Anda di halaman 1dari 20

TOPIK 1 PENGAJARAN KOMSAS

-KOMSAS -Komponen Kesusasteraan Melayu ialah


pendekatan baru dalam pengajaran kesusasteraan Melayu,
sistem pendidikan kebangsaan.
- dikenal pasti dapat memberikan sumbangan ke arah
pemantapan rohani dan emosi.
-sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang
ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI).

1.1 KOMSAS DALAM P&P BAHASA MELAYU
-KOMSAS diselitkan dalam P&P Bahasa Malaysia secara
formal mulai bulan Mac 2001.
-Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan
sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa
tradisional, novel dan drama.
-kesemua bahan sastera tersebut diselitkan dalam bidang
kemahiran berbahasa yang meliputi bidang interpersonal,
maklumat dan estetik.
- KOMSAS dalam P&P Bahasa Malaysia akan menghasilkan
dua impak yang mendalam dalam proses pembelajaran
bahasa iaitu menjadikan P&P Bahasa Malaysia lebih
menarik dan pada masa yang sama, memberikan kesan
emosi yang sekali gus akan menjadikan seolah-olah pelajar
berkenaan mempelajari kesusasteraan.
1.1.1 Pendidikan KOMSAS dalam Konteks Pendidikan
Kebangsaan
- KOMSAS merupakan suatu medium yang diharap akan
membentuk serta memantapkan aspek emosi dan rohani,
seperti mana yang disarankan di dalam Falsafah Pendidikan
Negara.
-Jelasnya, KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi
yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera
yang ditetapkan.
1.1.2 Konsep Bersepadu dalam Pendidikan KOMSAS
-meliputi dua aspek yang kedua-duanya saling berkaitan:
1. aspek ilmu, iaitu apabila pengajaran KOMSAS
menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa.
-dalam masa pengajaran Bahasa Malaysia, pelajar-pelajar
akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Kesusasteraan
seperti tema, plot, gaya bahasa dan sebagainya.
2. bahan pengajaran.
-Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan
kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya
boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.
1.1.3 Matlamat dan Objektif Pengajaran dan
Pembelajaran KOMSAS
-diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di
dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan
kehalusan bahasa.
-Di samping itu, komponen ini juga mengutamakan
penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan
penghayatan. KOMSAS diajarkan untuk memenuhi objektif-
objektif berikut:
a.Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di
kalangan pelajar;
b.Mempertingkatkan kemahiran berbahasa;
c.Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai
karya satera; dan
d.Memupuk semangat yakin diri.
1.2 SUKATAN PELAJARAN KOMSAS
Dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia, terdapat tiga
hasil pembelajaran utama, iaitu:
1.Interpersonal;
2.Maklumat;
3.Estetik;
-Dalam hal ini, KOMSAS telah dimasukkan di dalam hasil
pembelajaran yang ketiga, iaitu estetik.
Pengisian kurikulum dan pelaksanaan pengajaran
Berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Malaysia KBSM,
pengisian kurikulum KOMSAS meliputi elemen-elemen
berikut:
Ilmu;
Nilai Murni;
Kewarnegaraan;
Peraturan Sosiobudaya; dan
Kemahiran Bernilai Tambah.
1.2 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KOMSAS
a
.
Lakonan, teater pembaca, dan teater bercerita

-melibatkan kemahiran asas seni lakon. Genre sastera
yang sesuai menggunakan teknik ini ialah, drama, novel,
dan cerpen.

a.Lakonan
-aktiviti penglahiran emosi dan perilaku berdasarkan cerita
atau peristiwa yang dipaparkan dalam bentuk skrip.
- perlu dilengkapkan dengan aspek-aspek asas lakonan
seperti latar tempat (setting), persediaan pelakon
(costume) dan skrip.

b. Teater Pembaca
-drama naratif yang dilakonkan secara spontan.
-pembaca akan bertindak sebagai orang yang akan
menceritakan latar tempat dan masa sesuatu peristiwa,
ataupun sebagai orang yang memperkukuh sesuatu
watak, peristiwa atau aksi.
- ceritanya akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon,
- teater pembaca melibatkan pembaca sebagai pencerita
dan pelakon yang akan melakonkan perkara yang di
ceritakan.
c. Teater Bercerita
satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang
dilakonkan secara spontan.
-menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang
sama.
-pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan
melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh
pencerita itu.
-guru perlu menyediakan skrip yang diolah daripada cerita
atau isi bahan-bahan sastera yang dipilih.
-teknik ini boleh digunakan untuk mengajarkan genre-
genre sastera yang berbentuk naratif seperti cerpen,
novel dan prosa klasik.
b
.

b. Kerusi panas dan main peranan

Pengajaran cerpen, novel dan prosa klasik sangat sesuai
diajarkan dengan teknik ini.

Kerusi Panas
-digunakan oleh pelakon-pelakon dalam latihan
penghayatan watak dalam sesuatu lakonan.
-pelakon atau seseorang yang akan memegang sesuatu
watak itu diminta mengkaji dan menghayati watak yang
akan dilakonkan sama ada dari segi emosi, penampilan
fizikal, gaya dan tutur kata.
-Sebagai teknik pengajaran, kerusi panas ialah tempat
duduk yang diletakkan di hadapan kelas, di mana seorang
pelajar yang dipilih berdasarkan watak dalam cerpen atau
novel akan duduk di situ.
-Pelajar yang duduk di kerusi panas itu, sebelum ini
diminta menghayati dan mengenali watak yang
dipegangnya itu secara terperinci.
-Dalam aktiviti seterusnya, pelajar lain akan menanyakan
soalan-soalan berkenaan watak tersebut, manakala
pelajar yang duduk di kerusi panas akan menjelaskannya.

Main Peranan
-melibatkan pelajar memainkan sesuatu peranan, sama
ada sebagai dirinya sendiri ataupun individu lain.
-pelajar yang memainkan sesuatu peranan yang diberi,
akan beraksi atau berlakon seperti watak yang
dimainkannya itu.
-Dalam pengajaran tentang isi atau perwatakan dalam
novel atau cerpen, teknik ini boleh digunakan untuk
memudahkan pelajar memahami isi atau perwatakan
secara lebih berkesan.
-Dalam pemahaman isi cerita pelajar boleh diminta
memainkan peranan seperti watak yang terdapat dalam
novel atau cerpen, untuk menjelaskan apa-apa isi cerita
yang berkaitan dengan watak yang dipegangnya.

Improvisasi
-lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil,
yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang
terdapat dalam genre sastera yang diajarkan.
Dalam pengajaran cerpen misalnya, para pelajar boleh
diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi
menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan
cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

Tatacerita
-boleh juga disamakan dengan teknik bercerita. --pelajar
akan diminta bercerita tentang apa yang mereka fahami
daripada novel, cerpen atau prosa klasik yang dibaca.
-pelajar boleh diminta menceritakan mana-mana bab atau
bahagian cerita secara spontan.
-Perlu diingatkan bahawa, semua aspek bercerita seperti
suara, mimik muka, dan gerakan badan perlu
diaplikasikan dalam teknik ini.

Mestamu
-Bermaksud membacakan puisi secara berlagu, tetapi
tidak disertai muzik iringan.
- puisi tersebut akan dibaca secara biasa dan dikuti
dengan cara berlagu, baris demi baris. -Mestamu boleh
dibuat secara berseorangan atau berpasangan.
-Dalam keadaan berseorangan, pembaca akan
membacakan baris pertama puisi secara biasa, kemudian
pembaca tersebut akan mengulang baris yang sama
secara berlagu pula.
-secara berpasangan, seorang akan membacakan puisi
secara deklamasi, manakala seorang lagi akan
melagukannya. --pembaca boleh mengadaptasikan irama
lagu yang popular untuk disesuaikan dengan pusi tersebut

TOPIK 2 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN
MELAYU KBSM
Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan ialah
karya asal yang berunsurkan keindahan dan kehalusan
bahasa, yang ditulis dalam bahasa Malaysia, sama ada
dalam bentuk novel, cerpen, drama, prosa tradisional atau
puisi tradisional.
- objektif pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan
Melayu KBSM:

a.
Pendidikan Kesusasteraan Melayu dalam konteks
Pendidikan Kebangsaan
untuk mendukung hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia
kepada generasi masa kini dan akan datang.

b
.

Konsep bersepadu dalam pendidikan
Kesusasteraan Melayu KBSM
meliputi dua aspek yang kedua-duanya saling berkaitan.
Yang pertama ialah aspek ilmu itu sendiri, iatu apabila
pengajaran mata pelajaran ini menyepadukan ilmu
kesusasteraan dengan ilmu bahasa Malaysia.
Yang kedua ialah penyepaduan dalam aspek bahan
pengajaran. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-
bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan
sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

c
.

Matlamat serta objektif pengajaran dan
pembelajaran Kesusasteraan Melayu KBSM
untuk melengkapkan para pelajar dengan ilmu sastera,
agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai
dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera
Melayu.

Terdapat tujuh objektif pengajaran Kesusasteraan Melayu
peringkat SPM:
-Memahami isi dan menganalisis aspek sastera;
-Mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera;
-Menghayati dan menghargai estetik bahasa;
-Menghargai penulis dan karya yang dihasilkan;
-Memberikan pandangan, menilai karya sastera secara
kritis dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping
memupuk semangat cinta akan negara;
-Menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai
dengan kebolehan pelajar; dan
-Memupuk budaya membaca untuk memperkembangkan
dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.

