.
Beliau bertanya lagi mengenai kos minyak dan membaiki van PIBG sebanyak
RM174.60 dan RM734.00 yang dibelanjakan walaupun van PIBG tidak boleh
digunakan.
Bendahari menjelaskan lagi ini adalah kos yang dibelanjakan semasa van PIBG masih
boleh digunakan.
Setiausaha memaklumkan bahawa sebenarnya van PIBG masih boleh digunakan
sekiranya baterinya diganti. Dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG keputusan telah
dibuat untuk menyerahkan van PIBG kepada pihak warden untuk kegunaan asrama.
4.4 En. Baharuddin bin Sharif bertanyakan mengenai sumbangan YB Dato Shamshulkahar
bin Mohd Deli sebanyak RM5,000.00 yang tidak terdapat dalam akaun PIBG.
Setiausaha memaklumkan bahawa beliau telah berhubung dengan setiausaha YB
beberapa kali bertanyakan sumbangan yang dijanjikan. Pihak YB memohon maaf di
atas kelewatan yang berlaku dan berjanji akan menyelesaikan perkara ini dalam tahun
2012.
4.5 En. Hasni bin Hassan bertanyakan mengenai pelaburan simpanan tetap PIBG sebanyak
RM50,966.62.
Yang DiPertua menjelaskan buat masa ini tiada cadangan untuk dicairkan dan dijadikan
simpanan untuk kegunaan masa depan sekiranya diperlukan.
4.6 En. Alias bin Ahmad mencadangkan Nota 1 hingga 7 di mukasurat 19 dan 20 diberikan
maklumat yang lebih mengenai perbelanjaan yang dibuat. Contohnya belanja Kursus
Motivasi dan Lawatan ke Sabah.
Yang DiPertua menjelaskan bahawa maklumat yang diberi adalah memadai dan tidak
perlu terlalu panjang dan pihak Jawatankuasa bersedia untuk memberi penjelasan lanjut
mengenai perbelanjaan yang telah dibuat sekiranya dikehendaki oleh ahli PIBG.
4.7 En. Mohammad Jasmi bin Hj. Satar mencadangkan Penyata Kewangan PIBG SMKA
SHAMS berakhir 31 Disember 2011 disahkan dan disokong oleh En. Mohd Jaafari bin
Badiaddin.
7
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

Agenda 5. MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL.

5.1 En. Azimi bin Othman membentang Usul 5 iaitu mencadangkan pelajar asrama
Tingkatan 3, 5 dan PPU2 dibenarkan balik sekali sahaja dalam sebulan dan setiap pelajar
menyumbang RM10.00 setahun kepada sekolah bagi menampung kos penyelenggaraan
makmal komputer.
En. Azlan bin Mohd Yunos tidak bersetuju dengan cadangan pelajar dibenarkan balik
sekali dalam sebulan.
En. Hasli bin Hassan mencadangkan agar peraturan sedia ada berkaitan balik ke rumah
oleh pelajar asrama dikekalkan.
Pengetua menjelaskan mengikut peraturan asrama pelajar diwajibkan balik pada minggu
pertama setiap bulan manakala pada minggu ketiga pula dibenarkan balik dengan cara
memohon.
Ahli PIBG yang hadir sebulat suara bersetuju supaya pelajar asrama mengikut peraturan
yang sedia ada berkaitan balik ke rumah pada setiap bulan.
Ahli PIBG juga tidak bersetuju pelajar menyumbang RM10.00 untuk penyelenggaraan
komputer kerana komputer sedia ada dah terlalu usang untuk dibaiki dan mencadangkan
Jawatankuasa PIBG berusaha untuk mencari dana bagi membeli komputer baru bagi
kegunaan pelajar.
5.2 Bagi Usul 6 berkaitan dengan sumbangan ahli PIBG, Tn. Hj. Zainal bin Ismail
mencadangkan setiap keluarga pelajar menyumbang sebanyak RM150.00 kepada PIBG
untuk menampung pelbagai kos aktiviti yang hendak dilaksanakan oleh sekolah. Dengan
cara ini segala kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi oleh sekolah akan dirasai
oleh semua pihak yang menyumbang.
En. Hasni bin Hassan mencadangkan amaunnya dikurangkan kepada RM100.00 dan
ditambah RM50.00 bagi keluarga yang ada lebih dari seorang anak di SMKA SHAMS.
5.3 Majoriti ahli PIBG bersetuju dengan cadangan dari Jawatankuasa PIBG supaya kutipan
sumbangan PIBG SMKA SHAMS bagi tahun 2012 ialah sebanyak RM100.00 sahaja
dari satu keluarga walaupun mempunyai anak lebih dari seorang yang belajar di SMKA
SHAMS.
5.4 Bagi Usul 9 oleh Pn. Norrizan bt Idris berkaitan dengan kutipan wang oleh pelajar bagi
perbelanjaan keceriaan kelas dicadangkan diselaraskan jumlahnya dan dipantau oleh
pihak pentadbiran sekolah.
Pengetua Cemerlang bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar diselaraskan
kadar kutipan wang oleh pelajar untuk digunakan bagi keceriaan kelas. Usul diterima
tetapi amaun yang hendak dikutip akan ditetapkan oleh pihak sekolah.
5.5 Usul 17 oleh En. Mohd Hapizi bin Mohamed Ali mencadangkan PIBG mempunyai
pengkalan data maklumat ibubapa/penjaga pelajar SMKA SHAMS bagi mengenalpasti
kepakaran yang ada pada mereka yang boleh diguna untuk memantapkan keilmuan,
sahsiah dan kepimpinan pelajar SHAMS.
Di samping itu Biro-Biro dalam Jawatankuasa PIBG juga perlu diwujudkan di mana
ahli-ahli PIBG lain dapat bersama-sama menyumbang idea dan tenaga.
8
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

Ahli PIBG sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan bagi memberi
peluang kepada ahli PIBG yang lain memainkan peranan.
5.6 Usul 20 oleh En. Khalid bin Baharuddin mencadangkan bantuan pengawal keselamatan
sekolah untuk melancarkan pergerakan kenderaan di dalam dan luar kawasan sekolah
pada waktu puncak.
Pengetua Cemerlang menjelaskan skop kerja pengawal keselamatan sekolah tidak
termasuk menjalankan tugas mengawal pergerakan kenderaan di dalam atau luar
kawasan sekolah. Walau bagaimana pun pihak Jawatankuasa PIBG boleh
mempertimbangkan usul ini dengan mengadakan perbincangan dengan pihak pengawal
keselamatan sekolah.

Agenda 6. MEMBUBARKAN AJK PIBG Sesi 2011 / 2012

6.1 Tn. Hj. Mohd Johan bin Othman mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG
SMKA SHAMS Sesi 2011-2012.

Agenda 7. MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT

7.1 En. Nor Azamir bin Alias mencadangkan Tn. Hj. Mohd Johan bin Othman dilantik
sebagai Pengerusi Sementara bagi meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG dan
diterima sebulat suara.

