Anda di halaman 1dari 60

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN

KAMPUS PERLIS,
PERLIS.



PERANCANGAN PENYEDIAAN AKUARIUM

Jadual Kerja


INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.



Peralatan, Bahan Dan Aksesori Yang Diperlukan Dalam Penyediaan
Akuarium











INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.




KEPENTINGAN IKAN HIASAN


Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan
disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju
ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti
pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori.
Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi
permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan
dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan
pasaran antarabangsa.

Di samping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut
peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak
memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan
akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu
hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan
dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu
membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.










INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan
jenis pemakanannya. Antaranya ialah :
Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali
sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar,
mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti
cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar,
dan ikan Arowana.
Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor.
Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik.
Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.
Ikan omnivor
Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput,
daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah
menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan
Cichlid.






INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MENYATAKAN SEBAB DAN TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca atau
kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman.
Memelihara ikan hiasan dapat memberi ketenangan dan boleh menghayati alam
akuatik semula jadi.




MENYATAKAN BEBERAPA CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN


Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan adalah seperti berikut:
Warna sisik badan dan sirip yang menarik.
Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau bulat.
Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif.
Manja dan dapat mengenali tuannya.
Cara permakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan.







INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikan
hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium
akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam
akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan
juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang kediaman atau
kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalah
seperti berikut:

Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi kerana ianya tidak
dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan.
Jenis yang telah jinak dan dibiakan di dalam akuarium. Ikan ini boleh dibeli
dari kedai hiasan.
Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya.
Boleh bercampur dengan jenis ikan lain.
Tahan terhadap perubahan mutu air.
Tahan terhadap serangan penyakit.











INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUAN

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di
dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman
akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap
bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan
yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan
akan mendak ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada
tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses
fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari
ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat
berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.


BEKALAN KARBON DIOKSIDA
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis
sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang
baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon
dioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak
dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil
di dalam air melalui penafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.



Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah
seperti berikut:

Alternanthera spp.
Bacopa spp.
Anubias spp.
Lobelia spp.
Sumatra fern spp.
Java fern spp.

Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan
sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi
adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan
cantik sepanjang masa.



INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI


Pemilihan bekas

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu
seperti:

Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan).
Jenis ikan hiasan.
Bilangan ikan hiasan.
Saiz ikan hiasan.
Saiz akuarium.


Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai
digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana.
Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu
menggunakan saiz yang lebih besar.


Contoh bekas/akuarium





INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Memilih aksesori

Penyediaan aksesori adalah seperti berikut:












INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM


Langkah 1
Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih
kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip.
Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah di
atas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.


Langkah 2
Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp. Isikan akar
tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.


Langkah 3
Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk
mendapatkan pandangan landskap yang menarik.


Langkah 4
Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai
akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.


Langkah 5
Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh
dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu
perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam
akuarium.


Langkah 6
Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik
di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk
menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama
seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias
akuarium.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.








































Kiri atas: Jenis-jenis pam dan penapis,
Kiri bawah: Pemasangan penapis 'Under gravel filter',
Kanan atas: Masukkan hiasan dan aksesori,
Kanan bawah: Masukkan air.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM


Langkah 1
Letakkan plastik beg yang mengandungi ikan hiasan kedalam akuarium selaa 20 -
30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air didalam akuarium dengan air
didalam plastik beg.


Langkah 2
Buka ikatan plastik beg dan biarkan ikan berenang keluar dengan sendirinya
bersama air ke dalam akuarium.


Langkah 3
Setelah kesemua ikan keluar, keluarkan pastik beg tersebut.











INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN HIASAN

Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang
mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan
Swordtail, Guppy atau Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan
kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan
Orydoras atau Loach.

Makanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan
kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung
kepada jenis ikan yang pelihara.

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan
juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran
tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitaranya. Ikan hiasan
akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikan
sedang kelaparan.

1) Makanan hidup
Makanan hidup adalah seperti plankton (organisma halus yang terdapat di dalam
air), cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

monia, daging atau hati yang dibekukan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


2) Makanan basah
Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini kurang
digunakan kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah
seperti isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam).

bloody worm

3) Makanan rumusan
Makanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses
oleh kilang membuat makanan haiwan.

emping dan pelet





INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.