2.2 SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN
MELAYU SPM & STPM
-sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu dari aspek
sastera, hasil pembelajaran, pengisian kurikulum dan
kesusasteraan Melayu STPM:

a. Aspek sastera
-diajar dalam bentuk apresiasi karya sastera melalui
kajian teks. Aspek-aspek sastera yang disentuh melalui
kajian teks ini ialah; tema dan persoalan teks sastera,
watak dan perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, bentuk,
nada, sudut pandangan, nilai kemanusiaan dan
pengajaran yang terdapat dalam teks sastera tersebut.

b. Hasil pembelajaran
-ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif
kurikulum Kesusasteraan Melayu itu sendiri.
-dirancang supaya berfokus kepada gaya pembelajaran
pelajar.
-dua hasil pembelajaran; iaitu hasil pembelajaran utama
dan hasil pembelajaran khusus.

c. Pengisian kurikulum
-bermaksud pengintegrasian elemen-elemen pengajaran
dan pembelajaran kesusasteraan dengan perkembangan
terkini dalam pendidikan
-Pengintegrasian ini bertujuan supaya ilmu dan maklumat
kesusasteraan dapat diaplikasikan oleh pelajar dalam
kehidupan harian.
-melibatkan elemen-elemen yang berikut:
Aspek ilmu;
Peraturan Sosiobudaya;
Nilai Kemanusiaan;
Kewargenegaraan; dan
Kemahiran Bernilai Tambah

d. Kesusasteraan Melayu STPM
Terdapat sembilan objektif pengajaran Kesusasteraan
Melayu --Memahami konsep asas kesusasteraan;
-Mengenali, mendalami, dan menghargai pelbagai jenis dan
sifat kesusasteraan Melayu;
-Mengetahui suasana zaman, persekitaran sosial, latar
masyarakat, dan pemikiran yang menghasilkan
kesusasteraan;
-Mengesan dan mengambil iktibar nilai kemanusiaan dan
kemasyarakatan yang terungkap dalam kesusasteraan;
-Menguasai kaedah penghayatan seni sastera;
-Menguasai keindahan gaya bahasa sastera;
-Menganalisis dan merumuskan hasil kesusasteraan secara
kritis;
-Menghasilkan penulisan esei tentang kesusasteraan yang
bermutu; dan
-Menghasilkan karya kreatif berdasarkan bakat,
pengalaman, dan pengetahuan.

2.4 PENGAJARAN BAHASA MENGGUNAKAN BAHAN-
BAHAN KESUSASTERAAN
- menggunakan bahasa sebagai medium penyampaian
maklumat, manakala pengajaran bahasa pula akan menjadi
lebih menarik jika mendapat sentuhan kesusasteraan
sebagai bahan pengajaran.
2.4.1 Pemilihan Bahan Kesusasteraan untuk
Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah
Dari segi bahan, terdapat tiga perspektif penilaian yang
boleh digunakan sebagai panduan, iaitu:
Perspektif Komunikatif Bentuk dan gaya bahasanya.
Perspektif Struktural Aspek tatabahasa.
Perspektif Kemahiran Berbahasa Kemahiran lisan,
membaca, menulis.
-terdapat lima prinsip yang boleh digunakan sebagai
panduan untuk memilih bahan kesusasteraan sebagai
bahan pengajaran bahasa.
Sesuai dengan objektif pengajaran & pembelajaran;
Berkaitan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan;
Sesuai dengan tahap pemikiran, umur, persekitaran;
Mengandung aspek bahasa yang ingin diajarkan; dan
Boleh menjadi penggerak (motivasi) kepada pelajar untuk
membaca.
2.4.2 Rasional Pemilihan
-Menurut Abd. Rahman Shaari (1994), karya sastera
mempunyai daya tarikan yang boleh menimbulkan minat
kepada pelajar untuk terus membaca, kerana bahan sastera
mempunyai ciri-ciri hiburan yang beremosi.
-Selain itu, karya sastera selalunya mempunyai pelbagai
bentuk dan laras bahasa yang boleh dipelajari dan
didedahkan kepada pelajar
-Kamarudin Hj. Husin (1998) -kesesuaian ini dari aspek
intelek dan emosi, kerana bahan-bahan kesusasteraan
memang mempunyai unsur-unsur ilmu dalam pelbagai
perkara.
-penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan yang boleh
memantapkan aspek emosi pelajar.
-pengajaran bahasa dan kesusasteraan sama-sama
menggunakan medium bahasa yang sama, dan kedua-
duanya boleh diajar dengan gaya pembelajaran yang sama,
sama ada secara lisan atau bertulis.

TOPIK 3 PERKAEDAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU
- seseorang guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan,
kaedah, dan teknik yang sesuai supaya pengajaran akan
jadi lebih menarik.

3.1 PENDEKATAN
terdapat tiga pendekatan yang biasa digunakan :
1.Sejarah
-faktor sejarah atau zaman mempunyai pengaruh yang
besar terhadap jenis, persoalan dan cara penghasilan karya
sastera.
-Bentuk dan cara pengahasilan karya sastera zaman
Sejarah Melayu mempunyai perbezaan yang ketara dengan
Hikayat Pelayaran Abdullah atau Ranjau Sepanjang Jalan.
-Pada masa yang sama, karya sastera juga dilihat sebagai
himpunan rentetan peristiwa yang berlaku kepada
seseorang watak.

2.Sosiopsikologi dan emosi
-sebagai cerminan sosial dan seterusnya mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap psikologi dan emosi ahli-ahli
masyarakat itu sendiri.
- Pada masa yang sama, karya sastera juga menjadi
pembentuk cita rasa dan nilai dalam masyarakat tersebut.
-pendekatan ini melihat karya sastera sebagai peristiwa-
peristiwa yang boleh dikaitkan dengan psikologi dan emosi
manusia yang digambarkan dalam sesebuah karya sastera
itu.
- mengkaji aspek naluri dan kejiwaan watak-watak yang
terdapat dalam sesebuah karya sastera berpandukan latar
budaya masyarakat yang digambarkan dalam karya
tersebut.

3.Diduktik dan analisis (intrinsik)

-pendekatan ini membolehkan pelajar melihat karya sastera
secara objektif dan analitik.
-Unsur-unsur seperti persoalan, pemikiran yang ingin
diketengahkan, pilihan kata, gaya bahasa, pilihan watak dan
sebagainya akan dilihat secara rinci.
-Pendekatan ini akan menganggap peristiwa-peristiwa yang
dipaparkan dalam karya sastera hanyalah sebagai suatu
aksi yang boleh dieksploitasi sebagai bahan karya. Tetapi,
bukan itu yang menjadi fokus pengkajian.
-Dalam pendekatan ini, karya sastera dinilai berdasarkan
ketepatan atau kebolehan pengarangnya memaparkan
mesej berdasarkan peristiwa yang dieksploitasi itu.
3.2 KAEDAH PENGAJARAN
1.Kaedah ialah suatu perancangan bagi melaksanakan
sesuatu perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan
lancar.
2. Dalam konteks pengajaran, kaedah merupakan alat atau
prasarana yang membolehkan pengajaran berjalan secara
teratur, kemas, dan bersistem, sesuai dengan pendekatan
yang dipilih.
3. Secara umumnya terdapat tiga kaedah pengajaran
Kesusasteraan yang selalu digunakan;

Kaedah analisis struktural
-penghasilan buah fikiran yang mengandung pengalaman,
imaginasi dan emosi, yang saling kait antara satu dengan
lain.
-elemen-elemen ini hanya dapat dikesan melalui analisis
struktur.
-karya sastera diajar melalui struktur bahan itu sendiri.
Sebagai contoh, cereka akan diajarkan beradasarkan
struktrnya yang meliputi tema, plot, perwatakan, sudut
pandangan, teknik dan sebagainya.
-pengajaran guru akan berfokus kepada pengkajian
terhadap aspek struktur bahan sastera tersebut.
Antara ciri-ciri kaedah ini adalah seperti berikut:
Kajian bahan sastera dibuat secara induktif;
Perlukan pembacaan secara rapi dan terperinci; dan
Pemahaman terhadap karya berkait rapat dengan struktur
karya.

Kaedah menghayati-mengalami
-setiap individu mempunyai pengalaman tersendiri dalam
hidup mereka.
-bahan sastera juga merupakan rakaman pengalaman
manusia yang diolah dalam bentuk cerita, drama dan
sebagainya.
-kaedah ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre
sastera yang berbentuk cereka seperti novel, cerpen dan
drama. --Ini adalah apabila pelajar boleh menghayati karya
dengan cara menyelami pengalaman penulis.

Antara ciri-ciri utama kaedah ini ialah:
Pelajar akan membaca karya sebelum pengajaran;
Pelajar cuba menghayati atau menikmati bahan sastera
dengan cara; mengaitkan bahan sastera dengan
pengalaman sedia ada;
Aktiviti pengajaran bertumpu kepada soal jawab secara
kritis; dan
Pengajaran berorientasikan aktiviti.

Kaedah berfokus, global dan eklektik

Kaedah Berfokus
pengajaran yang menekankan aspek tertentu dalam
sesebuah karya.
- menumpukan pengajaran kepada dua fokus; iaitu fokus
utama dan fokus sampingan.
-Fokus-fokus ini tertumpu kepada kandungan isi pelajaran
yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran.
-Dalam kaedah ini terdapat satu tajuk atau ceraian isi
pelajaran yang menjadi fokus utama, manakala aspek-aspek
lain yang berkaitan diletakkan sebagai fokus sampingan.