Agenda 8. MELANTIK AJK PIBG SMKA SHAMS 2012-2013

8.1 Dato' Hj. Azam bin Md Atan mencadangkan Jawatankuasa PIBG sedia ada dikekal dan
dilantik semula untuk tempoh dua tahun lagi.
Cadangan Dato Hj. Azam bin Md Atan tidak dipersetujui oleh ahli PIBG yang hadir dan
dicadangkan pelantikan AJK PIBG baru dibuat.
8.2 En. Yaakub bin Khalid mencadangkan En. Mohd Hapizi bin Mohamed Ali sebagai Yang
DiPertua PIBG manakala Dato Hj. Azam bin Md Atan dicadangkan sebagai Naib
Yang DiPertua PIBG. Kedua-dua calon disokong oleh ahli PIBG yang hadir.
8.3 Lima Orang Wakil Ibu Bapa dalam Jawatankuasa PIBG juga telah dicalonkan dan
setelah undian dijalankan barisan Jawatankuasa PIBG SMKA SHAMS 2012-2013
adalah seperti berikut:-

i) En. Mohd Hapizi bin Mohamed Ali - Yang DiPertua
ii) Dato Hj. Azam bin Md Atan - Naib Yang DiPertua
iii) Hj. Nor Azamir bin Alias - Jawatankuasa
iv) En. Noor Sham bin Othman - Jawatankuasa
v) En. Mohd Shah bin Awaluddin - Jawatankuasa
vi) Pn. Julindah bt Ahmad - Jawatankuasa
vii) Hjh. Nor Lely bt Idris - Jawatankuasa
viii) En. Alias bin Ahmad - Juruaudit Dalaman
9
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013


8.4 Setiausaha, Bendahari, 5 orang Jawatankuasa PIBG dan seorang Juruaudit Dalaman
kalangan guru akan dilantik oleh pihak sekolah.

Agenda 9. UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 En. Mohd Hapizi bin Mohamed Ali mengucapkan terima kasih kerana dipilih sebagai
Yang DiPertua PIBG SMKA SHAMS bagi sesi 2012-2013. Berharap barisan
kepimpinan baru yang dipilih akan lebih komited dengan amanah yang diberi dan dapat
menghadapi segala cabaran yang mendatang.
9.2 Mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2011-2012 terutamanya Tn.
Hj. Mohd Johan bin Othman yang telah dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab
yang diamanahkan dengan baik.
9.3 Menyarankan kepada semua ahli PIBG agar dapat sama-sama berusaha ke arah
kecemerlangan pelajar di dunia dan di akhirat.


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA SHAMS Kali Ke-30
ditangguhkan pada jam 6.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................ .............................................................
(MOHD RASUL BIN HJ. ABU) ( MOHD HAPIZI BIN MOHAMED ALI )
Setiausaha Yang DiPertua
PIBG SMKA SHAMS PIBG SMKA SHAMS
Sesi 2012-2013 Sesi 2012-2013

10
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN I BU BAPA DAN GURU
SMKA SHEI KH HJ MOHD SAI D, SEREMBAN.
SESI 2012/2013
1.0 PENDAHULUAN

Laporan Tahunan ini adalah untuk jangka masa lebih kurang setahun bermula daripada
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-30 pada 9 Mac 2012 sehingga 2 Mac 2013.
Laporan ini mengandungi beberapa maklumat ringkas mengenai aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru, SMKA Sheikh Hj. Mohd
Said, Seremban Sesi 2012 / 2013. Seperti yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan
Pendidikan PIBG 1998, Ahli Jawatankuasa PIBG SMKA SHAMS yang dilantik perlu
merancang dan berusaha untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bersama dengan
pihak sekolah bagi kepentingan dan faedah semua warga sekolah .

2.0 BI LANGAN AHLI

PIBG SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban mempunyai ahli seramai lebih kurang 887
orang yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga murid serta guru-guru SMKA SHAMS
yang secara automatik diterima sebagai ahli persatuan berdasarkan perlembagaan persatuan .
Pecahan keahlian adalah seperti berikut:
i. Ahli daripada kalangan ibu bapa / penjaga 820
ii. Ahli daripada kalangan guru 67
3.0 AHLI J AWATANKUASA PI BG

3.1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban ditadbir oleh satu
Jawatankuasa yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA SHAMS
Kali Ke-30 pada 9 Mac 2012 yang lalu untuk tempoh 1 tahun. Ahli Jawatankuasanya terdiri
daripada ahli-ahli seperti berikut:
3.1.1 Yang DiPertua : En. Mohd Hapizi bin Mohamed Ali - Ibu Bapa
3.1.2 Naib Yang DiPertua : Dato Hj. Azam bin Md Atan - Ibu Bapa
3.1.3 Setiausahat : En. Mohd Rasul bin Hj. Abu - Guru
3.1.4 Bendahari : Pn. Suhaidah Mazni bt Sulaiman - Guru
3.1.5 Ahli Jawatankuasa : En. Mohd Shah bin Awaluddin - Ibu Bapa
: En. Noor Sham bin Othman - Ibu Bapa
: Tn. Hj. Nor Azamir bin Alias - Ibu Bapa
: Pn. Nor Lely bt Idris - Ibu Bapa
: Pn. Julindah bt Ahmad - Ibu Bapa
11
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013


Ahli Jawatankuasa : En. Mohd Khairul Hidayat bin Berahim - Guru
: En. Mohammad Izzuan bin Termedi - Guru
: Pn. Surahaya bt Ismail - Guru
: Pn. Nurhidayu bt A. Rahman - Guru
: Cik Nor Azlin bt Anuar - Guru
3.1.6 Juruaudit Dalam : En. Alias bin Ahmad - Ibu Bapa
: Pn. Izamawati bt. Radikun - Guru

3.2 Semua Ahli Jawatankuasa PIBG SMKA SHAMS, Seremban bertanggungjawab
menjalankan tugas seperti mana yang telah diamanahkan oleh semua ahli PIBG sekolah
berpandukan Kaedah-Kaedah PIBG 1998 yang telah diluluskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Pendaftar Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan.

3.3 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SMKA SHAMS dibuat setiap tahun semasa Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG. Ahli Jawatankuasa dalam kalangan guru dipilih dan dilantik oleh
Pengetua sekolah melalui proses yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Sekolah.

4.0 MESYUARAT J AWATANKUASA

4.1 Dalam tempoh lebih kurang setahun yang lalu, Jawatankuasa PIBG SMKS SHAMS Sesi
2012 / 2013 telah mengadakan 6 kali mesyuarat.