MENYATAKAN KEKERAPAN DAN MEMBERI MAKANAN IKAN HIASAN

Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang.
Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yang
diberikan berlebihan akan mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan buruk
terhadap hidupan ikan.


MENGENALPASTI MUTU AIR AKUARIUM
1) pH air
pH air ialah kemasaman air. Diukur dari nilai 1 14. Nilai 1= paling masam atau
asidik. Nilai 14= paling alkali. pH air untuk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas
litmus digunakan untuk menentukan nilai pH. Nilai pH air perlu dipastikan dari
semasa ke semasa bagi mengelakkannya terlalu asidik.

2) Suhu

Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26C hingga 27C. Suhu yang terlalu
tinggi atau rendah menyebabkan ikan mati.

3) Bahan beracun
Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan. Bahan ini terhasil dari
perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah
sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan
kerana, ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada
tumbuhan akuatik.






INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MENGENAL DAN MERAWAT SIMPTOM PENYAKIT IKAN HIASAN


Faktor-faktor penyebab:

Keadaan suhu air dalam akuarium terlalu sejuk.
Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Penyakit Rintik Putih


Disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik.
Berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.
Ikan yang sakit harus dipindahkan.
Merawatnya dengan menggunakan methylene blue dan campur sedikit garam ke
dalam air.
Ubat lain juga boleh didapati di kedai akuarium.

Penyakit Kulat


Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip,mulut dan badan yang luka.
Kulat ini kelihatan seperti kapas.
Boleh dirawat dengan methylene blue.Masukan terus ke dalam air atau disapu pada
luka.
Ikan ini perlu diasingkan.


Penyakit Bakteria


Ikan yang dijangkiti akan berubah warna menjadi pudar,sisik mengembang atau
perut buncit.
Disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan
mengalami stress.
Boleh dirawat dengan antibiotik dengan bimbingan Pegawai Perikanan.







INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM AKUARIUM
1) Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran
tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cacair atau biji perlu ditambahkan dari semasa ke
semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang
dicadangkan.

2) Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.















INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


PENGURUSAN AKUARIUM

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam
bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Sistem pengudaraan bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara
diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis air-Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya
penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya
lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan
ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling
baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran
tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan air-Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita
perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan.
Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan
sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

Aksesori-Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan
yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori
yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya
kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar-Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini
terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu
memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

Hiasan dalam akuarium -Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada
minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah
memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


PENGENALAN
Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi
pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Kebiasaannya ia bermula
daripada hobi dimasa lapang sehinggalah dapat berkembang hingga mampu
menjana ekonomi untuk kehidupan seharian. Industri ini semakin berkembang
seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah
menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia.
Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan
Johor. Ikan hiasan juga adalah penyumbang kepada pendapatan negara kerana
cukai bagi ikan hiasan adalah antara cukai yang tertinggi. Kebanyakkan ikan hiasan
mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada
bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang
memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat
pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya
berenang.
Selain itu, Di Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis ikan air tawar, dan
dianggarkan terdapat lebih daripada 250 spesies. Daripada jumlah itu, 1/3
daripadanya berpotensi sebagai ikan hiasan. Walau bagaimanapun, hanya
beberapa spesies sahaja yang dibiakkan secara meluas dan komersial seperti sepat
ronggeng (Trichogaster trichopterus), sepat mutiara (trichogaster leeri), ikan kaloi
(sungai, indonesia, sabah) (osphronemus goramy), jenis-jenis barb seperti Tiger
Barb (Barbus tetrazona) dan jenis Danio (Brachydanio sp). Sebahagian besar
daripada ikan hiasan yang dihasilkan di negara ini adalah jenis eksotik seperti ikan
daripada keluarga Characidae yang berasal dari Amerika Selatan, ikan Cyprinidae
berasal dari negara-negara Asia. Keadaan iklim dan persekitaran negara kita yang
sangat sesuai menjadi faktor utama untuk penghasilan ikan-ikan hiasan. Pengusaha
ikan hiasan yang telah lama terlibat dalam penghasilan benih ikan hiasan secara
komersial mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pembiakan. Teknologi
pembiakan yang mereka amalkan adalah hasil dari pengalaman tersebut.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.




Bahagian-bahagian luar ikan

Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,
kecederaan dan penyakit .

