Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TREK DAN PADANG

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru




1.0 Pendahuluan
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat mengalakkan guru pelatih yang
cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial. Atas kesedaran inilah, maka
guru pelatih ambilan Januari 2012 akan menganjurkan satu Kejohanan Olahraga Trek dan
Padang yang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini
diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri guru pelatih sekali gus mencapai ke arah
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, guru harus menyesuaikan diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan. Disamping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-nilai
murni seperti kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat internasional antara pelbagai
kaum, dan melahirkan generasi yang aktif. Bukan itu sahaja, malah bakal pendidik juga diberi
peluang untuk mengasah kemahiran dalam sesebuah penganjuran sesuatu aktiviti.

2.0 TARIKH : 20 Mac 2014, Hari Khamis jam 8.00 pagi.

3.0 TEMPAT : Padang IPG KTI, Johor Bahru.

4.0 SASARAN : Semua siswa-siswi guru (784 siswa-siswi guru)





5.0 AKTIVITI/JADUAL

BIL
AKTIVITI / KERJA

JAN FEB MAC
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan kali
pertama (22/1/14)

2
Pengagihan dan kemaskini rumah pasukan
bagi pelajar dan staf(27/1/14)

3
Perjumpaan pelajar dengan Penasihat dan
Ketua-Ketua Rumah(27/1/14)

4
Mesyuarat / Taklimat / Perjumpaan /
Perbincangan antara Penyelaras J/Kerja
dengan Pengerusi J/Kerja JPP (10/2/14)

5
Latihan sukan(bermula 9/2/14)

6
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan kali
kedua(24/2/14)

7
Sukantara(10-12/3/14)

8
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan kali
ketiga (3/3/2014)

9
Road Relay (8/3/14)

10
Acara-acara Akhir yang didahulukan dan
Raptai Kejohanan(16-17/3/14)

11
Hari Kejohanan IPG KTI(20/3/14)



6.0 JAWATANKUASA KERJA

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

PENGERUSI
Penasihat : En Zali Bin A. Rahman
Ketua Unit Kokurikulum IPG KTI Ti

NAIB PENGERUSI
Hanif bin Azahar
(YDP JPP IPGKTI)

En Mohd Khalid b Hassan
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

SETIAUSAHA
Ravind A/L Sivalingam
En. Zainal Bin Mohd. Amin
Penyelaras Sukan dan Permainan IPG KTI

PENOLONG SETIAUSAHA
Sunarti Binti Jasnan
Hj Othman b Mustaffa
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KTI

BENDAHARI
Hamizan Bin Mohd Noor
Muhammad Hanif Bin Juki
Pegawai Eksekutif , IPG KTI



6.1 JAWATAN KUASA KECIL KEJOHANAN

Pengerusi Jawatan Kuasa Kecil Teknik Kejohanan
Pn. Rashidah bt Suib

Pen. Pengerusi Jawatan Kuasa Kecil Teknik Kejohanan
En. Kamaluddin Bin Mokri

Pegerusi Jawatan Kuasa Kecil Teknik Kepegawaian
Penasihat : Tuan Haji Norhizan Bin Zainal
JPP : Mohd Fathi Bin Abu

Pengerusi Jawatan Kuasa Kecil Teknik Padang
Penasihat : En. Saffery Ariffin
AJK : Freddy Vacklean Anak Jilin

Pengerusi Jawatan Kuasa Kecil Teknik Alatan
Penasihat : Pn. Nik Suzana
AJK : Zuraimi Binti Muhammaddin

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Buku Program
Penasihat : En. Hamdan bin Zainal Afuad
AJK : Siti Nur Syafiqa binti Aiza

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Teks Ucapan Dan Pelaporan
Penasihat : Pn. Rokiah binti Buyong
AJK : Noor Syariza Binti Mas`ood

Pengerusi JawatanKuasa Kecil Pembukaan dan Penutup Rasmi
Penasihat : Cik Shaireena binti Jaafar
AJK : Danial Adam bin Mohammad Amir

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hadiah dan Cenderamata
Penasihat : Pn. Ruziah binti Zainol Abidin
AJK : Sebastian A/L Mohandas

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Persiapan Khemah dan Keceriaan
Penasihat : En. Jafri bin Hussin
AJK : Nur Khairiyah binti Khalid

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hiasan Astaka
Penasihat : En. Afian Akhbar bin Mustam
AJK : Nurhidayah binti Mohamed

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Minuman Pegawai
Penasihat : Ustaz Mohd Nahi bin Abdullah
AJK : Muhamad Sirhan bin Md Salleh

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Jamuan (Staf)
Penasihat : Ustazah Asma Nabiha binti Abd Rahman
AJK : Sheron Olga Fedilis

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Jamuan (Pelajar)
Penasihat : Pn Hjh Rosnah binti A. Rajak
AJK : Murugan A/L Ramalingan

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Seranta dan Publisiti
Penasihat : En. Sirajudin bin Sapuan
AJK : Adilah Safwanah binti Abd Razak

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertolongan Cemas
Penasihat : Pn. Faridah binti Suratman
AJK : Muhamad Haziq bin Mohd Nor