Bil Tarikh Jenis Mesyuarat Tempat Mesyuarat
1 30 Mac 2012
Mesyuarat AJK Kali
Pertama
Balai Al-Hikmah,
SHAMS
2 13 April 2012 Mesyuarat Khas AJK 1
Balai Al-Hikmah,
SHAMS
3 25 Mei 2012 Mesyuarat AJK Kali Kedua
Balai Al-Hikmah,
SHAMS
4 14 September 2012 Mesyuarat AJK Kali Ketiga
Balai Al-Hikmah,
SHAMS
5 25 Januari 2013
Mesyuarat AJK Kali
Keempat
Balai Al-Hikmah,
SHAMS
6 16 Februari 2013 Mesyuarat Khas AJK 2
Balai Al-Hikmah,
SHAMS




12
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

4.2 Kehadiran AJK dalam mesyuarat tersebut adalah seperti dalam jadual berikut:

Bil Nama Kehadiran
1 En. Mohd Hapizi bin Mohd Ali 6/6
2 Dato Hj. Azam bin Md Atan 5/6
3 En. Mohd Rasul bin Hj. Abu 6/6
4 Pn. Suhaidah Mazni bt Sulaiman 5/6
5 En. Mohd Shah bin Awaluddin 5/6
6 En. Noor Sham bin Othman 6/6
7 Tn. Hj. Nor Azamir bin Alias 2/6
8 Pn. Nor Lely bt Idris 4/6
9 Pn. Julindah bt Ahmad 5/6
10 En. Mohd Khairul Hidayat bin Berahim 5/6
11 En. Mohammad Izzuan bin Termidi 4/6
12 Pn. Surahaya bt Ismail 5/6
13 Pn. Nurhidayu bt A. Rahman 2/6
14 Cik Nor Azlin bt Anuar 5/6


5.0 KEGI ATAN-KEGI ATAN PI BG SMKA SHAMS 2012 / 2013.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh 2012 / 2013, PIBG SMKA SHAMS, Seremban bersama
dengan pihak sekolah telah dapat menjayakan beberapa program dan aktiviti dalam usaha
untuk menjana kecemerlangan dalam kalangan pelajar SMKA SHAMS. Antara aktiviti yang
sempat dijalankan ialah:

1. PROGRAM AKADEMIK

Bil. Aktiviti-Aktiviti Tarikh Catatan

1. Pendaftaran Pelajar Ting. 1, 4 dan
PPU1
4-1-2012
7-5-2012

2. Program Tuisyen Gemilang PMR, SPM
dan STPM
Februari hingga
September

3. Projek Perkasa T1, T2, T4 dan PPU1

Februari hingga
Oktober

4. Bengkel dan Ceramah Motivasi

22-2-2012
13
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

Bil. Aktiviti-Aktiviti Tarikh Catatan

5. Bengkel Memperkasa MataPelajaran

9 hingga 11-3-2012
6. Program Jaringan Sekolah Kluster dan
Perkongsian Ilmu SMKA SHAMS
4-4-2012
7. Majlis Anugerah Cemerlang Permata
SHAMS 2011.
29-4-2012
8. Seminar Teknik Menjawab Soalan Pep
PMR, SPM dan STPM
25 hingga 29-5-2012
9. Majlis Graduasi Pelajar SPM 2012

19-10-2012
10.

Majlis Akhir Tahun 2012

3-11-2012



2. PROGRAM KO-KURIKULUM

Bil. Aktiviti-Aktiviti Tarikh Catatan

1. Sambutan Maulidur Rasul SMKA
SHAMS 2012
3-2-2012
2. Program Lawatan Pelajar ke
Terengganu
5 hingga 7-5-2012
3. Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah
2012
24-6-2012
4. Hari Kokurikulum / Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum
31-10-2012
5. Program Inovasi Pelajar

5-11-2012
6. Kursus Kepimpinan Pelajar SMKA
SHAMS di Kem PUSAKO

14 hingga 16-2-2013


3. PROGRAM KEMASYARAKATAN

Bil. Aktiviti-Aktiviti Tarikh Catatan

1. Gotong Royong Perdana SMKA
SHAMS 2012
18-2-2012
2. Kursus Perasa Guru dan Staf
Sokongan SMKA SHAMS 2012

25-2-2012

14
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

Bil. Aktiviti-Aktiviti Tarikh Catatan

3. Mesyuarat Agung PIBG 2012

9-3-2012
4. Program Keibubapaan Ting. 3 dan 5
SMKA SHAMS 2012
28-4-2012
19-5-2012

5. Sambutan Hari Guru SMKA SHAMS
2012
25-5-2012
6. Program Iftar Jamaie 2012

16-8-2012
7. Jamuan Hari Raya 2012

5-9-2012
8. Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat
2012
28-9-2012
9. Program Hari Q SMKA SHAMS 2012

13-10-2012


6.0 PENGHARGAAN

Ahli Jawatankuasa PIBG SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban Sesi 2012-2013 ingin
merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbiran
sekolah khususnya Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS, guru-guru, ibu bapa dan penjaga serta
semua pihak di atas pelbagai sokongan dan sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan
segala program sekolah dan PIBG dalam usaha berterusan ke arah meningkatkan lagi
kecemerlangan sekolah. Tanpa kerjasama dan sokongan dari ahli-ahli PIBG kejayaan demi
kejayaan tidak mungkin akan dapat dicapai. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan
menjadi pemangkin di masa akan datang demi kejayaan dan kepentingan masa depan anak-
anak didik yang belajar di SMKA SHAMS.

Laporan disediakan oleh:

Setiausaha PIBG SMKA SHAMS
Sesi 2012-2013.






15
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID, SEREMBAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012
NOTA 2012 2011
RM RM
PENDAPATAN
Derma PIBG 83,270.00 135,292.73
Percubaan PMR/SPM 2,860.00 4,525.00
Sumbangan Solat Hajat & Yassin 4,993.00 4,982.00
Faedah Simpanan Tetap 1,691.26 1,364.77
Hibah Bank 173.53 262.61
Majalah 9,288.00 -
Sumbangan YB Menteri Besar NS 10,000.00 -
Sumbangan YB Dato Shamsulkhahar 1,000.00 -
Sumbangan MAINS 1,500.00
Sumbangan Baitulmal NS 3,500.00 -
Sumbangan Permata SHAMS 600.00 -
Sumbangan RISDA 1,000.00 -
Sumbangan Ihya Ramadhan 4,679.00 -
Sumbangan Alumni SHAMS 528.00 -
Sumbangan Dato Muhamad Nasir 500.00 -

JUMLAH PENERIMAAN 125,582.79 146,427.11

PERBELANJAAN
Program Akademik 1 58,535.99 77,381.59
Pentadbiran 2 24,383.35 31,321.80
Ko-kurikulum 3 3,000.00 4,991.00
Kebajikan 4 11,563.00 27,102.00
Pendahuluan Percubaan SPM 2,860.00 4,525.00
Majlis Anugerah Permata SHAMS 5 25,637.00 38,200.00
Majlis Solat Hajat & Yassin 6,780.00 4,428.00
Kelas Kemahiran Al-Quran 2,500.00 11,870.00
Caj Bank 58.50 49.00
JUMLAH PERBELANJAAN 135,317.84 199,868.39