Sirip
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip
terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak
berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal
berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi
pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral
dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan
mengapung.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.



Garis deria
Garis deria terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup
insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di
dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut
nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen
bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.













INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


KEPENTINGAN IKAN HIASAN


Gambarajah kepentingan ikan hiasan



KEPENTINGAN
IKAN HIASAN
Mengindahkan
ruang kediaman
Hobi di masa
lapang
Menambahkan
pengetahuan
berkaitan
dengan
hidupan di
akuatik
Memberi
ketenangan
Sumber
pendapatan
Menghayati
alam akuatik
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan
keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini
berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut
maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain
aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi
memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan
akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing
dengan pasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari
sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak
memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan
akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu
hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan
dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu
membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

Ikan hiasan ini juga mampu memberi ketenangan kepada pemeliharanya
apabila mereka berada dalam keadaan tertekan. Kecantikan ikan hiasan itu sendiri
mampu memberi kesan kepada sesiapa yang melihatnya inikan pula pemeliharanya
yang menyusun atur sendiri susun atur akuarium tersebut. Pelbagai lagi faedah yang
kita dapat daripada hasil pemeliharaan ikan hiasan ini.





INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


JENIS JENIS IKAN HIASAN
Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-
penggemar ikan hiasan. Berikut adalah beberapa contoh ikan hiasan yang sering
jadi pilihan ramai di Malaysia.

IKAN GUPPY






Ikan Guppy (Poecilia veticulata) boleh didapati di perairan Venezuela,
kepulauan Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana.
Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm.
Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi
bahan pemerhatian dan kajian genetik.
Ciri-ciri:
a) dapat hidup dalam air kotor.
b) membiak secara beranak.
c) sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung.
d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan.
e) cepat matang dan kurang penyakit.
f) dapat hidup dalam suhu air 60-1000F.
g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu.



INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal
diubahsuai untuk mencantikkan lagi.
Induk jantan polygamous iaitu mengawan dengan beberapa ekor induk
betina.
Ikan ini mengeluarkan anak yang menetas daripada telur yang disenyawakan
dalam perut induk betina.
Benih lembaga (embryo) berkembang daripada telur yang tersenyawa tanpa
mengambil makanan daripada induk betina.
Induk jantan mempunyai gonopodium iaitu organ intromittant yang diubahsuai
jalur (ray) keempat, kelima dan keenamnya di sirip anal.
Sperma mensenyawakan telur di dalam rongga ovari (ovarium cavity), dimana
telur ini akan menetas dan anak-anak ikan akan hidup bergantung kepada
yolk-sac sehingga tiba masa kelahirannya.
Telur-telur mengambil masa 30-40 hari sebelum anak-anak dikeluarkan
daripada perut betina.
Apabila dilahirkan anak-anak ikan sudah boleh berenang bebas dan
memakan bahan-bahan makanan yang terdapat di dalam air.
Kebanyakannya membiak tanpa musim dan anak dihasilkan sepanjang tahun.
Induk betina boleh menyimpan sperma di oviduktus.
Satu pengawanan (mating) dapat menghasilkan 4 atau 5 kumpulan anak.
Ikan-ikan dalam kumpulan ini memerlukan air yang agak masin untuk
membiak dengan subur.
Apabila sirip anal ikan jantan mulai tajam, ia diasingkan daripada betina.
Ikan betina yang besar dan sihat dipilih sebagai induk.
Apabila ikan betina ini matang ia dipasangkan dengan bapanya. Anak-anak
ikan yang terhasil daripada pasangan ini diasingkan antara jantan dan betina.
Ikan betina yang dipilih daripada kumpulan ini dipasangkan pula dengan
datuknya. Ini dilakukan seterusnya sehingga strain yang dikehendaki
diperolehi.
Setiap kali kumpulan anak dihasilkan pemilihan terhadap strain yang
dikehendaki dijalankan dan strain yang tidak dikehendaki dibuang.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.

IKAN EMAS
Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak
dan Pulau Pinang.
Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet,
Pompom, Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu.