Kaedah Global
-berdasarkan andaian bahawa karya sastera itu ialah hasil
kesatuan daripada pelbagai elemen.
-hasil sastera perlu dilihat secara global (keseluruhan) untuk
membolehkan pemahaman secara spontan terhadap bahan
tersebut, sekadar untuk mendapatkan gambaran awal
terhadap karya tersebut.
-kaedah ini dikatakan tidak dapat mendalami sesuatu aspek
sastera secara rinci, dan kebiasaannya kaedah ini
digunakan sebagai aktiviti pemanas dalam pengajaran
seterusnya.
-kaedah ini kebiasaannya diikuti dengan kaedah separa
global yang menjuruskan kajian kepada aspek atau
bahagian tertentu dalam karya tersebut.
Kaedah Eklektik
-Kaedah eklektik ialah suatu kaedah yang menggabungkan
semua ciri terbaik dalam pelbagai kaedah lain.
-Tegasnya kaedah ini tidak terikat kepada mana-mana
kaedah tertentu, dan guru boleh menggunakan kreativiti
mereka untuk disesuaikan dengan pelajar sasaran

3.3 TEKNIK DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
3.3.1 Adaptasi, Deklamasi, Cerpendra dan Mestamu
a. Adaptasi
-mengubah atau mereka bentuk sesuatu genre sastera
kepada bentuk lain yang difikirkan lebih menarik.
-Untuk memudahkan pelajar memahami isi sesebuah sajak,
guru boleh mengadaptasi sajak tersebut kepada bentuk
drama, cerpen atau nyanyian.
b. Deklamasi
- membaca puisi dengan nada, intonasi suara, dan
gaya yang sesuai. Untuk menjadikan deklamasi lebih
menarik, pelajar perlu memahami dan seterusnya
menghayati puisi yang akan dideklamasikannya
c. Cerpendra
- mengubah suai petikan cerpen kepada bentuk drama.
Teknik ini akan memaksa pelajar mendalami dan
menghalusi isi petikan dan seterusnya mengubahnya
kepada skrip drama.
-pelajar terpaksa mengkaji dengan teliti aspek perwatakan,
latar tempat dan masa, persoalan dan tema yang terdapat
dalam cerpen tersebut.
d. Mestamu
-mendeklamasikan puisi dan melagukannya tanpa muzik.
Hal ini bermakna terdapat dua aktiviti berjalan serentak; iaitu
mendeklamasi dan melagukan puisi tersebut, sama ada
baris demi baris atau rangkap demi rangkap.
- Jika teknik ini dibuat secara berpasangan, seorang pelajar
akan mendeklamasi dan seorang lagi akan melagukannya.
3.3.2 Kerusi Panas, Improvisasi dan Pemaduan Seni
a. Kerusi panas
- digunakan untuk pengajaran aspek watak dan perwatakan
dalam sesebuah karya sastera. Dalam teknik ini, seorang
pelajar akan diminta menghayati dan mendalami watak
dalam sesebuah cerita, kemudian pelajar ini ditempatkan di
kerusi yang diletakkan di hadapan kelas.
-Seterusnya, pelajar-pelajar lain diminta menanyakan
soalan-soalan yang berkaitan dengan watak yang dipegang
oleh pelajar di kerusi panas dan pelajar ini akan
menjawabnya berdasarkan cerita atau peristiwa dalam karya
sastera tersebut.
b. Improvisasi
-lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang
skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat
dalam genre sastera yang diajarkan.
- para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara
berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku
dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam
cerpen berkenaan.
c. Pemaduan Seni
-bermaksud penggunaan beberapa unsur seni seperti, seni
lukis, seni suara, seni lakon, dan sebagainya untuk
menghidupkan petikan atau babak dalam karya sastera.
-seni-seni yang dipilih itu digunakan secara serentak pada
masa yang sama.
-Sebagai contoh, pengajaran aspek perwatakan dalam
sesebuah novel boleh dibuat dengan cara melakonkan aksi
watak tersebut, dan pada masa yang sama pelajar lain
melukiskan gambaran watak, dan mungkin sekumpulan
pelajar lain menyanyikan fakta mengenai watak tersebut.
3.3.3 Baca Drama, Lakonan, Kaligrafi, Dialog, Melodi
dan Nyanyian
a. Baca Drama
-sesuai digunakan untuk mengajarkan isi dan persoalan
yang terdapat dalam drama.
-Pelajar diminta membaca skrip drama secara bergilir-gilir
atau berdasarkan watak yang dikhaskan.
-Guru perlu menegaskan tentang penggunaan intonasi yang
sesuai dalam pembacaan tersebut.
b. Lakonan
-memudahkan pelajar mengingati dan menghayati sesuatu
karya sastera.
-Pelajar diminta mengingat semula dialog atau petikan
dalam drama atau novel, kemudian mereka diminta
melakonkan petikan atau dialog tersebut mengikut
pemahaman dan penghayatan mereka sendiri.
c. Kaligrafi
-seni tulisan yang boleh digunakan untuk memotivasi pelajar
memberikan fokus terhadap objektif pengajaran.
-Dalam pengajaran aspek perwatakan dalam novel
misalnya, pelajar boleh diminta menuliskan nama-nama
watak mengikut gaya dan kreativiti masing-masing.
-Secara tidak langsung, tumpuan pelajar akan terarah
kepada nama-nama watak yang sedang dituliskannya, dan
ini akan memudahkan perbincangan tentang aspek tersebut
yang dibuat selepas itu.
d. Dialog
-dialog-dialog daripada bahan yang dikaji dan pelajar diminta
menulis dan melafazkan dialog-dialog pilihan mereka
dengan gaya dan intonasi yang sesuai.
-Kesungguhan perlu ditekankan supaya pelajar
membacakan dialog tersebut dengan gaya yang menarik.
-Aktiviti ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar
tertumpu kepada isi atau bab yang akan dibincangkan.
e. Melodi
-bermaksud nada dan ritma yang enak didengar atau
dibacakan.
-memudahkan pelajar mengingati sesuatu isi atau fakta.
-Fakta atau isi yang akan diajarkan digubah dalam bentuk
melodi yang indah.
-Pelajar lebih mudah mengingat fakta yang bermelodi,
berbanding fakta yang disampaikan secara tradisional.
f. Nyanyian
-isi atau fakta yang akan diajarkan digubah seperti rangkap
nada sesuatu nyanyian yang popular.
-Kemudian, fakta tersebut disebut seperti menyanyikan lagu
yang dipilih itu.

TOPIK 4 PENGUJIAN DAN
PENILAIAN KESUSASTERAAN MELAYU
4.1 OBJEKTIF, PEMBENTUKAN DAN KRITERIA
PEMBINAAN ITEM-ITEM UJIAN
-teknik atau prosedur yang sistematik untuk mendapatkan
maklumat tentang perubahan tingkah laku.
-ujian ialah alat yang digunakan untuk mengukur tahap
perubahan tersebut yang ditafsirkan dalam bentuk
kefahaman serta penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk
atau sesuatu mata pelajaran itu sendiri.

4.1.1 Objektif Menguji Kemahiran-Kemahiran Bahasa
-Objektif pertama ialah untuk mendapatkan maklum balas
daripada pelajar tentang keberkesanan pengajarannya.
-Objektif kedua ialah ujian memberikan maklum balas
kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka
dalam sesuatu kemahiran bahasa.
Objektif ketiga ialah untuk tujuan pemilihan dan
pentadbiran. Maklumat daripada ujian berbentuk formatif
misalnya boleh digunakan untuk memperbaik atau
mempertingkat sesuatu kemahiran bahasa dalam kalangan
pelajar. -Selain itu, ujian tersebut boleh digunakan sebagai
satu kriteria pemilihan dan pengesahan dalam sesuatu
jawatan.Antara bentuk-bentuk ujian yang boleh digunakan
untuk menguji kemahiran bahasa ialah seperti yang berikut:
-Mengkritik;
-Menganalisis;
-Memparafrasa;
-Membanding beza;
-Penulisan kreatif;
-Penampilan maklumat dan fakta; dan
-Memproses maklumat


4.1.2 Ujian Objektif dan Subjektif
-terdapat dua jenis ujian bertulis yang selalu digunakan di
sekolah-sekolah.
a. Ujian Objektif
- pengujian yang menggunakan soalan dan jawapan-
jawapan pendek.
-melibatkan proses memilih dan menanda pilihan jawapan
yang tersedia.
-membataskan tindak balas pelajar, yang terarah kepada
bentuk respons yang terkawal sahaja.
-mudah dimarkat, dan keputusannya adalah adil dan
objektif. Selain itu, ujian ini membolehkan guru menguji
ruang lingkup pengajaran yang luas dan pelbagai.
Menurut Kamarudin Husin (1988), terdapat lapan jenis ujian
objektif, iaitu;
Item jawapan pendek;
Item pilihan;
Item aneka pilihan;
Item betul-salah;
Item padanan;
Item kata kunci (key list);
Item aturan terbaik; dan
Item objektif kloz.

b. Ujian Subjektif
Ujian ini selalunya dijawab dalam bentuk bertulis panjang,
atau bentuk esei yang memerlukan huraian dan
perbincangan.
-memberikan ruang yang lebih bebas kepada pelajar untuk
memberikan tindak balas terhadap soalan.
-guru boleh menguji tahap kefahaman pelajar terhadap
sesuatu perkara dalam sesuatu tajuk pengajaran secara
terperinci.
-peranan ujian jenis ini; iaitu untuk menguji tahap aplikasi
dan analisis (mastery) dalam sesuatu bidang.
Terdapat dua jenis ujian subjektif, iaitu:
Jenis gerak balas terhad; dan
Jenis gerak balas lanjutan.