LEBIHAN/KURANGAN (9,735.05) (53,441.28)
(dipindahkan ke Lembaran Imbangan)

16
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID, SEREMBAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
LEMBARAN IMBANGAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012

2012 2011
RM RM

ASET BUKAN SEMASA
Alatan Pejabat / komputer 819.00 1,024.00

ASET SEMASA
Simpanan Tetap 52,657.88 50,966.62
Tunai di Bank 47,061.25 58,274.41
Tunai di Tangan 7.44 15.59
99,726.57 109,256.62

JUMLAH ASET BERSIH 100,545.57 110,280.62


DIBIAYAI OLEH:
Kumpulan Wang PIBG
Dana Terkumpul 110,280.62 163.721.90
Lebihan/Kurangan (9,735.05) (53,441.28)
100,545.57 110,268.62





Disediakan oleh,


.
(SUHAIDAH MAZNI BT SULAIMAN)
Bendahari PIBG SMKA SHAMS
Sesi 2012 - 2013



17
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013





SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID, SEREMBAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
BUTIRAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2012

PROGRAM AKADEMIK : (NOTA 1) RM
Kursus Dan Motivasi 5,760.00
Insentif Guru Program Tuisyen Gemilang (T2 T6) 15,734.55
Aktiviti Panitia Daerah Sains dan Perdagangan 80.00
Alat Tulis Pelajar PMR/SPM/STPM 1,326.20
Program Jaringan Kluster 910.00
Banner Pelajar PMR/SPM/STPM 150.00
Kismis Pelajar PMR/SPM/STPM 900.00
Pendahuluan bayaran MUET 1,313.00
Bengkel Tingkatan 6 900.00
Program Lepas PMR 1,647.00
Majlis Graduasi Pelajar SPM 1,000.00
Minggu Teknik dan Vokasional 390.00
Sumbangan kpd Sekolah (kertas A4 ,master dan ink riso) 25,365.24
Hadiah Pelajar Majlis Akhir Tahun 3,060.00
58,535.99


PENTADBIRAN : (NOTA 2))
Bayaran Lesen Van Sekolah 32.00
Bayaran Tol Van Sekolah 36.60
Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 404.00
Pertandingan 3K 3,000.00
Fotosatat bahan Mesyuarat Agung PIBG 505.00
Banner Mesyuarat Agung PIBG 50.00
Jamuan Mesyuarat Agung PIBG 1,424.00
Cenderahati VIP Mesyuarat Agung PIBG 60.00
Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 887.00
Jamuan AJK PIBG Sesi 2010/2011 704.00
Jamuan Hari Guru 1,825.00
Sumbangan Hari Q 3,000.00
Karpet Sejadah Gulung 1,650.00
18
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

Kursus Perasa Guru/Staf 1,874.00
Projektor Dewan Ibnu Abbas 5,000.00
Gotong-royong peringkat sekolah 2,500.00
Kon Penghadang Jalanraya 96.00
Elaun SU dan Bendahari PIBG 600.00
Peralatan , Fail dan Letter Head PIBG 530.75
Susutnilai alatan pejabat / komputer 205.00
24,383.35

KO-KURIKULUM : ( NOTA 3 )
Kejohanan Olahraga Sekolah 3,000.00
3,000.00

KEBAJIKAN : ( NOTA 4 )
Jamuan Hari Raya Pelajar 7,016.00
Sumbangan kepada Ketua Pelajar 1,000.00
Program Inovasi Pelajar 1,000.00
Sumbangan Lawatan Pelajar ke Terengganu 1,500.00
Sumbangan kepada pelajar miskin 1,047.00
11,563.00

MAJLIS ANUGERAH PERMATA SHAMS : ( NOTA 5 )
Hadiah Pelajar Cemerlang 20,710.00
Peralatan 1,640.00
Backdrop dan Banner 300.00
Buku Program 887.00
Jamuan Makan 2,100.00
25,637.00
19
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013


20
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013


21
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

CADANGAN USUL MESYUARAT AGUNG PIBG
SMKA SHAMS KALI KE-31 / 2013

Bil. Nama-Nama Pencadang Usul-Usul Tindakan


1

En Hasni bin Hj. Hasan

Diadakan ruang tempat letak kereta di tepi
padang sekolah dan bukannya di atas padang
sekolah yang boleh rosak. Dari segi sudut
pandangan saya masih terdapat ruang di
sebelah hadapan padang yang boleh
dijadikan ruang tempat letak kereta. Saya
sedia membantu merekabentuk ruang tempat
letak kereta tersebut jika diperlukan.
Kemudahan ini perlu bila sekolah
mengadakan majlis. Di harap pihak PIBG
sensitif terhadap keperluan ini.


Pihak sekolah dan PIBG
sangat berbesar hati jika tuan
dapat datang ke sekolah untuk
perbincangan lanjut.
2 En. Nor Muhamad bin Latif

Mohon pihak PIBG menguruskan
penghantaran murid-murid yang hendak
balik bercuti ke stesen bas/teksi/keretapi
dengan kenderaan sekolah. Dicadangkan
PIBG membeli sebuah van untuk kegunaan
pelajar dan minta kerjasama dari pemandu
bas sekolah SMKA SHAMS dan pihak
pengurusan sekolah.

PIBG akan berbincang dengan
pihak sekolah sekiranya ada
permohonan.

PIBG sudah pun mempunyai
sebuah van yang memerlukan
penyelenggaraan.
3 En. Mohamad Zailani bin Baharin

Mencadangkan keselesaan di bilik asrama
putera dan puteri serta tandas
dipertingkatkan.

Pihak pengurusan asrama telah
mengambil tindakan dan
sedang mengusahakannya.
4 Pn. Asmah bt Samin i) Membesarkan laluan ke asrama putera.
ii) Memantapkan Program Tahfiz dengan
memastikan semua pelajar di beri
peluang terlibat dalam program ini.
Tenaga pengajar dari luar diambil untuk
membantu melancarkan program ini.

Sukar untuk dilaksanakan.
Program Tahfiz sekolah untuk
pelajar-pelajar terpilih sahaja
dan tidak berhasrat untuk
melibatkan semua pelajar.
5 En. Mohd Shapeni bin Bahaman
En. Ismail bin Layar
Pn. Masyati bt Md Nasir

i) Mencadangkan sekolah membaikpulih
kipas-kipas kelas yang rosak dan juga
padang sekolah kerana terdapat banyak
batu-batu yang boleh membahayakan
pelajar yang menggunakannya.
ii) Mengurangkan harga makanan di kantin
kerana membebankan pelajar.
iii) Mengadakan aktiviti sukan seperti
merentas desa pada hari Sabtu atau Ahad
supaya pelajar dapat rehat yang
secukupnya.




Proses mengganti kipas-kipas
di kelas sedang dijalankan.



