Anda di halaman 1dari 5

Sistem cukai merupakan salah satu punca pendapatan golongan pemerintah iaitu raja dan

juga pembesar. Di mana, biasanya cukai akan dikenakan kepada rakyat melalui paksaan untuk
menunjukkan tanda taat setia kepada golongan pemerintah. Misalnya para petani di Myanmar,
mereka diwajibkan untuk membayar cukai.
1
Bukan itu saja, kerajaan turut mendakwa hasil
pertanian tersebut merupakan milik raja kerana raja telah mengizinkan para petani mengerjakan
tanah. Selalunya, hasil yang mereka dapat sering tidak mencukupi untuk menyara ahli keluarga
yang lain kerana berlaku penindasan daripada pihak atasan yang ingin membolot hasil. Cukai
akan dikutip secara paksa oleh pegawai yang diberi tanggungjawab untuk memungut.

Selain itu, terdapat juga sesebuah negara yang menggunakan hasil pendapatan cukai
untuk kepentingan dan kemudahan kepada masyarakat. Contohnya, di Myanmar, melalui cukai
juga kerajaan telah membina sistem peparitan yang sistematik supaya dapat mengelakkan
berlakunya kejadian banjir hingga mengakibatkan kerosokkan harta benda. Masyarakat Khmer
mampu menghasilkan jumlah hasil tanaman sara diri yang tinggi walaupun berlakunya musim
hujan.
2
Antara sistem pengairan ialah empangan reseau hydraulique. Di mana sistem ini
berupaya mengawal keadaan air mengikut kadar yang diperlukan. Jadi tidak berlaku kerosakkan
kepada tanaman jika air melebihi had yang diperlukan dalam kawasan tanaman.

Sekitar abad ke-19, hasil pungutan cukai menjadi semakin penting hingga boleh memberi
kesan kepada raja dan pembesar jika tidak mendapat hasil yang tinggi. Di Myanmar, kedudukan
raja tergugat kerana golongan pura-kywan telah bertindak melampaui batas atas pemberian tanah
daripada raja.
3
Hingga akhirnya raja mengawal dengan memerintah pegawai kerajaan untuk
merampas kembali hak dan tanah yang telah diberikan kepada golongan ini. Cukai di Myanmar
ketika pemerintahan Raja Mintayagyi (Bodowpaya 1782-1819) menggunakan undang-undang
dalam perniagaan awam. Raja Mindon Min (1853-1878), mengenakan cukai keluarga dan cukai
pertanian. Cukai keluarga ini hitung panjangnya 3 tikal seisi rumah. Namun begitu, pengecualian

1
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara., Kuala Terangganu: Percetakan Yayasan Islam Terangganu
Sdn Bhd, 1991, Hlm 40.
2
D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, Hlm, 163.
3
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Selepas Pengaruh Islam, Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2000. Hlm 68.
diberikan kepada seseorang yang telah menjalankan kerja raja. Cukai pertanian pula dikenakan
ke atas beras, kerbau yang membajak, tembakau, pinang, ikan dan garam.

Perdagangan merupakan unsur terpenting dari aspek ekonomi kerana setiap negara di
Asia Tenggara mempunyai hubungan dagangan dengan negara lain ataupun urusan perdagangan
tersebut dijalankan dalam kawasan negara tersebut sahaja. Misalnya, perdagangan secara kecil-
kecilan yang dijalankan sesama penduduk tempatan dengan cara menukar barang dan keperluan
hasil tanaman. Perdagangan yang wujud di negara-negara Asia Tenggara antara abad ke-17 dan
abad ke-19 secara tidak lansung memberi gambaran mengenai gambaran mengenai
perkembangan ekonomi sebelum berlakunya kedatangan Barat di Asia Tenggara. Dalam hal ini,
perbincangan akan menfokuskan kepada beberapa negara yang dilihat menunjukkan
perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam perdagangan sehinggakan faktor perdagangan ini
menjadi pemangkin pihak Barat untuk menjajah atau menguasai negara-negara di Asia Tenggara.

Kebanyakkan Negara di Asia Tenggara menjalankan perdagangan dengan China, Arab,
Gujerat dan India kerana kedudukan yang strategik di tengah laluan jalan perdagangan timur dan
barat. Pertama ialah Siam iaitu ibu kota kerajaan Siam ialah Ayudhya yang terletak di kawasan
pendalaman, Ayudhya ditubuhkan melalui kefahaman pentingnya perdagangan kepada golongan
pemerintah.
4
Sebelum abad ke-19 telah wujud hubungan dagang dengan beberapa kuasa asing.
Hubungan Siam-China sepertimana yang digambarkan oleh orang Teochew sebenarnya bukan
sahaja sekadar ikatan perdagangan, tetapi lebih daripada itu.
5


Masyarakat Siam telah mengalami perubahan yang besar disebabkan faktor luaran seperti
kemasukan buruh Cina dan perubahan sistem cukai. Perhubungan perniagaan antara Ayudhya
dan wangsa Manchu yang dijalankan oleh Raja Thaksin bagi mendapatkan bahan-bahan binaan,

4
Kobkua Suwananthat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2003, Hlm, 13.
5
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd.Dali, Azhar Hj. Mad Aros & Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia
Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Hlm, 165.
alat senjata dan pekerja-pekerja mahir untuk ditukarkan dengan beras dan kayu untuk
membangunkan Siam dengan menggunakan perdagangan dan buruh dari China.
6
Secara tidak
lansung, rakyat terlibat dengan pengeksport tenaga kerja ke pasaran luar.