4.1.3 Kesahan, Kebolehpercayaan, Keobjektifan dan
Kebolehtafsiran
a. Kesahan
-keupayaan sesuatu bahan ujian itu untuk mengukur apa
yang sepatutnya diukur.
-Bahan ujian yang dianggap mempunyai kesahan yang
tinggi ialah ujian yang mempunyai tahap kebolehpercayaan
dari segi markah yang dicapai oleh pelajar.
- kandungan ujian tersebut sesuai dengan objektif dan
matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
yang diuji.
b. Kebolehpercayaan
-merujuk kepada markah yang diperoleh oleh pelajar yang
menjawab ujian tersebut.
-ujian yang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi
adalah; apabila pelajar yang sepatutnya mendapat markah
sesuai dengan tahap atau keupayaan pelajar itu.
-Selain itu, perbezaan markah itu tidak begitu ketara jika
ujian tersebut dibuat kepada pelajar yang sama pada masa-
masa yang lain.
-Kebolehpercayaan ini melibatkan kandungan, pelajar dan
guru yang akan menentukan hasil ujian tersebut.
c. Keobjektifan
-Keobjektifan bermakna item-item yang terdapat dalam
sesuatu ujian itu tepat dan jelas.
-soalan atau kehendak item ujian tersebut tidak mempunyai
maksud tersirat yang akan diinterpretasi oleh pelajar secara
berbeza-beza.
-Item-item ujian yang kabur dan berbelit-belit akan
menyukarkan pelajar memahami dan mengesan kehendak
soalan.
-bahasa, khususnya bentuk ayat dan pilihan kata dalam item
ujian memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan
tahap keobjektifan sesuatu ujian.
-Keobjektifan ini juga boleh dilihat dari segi cara
pemeriksaan dan pemarkahan sesuatu ujian. Jika dua orang
memberikan jawapan yang hampir sama, maka markah
yang diperoleh oleh kedua-dua orang pelajar itu sepatutnya
tidak menunjukkan perbezaan yang ketara
d. Kebolehtafsiran
-merujuk kepada sejauh mana sesuatu markah yang
diperoleh pelajar boleh ditafsirkan bagi menggambarkan
objektif ujian itu sendiri.
-Markah tersebut sepatutnya menggambarkan tahap
pencapaian atau prestasi pelajar dalam sesuatu tajuk.
-membolehkan guru mengenal pasti kekuatan, dan
kelemahan pelajar berdasarkan tajuk-tajuk pengajaran, dan
ini sudah pasti berkait pula dengan strategi pengajaran dan
pembelajaran guru itu sendiri.
-Secara umumnya, kebolehtafsiran ini ialah bagaimana data
atau hasil daripada ujian tersebut dapat digunakan untuk
mengetahui kedudukan, prestasi, kekuatan dan kelemahan
pelajar.

4.2.1 Pembinaan JPU
-disediakan sebagai panduan untuk guru menggubal soalan-
soalan yang akan ditanyakan dalam sesuatu ujian.
- Penentuan ini melibatkan tajuk-tajuk atau skop pengajaran
dan aras kesukaran bagi setiap soalan yang dirancang.
-Skop atau tajuk pengajaran yang akan ditanyakan dalam
soalan perlulah seimbang mengikut pemberatan yang
sesuai.
-Hal ini berkait rapat dengan kebolehpercayaan dan
keobjektifan item ujian tersebut.
-Manakala aras kesukaran pula boleh berpandukan
indeks dalam taksonomi Bloom
- Hal ini bermaksud, sukar atau mudahnya sesuatu soalan
bergantung kepada sejauh mana banyaknya item-item yang
dikategorikan dalam aras yang lebih tinggi, dan begitu
jugalah sebaliknya.

4.2.2 PMM
PMM ialah salah satu cara bagaimana kebolehpercayaan
dan keobjektifan sesuatu ujian boleh dipertingkatkan.
-PMM yang sama akan digunakan oleh semua pemeriksa
untuk ujian yang sama, dan PMM ini akan memperincikan
jawapan-jawapan yang diterima serta markah yang
ditetapkan untuk soalan tersebut.

Terdapat dua jenis PMM yang selalu digunakan dalam
pentadbiran ujian:
a. Kaedah Global (Holistik)
-melihat sesuatu jawapan subjektif itu secara keseluruhan,
bukan secara bahagian atau pecahan-pecahan kecil.
-Terdapat dua jenis skala yang selalu digunakan;
Pemarkahan global skala ordinal ialah penentuan markah
atau gred berdasarkan pemeriksaan semua skrip jawapan
secara keseluruhan.
-Skrip jawapan kemudiannya dikelaskan mengikut tahap-
tahap cemerlang, baik, sederhana, lemah.
-Gred atau peratusan markah akan ditentukan mengikut
kumpulan tahap-tahap yang telah ditentukan dan jumlah
skrip yang dikelaskan untuk sesuatu tahap juga akan
ditentukan lebih awal.

Pemarkahan global skala nominal pula akan meletakkan
gred atau markah berdasarkan kriteria kandungan yang
telah ditetapkan.
-Walau bagaimanapun, skrip ujian perlu dilihat secara
keseluruhan, tetapi pemarkahan dibuat secara individu.

b. Kaedah Analitikal
- isi dan markah yang diberikan akan ditetapkan.
-Pemarkahan terhadap kriteria kandungan, pengelolaan dan
proses dalam jawapan akan dibuat secara berasingan.
- Ujian akan dimarkahkan secara individu, soalan demi
soalan.
-Setiap isi jawapan akan diberikan pecahan markah dan
guru atau pemeriksa akan memberikan markah berdasarkan
panduan isi jawapan serta markah yang ditetapkan.
4.2.3 Domain dalam Pengujian & Penilaian Kesusasteraan
-terdapat tiga domain yang boleh dijadikan ukuran nilai
dalam pengujian kesusasteraan:
a. Kaedah Analitikal
-Matlamat tertinggi dalam domain ini ialah apabila seseorang
itu mampu mengendalikan hubungan dengan orang lain
secara berkesan.
-Hal ini berlaku kerana bahan-bahan sastera mengandung
pelbagai peristiwa manusia yang mencuit emosi dan
perasaan manusia.
-Semua peristiwa dan cerita ini secara tidak langsung akan
mendidik seseorang untuk menjadi seorang yang pemaaf,
bertimbang rasa, simpati, dan menghormati perasaan dan
hak orang lain.
b. Domain Maklumat
-Domain ini berbentuk teoritikal, iaitu yang melibatkan fakta
yang berkaitan dengan kesusasteraan itu sendiri.
-Domain ini dianggap yang paling rendah tahapnya.
Petunjuk aras bagi pencapaian domain ini ialah, pelajar
mengetahui dan memahami konsep, fakta, dan maklumat
tentang kesusasteraan.
c. Domain Estetika
-Domain ini ialah kesan daripada penghayatan seseorang
pelajar terhadap bahan sastera yang dikaji.
-Gaya bahasa yang halus, mempunyai maksud tersirat, dan
dihiasi dengan unsur-unsur estetika sastera, sepatutnya
boleh membentuk insan yang tinggi hati budi, indah tersusun
budi bicaranya dan pandai memilih kata apabila bertutur.

4.3 PEMBINAAN SOALAN UNTUK UJIAN LISAN DAN
BERTULIS
4.3.1 Ujian Formatif (Pemerhatian, Tugasan, Laporan,
Perbincangan, Aktiviti Sastera)
-Ujian formatif ialah bentuk ujian yang digunakan untuk
menguji sesuatu unit atau tajuk yang telah diajar.
-Oleh itu skop soalan adalah terhad kepada tajuk atau unit
tersebut sahaja.
-Tegasnya, ujian formatif dijalankan untuk menguji kemajuan
dan pencapaian pelajar dalam sesuatu tajuk, dan dalam
jangka masa yang pendek.
-Ujian jenis ini boleh dijalankan secara mingguan atau
bulanan.
Antara aktiviti yang boleh digunakan untuk ujian formatif:
a. Pemerhatian
-mengenal pasti perkembangan atau kemajuan pelajar
dalam bidang afektif dan psikomotor. Pemerhatian akan
disertai dengan senarai semak dan skala kadar yang
mencatatkan tahap prestasi pelajar yang diperhatikan.