Harga yang ditetapkan adalah
dalam pengetahuan sekolah.
Akan dipertimbangkan di masa
akan datang.
22
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

Bil. Nama-Nama Pencadang Usul-Usul Tindakan

6 Pn. Zainon bt Paiman

Berpendapat jadual waktu persekolahan
kurang efisien dengan kredit antara subjek
tidak stabil dan berharap pihak sekolah cuba
atasi masalah ini.

Jadual waktu persekolahan
yang diatur adalah mengikut
garis panduan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
7 En. Mustaza
Pn. Norliza bt Ahmad
En. Jefri bin Jumaat

i) Mencadangkan sekolah menyediakan
sebuah bas untuk kemudahan pelajar.

ii) Pelajar asrama dibenarkan balik 2 kali
dalam sebulan.

Masih lagi menunggu bas yang
dipohon dari Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan.
Sedang dilaksanakan kecuali
bagi pelajar pelajar Kelas
Peperiksaan.
8 En. Mohd Asri bin Abd Majid

i) Kelas Tambahan SPM seawal Tingkatan
4 dimulakan.
ii) Maklumkan secara bertulis kepada
ibubapa/penjaga berkaitan segala bayaran
maupun kutipan berkaitan kewangan.

Dijalankan dalam Program
Perkasa.
Akan diberi perhatian oleh
pihak sekolah.
9 En. Riduan bin Jantan

Waktu hadir ke sekolah selewat-lewatnya
pada pukul 7.20 pagi.

Waktu yang ditetapkan iaitu
7.15 pagi perlu dipatuhi oleh
semua pelajar dan guru.
10 En. Anuar bin Ahmad Pihak sekolah membenarkan penggunaan
komputer di pusat akses pada waktu malam
khususnya bagi pelajar-pelajar PPU yang
perlu menyiapkan tugasan PBS.

Akan dipertimbangkan oleh
pihak pengurusan sekolah.
11 En. Ahmad bin Uda

i) Minta kerjasama pengawal keselamatan
untuk mengawal kenderaan yang keluar
masuk sekolah di waktu pagi.
ii) Menyenaraikan keperluan buku latihan
/ kerja untuk setahun bagi memudahkan
pembelian di koperasi oleh ibubapa.

Di luar bidang tugas pengawal
keselamatan sekolah.

Senarai telah disedia dan
diedarkan kepada pelajar.
12 En. Ajemeek bin Hj. Samut i) Mencadangkan dibuat permohonan
pengambilan Kolej Tunku Kurshiah
untuk dijadikan SHAMS tambahan bagi
memberi peluang lebih ramai anak
Negeri Sembilan berada dalam aliran
agama.
ii) Pengasingan semula Musolla Lelaki dan
Perempuan bagi pembentukan sahsiah
yang lebih berkesan.
iii) Program Dakwah yang lebih mantap bagi
pembentukan imej dan jatidiri pelajar.
iv) Wujudkan Kelas Tuisyen Malam
dengan mengadakan program berkembar
dengan Pusat Tuisyen luar bagi subjek
utama kelas peperiksaan.
v) Beri kelonggaran pelajar naik ke dorm
selepas makan tengahari bagi urusan diri
agar lebih segar untuk ke kelas pada
waktu petang.


Bangunan di bawah kuasa
Bahagian Sekolah Berasrama
Penuh, Kemernterian Pelajaran
Malaysia.


Musollah wanita telah ada di
Aspuri.

Program dijalankan dari masa
ke semasa.
Guru-Guru sendiri digalakkan
mengadakan kelas tambahan
pada waktu malam.

Ketetapan dibuat setelah
mengambil kira disiplin
pelajar.
23
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

Bil. Nama-Nama Pencadang Usul-Usul Tindakan

13 Pn. Juli Suriani bt Abd Jalil

Pengkalan data pelajar SHAMS dirujuk
silang bagi menyenarai pendek ibubapa
profesional agar dapat menyumbang dalam
usaha melahirkan pelajar yang berkarektor
dan berkeyakinan melalui Ceramah Kerjaya,
Motivasi Kerohanian, Sukan dan
sebagainya.

Cadangan yang baik dan akan
diberi perhatian dan tindakan
oleh pihak sekolah.
14 En. Yaakub bin Abd Rashid Mencadangkan pihak sekolah menyediakan
ruang untuk membolehkan ibubapa
mengetahui tentang insentif kerajaan bagi
pelajar-pelajar yang berada di kelas sains
tulen seperti dalam bentuk pemberian
biasiswa dan sebagainya.

Maklumat-maklumat untuk
pengetahuan pelajar dan
ibubapa akan dimuatkan dalam
laman web sekolah selain
taklimat dari Kaunselor kepada
ibubapa / pelajar.
15 En. Muhammad Zuhid bin
Jamaluddin

Disediakan PA Sistem untuk memanggil
pelajar yang ada pelawat sewaktu lawatan
keluarga ke asrama.

Telah ada dan akan diaktifkan
semula dengan kerjasama
Ketua Pelajar Asrama.
16 En. Mohd Jasni bin Hj. Satar

i) Tambahkan tempat letak motosikal
berbumbung
ii) Adakan Susur Gajah-Jalan Berbumbung
daripada luar pagar ke dalam kawasan
sekolah untuk memudahkan ibubapa
mengambil anak-anak terutama bila hari
hujan.

Akan dipertimbangkan oleh
pihak sekolah.
Cadangan yang baik tetapi
melibatkan kos yang besar.
PIBG dan sekolah akan
meneliti cadangan ini.
17 En. Masor bin Maarof

Membuat pemegang tangan di laluan tangga
bersebelahan dengan dewan makan aspuri
untuk keselamatan pelajar dan guru.

Cadangan yang baik dan akan
diusahakan oleh PIBG.
18 Pn. Jamaliah bt Md Shariff

Mencadangkan pelajar-pelajar yang akan
menghadiri peperiksaan PMR dan SPM pada
keesokan harinya dikecualikan dari
menghadiri prep malam supaya mereka
mendapat rehat dan tidur yang secukupnya.

Akan dipertimbangkan oleh
warden-warden dan pihak
pengurusan asrama.
19 Hj. Mohd Amin bin Sarkawi

i) Mengekalkan tahap kebersihan dan
keceriaan sekolah yang boleh
dibanggakan.
ii) Tingkatkan ranking sekolah kepada yang
lebih baik dengan mendapatkan bantuan
daripada ibubapa golongan pendidik
dengan mengadakan kelas tambahan
mengikut subjek kepakaran masing-
masing.

Pelbagai program telah dan
akan dilaksanakan oleh pihak
sekolah untuk maksud ini.
Amat dialu-alukan ibubapa
pelajar SHAMS yang
berpotensi untuk menyumbang
dari segi pengetahuan dan
kepakaran masing-masing.
20 Pn. Fatimah bt Mohd Noor

PIBG mengambil sebuah taman atau sudut
di sekolah dan dinamakan sebagai Taman
PIBG. Objektifnya ialah supaya pelajar sedar
akan kewujudan dan sumbangan PIBG.
Atau wakaf kawasan rehat sedia ada dibuat
penambahbaikan dan dilabelkan nama PIBG.
Satu cadangan yang baik dan
menarik untuk menonjolkan
kewujudan dan peranan PIBG
di sekolah.
24
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

Bil. Nama-Nama Pencadang Usul-Usul Tindakan

21 En. Azimi bin Othman Mencadangkan Jawatankuasa PIBG sedia
ada dilantik semula untuk tempoh 2013-
2014 bagi membolehkan mereka
melaksanakan segala perancangan yang
telah dibuat.