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kawalan, Keselamatan dan Lalulintas
Penasihat : En. Tauhit bin Sudar
AJK : Syarafuddin bin Sazali
: (Ahli KRS)

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Jemputan dan Sambutan
Penasihat : En. Azman bin Aris
AJK : Muhammad Hairul Nizam bin Salleh

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebersihan & Keceriaan Padang
Penasihat : En. Mahdi bin Shuib
AJK : Salman bin Mohammad Said
: (Ahli Pengakap)

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Data dan Rekod
Penasihat : Cik Marina binti Abd. Majid
AJK : Nur Syafiqa binti Ishak

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Fotografi dan Rakaman Video
Penasihat : Dr. Hjh. Maskiah binti Masrom
AJK : Wan Nur Izatty Syuhadda binti Wan Yusof

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Disiplin dan Kedatangan
Penasihat : En. Ang Boon Su
AJK : Hubert Ling Kian Siek
: Semua Ketua Opsyen

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Perhubungan Awam
Penasihat : Cik Nenny Djuhara binti Johari
AJK : Wan Ahmad Fitri bin Wan Aziz


7.0 ATURCARA ACARA AKHIR

MASA NO ACARA BAHAGIAN PERINGKAT
9.15 pg
102 100 meter Wanita Akhir
103 100 meter Lelaki Akhir
9.30 pg
104 400 meter Wanita Akhir
105 400 meter Lelaki Akhir
9.45 pg
106 800 meter Wanita Akhir
107 800 meter Lelaki Akhir
10.00 pg
108 200 meter Wanita Akhir
109 200 meter Lelaki Akhir
10.15 pg
REHAT
10.45 pg
110 4 X 400M Lari Berganti Wanita Akhir
111 4 X 400M Lari Berganti Lelaki Akhir
11.00 pg
112 4 X 100M Jemputan (Institut) Wanita Akhir
113 4 X 100M Jemputan (Institut) Lelaki Akhir
11.15 pg
Acara Untuk Staf Sokongan & Akademik
11.30 pg
114 4 X 100M Lari Berganti Wanita Akhir
115 4 X 100M Lari Berganti Lelaki Akhir
12.00 th Upacara Penutup dan Penyampaian Hadiah




8.0 KEWANGAN
Anggaran perbelanjaan ** (tertakluk kepada tuntutan sebenar JK berkenaan)

PERKARA Harga Seunit Jumlah RM
Jamuan Pelajar 784 x RM 5.00 RM 3920.00
Perhiasan / Perbarisan Rumah Sukan 4 x RM 50.00 RM 200.00
Minuman Mineral Pegawai 100 x RM 0.80 RM 80.00
Sarapan pegawai 100 x RM3 RM 300.00
Hadiah Acara Balapan / Padang 490 x RM3.00 RM 1470.00
Hadiah Acara Pegawai 20 x RM 5.00 RM 100.00
Runcit (battery, tali kecemasan, ubat, dan
Lain-lain) RM 500.00
Hemper Acara Perbarisan Rumah Sukan 4 hamper RM 200.00
Hemper Acara Perbarisan Unit Beruniform 5 hamper RM 250.00
Cenderamata Perasmi Kejohanan RM 50.00
Sewa Khemah 4 unit RM 300.00
PA Sistem I set RM 150.00
Banner besar 1 RM 150.00
Pin, plastik & kertas nombor RM 300.00
Jumlah RM 7970
ULASAN PEGAWAI :


9.0 Laporan Jawatankuasa Kecil

10.0 Maklum balas dan penilaian menyeluruh
Semua jawatankuasa dapat berkerjasama, berbincang dan memberi pendapat dengan
baik tanpa berlaku sebarang pertelingkahan.
Mendapat ilmu mengenai bagaimana sesuatu program atau acara rasmi dikelolakan.
Persediaan untuk mengendalikan acara di sekolah kelak.
Berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru yang ke-47
11.0 Masalah yang timbul
Ahli-ahli awatankuasa adalah daripada opsyen-opsyen yang berlainan yang
menyebabkan sukar untuk berjumpa dan berbincang lanjut mengenai perkembangan
tugasan.
Keadaan cuaca yang hujan mangakibatkan acara-acara terpaksa ditunda.

12.0 Pandangan dan cadangan memperbaiki/ mengatasi
Perancangan mesyuarat atau perbincangan mengenai tugasan masing-masing perlu
diaturkan pada masa yang sesuai supaya semua ahli jawatankuasa dapat hadir dan
berbincang bersama-sama.
13.0 Penutup
Semoga semua perancangan dan pelaksanaan Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Institut
Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru ini berjalan dengan lancar dan
mencapai semua matlamat dan objektifnya. Kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan
sangat membantu guru pelatih dalam mempertingkatkan kemahiran dalam mengendalikan
sesebuah program dengan cemerlang. Bukan itu sahaja, malah diharapkan dengan
penganjuran kejohanan ini dapat membantu guru pelatih dalam memupuk semangat kesukanan
dan bersatu-padu ke arah masyarakat yang sihat dan cemerlang dari segi jasmani, fizikal,
mental dan emosi.