-Dalam pengujian kesusasteraan, pemerhatian boleh
digunakan untuk melihat aspek afektif, khususnya untuk
menguji tahap apresiasi atau penghayatan pelajar terhadap
bahan sastera, dan ujian ini boleh dibuat dalam bentuk lisan.
b. Tugasan
Tugasan ialah aktiviti ujian bertulis yang selalu digunakan
untuk menguji kefahaman pelajar dalam sesuatu tajuk.
Sesuai dengan skop jawapannya yang luas dan terperinci,
tugasan boleh digunakan untuk menguji tahap kepakaran
(mastery) pelajar dalam sesuatu tajuk.
Untuk menjadikan tugasan ini lebih menarik dan menyeluruh
sifatnya, guru perlu menyediakan soalan tugasan yang
dapat mengaitkan beberapa tajuk atau aspek lain.
c. Laporan
-aktiviti bertulis yang boleh digunakan untuk menguji aspek-
aspek maklumat dalam kesusasteraan.
-setiap laporan perlu diawali dengan projek.
-projek mungkin dalam bentuk kajian novel, atau kajian
kepustakaan yang akan mengupas isu-isu kesusasteraan.
d. Perbincangan
Perbincangan ialah suatu aktiviti penilaian yang boleh
dijalankan selepas tamatnya sesuatu pengajaran.
-Sebelum aktiviti ini, beri masa kepada pelajar untuk
membaca atau memahami tajuk tersebut.
-Guru perlu menyediakan klu atau soalan-soalan umum
lebih awal untuk memudahkan pelajar bersedia.
-Guru akan bersoal jawab dengan pelajar mengenai apa
yang terdapat dalam pengajaran.
-Berdasarkan hujah dan jawapan pelajar, guru boleh menilai
tahap pencapaian pelajarnya dalam tajuk yang diajarkan itu.
Aktiviti secara lisan ini sesuai untuk pengajaran genre novel,
cerpen dan drama.
e. Aktiviti Sastera
-Aktiviti sastera seperti deklamasi puisi, mestamu,
sayembara, penulisan novel dan cerpen, boleh digunakan
untuk menguji tahap kefahaman dan penghayatan pelajar
dalam aspek yang dipelajari.
-Deklamasi puisi misalnya, boleh menguji tahap kefahaman
pelajar dalam aspek intonasi dan gaya bahasa dalam
penghasilan puisi tersebut.

4.3.2 Ujian Sumatif (Berdasarkan Teks Sastera yang
Diperakukan)
-diberikan pada hujung sesuatu kursus atau pengajian.
-Ujian sumatif adalah berbentuk semester atau tahunan;
iaitu apabila semua atau sebahagian besar tajuk-tajuk
pengajaran telah diajarkan.
-Oleh itu, ujian ini bertujuan untuk melihat pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran tersebut secara keseluruhan,
bukan lagi berbentuk topikal seperti yang terdapat dalam
ujian formatif.
-Dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan, ujian
sumatif berkait rapat dengan teks sastera yang dikaji oleh
pelajar.

4.3.3 Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM)
dalam Kesusasteraan
-PKS digubal sebagai pendekatan secara beransur-ansur ke
arah suatu sistem penilaian yang idak bergantung sertus
peratus kepada peperiksaan akhir.
-KS juga memberikan peluang dan peranan yang sesuai
kepada guru-guru yang berurusan terus dengan pelajar yang
dinilai.
-Hal ini adalah kerana PKS ialah suatu konsep penilaian
yang dijalankan di peringkat sekolah dan Pejabat Pelajaran
Daerah, sama ada dari segi penyediaan skop soalan,
pentadbiran ujian, pemarkahan, dan pelaporan ujian
tersebut.
-Penilaian berbentuk formatif ini boleh dijalankan dalam
pelbagai kaedah;
a. Pemerhatian
Sikap;
Perlakuan/Amalan;
Apresiasi Sastera;
Penghayatan;
Kemahiran Belajar; dan
Kemahiran Mereka Cipta/Mengarang.

b. Lisan
Kefahaman Konsep;
Pengetahuan Fakta;
Kecekapan Mendengar;
Penggunaan Bahasa yang Tepat;
Kefasihan Menghafaz;
Sebutan Bahasa;
Kecekapan Mencongak;
Gaya Persembahan; dan
Pertuturan dan Sikap
c. Penulisan (Bertulis)
Kemahiran Menulis;
Kemahiran Menyusun Idea;
Penggunaan Tanda Baca;
Perbendaharaan Kata;
Mengaplikasi;
Kemahiran Mentafsir; dan
Kemahiran Menilai.

TOPIK 5 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
5.1 KEMAHIRAN MENDENGAR
-ialah proses yang melibatkan penerimaan maklumat dalam
bentuk gelombang bunyi melalui deria pendengaran, iaitu
telinga.
-Proses seterusnya melibatkan pengamatan, pengecaman
bunyi, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan.
-Proses-proses ini membolehkan seseorang itu memahami
apa yang didengar dan seterusnya memberikan respons
terhadap apa yang didengari itu.

5.1.1 Mendengar Aktif dan Mendengar Pasif
a. Mendengar Aktif
-suatu proses mendengar yang dibuat secara berhati-hati
dan berfokus.
-Semua aspek dalam pertuturan seperti intonasi, tekanan
dan nada suara akan diambil perhatian serta dinilai
maksudnya.
-Pendengaran jenis ini membolehkan seseorang itu
mengulas dan mengkritik maksud-maksud tersirat yang
terdapat dalam sesuatu pertuturan.
-Di peringkat yang lebih maju, pendengaran secara aktif
boleh menjadikan seseorang pendengar itu mengeksploitasi
apa yang didengarinya dalam bentuk kritis dan kreatif.
b. Mendengar Pasif
-peringkat pendengaran paling rendah dari segi fungsi dan
prosesnya.
-berlaku secara sambil lewa, tidak berfokus kepada semua
perkara yang didengari.
-tidak berupaya memahami makna keseluruhan daripada
sesuatu pertuturan. Seterusnya pendengar jenis pasif
jarang-jarang dapat memahami dan mengingati semula
perkara-perkara yang didengari itu.
-Bahasa ialah faktor utama yang mempengaruhi
pendengaran. Bahasa yang tidak difahami atau sebutan
bahasa tersebut yang tidak difahami oleh seseorang akan
menyebabkan individu tersebut tidak dapat memfokuskan
pendengarannya terhadap pertuturan tersebut.
-Dalam aspek isi sesuatu bahan pertuturan, sudah tentulah
pendengaran akan menjadi pasif jika bahan atau tajuk
pertuturan itu tidak menarik minat atau terlalu sukar untuk
difahami oleh seseorang pendengar.
-Seterusnya, pendengaran pasif juga berlaku sekiranya
berlaku gangguan luaran seperti kebisingan, bunyi yang
tidak jelas dan keadaan yang tidak selesa.

5.1.2 Peringkat Mendengar dan Memahami
-terdapat tiga peringkat dalam kemahiran mendengar:
a. Kemahiran Mendengar Peringkat Awal
Aras Rendah
Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
Melakukan sesuatu yang disuruh.
Menjalankan perintah dan permintaan.
Aras Tinggi
Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat
mudah secara tepat.

b. Kemahiran Mendengar Peringkat Pertengahan
Aras Rendah
Mengecam serta mengingat fakta dan butiran secara tepat.
Mengenal pasti maklumat-maklumat khusus.
Mengesan urutan.
Aras Tinggi
Mengenal pasti sebab akibat.
Mengenal pasti perhubungan orang-orang yang berinteraksi.
Mengenal pasti sikap dan perasaan orang yang bercakap.

c. Kemahiran Mendengar Peringkat Maju
Aras Rendah
Mengenal pasti isi-isi penting.
Mengenal peranan dan perhubungan orang-orang yang
bercakap.
Mentafsirkan maksud percakapan orang.
Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi dalam suara.
Aras Tinggi
Cuba menyelesaikan masalah yang didengar.
Mengikut aliran dalam dialog dan perbualan.
Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk
struktur tatabahasa.

d Aktiviti Kemahiran Mendengar
Mengenal
-Aktiviti ini ialah asas dalam proses mendengar. Proses
mendengar bermula dengan aktiviti mengenal sesuatu
bunyi.
-dalam konteks kemahiran mendengar, pendengar akan
memastikan bahawa apa yang didengari itu ialah bunyi-
bunyi bahasa yang bermakna.
-Hal ini bermakna bahawa seseorang pendengar perlu
mengenal atau mengetahui apakah bunyi yang bermakna
dan apa pula bunyi yang perlu diabaikan.

2.Mengecam
-Setelah mengenal dan memilih bunyi bahasa yang perlu
didengari, pendengar akan masuk ke peringkat pengecaman
pula.
-Dalam konteks bahasa atau bunyi yang bermakna,
pengecaman akan dibuat dalam pelbagai aspek, seperti
bentuk tatabahasa, laras bahasa, istilah, pilihan kata di
samping intonasi, jeda, dan tekanan suara.
-Dalam kemahiran mendengar ini, pengecaman ini penting
untuk membantu pendengar memahami apa yang dituturkan
dengan pantas.

3.Membuat Inferens
-bermaksud menghubungkaitkan sesuatu istilah, perkataan
atau kosa kata yang didengar dengan objek atau perkara
yang sesuai.
- seseorang pendengar itu gagal melakukan inferens antara
butiran yang didengar dengan objek atau perkara lain yang
sesuai, maka sukarlah dia memahami apa yang
didengarinya.

4.Menganalisis
Menganalisis ialah kemahiran mendengar peringkat tinggi,
apabila seseorang pendengar itu boleh memilih dan
menentukan antara fakta dengan yang bukan fakta.

5.Merumus
Merumus memerlukan daya ingatan dan tahap pendengaran
peringkat tinggi. Merumus bermaksud membuat kesimpulan
atau kefahaman baru terhadap apa yang telah didengari.
6.Menilai

Menilai ialah aktiviti pendengaran yang paling tinggi. Ia
adalah apabila sesorang pendengar itu boleh membuat
penilaian terhadap apa yang didengarinya. Dalam peringkat
ini, pendengar mampu menilai baik, buruk, fakta atau palsu,
dan dapat pula mengagak latar belakang si penutur. Aktiviti
ini hanya boleh dilakukan apabila seseorang pendengar itu
telah melalui semua aktiviti diatas.