22 Guru-Guru SHAMS

i) Jangan benarkan kereta parkir
bersebelahan pokok besar jalan masuk
utama ke sekolah kerana ini akan
menghalang pandangan dari sebelah
kanan untuk kenderaan yang keluar
dari SMKA SHAMS.
ii) Meletakkan papan tanda No Parking.
iii) Dapatkan kerjasama dari pengawal
keselamatan untuk memastikan tiada
kenderaan diletakkan di kawasan tersebut

Mohon perhatian dan
kerjasama ibubapa /penjaga
pelajar.



Akan diambil tindakan oleh
pihak sekolah.
23. En. Mohd Shah bin Awaluddin Mencadangkan sumbangan tahunan ahli
PIBG sebanyak RM150.00 setiap keluarga
bagi menampung pelbagai aktiviti serta
program yang akan dilaksanakan sepanjang
tahun 2013 2014.





25
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013



.
26
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013


27
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013


AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID, SEREMBAN, N.SEMBILAN
SESI 2013/2014

PENASIHAT
Pn. Hjh Lailawati bt Ahmad
(Pengetua Cemerlang SMKA SHAMS)
YANG DIPERTUA (dipilih)
NAIB YANG DIPERTUA (dipilih)
SETIAUSAHA (dilantik)
BENDAHARI (dilantik)
AHLI JAWATANKUASA
1. (Ibu bapa)
2. (Ibu bapa)
3. (Ibu bapa)
4. (Ibu bapa)
5. (Ibu bapa)
6. (Guru)
7. (Guru)
8. (Guru)
9. (Guru)
10. (Guru)
JURUAUDIT DALAMAN
1. (Ibu bapa)
2. (Guru)
28
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

LAMPIRAN 1
29
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

LAMPIRAN 2
SENARAI KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMKA SHAMS KALI KE-30 / 2012

Bil Nama Bil Nama
1 En. Mohd Johan bin Othman 42 Pn. Azizah bt Kasim
2 Pn. Aniza bt Abd Malek 43 Pn. Izamawati bt Radikun
3 Pn. Azwani bt Zakaria 44 Pn. Noriah bt Bakar
4 En. Mohamad Kamal bin Sulaiman 45 Pn. Nik Zuriani bt Zakaria
5 Pn. Punitha Krishnan 46 Pn. Asmah bt Nordin
6 Pn. Kartinie bt Ngatenan 47 En. Mohd Nasiruddin bin Mohamed Aziz
7 Pn. Suhaida Mazni bt Sulaiman 48 Pn. Farhah Zaidah bt Abdul Rahman
8 Pn. Faiizah bt Mohd Yusof 49 Cik Zahila bt Mohd Zaik
9 Pn. Hamzani bt Hamzah 50 En. Mohd Hairul Fahmi bin Alias
10 Pn. Normila bt Saat 51 Cik Masyitoh bt Yaacob
11 Pn. Fatimah bt Abdullah 52 En Noor Hisham bin Mustapa
12 Pn. Zalia bt Kamarulzaman 53 Cik Nurhanani bt Jaafar
13 Pn. Aminah bt Rahman 54 En. Mohd Syahiruddin bin Hj. Daud
14 Pn. Lailawati bt Ahmad 55 Pn. Zuriyanai bt Ismail
15 Pn. Rohani bt Daharun 56 Pn. Norjayanthimala bt Mahadzir
16 Pn. Surahaya bt Ismail 57 Pn. Nazlina bt Sadali
17 En. Mohd Rasul bin Abu 58 Pn. Samsiah bt Mat Yusof
18 Cik Nor Azlin bt Anuar 59 Pn. Nor Azmah bt Abdul Hamid
19 Pn. Sharidah bt Ibrahim 60 Pn. Norhapiza bt Mat Isa
20 Pn. Nurhidayu bt A. Rahman 61 Pn. Fatimah bt Mohd Nor
21 En. Mohd Khairul Hidayat bin Berahim 62 Pn. Norhaiza bt A. Malik
22 Pn. Noor Bee bt Alias 63 Pn. Asmah Laili bt Nuryadi
23 Pn. Zahariah bt Buntal 64 Pn. Enizar bt Muchsin
24 Pn. Rahimah bt Yatim 65 En. Yahya bin Othman
25 Pn. Asmah bt Abd Rahim 66 Pn. Juliana bt Abd Rani
26 Pn. Azlin bt Jamaludin @ Abd Aziz 67 En. Mohd Hapizi bin Mohamad Ali
27 Pn. Noormah bt Jaafar 68 Pn. Nurihan bt Mohd Hairi
28 Pn. Rupiah bt Abd Aziz 69 En. Azmi bin Abdullah Zaiad
29 Pn. Yusliza bt Abd Wahab 70 Pn. Roslah bt Mat Tahar
30 En. Zulkifli bin Sujak 71 En. Abd Kudus bin Mahat
31 En. Azimi bin Othman 72 En. Noor Sham bin Othman
32 Pn. Zabedah bt Khalid 73 En. Hasni bin Hj. Hassan
33 Pn. Darnawati bt Omar 74 En. Ali Besar bin Taha
34 Pn. Fatin Azirah Chong 75 Pn. Sarimah bt Bahari
35 Pn. Aishah bt Hasmam 76 Hj. Johan bin Othman
36 En. Mohd Fakhruddin bin Khalid 77 Pn. Mariam bt Alwi
37 En. Mohd Yaakub bin Khalid 78 Pn. Afedah bt Md Yusof
38 Pn. Habidah bt Abdul Latiff 79 Pn. Hasni bt Abas
39 Pn. Nahayati bt Abd Ghani 80 Pn. Salbiah bt A. Jalil
40 Pn. Kamariah bt Osman 81 Pn. Fatimah bt Yassin
41 Pn. Sawiyah bt Zainal 82 Pn. Faridah bt Salleh
30
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