Perbezaan antara Ikan Emas Jantan dan Ikan Emas Betina







Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang
gemuk dan bulat (rounded).
Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji
mutiara kecil. Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada
musim pembiakannya.
Untuk menjaga ikan emas, ikan perlulah ]dipelihara di dalam:
a) kolam tanah berukuran 0.01 - 0.1 hektar, atau
b) tangki simen berukuran 5m x 5m x 0.3m.
Makanan yang diberikan:
a) pellet yang mengandungi 30-35% protein.
b) sisa gandum yang diadun bersama fish meal, diberi 2 kali sehari.

Ikan emas jantan ikan emas betina
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Induk yang diternak di dalam tangki simen biasanya diberi makanan
yang tidak mengotorkan air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing
tubifex atau cacing darah (blood worm).

Pembiakan ikan emas

Sebelum pembiakan, induk jantan dan betina diasingkan selama
seminggu.
Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi.
Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang telah disimpan
selama 3 hari.
Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk mengumpul
telur.
Akar kiambang tersebut dibersih dan direndamkan dalam 20ppm
larutan metilene biru selama 10-15 minit sebelum digunakan.
Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan induk dilepaskan.
Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal pagi.
Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang.
Keesokannya induk-induk dikeluarkan daripada tangki pembiakan.
Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi pengudaraan dan aliran air.
Ia menetas dalam tempoh 30 - 35 jam.
Anak-anak yang baru menetas yang masih diperingkat yolk-sec
bergantung pada akar kiambang sehingga 3 hari dan tidak perlu diberi
makan.





INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


IKAN TIGER BARB






Berasal dari India, Malaysia, sebahagian Negeri China dan Afrika.
Jenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius
swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun.
Boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air.
Ternakan di dalam akuarium (jenis yang kecil) memerlukan sistem penapisan
dan pengudaraan.
Spesies Ikan Barb:
Tiger Barb (Barbus tetrazona)
Tiger barb tempatan (Barbus pentazone)
Golden Barb (Barbus schuberti)
Cherry barb (Barbus conchonius)
Black Ruby barb (Barbus nigrofasciatus)
Rosy barb (Barbus conchonius)

Cantik, aktif, mudah dipelihara dan mudah dibiakkan.
Dapat hidup 2-3 tahun (digalakkan dipelihara secara monospesies).
Jenis-jenis baru yang laris di pasaran ialah:
'Green barb' - belang besar berwarna hijau berkilat.
'Albino barb' (spesies 'Tiger barb') - berwarna kemerah-merahan.
'Rosy barb' - mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor panjang.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Perbezaan Ikan Tiger Barb jantan dan betina


Ikan Tiger Barb Jantan

Ikan Tiger Barb Betina

1) Warna ikan jantan lebih cerah
2) Perut ikan jantan berbentuk
langsing apabila mencapai
kematangan.
3) Ikan jantan lebih agresif.


1) Warna ikan betina agak pucat.
2) Setelah mencapai kematangan
ikan betina mempunyai perut yang
lebih buncit
3) Kurang agresif.

Penjagaan Ikan Tiger Barb

Peringkat yolk-sec mengambil masa selama 3 hari.
Pada hari ke-4 anak ikan diberi makanan air hijau (green water)
yang mengandungi hidupan seni zooplankton daripada jenis Rotifer
dan Brachionus.
Apabila berumur seminggu, anak ikan diberi makan Moina sp.
Apabila berumur 2 minggu, anak ikan diternak di dalam kolam
asuhan dan diberi makanan tambahan seperti pellet halus. Baja
perlu ditambah ke dalam kolam asuhan.







INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


IKAN ANGEL

Ikan Angel boleh membesar sehingga 15cm.
Ikan ini disukai kerana tahan lasak.
Makanan utama ialah Blood worm, Daphnia sd, Moina sp, Jejentik dan
Pelet.
Ciri-ciri ikan Angel (Pterophyllum sclare):
a) Bahagian atas kepala berwarna coklat kehitaman.
b) Warna bahagian bawah tubuhnya kelabu berkilat.
c) Tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam.
d) Sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor.
e) Bahagian dada terdapat sepasang sirip yang terjuntai menjangkau ke
ekor berwarna putih.






INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Perbezaan ikan angel jantan dan ikan angle betina
Cara penjagaan Ikan Angel

Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau
akuarium.
pH air antara 6.5 hingga 7.0.
Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang
7.5cm.
Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm
yang diberi 2 kali sehari.
Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya
sendiri.