5.2 KEMAHIRAN BERTUTUR
Kemahiran bertutur melibatkan perlakuan fizikal dan
pertimbangan mental yang akan menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa dalam bentuk percakapan atau pertuturan.
-Secara fizikalnya, pertuturan melibatkan alat-alat pertuturan
seperti bibir, lidah, gusi dan pita suara.
-Selain itu, unsur-unsur paralinguistik seperti gerakan badan,
termasuk tangan dan kontak mata, turut memainkan
peranan untuk memberikan kefahaman yang lebih terhadap
pertuturan tersebut.
-Dalam hal pertimbangan mental, sesuatu pertuturan
melibatkan pemilihan kata dan unsur-unsur prosodi seperti
jeda, nada, intonasi, dan tekanan suara.

5.2.1 Pertuturan Sehala dan Dua Hala
a. Sehala
-bermakna tidak berlaku timbal balas atau tindak balas
dalam proses pertuturan itu.
-penutur bertutur dan pendengar hanya mendengar sahaja.
Contoh-contoh pertuturan sehala ialah; ucapan, syarahan,
khutbah, monolog dan sebagainya.

b. Dua Hala
-penutur dan pendengar akan melakukan timbal balas
antara satu dengan lain dalam masa pertuturan itu berlaku.
-Perbincangan, pembentangan kertas kerja, pengajaran,
perbualan, temu ramah dan sebagainya ialah contoh-contoh
pertuturan dua hala.

5.2.2 Aktiviti Kemahiran Bertutur
a. Berbual
-dijalankan secara langsung atau tidak langsung di dalam
kelas.
-. Aktiviti ini membolehkan pelajar bertutur secara yakin.
Pada masa yang sama, guru boleh mengenal pasti
kelemahan pelajar dalam aspek pertuturan.
b. Memberikan Pendapat
-dilakukan secara spontan atau terancang. Pelajar boleh
diminta memberikan pendapat secara spontan tentang
perkara-perkara umum, khususnya tentang sekolah dan
tempat tinggal masing-masing.
-Secara terancang, aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara
guru terlebih dulu menyediakan tajuk-tajuk atau isu yang
akan dibincangkan.

c. Bercerita
-Dalam aktiviti ini, guru perlu menegaskan tentang intonasi
dan gaya bertutur yang sesuai ketika bercerita.

d. Teater Bercerita
-ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang
dilakonkan secara spontan.
-Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita
pada masa yang sama.
-pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan
melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh
pencerita itu.
-Aktiviti ini boleh mendidik pelajar untuk bertutur dengan
intonasi yang betul.

e. Berbincang
-guru perlu menyediakan tajuk yang sesuai dan menarik.
Pelajar perlu dipandu untuk bercakap secara bergilir-gilir
dalam aktiviti perbincangan ini.
-Guru mestilah mengawal perjalanan sesuatu perbincangan
supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang ditetapkan.

f. Memujuk
-aktiviti kemahiran bertutur yang memerlukan kemahiran
berbahasa yang tinggi.
Hal ini kerana bahasa pujukan mengandung ciri-ciri
hiperbola yang berperanan untuk meyakinkan pendengar.
Dalam aktiviti ini, pelajar boleh diminta berperanan sebagai
jurujual dan mereka diminta mempromosikan barang jualan
mereka secara lisan.

5.2.3 Menilai Kemahiran Bertutur
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996), sesuatu pengujian
kemahiran lisan dianggap lengkap dan seimbang jika
pengujian itu mengandungi aspek-aspek yang berikut:
Temu ramah (Pemberatan 60%);
Bacaan nyaring/mekanis (Pemberatan 20%); dan
Bercerita tentang gambar atau tajuk (Pemberatan 20%).

Antara aktiviti yang boleh digunakan sebagai tugasan untuk
menguji kemahiran bertutur adalah seperti berikut:
-Memadan fakta atau perkara berdasarkan pendengaran.
-Mengelompokkan sesuatu perkara berdasarkan
pendengaran.
-Menyusun dan melengkapkan sesuatu maklumat
berdasarkan pendengaran.
-Menyelesaikan masalah secara pertuturan.
-Interaksi dua hala: Temu ramah, perbualan.
-Projek: Bacaan nyaring, bahas, syarahan

5.3 PEDAGOGI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR
-kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur dianggap
sebagai asas bagi perkembangan dalam struktur linguistik
sesuatu bahasa.
-Misalnya melalui pengajaran kemahiran mendengar, aspek
bahasa ialah seperti fonologi, tatabahasa dan semantik.
-Dalam kemahiran bertutur pula, aspek fonetik dan
tatabahasa akan menjadi pelengkap.
-kedua-dua kemahiran tersebut akan mempengaruhi bacaan
dan penulisan dan seterusnya mempengaruhi tahap
kemahiran seseorang dalam bahasa tersebut.

5.3.1 Perancangan Aktiviti Pengajaran Kemahiran
Mendengar
a. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar mestilah diajarkan bersama-sama
kemahiran bahasa yang lain.
Latihan mendengar ialah aktiviti yang dinamik dan aktif.
Aktiviti perlu dirancang teliti, dan dijalankan dalam pelbagai
cara, supaya pelajar memberikan respons dalam bentuk
perlakuan dan aksi.
Setiap kemahiran diajarkan berperingkat, dan didahului
dengan aktiviti yang mudah.
Guru tidak boleh terlalu ghairah hingga menyusahkan
pelajar.
Motivasi penting untuk memupuk minat pelajar.
Berikan peluang mendengar yang sebanyak mungkin
kepada pelajar.

b.
Strategi pengajaran kemahiran mendengar dan
bertutur
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan dalam situasi
yang bermakna dan menarik.
Kepelbagaian isi dan bentuk pengajaran.
Memfokuskan pengajaran kepada suatu isi dan kemahiran
tertentu.
Pengajaran bertumpu kepada pelajar

c.
Aktiviti pengajaran & pembelajaran kemahiran
mendengar
Terdapat 3 peringkat aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar, iaitu:
Peringkat pramendengar
Guru menyediakan tugasan kepada pelajar.
Guru memberikan gambaran keseluruhan tentang apa yang
akan didengar.
Guru memastikan pelajar dalam keadaan bersedia untuk
mendengar.
Peringkat semasa mendengar
Pastikan pelajar memberikan tumpuan kepada bahan.
Elakkan sebarang gangguan dan halangan semasa
mendengar.
Peringkat selepas mendengar
Guru mendapatkan respons daripada pelajar.
Guru memberikan rumusan terhadap bahan yang didengar.
Guru melaksanakan tindakan susulan.

d. Menilai kemahiran mendengar
Antara teknik yang boleh digunakan untuk menilai
kemahiran mendengar adalah:
Ujian mendengar petikan;
Ujian mendengar paragraf;
Ujian Imlak; dan
Ujian mendengar bergambar

5.3.2 Aplikasi Kaedah dan Teknik Pengajaran
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
-terdapat tiga peringkat dalam kemahiran
mendengar:
a.
Teknik Pengajaran Kemahiran Mendengar dan
Bertutur
Teknik Tunjuk Cara
- guru akan menyediakan arahan ringkas yang menyatakan
sesuatu aksi. Pelajar diminta membuat tunjuk cara dalam
bentuk aksi dan pertuturan yang dinyatakan dalam kad
arahan.

Teknik soal jawab
Teknik ini dilakukan dalam bentuk interaksi dua hala antara
guru dengan pelajar.
- Sebutan, intonasi, dan pilihan kata yang sesuai perlu
ditegaskan dalam pelaksanaan teknik.

Teknik latihan korus (coral speaking)
-pelajar menuturkan sesuatu secara serentak.
-Teknik ini memberikan latihan pertuturan secara ajukan
secara beramai-ramai.

Teknik berteriak
-guru meminta seorang pelajar menyebut sesuatu perkataan
atau ayat secara nyaring.
-Kemudian guru meminta beberapa orang pelajar lain
mengajuk apa yang dituturkan oleh pelajar pertama tadi.
-Melalui teknik ini guru akan dapat mengenal pasti pelajar-
pelajar yang lemah dalam pertuturan, dan dapat juga
mengesan aspek sebutan yang menjadi masalah kepada
pelajar.

Teknik tugasan
-sesuai digunakan untuk pengajaran kemahiran mendengar.
-pelajar diminta membuat sesuatu tugasan berdasarkan apa
yang diperdengarkan kepada mereka.
-Berdasarkan bahan yang diperdengarkan, pelajar boleh
diberikan tugasan khusus, seperti menentukan isi-isi
penting, mencari unsur-unsur tersirat, dan sebagainya.

Teknik Pasangan Minimal
-digunakan untuk memperbetul cara sebutan.
-Dalam teknik ini pelajar diminta melakukan latih tubi
sebutan yang hampir sama bunyinya, seperti, bilik, balik,
belek.