83 Pn. Rohana bt Mokhtar 129 Pn. Norlin bt Mohd Shah
84 Pn. Che Nah 130 Pn. Nadzrah bt M. Sidik
85 En. Mahmud bin Abdullah 131 Pn. Noraini bt Yahya
86 Pn. Hamidah bt Rahim 132 En. Ramlan bin Abdul Hamid
87 En. Nor Azmi bin Ahmad 133 En. Zairin bin Alias
88 En. Baharudin bin Sharif 134 En. Mohd Aiman
89 En. Salzali bin Baba 135 En. Mohd Haidhir bin Mohd Isa
90 En. Mohd Khir 136 En. Nor Azmi bin Mohd Ali
91 Pn. Norizan bt Ismail 137 Pn. Faizah bt Razak
92 En. Muhammad Yusof 138 Pn. Haslina bt Itam
93 En. Mohd Zamri bin Abdul Hamid 139 En. Abd Rauf bin Ahmad
94 En. Mohd Nazeri bin Md Karim 140 En. Saharudin bin Mahmod
95 Pn. Zuraidah bt Md Nor 141 En. Abdull Sitar bin Abadan
96 En. Zaulkarnain Waffa bin Husain 142 Pn. Shaidatul Akmar bt Ramli
97 En. Neza bin Ismail 143 En. Jailani bin Sulaiman
98 En. Yusof A. Manap 144 En. Abd Shukur bin Abdullah
99 En. Ahmad Azam bin Abdullah 145 En. Mohd Nor Aman Shah bin Bujang
100 En. Yaakub bin Abdul Rashid 146 Pn. Rizatulsyima bt Mohd Ramli
101 Pn. Rozilawati bt Mohammad 147 En. Abdul Shukor bin Mustafa
102 Pn. Miaah Abd Aziz 148 En. Mohamad Sabri bin Yaakub
103 En. Rosmin bin Adam 149 Pn. Jamaliah bt Mohd Shariff
104 Pn. Julindah bt Ahmad 150 Pn. Razaimah bt Kaliwan
105 En. Mohd Mazwil bin Md Nor 151 Pn. Azimar bt Abu Bakar
106 En. Raza bin Mohd Zain 152 Pn. Hartati bt Sumbiar
107 En. Zabidin bin Mohamad 153 Pn. Samsiar bt A. Ghani
108 Pn. Lina bt Abd Kadir 154 Pn. Zaleha bt Idris
109 Pn. Siti Yusnida bt Mohd Yusof 155 Pn. Zulilah bt Roslan
110 Pn. Norsita bt Mohd Shah 156 Pn. Noor Hani bt Mat Amin
111 Pn. Zarina bt Yunus 157 En. Mohd Zamri bin Adnan
112 Pn. Mazni bt Othman 158 Pn. Norita bt Hashim
113 Pn. Suhaidah bt Ahmad 159 Pn. Siti Rohana bt Salleh
114 Pn. Siti Fatimah bt Afin 160 Pn. Norizan bt Abd Karim
115 Pn. Mahani bt Musa 161 En. Abd Malek bi Abd Latiff
116 Pn. Nor Raha bt Mohamed 162 Pn. Kalsom bt Adam
117 En. Mohd Nadzlishah bin Ismail 163 Pn. Zarina bt A. Wahid
118 En. Mohd Rafi bin Hj. Md Ali 164 Pn. Zuridah bt Hamzah
119 Pn. Suraya bt Mazlan 165 En. Mohd Jaafari bin Badiaddin
120 Pn. Rabaa bt Arshad 166 En. Nordin bin Ideris
121 Pn. Junainah bt Ayub 167 Hjh. Rohana bt Abd Ghani
122 En. Kamal Effendi 168 En. Mohd Azri bin Mohamad
123 En. Mohd Zaimi bin Mat Zin 169 En. Ishak bin Maasin
124 Pn. Khatijah bt Md Sarip 170 En. Che Ros bin Abu
125 En. Ahmad bin Uda 171 Pn. Rashidah bt Mansor
126 Pn. Samsiah Chik 172 Pn. Norhayati bt Maarif
127 En. Sharifuddin bin Salleh 173 Pn. Jamaliah bt Md Shariff
128 En. Samsuri bin Ahmad 174 En. Rosle bin Sahaf
31
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

175 En. Abd Isham bin Mohd Zain 221 En. Muhd Ikram bin Mohd Halimon
176 Pn. Norsimah bt Jantan 222 En. Azzahar bin Abd Aziz
177 En. Roslan bin Abd Ghani 223 En. Nor Muhamad Latif
178 Pn. Norazizah bt Ambiah 224 En. Hanizam bin Yacob
179 En. Mansor bin Maarof 225 Pn. Zawiah bt Md Ali
180 En. Idrus bin Hj. Abd Rahman 226 En. Kamarul Zaman bin Abdul Rashid
181 Pn. Mastura bt A. Rahman 227 En. Md Som bi Mahat
182 Pn. Noraizan bt Zakaria 228 En. Muhd Esham bin Abdullah
183 En. Abu Samah bt Ayob 229 Pn. Roshaani bt Mohd Razali
184 En. Bahrum bin Mat Amin 230 Pn. Norhayati bt Hasim
185 En. Mohd Yusof bin Tahir 231 Pn. Shuhaila bt Ayob
186 En. Sidek bin Othman 232 En. Abd Wahab bin Yazid
187 En. Khalil bin Jaafar 233 Pn. Rusni bt Ab Rahman
188 En. Zolkply bin Omar 234 En. Abd Sattar bin Mahadi
189 En. Mohd Zaudin bin Abd Rahman 235 En. Azlan bin Mohd Yunus
190 Pn. Jamaayah A. Rani 236 Pn. Norida bt tlib
191 Pn. Safiah bt Aliahumad 237 En. Maslir bin Aris
192 En. Abd Rahman bin Hj. Yassin 238 En. Abdul Halim bin Ramli
193 Pn. Rosnita bt Ishak 239 Hj. Zainal bin Ismail
194 Pn. Aini bt Ahmad 240 En. Mohd Roslan bin Ahmad
195 En. Mustafal Bakri bin Mohd Yusof 241 Pn. Bahiyah bt Mansor
196 En. Jamaludin bin Salleh 242 En. Mushahar Ali
197 En. Mustaza bin Sihat 243 En. Mohamad Mazlan Wahab
198 Pn. Ezriatul Laitila bt Awaludin 244 Pn. Saloma Yang
199 En. Abdul kadir bin Che Seman 245 Pn. Siti Norazeha bt Juhar
200 En. Zailan bin Edris 246 Pn. Norizah bt Mohd Nor
201 En. Ibrahim bin Ahmad 247 Pn. Yuhaila bt Yaakup
202 Pn. Faridah bt Zakaria 248 Pn. Norhaizazaiti bt Hj. Kassim
203 En. Najib bin Muhamad 249 En. Mohd Yusof bin Zakaria
204 En. Alias bin Ahmad 250 Pn. Norshida Saibi
205 En. Azwan bin Mohd Nadzri 251 En. Khalid bin Baharudin
206 Raja Ibrahim bin Raja Othman 252 Pn. Normah bt Rahmat
207 En. Ruslee bin Baharin 253 En. Abdul Roni Rahim
208 En. Aziman bin Jaafar 254 Pn. Rohaya bt Shamsudin
209 En. Mohd Nizar bin Mohd Yusof 255 En. Zulesham Hassan
210 En. Mohd Shah bin Awaluddin 256 En. Zulkeflee bin Ariffin
211 En. Abd Razak bin Abu Chik 257 En. Norazam bin Ahmad
212 Pn. Arini bt Ahmad 258 Hj. Mirzeman bin Hj. Tahir
213 En. Darmadi bin Zulkifly 259 En. Rosli bin Yahya
214 En. Mohd Zin bin Maarof 260 Pn. Latifah bt Omar
215 Pn. Fauziah bt Deni 261 En. Mohd Kassim
216 En. Aminuddin bin Abu Bakar 262 En. Azaman bin Hj.Mat Junit
217 Pn. Musaidah bt Sulaiman 263 Pn. Noridah bt Ab Rasid
218 En. Baharuddin in Kasim 264 Pn. Zaleha bt Othman
219 En. Nasaruddin bn Abd Aziz 265 En. Nasharuddin Alam Shah bin Abu Bakar
220 En. Hamzah bin Abd Hamid 266 Pn. Nor Azizah bt Othman
32
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