Ikan Angel jantan:

Ikan Angle betina:

1) Badan lebih besar.
2) Pada pandangan atas, perutnya
pipih dan kepala lebih besar.
3) Bahagian atas antara mulut dan
sirip dorsal (dahi) berbentuk cembung.
4) Warna lebih terang.
5) Liang genital kecil panjang.
6) Lebih agresif.


1) Badan lebih kecil.
2) Pada pandangan atas, perutnya
besar dan kepala lebih kecil.
3) Bahagian antara mulut dan sirip
dorsal rata.
4) Warna tidak secerah ikan jantan.
5) Liang genital lebih tebal apabila
matang.
6) Kurang agresif.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Pembiakan Ikan Angel
Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau
akuarium.
pH air antara 6.5 hingga 7.0.
Ikan Angel matang apabila berumur 7 bulan dan berukuran lebih kurang
7.5cm.
Makanan induk antaranya ialah Moina sp, Daphnia sp dan Blood worm
yang diberi 2 kali sehari.
Ikan Angel yang dipelihara secara berkumpulan memilih pasangannya
sendiri.
Induk ikan diternak di dalam tangki kaca gentian, tangki simen atau
akuarium.













INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


IKAN PEMBERSIH / IKAN BANDARAYA



Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ikan bandaran atau ikan bandaraya
kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin
akuarium.
Ikan ini memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan.
Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih
bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak
dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.









INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


BAHAN DAN KEPERLUAN
1. Memilih bekas (akuarium)
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faKtor tertentu
seperti:
jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
jenis ikan hiasan
bilangan ikan hiasan
saiz ikan hiasan
saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai
digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana.
Manakala untuk ikan hiasa yang bersaiz besar seperti arowana perlu
menggunakan saiz bekas yang lebih besar.


Jenis-jenis akuarium
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


2. Pam Oksigen




3. Undergravel Filter




INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


4. Ornamen




5. Lampu Akuarium








INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


6. Anti Klorin



7. Makanan Ikan



INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


8. Memilih tumbuhan akuatik yang sesuai

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak
adalah seperti berikut :
Alternanthera spp.
Bacopa spp.
Anubias spp.
Lobelia spp.
Sumatra fern spp.
Java fern spp.



Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi
keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbon dioksida yang
mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan
kelihatan cantik sepanjang masa.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


BAJET DAN ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Bil Perkara
Harga Seunit
(RM)
Kuantiti (unit/kg)
Jumlah Harga
(RM)
1 Bekas akuarium 60.00 1 60.00
2 Pam air 25.00 1 25.00
3 Pam oksigen 20.00 1 20.00
4 Penapis air 15.00 1 15.00
5 Latar belakang akuarium 1.50 1 1.50
6 Lampu akuarium 18.00 1 18.00
7 Ornamen 10.00 3 30.00
8 Tumbuhan hiasan 5.00 5 25.00
9 Batu besar 5.00 1 kg 5.00
10 Batu kecil 5.00 1 kg 5.00
11 Pasir halus warna putih 10.00 10 kg 10.00
12 Pasir halus warna kuning 2.00 2 kg 4.00
13 Pasir halus warna Hitam 2.00 1 kg 4.00
14 Anti klorin 3.00 1 botol 3.00
15 Makanan ikan 4.00 3 paket 12.00
16 Ikan hiasan 1.00 15 ekor 15.00
Jumlah Keseluruhan RM 252.50

Jumlah bajet dan anggaran kos perbelanjaan adalah sebanyak
= RM 252.50





INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


REKOD PENJAGAAN HARIAN
Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam
bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:
Sistem pengudaraan
Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara
diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

Sistem penapis air
Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak
yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya
lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan
berkesan ialah jenis under gravel filter kerana air lambat menjadi
kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya
bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan
seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

Perawatan air
Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita
perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan
ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan
anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi
membunuh bakteria.

Aksesori
Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu,
binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila
kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak
toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Batu-batan dasar
Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat
banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu
memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan
hiasan.

Hiasan dalam akuarium
Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan
cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah
memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu
habitatnya.













INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


JADUAL PENJAGAAN HARIAN
TARIKH CATATAN
16 Februari
Bersihkan akuarium dan menyusun barang kelengkapan mengikut
prosedur.
6 April
Masukkan air dan ikan.
Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan
petang.
Merekod dan memerhatikan keadaan ikan.
Memastikan pH air di paras yang dikehendaki.
8 April
Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan
petang.
10 April
Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan
petang.
Merekod dan memerhatikan keadaan ikan.
12 April
Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan
petang.
14 April
Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan
petang.
Merekod dan memerhatikan keadaan ikan.
16 April
Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan
petang.
Membersihkan akuarium dengan menggunakan berus magnet
untuk membersihkan lumut dan kotoran yang berada di cermin
akuarium.
Memastikan pH air di paras yang dikehendaki.
18 April
Memberi ikan makan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan
petang.
Merekod dan memerhatikan keadaan ikan.
20 April
Membersihkan akuarium secara minor cleaning.
Menyusun atur kembali kelengkapan dan alatan dengan baik.
Mengukur tahap pH dan memastikan ia di tahap yang
dikehendaki.
Merekod dan memerhatikan keadaan ikan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.



RUJUKAN
Iskandar ( Teng Ching Sing) . 2003. Panduan Menjaga Ikan Hiasan Dan
Akuarium . Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.
http://ikanhiasanmalaysia.blogspot.com/
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/312-
pertanian-komersial/6180-arowana-ikan-hiasan-berharga.html
http://www.slideshare.net/mizawahit/ikan-hiasan-full
http://khskcyberjaya.blogspot.com/2011/12/ikan-hiasan-tahun-5.html
http://dunia-khsr.blogspot.com/2010/03/pengenalan-ikan-hiasan.html
http://adlanaquarium.blogspot.com/2010/06/salam-pengenalan.html
http://penjagaanikanhiasan.blogspot.com/
http://kolamikanhiasan.blogspot.com/









INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


LAMPIRAN




Membersihkan akuarium


INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.




Membuat lakaran


INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Memasukkan air Memasukkan klorin


Memasukkan ikan


INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MENGENAL PASTI SIMPTOM PENYAKIT BIASA PADA IKAN HIASAN
DAN LANGKAH MENCEGAH DAN MERAWATNYA

Ikan hiasan yang dipelihara mudah terdedah kepada penyakit sekiranya
langkah penjagaan dan pencegahan tidak dititik berat.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah :
a) Faktor suhu di dalam akuarium yang terlalu sejuk iaitu berada di bawah
26C.
b) Kebersihan air tidak terjaga dan tercemar kerana tidak ditukar mengikut
waktu yang ditetapkan.
c) Proses memindahkan ikan yang menyebabkan kecederaan atau luka pada
bahagian badan ikan.

Antara simptom-simptom penyakit ikan hiasan ialah :
a) Murung dan pasif.
b) Badan kurus dan tidak bergerak lancar.
c) Warna badan pudar dan pucat.
d) Siripnya longlai.
e) Terdapat kesan luka, penyakit pada kulit atau sirip terkoyak.

Antara punca-punca penyakit yang dihidapi oleh ikan hiasan ialah :
a) Serangan bakteria/ parasit yang hidup di dalam air akuarium.
b) Air dan bahan hiasan tidak bersih.
c) Kewujudan ikan yang membawa penyakit.
d) Kurang vitamin pencegah penyakit dalam makanan ikan.




INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MENGENAL PASTI SPESIS IKAN HIASAN TROPIKA
Terdapat banyak jenis ikan hiasan yang dijual di kedai. Antara yang biasa kita dapati
di kedai adalah seperti berikut :
Ikan Flowerhorn Ikan Arowana

\

Angelish Ikan Pelaga


Ikan Emas Ikan Koi



INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


PENYEDIAAN BEKAS
MEMILIH AKUARIUM DAN AKSESORI
a) Apabila membela ikan hiasan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah
petempatan ikan tersebut, seperti di dalam akuarium atau bekas kaca.
b) Saiz akuarium yang paling sesuai ialah empat kaki panjang dan dua kaki
lebar kerana ikan hiasan yang dipelihara dengan baik dapat membesar
sehingga 16 inci hingga 18 inci dan akuarium yang disyorkan cukup untuk
tumbesaran ikan tersebut.
c) Lokasi akuarium penting untuk menentukan perkembangan ikan. Sudut yang
sunyi dan aman adalah tempat yang paling sesuai untuk menggalakkan
perkembangan serta tumbesaran ikan hiasan di samping mempunyai sumber
elektrik dan air yang cukup.
d) Aksesori yang selalu digunakan ialah pam air, penapis, lampu, batu, pasir,
tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster dan berbagai-bagai lagi.
e) Pam air terbahagi kepada dua iaitu AC pumper dan AC/DC self charging air
pump yang dikawal sendiri. Pam yang dikawal sendiri ini amat digalakkan
penggunaannya.
f) Manakala jenis lampu yang disyorkan pula ialah Solar Tubular Lighting
kerana dapat memberi suasana yang serupa dengan habitat semulajadi ikan
hiasan.