Teknik Melengkapkan Dialog
- Pelajar diminta mendengar dialog dengan teliti, kemudian
mereka diminta melengkapkan atau menyebut semula dialog
tersebut.

b. Kaedah Pengajaran Kemahiran Mendengar & Bertutur
-pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur boleh juga
menggunakan kaedah-kaedah yang berikut:
1.Kaedah Ajuk Hafaz
- menekankan penyebutan yang tepat dalam pertuturan.
Dalam kaedah ini, pelajar akan mengajuk intonasi dan
sebutan yang tepat, yang dituturkan oleh guru atau sumber-
sumber lain.
-Bahan-bahan latihan mestilah yang berbentuk perbualan
yang menggunakan bahasa dan sebutan yang tepat sahaja.

2.Kaedah Dengar Tutur
-dialog sebenar yang dituturkan oleh penutur jati bahasa
berkenaan.
-Pelajar diminta mengajuk dialog tersebut berulang kali
sehingga dapat menyamai intonasi dan cara sebutan
penutur jati tersebut.
-pelajar juga akan didedahkan dengan adat serta budaya
bahasa berkenaan, supaya gaya bahasa serta intonasi
tersebut akan lebih mudah dikuasai.

3.Kaedah Semula Jadi
Kaedah ini juga dinamakan kaedah terus. Kaedah ini
berasaskan anggapan bahawa manusia mempunyai
kemampuan untuk menguasai bahasa secara semula jadi.
-pelajar akan didedahkan kepada bentuk bahasa tersebut
secara komunikatif. Pelajar boleh menyediakan situasi atau
keadaan yang menjurus kepada perbualan atau interaksi.

5.3.3 Membina dan Menggunakan Bahan Sumber untuk
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan-bahan sumber ini boleh terdiri daripada objek atau
bahan sedia ada, atau bahan-bahan yang dibuat sendiri.
-perlu menepati pertimbangan-pertimbangan yang berikut:
a.
Prinsip pemilihan dan penggunaan bahan
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
Objek atau perkara yang ada kaitan dengan kehidupan
seharian pelajar.
Bahan yang dibina oleh murid atau guru.
Penggunaan bahasa yang tepat dan meluas.
Mengambil kira unsur psikologi, emosi, dan sosial pelajar.

b.
Kriteria bahan yang sesuai dalam pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur
Sesuai dengan objektif dan tajuk pengajaran.
Sesuai dengan umur, jantina, taraf sosial, tahap, dan
keupayaan pelajar.
Mudah digunakan, dan dikendalikan, seperti gambar, dan
objek sebenar.
Berbentuk autentik, seperti perbualan pelajar, syarahan,
ucapan, berbahas, deklamasi puisi, berbalas pantun dan
sebagainya.
Bermotivasi dan menarik, seperti perbualan telefon, dialog,
dan drama.
Imaginatif dan kreatif, seperti aktiviti simulasi berdasarkan
pelbagai senario; perbualan di pasar, perbualan di pejabat
pos, perbualan di stesen bas, dan sebagainya.

TOPIK 6 KEMAHIRAN MEMBACA DAN KEFAHAMAN
-Kemahiran membaca ialah lanjutan daripada kemahiran
mendengar dan bertutur.
-melibatkan deria penglihatan dan alat-alat artikulasi,
khususnya sebagai gabungan aktiviti verbal dan literasi
secara serentak.
-berasaskan kemahiran mendengar dan bertutur, kerana
tanpa penguasaan dalam kedua-dua kemahiran tersebut
maka kemahiran membaca tidak mungkin boleh dikuasai.

6.1 KEMAHIRAN MEMBACA
-Kemahiran membaca berkait rapat dengan kemahiran
mendengar dan bertutur, sebaliknya kemahiran membaca
ialah berlawanan dengan kemahiran menulis.
-membaca ialah proses menghuraikan lambang-lambang
kepada bentuk pertuturan dengan bantuan pemikiran.

6.1.1 Konsep-konsep dalam Kemahiran Membaca
a. Konsep membaca
-Membaca ialah suatu perlakuan mendapatkan maklumat
melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak.
-melibatkan proses mekanis dan mental. Proses mekanis
dalam bacaan; iaitu apabila seseorang itu meneliti dan
menterjemahkan lambang-lambang bertulis kepada
pertuturan.
-Proses mental pula melibatkan aktiviti mendapatkan
maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dalam
bahan bacaan tersebut.
-Jelasnya membaca ialah proses mendapatkan erti atau
makna daripada bahan bertulis dan melahirkannya sama
ada secara pertuturan atau senyap

b. Proses membaca
-proses membaca ialah satu kegiatan mengenal perkataan
dengan cara membunyikannya, kemudian mengambil
maksud daripada perkataan tersebut.
-proses membaca boleh disimpulkan seperti peringkat-
peringkat yang berikut
Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang
dilihat.
Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi dan
makna.
Menterjemah makna perkataan dan mengaitkannya dengan
pengetahuan sedia ada.
Mengumpul dan mencantum idea, perkataan, dan ayat
hingga menjadi suatu idea yang lengkap.
Cuba menghurai atau menjelaskan idea yang didapati
kepada diri sendiri, atau kepada orang lain

c. Kesediaan membaca
-ialah suatu keadaan secara fizikal dan mental yang
membolehkan seseorang itu membaca. Secara fizikal,
seseorang pembaca perlu bersedia dari segi pertuturan, dan
penglihatan.
-Dalam aspek mental pula kesediaan membaca meliputi
persoalan tentang motivasi untuk membaca, keupayaan
mengenal huruf dan perkataan dan kecerdasan intelek untuk
memaham.

6.1.2 Faktor yang Mempengaruhi Proses Membaca
(Fizikal, Mental, Emosi dan Sosial)
a. Faktor fizikal
- alat2 artikulasi, deria penglihatan yg memblhkan ssorg
meneliti setiap lambing.
-deria pendengaran memblhkan sseorg meniru @
membunyikan ssuatu pktn itu.

b. Faktor mental
-Faktor mental ini meliputi aspek kecerdasan, dan kebolehan
berbahasa seseorang.
-seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi
akan lebih mudah memahami apa yang dibaca.
-tahap kecerdasan ini mampu menyimpan banyak
pengetahuan sedia ada yang boleh dikaitkan dengan
perkataan atau lambang yang dibaca.
-Kecerdasan ini juga mempengaruhi kebolehan berbahasa
seseorang, dan ini membolehkannya mempunyai banyak
perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat dalam bahasa
berkenaan.

c. Faktor emosi
-melibatkan motivasi, minat, dan keyakinan diri untuk
membaca.
-. Dalam hal ini, tajuk dan isi kandungan bahan bacaan
berkait secara langsung dengan minat seseorang untuk
membaca.
-Selain itu, motivasi dalam bentuk hadiah, ganjaran lulus
peperiksaan, atau berjaya dalam bidang yang diceburi,
selalunya menjadi sebab utama yang menggerakkan aktiviti
membaca.

d. Faktor sosial
-Faktor pergaulan, interaksi dalam komuniti, dan suasana
yang serba menggalakkan akan membantu seseorang
menanamkan minat untuk membaca.

6.1.3 Jenis-jenis Bacaan (Mekanis, Mentalis, Intensif,
Ekstensif, Rekreasi, Kritis)
a. bacaan metalis
-Bacaan senyap
-melibatkan pengaktifan mata dan memori serta ingatan
visual.
-bacaan lebih pantas berbanding mekanis
-memerlukan kercerdasan yang tg
-untuk tujuan ilmiah

b. bacaan mekanis
-bacaan nyaring atau bacaan oral, bacaan yg disuarakan.
-mmerlukan ketajaman penglihatan, ketepatan sebutan dan
intonasi.
-mmerlukan kepakaran mmahami setiap pktn dan ayat dan
pertautan idea.

c. bacaan intensif
-disertai dgn penelitian secra terperinci.
-menggunakan petikan yg pendek dan diteliti aspek isi
kandungan dan bahasanya.
-bertujuan utk mengembangkan keblhan
meneliti,mentafsirkan bhn bacaan dgn cara pantas
-dilakukan dgn kawalan guru.

d.bacaan ekstensif
-bacaan luas
-dilakukan secara individu tanpa bantuan guru.
-diandaikan semua md tiada kesukaran mmbaca.
-pelbagai bahan bacaan yg ssuai itu minat, umur dan jantina
md.

e. bacaan rekreasi
-tidak memerlukan tumpuan pemikiran yg serius
-untuk bersenang2 dan bersantai
-bhn bacaan yg ringan dan menghburkan.


f. bacaan kritis
aktiviti yang dilakukan secara penuh teliti, mendalam,
evaluatif dan analitis.
-Bacaan jenis ini berasaskan keupayaan memaham yang
tinggi.
- untuk mendapatkan maklumat tetapi boleh pula membuat
justifikasi, mencari maksud-maksud tersurat dan tersirat, dan
seterusnya boleh mempersoalkan pendirian serta pegangan
penulis itu sendiri.

