Anda di halaman 1dari 1

Isi Ikan Goreng Masak Sweet N Sour

Kiriman: Che Gu Doria


Hits: 389 Rating: 7.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 kg isi ikan merah (mana2 ikan pun boleh)
2 biji telur ayam (ambil putihnya saja)
6 sudu besar tepung jagung
2 biji labu bawang besar (potong empat)
2 biji tomato (belah empat)
3 ulas bawang merah dan putih (ditumbuk) 4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu gula
sedikit sos tiram
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng
garam dan perasa Cara: 1. Isi ikan dibersihkan dan dipotong mengikut saiz yang diingini.Gaul bersama sedikit garam.
2. Pukul telur putih.
3. Celupkan isi ikan pada telur, dan golekkan di dalam 4 sudu besar tepung jagung.
4. Goreng isi ikan hingga ranggup.Ketepikan.
5. Panaskan minyak. tumis bawang merah dan putih.
6. masukkan bawang besar,tomato dan sos tomato dan cili.gaul rata. kecilkan api.
7.sementara itu, bancuhkan 2 sudu tepung jagung dgn air.
8. Tuangkan ke dalam kuali dan gaul rata. jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
9. kemudian, masukkan sedikit gula dan sos tiram, garam dan perisa.
10. masukkan isi ikan tadi, dan gaul rata.
11. masukkan lada sulah (jika suka).
12. angkat dan hidangkan panas.
Cadangan Hidangan: Jika suka, boleh masukkan cili benggala (capsicum) atau sayur campur (mixed vegetable. Isi ikan
jangan terlalu masin begitu juga dengan sos nya.
Tambahan: Sesuai di makan bersama nasi panas dan sup tauhu sayur masin.