Anda di halaman 1dari 3

Puding Batik Merie

Bahan-bahan
300g biskut marie-dipatahkan 4
1/2 cawan susu pekat
2 cawan milo
3 sudu besar serbuk koko
1 cawan bijiran nestum untuk baby - hana gune nestum keluarga
1 cawan butter
3 biji telur
1 sudu kecil vanilla essence
Cara-cara
Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut. Masak diatas api yang
sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata.
Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan
tekan2kan hingga padat. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk
dan menggeras
Kek Batik Merie
Bahan-bahan
500 gm biskut marie - patah 4
250 gm butter
4 biji telor gred A - pukul sikit
3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)-(boleh rasa dan agak2
ikut tekak masing-masing bila campur sume)
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil nescafe
Cara Membuat
1. Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit
pekat dan berkilat. Tutup api.
2. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
3. Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu.
4. Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong.
Kueh Keria
Bahan-bahan
500 gm keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
Cara-cara
1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti
gelang.
5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan
kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh.
padamkan api dan bolehlah diangkat.
Kuih Kaswi
Bahan-bahan
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)- x ltk
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat- hana ltk kicap pekat!
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih- hana gune klapa kering jer!
Secubit garam
Cara-cara
1. Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
2. Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
3. Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit
minyak masak.
4. Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit
terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap.
Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama
bahan C.
5. KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek
berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu,
dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum
Kek Lapis Asam Manis (Kukus)
Bahan-bahan
1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
4 biji telur
3/4 cawan butter
3/4 cawan gula
1 sk ovallete
1/8 cawan susu pekat - hana ltk 3 sudu besar
Cara-cara
Blend biskut tawar halus. kemudian ayak dan ketepikan.
Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu.
Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. dan letaklah warna kesukaan anda.
Kukus setiap lapisan 5 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pd setiap
lapisan.
Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
Buat sehingga siap.
Milky Marble Cake
Bahan-bahan
250gm butter, Rinn guna majerin
230gm gula caster, Rinn kurangkan kepada 200gm
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco
Cara-cara
Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
Masukkan susu pekat dan putar sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,satu bahagian dicampurkan
dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti
antara dua adunan sehingga habis.
Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi
tester.

Anda mungkin juga menyukai