MENYEDIAKAN DAN MENGHIAS AKURIUM
a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akuarium terletak pada kreativiti dan
keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut.
b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan seperti
tangki, cabinet, kaki akuarium, dan lampu akuarium.
c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul, kayu, batu, pasir sungai,
pasir halus, dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM
i. Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan ikan
hiasan yang telah dikenal pasti ke dalam akuarium tersebut.
ii. Lagkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium adalah
seperti yang berikut :
a) Letakkan bekas plastik yang berisi ikan ke dalam akuarium.
b) Biarkan bekas plastik itu salaam 20 hingga 30 minit. Langkah ini bertujuan
untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik itu dengan suhu air di
dalam akuarium.
c) Masukkan sedikit air dari dalam akuarium ke dalam beg plastik.
d) Selepas 30 minit, buka bekas plastic yang berisi ikan hiasan itu dan biarkan
ikan itu keluar dengan sendiri bersama-sama air dari dalam plastik itu.










INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


PENGURUSAN
MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN
a) Dalam pengurusan dan penjagaan ikan hiasan, pemakanan adalah faktor
yang sangat penting untuk tumbesaran dan populasi ikan yang dipelihara.
b) Makanan ikan hiasan dapat dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu
makanan hidup, makanan kering, makanan basah, dan makanan rumusan.
c) Makanan hidup terdiri daripada mikroorganisma halus yang biasanya terdapat
di dalam air dan dikenali sbagai plankton, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk,
udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.
d) Makanan kering pula adalah seperti cacing yang diawet atau roti.
e) Makanan basah terdiri daripada kerang, hati lembu dan sayuran seperti salad
dan bayam.
f) Makanan rumusan ialah makanan khas ikan yang diproses. Makanan ini
terdiri daripada pellet, emping dan stik yang telah sedia diproses oleh kilang
yang membuat makanan. Makanan ini dapat dibeli dari kedai ikan atau
pembekal makanan haiwan.

MENGENAL PASTI JENIS MAKANAN YANG SESUAI MENGIKUT SPESIS
IKAN HIASAN
i. Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas pertengahan
kepala serti ikan Swordtail, Guppy, dan Angelfish lebih sesuai memakan
makanan rumusan yang dapat terapung di permukaan air seperti pallet.
ii. Ikan seperti Corydoras dan Loach yang mempunyai bentuk mulut yang
menghala ke bawah lebih sesuai diberikan makanan jenis tenggelam.
iii. Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama
berdasarkan jenis pemakanannya, iaitu :


INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


a) Ikan Karnivor
Ikan karnivor atau pemangsa memakan benda hidup seperti ikan kecil
atau haiwan lain. Biasanya, ikan ini bersaiz besar, gigi tajam dan
mempunyai rahang yang kuat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau,
Oscar dan Arowana. Makanan yang sesuai bagi ikan karnivor ialah
makanan hidup seperti katak, cengkerik, anak ikan atau kulat.
b) Ikan Herbivor
Ikan herbivor seperti ikan lampam dan Tiger Barb memakan tumbuhan.
Biasanya, ikan jenis ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang
dihiasi tumbuhan akuatik.

c) Ikan Omnivor
Kebanyakkan ikan hiasan terdiri daripadajenis ikan omnivor. Contoh ikan
omnivor ialah ikan pelaga dan Flag Cichild. Makanan ikan jenis ini terdiri
daripada pelbagai jenis seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan,
atau pallet.

d) Ikan Pemakan mikroorganisma di dalam air
Ikan pemakan plankton dikenali sebagai ikan yang memakan
mikroorganisma di dalam air. Contoh ikan pemakan plankton ialah ikan
Tiger Barb, Black Tetra, dan kebanyakkan jenis ikan semasa peringkat
anak.




INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


KEKERAPAN MEMBERI MAKAN IKAN HIASAN
a) Ikan hiasan perlu diberi makan mengikut kadar yang disyorkan dan jadual
pemakanan yang betul.
b) Menurut pakar penjagaan ikan, ikan hiasan seelok-eloknya diberi makan tiga
kali sehari, iaitu pada waktu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar yang
disyorkan pula tidak tetap dan mengikut keperluan ikan.

MENGENAL PASTI KANDUNGAN MUTU AIR
a) Air terdiri daripada campuran gas hidrogen dan oksigen yang terlarut.
Kandungan mutu air berbeza mengikut jenis, kawasan air, dan bergantung
kepada beberapa factor, iaitu pH air, suhu, dan bahan beracun.
b) pH air ialah kadar kemasaman air yang dapat diukur dengan menggunakan
kertas litmus dan diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 menunjukkan air
berada pada tahap kemasaman yang paling tinggi atau asidik manakala nilai
14 menunjukkan air itu berada pada tahap kemasaman paling rendah atau
paling alkali.
c) Nilai pH air yang paling sesuai bagi akuarium ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar
neutral. Untuk mengelakkan air terlalu asidik, nilai pH air perlu dipastikan dari
semasa ke semasa.
d) Suhu yang paling sesuai untuk populasi ikan di dalam akuarium ialah sekitar
26C hingga 27C. suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dapat
menyebabkan ikan mati manakala suhu dibawah 26C pula menyebabkan
ikan mudah dijangkiti penyakit.
e) Bahan beracun yang wujud dalam kandungan air ialah ammonia dan nitrat
yang terhasil daripada proses perkumuhan ikan yang dipelihara, iaitu bahan
buangan urin dan najis.
f) Sistem tangki akuarium bertindak menukar bahan beracun tersebut kepada
bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam
akuarium.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


MELAKUKAN KERJA PEMBERSIHAN BEKAS, MENUKAR AIR, DAN
MENCUCI PENAPIS
a) Melakukan kerja-kerja membersih bekas, menukar air, dan mencuci penapis
ialah rutin mingguan yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan
akuarium.
b) Penjagaan akuarium terbahagi kepada penjagaan harian dan mingguan.
c) Penjagaan harian meliputi penjagaan makanan ikan. Ikan perlu diberi makan
tiga kali sehari mengikut kadar yang sesuai dan keperluan ikan.
d) Kelakuan ikan perlu diperhatikan untuk mengesan tanda ikan tidak normal
atau sakit seperti berenang dalam keadaan yang luar biasa, berpusing-
pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, dan sisiknya tertanggal atau
kembang. Ikan yang mempunyai tanda-tanda tersebut perlu diasingkan dan
dirawat.
e) Buang ikan yang telah mati dan jangan biarkan bangkai ikan di dalam
akuarium.
f) Pastikan semua peralatan asas akuarium seperti kelengkapan pengudaraan,
penapis, dan lampu dapat berfungsi dengan baik.
g) Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammnonia, oksigen, dan karbon dioksida
dengan menggunakan alat yang sesuai.
h) Penjagaan mingguan melibatkan kerja-kerja menukar air setiap minggu atau
sekurang-kurangnya dua minggu sekali sebanyak atau 1/3 bahagian
daripada isipadu tangki.
i) Tumbuhan akuatik yang terlalu tinggi perlu dicantas.
j) Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
k) Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat
sementara waktu.
l) Bersihkan kotoran yang terdapat di dalam tangki dan cuci kapas penapis
dngan air yang bersih.
m) Tambahkan air di dalam tangki sehingga ke paras asal.
n) Jangan sesekali member makanan kepada ikan secara berlebihan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium













INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


Jenis-jenis ikan hiasan

Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar
ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan
yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.







INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.














INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3120 IKAN HIASAN
KAMPUS PERLIS,
PERLIS.


LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN AKUARIUM

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium, langkah-langkah
berikut perlu di ikuti ;
bersihkan bekas terlebih dahulu
pasangkan penapis
masukkan pasir
masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas
masukkan aksesori yang dikehendaki
masukkan tumbuhan hiasan (jika ada)
masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya
pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam
masukkan ikan hiasan