Anda di halaman 1dari 6

1

`Assalamualaikum
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana seterusnya sidang hadirin yang dihormati sekalian.
Tajuk cerita saya ialah Kisah Nabi Hud Alaihissalam .
Kawan-kawan. Siapakah Nabi Hud Alaihissalam itu ya?
Haa.Nabi Hud ialah anak Abdullah Bin Ribah. Baginda merupakan keturunan
kesembilan Nabi Nuh as. Nabi Hud seorang yang berpengaruh, berbudi pekerti yang
luhur dan sangat bijaksana di kalangan kaumnya.

1.SYAIR :
Negeri Al-Ahqaf sejahtera harmoni,
Didiami oleh Kaum Aad yang berani,
Rezeki Allah tidak disyukuri,
Thamud dan Al Hattar diabdikan diri.

Maka Allah mengutuskan Nabi Hud untuk memberi peringatan kepada
kaumnya bahawa kebinasaan bagi hamba yang ingkar perintah Allah.
Firman Allah:
_O)4 1~4 -~
-41O- _
Mafhumnya:
Dan kepada kaum Aad, kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud
(Surah Hud ayat 50)
Ya Kawan-kawan,
Kepetahan Muhammad Asyraf berhujah sehingga beliau dinobatkan sebagai imam
muda jelas membuktikan ciri-ciri kepimpinan yang perlu dicontohi.



2


2.NASYID :

Amalan Kaum Aad menyembah berhala .amalan moyangnya,
Nabi Hud menyeru agar menyembah ..agar beriman Allah yang esa.
Dituduhnya nabi seorang pendustadan juga gila,
Nabi hud berkata aku adalah pesuruh Allah lagi mulia.
( Kalau menebang si pohon jati)

Pelbagai cara telah dilakukan oleh Nabi Hud supaya Kaum Aad beriman kepada
Allah dan meninggalkan penyembahan berhala.

Firman Allah,
gO4C4
W-NOg^4c-
7+4O O W-EO+O>
gO^O)
Mafhumnya:
Dan Dia berkata: Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu
bertaubatlah kepada-Nya.
(Surah Hud Ayat 52)


Ya kawan-kawan,

Contohilah ketabahan Nabi Hud dalam menyampaikan dakwah. Penubuhan ABIM
jelas menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan
masyarakat Islam berqiblatkan minda Al-Quran.

3





3. NASYID:

Dakwah Nabi Hud tidak dihiraukan
Dimintanya bukti sebagai alasan
Diejeknya nabi serta dipulaukan
Malah peringatan nabi diabaikan.
( Melodi Jong-jong inang)

Firman Allah:
4`4 }^4 El
--gLg`u) ^)@
Mafhumnya:

Dan ( kaum Aad berkata ) : Kami tidak sekali-kali percaya kepadamu !
(Surah Hud Ayat 53)


Ya kawan-kawan,

Kita wajib beriman dengan ajaran Islam tanpa ragu-ragu. Kisah penangkapan Kahar
Ahmad yang mendakwa dirinya sebagai Rasul Melayu adalah satu langkah bijak
bagi menyelamatkan akidah umat islam hari ini.


4


4.SAJ AK:

Akhirnya peringatan pertama ditunjukkan Allah
Diberinya kemarau yang panjang
Sehingga tumbuh-tumbuhan yang subur kering-kontang
Haiwan-haiwan ternakan kurus hingga mati dek tiadanya makanan
Nabi Hud tetap tidak berputus asa
Berdakwah agar sujud kepada tuhan yang esa .........
namun tetap gagal.


Firman Allah:
4~ O4N O)U~
O}):NO- 4-g`g4^
^j
Mafhumnya:
Allah berfirman: "Dalam sedikit masa lagi mereka akan menjadi orang-orang yang
menyesal".
( Surah Mukminun ayat 40 )

Ya kawan-kawan,

Isu seperti kemarau,banjir, tanah runtuh dan angin puting beliung yang berlaku di
negara kita adalah salah satu amaran daripada Allah agar kita lebih mensyukuri
nikmat kurniaan Allah.



5



5.NASYID:
Terbentang di langit .....awan yang hitam
Sebagai petanda akan turunnya hujan
Rupanya ribut taufan dahsyat dan kencang
Betapa Murkanya Allah kepada kaum Aad
( Melodi Assalamualaikum )
Lapan hari tujuh malam bencana menimpa,
Akhirnya cuaca kembali seperti biasa
Orang yang beriman terselamat kesemuanya
Orang yang kufur musnah akhirnya.
Firman Allah:
W-O:)Uu-q EC@O)
O=O= lO41g>~4 ^g
Maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau
kencangnya. ( Surah Al-Haqqah,ayat 6 )
Ya kawan-kawan,
Baru-baru ini dunia telah digegarkan dengan peristiwa gempa bumi dan tsunami
yang melanda Jepun,mengingatkan kita bahawa Allah berkuasa melakukan apa
yang dikehendakinya.
Kisah Nabi Hud jadi pedoman,
Sebagai renungan kita bersama,
Akhlak terpuji jadi sanjungan,
Hidup berkat sepanjang masa.

Sekian ,Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


6