Selain itu, Ayudhya juga memiliki tempat untuk menjalankan perniagaan dan pusat
pengeluaran hasil daripada kawasan pendalaman seperti hasil hutan dari Kemboja, Loas, dan
sebagainya.
7
Pelabuhan-pelabuhan Siam merupakan tempat-tempat penting kerana kapal
Portugis yang hendak belayar ke China dapat berteduh pada musim angin monsun timur laut
apabila Laut China Selatan menjadi ganas.
8
Jadi, perlabuhan Siam menjadi tempat transit
pedagang luar untuyk mendapatkan tempat perlindungan dan juga keperluan barang berkaitan
kapal mahupun keperluan diri.

Dari sudut hubungan luar, Siam juga berdagang dengan kuasa lain seperti Segenting Kra
dan Nusantara. Ayudhya direkod mengimport barang-barang seperti kain dari Gujerat dan lada
dari Sumatera dan menjualnya kepada pelabuhan-pelabuhan di pantai Tanah Besar. Ayudhya
merupakan pusat mengumpul bahan-bahan pengeluaran seperti beras, bahan makanan, gading
dan sebagainya. Hal ini kerana, Ayudhya merupakan pusat pengumpulan barang untuk
didagangkan.

Malahan, Siam turut mengusahakan perindustrian gula untuk dieksport. Tahun 1843,
perusahaan gula telah diberi galakan oleh pemerintah dengan meningkatkan keluasan kawasan
penanamam tebu dan perusahaan gula merupakan satu langkah untuk menggalakkan
perkembangan ekonomi di Siam. Lada hitam dan tembakau juga merupakan hasil pertanian yang
diusahakan di Siam. Pada tahun 1820-an Siam telah mengeluarkan lada hitam yang sebanyak
lapan juta paun untuk dieksport. Manakala perusahaan tembakau yang bermutu tinggi telah

6
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara., Kuala Terangganu: Percetakan Yayasan Islam Terangganu
Sdn Bhd, 1991, Hlm 16.
7
Kobkua Suwananthat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2003, Hlm, 46.
8
D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, Hlm, 300.
dihasilkan di Chanthaburi dan Banglasoi. Tembakau juga menjadi bahan keluaran pertanian yang
penting walaupun sebelum tahun 1820, Siam masih mengimport tembakau dari Jawa untuk
keperluan harian masyarakatnya.

Seterusnya ialah Filipina, Filipina menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari China,
Jepun, Siam dan Kemboja. Misalnya, hubungan perdagangan antara Filipina dengan negara
China di mana pedagang China membawa masuk tembikar, sutera, dan manik ke Filipina
kemudian ditukarkan dengan barangan seperti kulit kura-kura, mutiara dan pinang. Filipina
berperanan menjadi pusat pengumpulan barang dagangan sebagai contohnya, segala hasil sutera
dan rempah ratus akan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dikirimkan ke Acapilco.

Negara Asia Tenggara yang berikutnya ialah Myanmar, di Myanmar sungai Irrawady
menjadi nadi utama perhubungan hilir Myanmar dengan hulu Myanmar. Ketika musim hujan,
paras air sungai menjadi semakin tinggi, jadi ramai pedagang mengambil kesempatan membawa
barang dagangan dengan menggunakan sampan. Antara barang dagangan yang dibawa ke hulu
Myanmar ialah ikan kering, sambal ikan dan beras. Manakala ketika pulang ke hilir, mereka
membawa pulang hasil kawasan hulu seperti minyak masak, kapas, gula dan petroleum mentah
untuk dijual. Pada musim sejuk pula, mereka berdagang di Shan. Para pedagang membawa
barang dagangan dengan menggunakan kereta lembu, ,misalnya seperti gula, kacang tanah,
lembu, plumbum dan lain-lain lagi.

Manakala aktiviti pedagangan di Vietnam amat terhad, ini disebabkan oleh kegiatan
perdagangan hanya berlaku di kawasan dataran dan kawasan bukit di pedalaman. Kayu bukit dan
buluh diperdagangkan untuk mendapatkan barangan seperti kicap ikan, ikan kering, garam dan
kapur. Hubungan pedagang antara Vietnam dengan negara luar juga terhad. Hanya tongkang-
tongkang dari China dan Siam sahaja dibenarkan berniaga di sekitar tempat pelabuhan Vietnam.
Pedagang-pedagang Cina berminat berdagang dengan Vietnam untuk mendapatkan bahan galian
seperti perak.

Akhir sekali ialah kegiatan perdagangan di Indonesia, di mana Indonesia terkenal dengan
penghasilan rempah. Rempah ratus yang terdapat di Indonesia ialah seperti bunga cengkih di
pulau-pulau Maluku, buah pala di Pulau Bonda, dan kulit kayu cendana di Pulau Timur.
Saudagar-saudagar Jawa dan pedagang kecil membawa barangan seperti garam, periuk, dan
belanga dan candu ke kawasan pedalaman dan membawa hasil kampung seperti barangan
makanan ke pelabuhan. Barangan yang diperlukan oleh masyarakat kampung ialah garam.
Garam dihasilkan melalui sejatan daripada kuali-kuali garam besar yang dibina di sepanjang
pantai. Kemudianya, garam-garam ini diperdagangkan oleh saudagar-saudagar Cina.