Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN AJK PERSIAPAN PENTAS MERENTAS DESA 2014

TARIKH : 15 MAC 2013


HARI : SABTU
MASA : 06.30 am - 12.00 pm
TEMPAT : Padang IPG Kampus Kent

Sebelum berlangsungnya acara merentas desa bagi tahun 2014 peringkat IPG kampus
Kent ini, saya dan ahli-ahli dalam persiapan pentas mula melakukan persiapan seawal 2
hari bagi memastikan pentas dalam keadaan yang kemas dan cantik. Dalam jawatankuasa
ini, saya sebagai ketua meminta pandangan daripada semua ahli tentang konsep dan
suasana yang ingin ditonjolkan dalam program merentas desa pada kali ini. Namun begitu,
setelah mendapatkan pendapat dan pandangan daripada para ahli, saya juga perlu
merujuk pandangan dan idea daripada pensyarah penasihat yang mengambil alih tugas
dalam persiapan pentas ini iaitu En. Mansur Bin Md Desa. Beliau adalah seorang yang
sangat ringkas dan tidak mempunyai banyak permintaan. Saya dan ahli lain sanagt senag
bekerjasama dengan beliau kerana beliau senang menerima dan menambah pendapat
agar pelaksanaan persiapan pentas lebih mudah dan lancar. Tambahan pula, bukan sahaja
kami perlu menyiapkan pentas malah kami juga ditugaskan untuk mereka gimik atau
kejutan yang sesuai bagi memeriahkan lagi suasana.
Di sini saya ingin memuji AJK Peralatan kerana seminggu lebih awal, peralatan-
peralatan yang kami mohon melalui AJK Peralatan telah pun kami terima. Tidak lupa
kepada semua AJK yang juga turut memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.
Setelah melakukan beberapa perbincangan kami telah bersetuju untuk menonjolkan
konsep Warna warni untuk lebih memudahkan proses pelaksanaan persiapan pentas.
Kekuatan yang dapat saya nyatakan di sini ialah, saya bersyukur kerana ahli-ahli
saya memberikan kerjasama walaupun menghadapi beberapa kekangan yang tak dapat
kami elakkan seperti 3 orang dari ahli saya terpaksa mengikuti Kursus Kempimpinan di Biro
Tatanegara Kundasang, maka hanya tinggal beberapa orang sahaja yang sememangnya
kalau diikutkan tidak mampu menghias pentas yang sangat luas. Namun halangan itu
dapat kami atasi dengan kehadiran ahli-ahli dari jawatankuasa lain untuk turut sama
membantu kami walau dengan meniup belon sahaja itu sudah memadai.
Cabaran seterusnya, kami terpaksa mengubah sedikit perjalanan gimik atas sebab-
sebab yang perlu jadi ini sedikit sebanyak telah menyukarkan raptai untuk kali pertama
namun pada hari kedua kami telah membuat raptai dengan baik. Gimik kali ini kami
mencadangkan untuk membina sebuah buku pop-up untuk ditandatangani oleh perasmi
sebagai simbolik perasmian di samping konvoi 4 buah Viva masuk ke padang dan
pengenalan lagu MasKOT 61 serta penglibatan maskot-maskot rumah sukan untuk
memeriahkan suasana. Cabaran untuk gimik ini adalah kami terpaksa bersengkang mata
dan tidak tidur sehingga hari kejadian untuk menyiapkan sebuah buku pop up yang bersaiz
dalam anggaran 60 cm x 30 cm dan apa yang lebih menyulitkan adalah kekurangan ahli
dalam menyiapkan buku tersebut.
Maka kekuatan daripada cabaran tersebut saya dapat bertolak ansur dan saling
bekerjasama dengan ahli yang berasal dari unit-unit lain untuk bersama-sama berkorban
masa tidur demi memberi kejutan yang terbaik. Dari situ kami dapat berbual-bual sambil
memberi pendapat walaupun saya kurang mahir membina buku ini namun saya dapat
belajar sedikit sebanyak cara-cara penghasilan secara tidak langsung menambahkan ilmu
pengetahuan saya dan lebih menghargai masa yang terluang.
Tidak semua perkara itu sempurna, begitu juga pelaksanaan persiapan pentas ini
yang terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kenal pasti.Kelemahan yang perlu
diperbaiki pada masa akan datang ialah, sebagai AJK persiapan tempat saya berharap
agar pihak majlis tertinggi dapat merombak semula bidang tugas di mana AJK persiapan
tempat dan mereka gimik haruslah dipisahkan menjadi bidang tugas yang berbeza. Hal ini
kerana, persiapan pentas memerlukan masa yang sedikit lama dan apabila ditambah
dengan tugasan yang lain hal ini akan menjadikan keadaan lebih kelam kabut dan
pemberatan tugas sudah tidak sekata. Selain itu, dalam AJK Persiapan pentas semua ahli
adalah perempuan maka saya mencadangkan agar ahli-ahli persiapan pentas untuk masa
akan datang apa salahnya jika diselitkan beberapa orang lelaki untuk menggalas tugas-
tugas yang memerlukan tenaga yang lebih dan untuk panjat-memanjat kerana sedikit
bahaya untuk perempuan walaupun sebenarnya kami juga mampu melaksanakannya.
Sungguhpun begitu, saya amat berterima kasih kepada beberapa orang rakan lelaki
yang sudi membantu kami dalam hal-hal panjat memanjat untuk memasang kain dan
sebagainya di samping menjaga keselamatan kami yang bekerja di pentas itu sehingga
lewat malam. Komitmen tersebut amat kami hargai lebih-lebih lagi kepada ahli-ahli di
bawah saya seperti Lim Suk Pei, Faizatul Hanim , Duratul Najiha dan Siti Aimin
terutamanya kerana memberikan kerjasama yang baik dan tidak lupa juga rakan-rakan
yang sepatutnya berada di persiapan tersebut tetapi menghadiri kursus iaitu Suriana Kadir,
Harlenny dan Siti Azimah kerana sokongan yang mereka berikan walaupun dari jauh.
Namun terdapat beberapa rasa yang terbuku di hati bila mana arahan dan pekikan
sangat mengguris hati saya dan ahli-ahli dalam jawatankuasa ini yang sudah berpenat
lelah melakukan yang terbaik. Oleh itu, sebagai seorang yang profesional kami anggap itu
sebagai cabaran dan pedoman untuk masa-masa akan datang. Semasa sesi post-mortem,
kami ada meluahkan mengenai perkara ini dan mendapat respon yang positif dari semua
pihak dan tanpa sebarang perbalahan. Nasihat bagi pihak yang berkenaan agar dapat
mengubah sikap dan lebih menghormati perasaan pihak lain. Saya berharap kejadian ini
menjadi pengajaran terhadap semua agar tegas dalam pendirian dan saling bertolak ansur.
Akhir kalam, saya dengan merendah hati ingin memohon maaf sekiranya terdapat
banyak kekurangan sepanjang saya dan rakan-rakan melaksanakan tugasan pada kali ini.
Semoga segala pengalaman yang kami timba akan dapat kami aplikasikan sewaktu
bergelar pendidik di masa akan datang.











Berikut merupakan bukti-bukti pendokumentasian pelaksanaan tugas sepanjang program
Merentas Desa :
Hari Pertama :


















































HARI KEDUA :