Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU KE TUJUH

TARIKH: 24 OGOS 29 OGOS 2013



MASALAH:
Satu masalah dihadapi saya sejak minggu pertama lagi dan ia masih
berlarutan sehinggalah minggu ketujuh. Saya dapat mengesan masalah ini setelah
beberapa teguran daripada guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing saya
ketika sesi penyeliaan saya. Saya lemah dalam mengawal situasi pelajar apabila
aktiviti secara berkumpulan dilakukan sama ada di dalam kelas Walaupun mereka
amat menyukai aktiviti secara berkumpulan, namun mereka sukar untuk mengawal
kelakuan dan disiplin mereka di dalam kumpulan masing-masing. Ianya berlaku
sebaliknya apabila aktiviti secara individu dilakukan. Saya masih mencari punca
sebenar akan sebab timbulnya masalah sedemikian.

ANALISIS:
Setelah saya membuat beberapa ulangkaji terhadap sesi pengajaran saya
yang lepas, saya masih lemah dalam memberi arahan yang jelas kepada murid yang
telah menyebabkan mereka dalam hilang kawalan ketika aktiviti berkumpulan. Murid
tahun 5 Cemerlang terdiri daripada murid yang paling ramai dan disebabkan mereka
terdiri daripada murid perempuan sahaja menyebabkan mereka suka berbual dalam
apa jua aktiviti. Kawalan kelas yang gagal akan menyebabkan murid akan bertindak
untuk bersikap kurang berdisiplin dengan bercakap ketika guru sedang memberi
penerangan di hadapan. Beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat saya
berikan setelah berbincang dengan guru pembimbing saya diantaranya;








CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI:
Antara cadangan yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:
a) Saya perlu merancang sesuatu langkah yang lebih bersistematik sebelum
memberikan tugasan kepada murid.
b) Aktiviti berkumpulan yang menarik akan membantu saya untuk mengawal
keadaan kelas menjadi lebih tenang dan selamat.
c) Jika berlakunya keadaan kelas yang bising, saya akan memanggil nama
murid secara individu supaya mereka dapat memberi perhatian terhadap guru.
d) Murid akan terasa lebih diberi perhatian apabila guru sentiasa memanggil
namanya dan memintanya memberi pendapat ketika proses pengajaran
berlaku.

TEMPOH MASA:
Saya perlu bertindak dalam langkah yang cepat supaya masalah seperti ini
tidak akan berlaku lagi di dalam kelas saya.

PENILAIAN KEJAYAAN:
Saya akan meminta pertolongan rakan-rakan saya untuk membuat penilaian
berterusan ketika waktu pengajaran saya. Beberarapa kekurangan yang saya hadapi
akan saya perbaiki dari semasa ke semasa. Bantuan dari guru dan pensyarah
pembimbing sebagai penilai tetap saya amat penting bagi saya berkongsi pendapat
dan juga idea.






TINDAKAN SUSULAN:
Kesimpulannya, pada pembelajaran yang akan datang, saya akan bersikap
lebih tegas supaya murid akan lebih menghormati dan sentiasa mendengar setiap
arahan yang disampaikan oleh saya.