267 En. Hamzan bin Ismail 313 Pn. Rozita bt Kamaruddin
268 En. Syaiful Azlan bin Jurazi 314 Pn. Norliza bt Mokhtar
269 Pn. Norma bt Talib 315 Pn. Juli Suriani bt Abd Jalil
270 Pn. Russinawati bt Md Yasin 316 Dato Hj. Azam bin Md Atan
271 En. Aziz bin Mohtar 317 Pn. Azmaini bt Sanusi
272 En. Zulkafli bin Zakaria 318 En. Nor Azman bin Kasimin
273 En. Awalludin bin Mat Din 319 En. Abdul Hamid bin A. Latib
274 En. Mohd Yusof bin Muhammad 320 En. Mohd Naim bin Yunus
275 Pn. Ima Warni bt Abd Wahab 321 En. Ramlan bin Othman
276 En. Bushroni bin Yusof 322 En. Amir Hamzah bin Alin
277 Pn. Roziah bt Ismail 323 Hj. A. Hadi bin A. Ghani
278 Pn. Sakdiah bt Md Sarip 324 Pn. Roslin bt Kutar
279 En. Kamarol Ridzuan bin Mohd Zain 325 Pn. Nortinja bt Abu Bakar
280 Pn. Rosyidah bt Mastafa 326 Pn. Norsidah bt Abu Bakar
281 Pn. Faridah bt Sulaiman 327 Pn. Zarimah bt Zakaria
282 Pn. Rosmiza bt Omar 328 Pn. Noor Ashikin bt Shaari
283 En. Abdul Fatah bin Zakaria 329 En. Haszeha bin Hassan
284 En. Rashid bin Nordin 330 Pn. Noor Zaliha bt Mohamad Noh
285 Pn. Norhayati bt Aris 331 En. Azime bin Md Yusoff
286 En. A. Rauf Ahmad 332 En. Shaharuddin bin Abdullah
287 Pn. Juriah bt Idris 333 Pn. Noriza bt Baharudin
288 En. Md Yazid bin Md Yusoff 334 En. Norazmi bin Zakaria
289 En. Aminuddin bin Mohd Zain 335 Pn. Aziah bt Abdullah
290 Pn. Nor Lely bt Idris 336 Pn. Azizah bt Hj. Omar
291 En. Jasni bin Haron 337 En. Mohd Arshad bin Ariffin
292 Pn. Halimah Samsinar bt Hj. Mahmood 338 En. Mohd Zin bin Borhan
293 Pn. Masni bt Jamaluddin 339 Pn. Wan Suryani bt Wan Mohd Razali
294 En. Salison Mimo 340 Pn. Noorsazilla bt Selamat
295 En. Zainal Ariffin 341 En. Mohd Azli Aziz
296 En. Anuar bt Mat Isa 342 Pn. Zaleha bt Adam
297 En. Nor Razid bin Kamil 343 Pn. Norazizan bt Omar
298 Pn. Farhanah Jamal Rashid 344 En. Embros bin Nordin
299 En. Zulkefly bin Mohamad 345 En. Mohd Isa bin Ismail
300 Pn. Rohana bt Hassan Basri 346 En. Md Diwi bin Nasir
301 Pn. Salbiah Ali 347 Pn. Salasawati bt Sharif
302 Pn. Norhamizah Che Mat Ramli 348 En. Abu Zaimah A. Razak
303 En. Mukhtar bin Ab Rani 349 En. Ramlan bin Miskam
304 Pn. Habibah bt Omar 350 Hjh. Noraini bt Abd Latif
305 En. Mohammad Daud bin Che Mat 351 En. Husin bin Osman
306 Pn. Azura bt Md Nor 352 Pn. Normala bt Yusof
307 Pn. Siti Nasuha bt Zainudin 353 Hj. Zulkifli bin Md Said
308 En. Muhammad bin Nordin 354 En. Mohd Azali bin Adnan
309 En. Mohd Fadzil bin Mat Isa 355 En. Md Arif bin Muhiddin
310 Pn. Nurbaiti bt Marzuki 356 Pn. Norai bt Mohd Masry
311 Che Rosmini bt Musa 357 En. Zulkifli bin Mat
312 Pn. Sarimah bt Sidek 358 Pn. Rokiah bt Hassan
33
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

359 En. Razak bin Hussin
360 En. Johari bin Mohd Yusof
361 En. Abd Raub bin Abdul Rahman
362 Pn. Azniza bt Maarof
363 Pn. Noor Aini bt Raimi
364 En. Nor Rashidi bin Ramdzan
365 En. Zamrud bin Hj. Ridzuan
366 En. Azhari bin Mohd Said
367 En. Nor Azamir bin Alias
368 En. Ahmad Fuad bin Ismail
369 En. Asri bin Yaakub
370 En. Mohamad Jasmi bin Hj. Satar
371 Pn. Juliza bin Martaza
372 En. Abdul Hamid bin Ahmad
373 Pn. Anis bt Md Nasir
374 Hjh. Azizah bt Mohd
375 En. Zulkarnain bin Hamzah
376 Pn. Jamilah bt Ali
378 En. Ahmad Rashidi bin Ghazali
379 Tengku Yahya Engku Ali
380 Nurul Natasha bt Salison
381 En. Ismail bin Mohamad
382 En. Kamarulzaman bin Yunus
383 En. Ab Rahop bin Zakaria
384 En. Abdul Rani bin Abu
385 En. Huzaini bin Harun
386 En. Abdul Rustam bin Ahmad
387 En. Mohammad Yazid bin Mohamad Saleh


















34
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013




PENGHARGAAN
YANG DIPERTUA
DAN SEMUA AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMKA SHEIKH HJ. MOHD SAID, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN.


DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


KEPADA SEMUA PIHAK YANG MENJAYAKAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-31
SMKA SHEIKH HJ. MOHD SAID, SEREMBAN,
TAHUN 2013

35
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013









































36
Mesyuarat Agung PIBG SMKA SHAMS KALI KE-31
2 Mac 2013

Anda mungkin juga menyukai