6.2 PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA &
KEFAHAMAN
6.2.1 Peringkat Kemahiran Membaca:
a. Kesediaan Membaca
-pembaca telah bersedia dari segi fizikal, intelek, dan emosi
untuk membaca.

b. Prabacaan
-ialah satu tempoh masa guru menyediakan murid ke arah
aktiviti membaca.
-Penyediaan yang dimaksudkan ialah pengalaman
mengecam dan mengenal huruf.
-Pembaca baru juga akan didedahkan dengan aktiviti yang
boleh mempertajam pendengaran dan penglihatan mereka.
-Pada peringkat ini juga pembaca baru didedahkan dengan
kelaziman membaca, misalnya pergerakan mata dari kiri ke
kanan.

c. Membaca secara mekanis
-pembaca sudah boleh membunyikan huruf, perkataan atau
ayat-ayat mudah.
-Mereka juga boleh membatangkan atau menyebut
perkataan suku kata terbuka dan tertutup yang bermula
dengan konsonan.

d. Membaca dan memahami
-Setelah pembaca boleh menyebut dan membatangkan
suku kata dan ayat, tahap seterusnya ialah pemahaman.
-berupaya mengumpul maklumat dan makna, seterusnya
mentafsir dan menilai sesuatu daripada bahan bacaan

e. Bacaan intensif
-mempunyai kemahiran untuk memaham bahan yang
dibaca, maka tahap yang lebih tinggi ialah apabila pembaca
berupaya menggunakan kemahiran tersebut untuk
membaca dengan tujun khusus.
-Pada tahap ini pembaca boleh mendapatkan maklumat
atau fakta yang dikehendaki daripada pembacaan secara
teliti dan berfokus.

f. Bacaan ekstensif
-tahap bacaan yang paling tinggi; iaitu sebagai petunjuk
bahawa seseorang itu telah mempunyai kemahiran
membaca
- bacaan luas yang dilakukan secara bersendirian. Pada
tahap ini para pembaca boleh membaca dan memahami
secara pantas,

6.2.2 Proses dan Peringkat Pemahaman
a. Lateral
-peringkat pemahaman paling rendah dan mudah.
-pembaca berupaya mengenal pasti dan mengingat
maklumat yang terkandung dalam bahan bacaan,
sebagaimana yang dinyatakan oleh pengarang.
-hanya boleh mengesan maklumat yang tersurat dalam teks
sahaja, tetapi tidak berkebolehan mencungkil maksud-
maksud tersirat



b. Interpretasi
-pembaca telah berupaya mencari maklumat daripada
bahan bacaan dan menuliskannya semula dalam bentuk lain
tanpa mengubah maksud asal maklumat tersebut.
- boleh menjelaskan sesuatu mengenai bahan yang
dibacanya, dan boleh pula mengesan maksud tersirat
daripada bahan tersebut.

c. Inferens
-bermaksud memahami bahan bacaan dan dapat pula
mengaitkannya dengan perkara-perkara lain.
-boleh menginterpretasi, tetapi berupaya juga membuat
telahan atau agakan tentang sikap pengarang, kesudahan
atau rumusan, dan membezakan maklumat yang tepat
dengan yang palsu daripada bahan yang dibaca.
-Peringkat kemahiran ini memerlukan tahap kecerdasan
mental yang tinggi, kerana pemahaman bukan hanya
berasaskan akal tetapi memerlukan pengetahuan sedia ada
dan logik.

d. Penilaian
-pembaca berupaya menggunakan daya kefahamannya
untuk menganalisis dan menilai setiap maklumat yang
terdapat dalam bahan bacaan.
-dapat melihat hubung kait di antara satu maklumat dengan
maklumat yang lain, di samping berupaya pula
mengasingkan antara maklumat utama dengan maklumat
sampingan yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut.
-berupaya mengesan organisasi penulisan pengarang, serta
dapat membezakan antara hipotesis dengan bukti.

6.2.3 Pemilihan dan Penghasilan Bahan Kemahiran
Membaca
-perlu sesuai dengan pembaca sasaran. Bahan, khususnya
bahan bertulis, dan bahan audio boleh terdiri daripada buku-
buku, risalah, edaran, ucapan, ceramah, khutbah, dan
sebagainya.
-faktor utama ialah ketepatan dan kesesuaian bahasanya.-
- sesuatu bahan itu mestilah bersesuaian dengan objektif
pengajaran dan tahap kecerdasan pembaca sasaran.
Sebagai bahan pengajaran bahasa, bentuk bahasa dalam
bahan-bahan tersebut perlu dipastikan ketepatan tatabahasa
dan larasnya
-isi kandungan perlulah yang menarik minat pembaca
sasaran.
-Penampilan dalam bentuk jenis huruf dan tata letak isi
kandungan bahan juga perlu dipastikan menarik dan sesuai
dengan pembaca yang akan menggunakan bahan tersebut.

6.3 PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
Penilaian ialah suatu kaedah bagaimana seseorang guru
boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam
pengajarannya.

6.3.1 Tujuan, Aspek dan Pentadbiran Penilaian
-suatu kaedah bagaimana kemajuan atau kelemahan
sesuatu kemahiran yang diajarkan itu dikenal pasti.
-Dalam konteks kemahiran membaca penilaian bertujuan
untuk menguji sejauh mana pembaca memahami bahan
yang dibaca.

6.3.2 Bentuk Penilaian
a. Penilaian kendiri
bentuk penilaian yang dilakukan oleh pelajar atau pembaca
itu sendiri, berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh
guru.
b. Penilaian rakan sebaya
dinamakan juga penilaian berpasangan. Dalam penilaian ini,
pelajar secara berpasangan akan menyemak dan menilai
bacaan sesama sendiri.
c. Pemerhatian
dibuat untuk melihat sikap, kefahaman dan intonasi dalam
bacaan. Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu
menyediakan senarai semak yang mengandung kriteria atau
perkara-perkara yang akan diperhatikan.
d. Pengujian
-untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan
bacaan.
-Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadan perkataan
dan ayat, ujian bacaan, penyoalan terbuka, menyusun
semula petikan, ujian kloz dan ujian aneka pilihan.

6.3.3 Instrumen Ujian
-boleh terdiri daripada petikan atau bahan yang akan dibaca
dan difahamkan oleh pelajar
- Tujuan utama instrumen adalah untuk mendapatkan
ukuran atau data berkaitan dengan apa yang diuji:
a. Senarai semak
mengandungi perkara dan kriteria pemarkahan perlu
disediakan.
-mengandung kriteria tertentu juga akan menjadi panduan
kepada guru atau penilai untuk menilai dan menentukan
tahap kefahaman seseorang pembaca.
b. Skala kadar
-dokumen yang mengandung kriteria yang menunjukkan
tahap pencapaian dalam kemahiran membaca.
-Skala kadar kebiasaannya menetapkan markah atau
pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan dan
kefahaman yang ditetapkan.


6.3.4 Soalan Pemahaman Pelbagai Aras Taksonomi
a. Aspek Kognitif
Berdasarkan Lamberg & Lamb (1980), terdapat tiga
peringkat penyoalan pemahaman; iaitu:
Kefahaman lateral; kefahaman mengenai maksud tersurat
dalam petikan.
Kefahaman tafsiran; kebolehan membuat interpretasi
berdasarkan petikan.
Kefahaman kritis/kreatif; kebolehan menghakimi dan menilai
maklumat dalam petikan.

b. Aspek Afektif
-merujuk kepada aspek emosi dan tingkah laku sebagai
kesan daripada pembacaan sesuatu bahan.
-Kesan emosi seperti sedih, gembira, benci, dan sebagainya
boleh dilihat berdasarkan pemerhatian atau soal selidik
selepas aktiviti bacaan.
-aspek afektif ini mempunyai peringkat-peringkat seperti
yang berikut:
Penerimaan
Gerak balas
Menilai
Organisasi
Perwatakan

c. Soalan Bertumpu
soalan subjektif yang ditentukan batas kandungan gerak
balasnya.
-bentuk jawapan pendek, dan isi kandungannya lebih
merupakan pernyataan mengingat kembali maklumat
daripada bahan bacaan.
- Item soalan biasanya bermula dengan siapa, bila, berapa,
di mana dan seumpamanya.

d. Soalan bercapah
-bentuk soalan subjektif yang boleh digunakan dalam
penilaian kemahiran membaca.
-jawapan yang lebih panjang, kerana kebiasaannya soalan
bercapah melibatkan jawapan berbentuk perbincangan.
-memerlukan gerak balas yang kompleks daripada pelajar.
-Dalam konteks kemahiran membaca, hanya pembaca yang
membaca pada peringkat kritis dan kreatif sesuai diberikan
soalan jenis ini.
-Soalan jenis ini pula mengandungi persoalan, terangkan,
bincangkan, tafsirkan dan seumpamanya.

e. Soalan kritis dan kreatif
-memerlukan penaakulan peringkat analisis terhadap bahan
bacaan.
-pembaca berupaya menghakimi dan menilai sesuatu
maklumat daripada bahan yang dibaca, dan seterusnya
berupaya juga menghasilkan idea dan pandangan baru
berasaskan bahan bacaan tersebut.
-Bentuk soalan jenis ini mengandung kata kunci seperti,
bahaskan, nilaikan, apakah rumusan, apakah pandangan,
apakah kemungkinan dan seumpamanya.

TOPIK 7 STRATEGI PENGAJARAN MEMBACA UNTUK
KEFAHAMAN
-Dalam konteks kemahiran membaca, kefahaman
bermaksud memahami apa yang ditulis, atau mesej yang
ingin disampaikan dalam sesuatu bahan bacaan.
-pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca ialah
proses memahirkan pelajar untuk mencari dan mendapatkan
makna daripada bahan bacaan.


7.1 PENDEKATAN PENGAJARAN MEMBACA
-Pendekatan pengajaran bahasa ialah sekumpulan andaian
tentang pengajaran & pembelajaran bahasa yang dikaitkan
dengan hakikat bahasa dan falsafah pemerolehan bahasa
tersebut.
7.1.1 Pendekatan Pengalaman Berbahasa (LEA)
-berasaskan prinsip bahawa kemahiran membaca tidak
boleh dipecah-pecahkan daripada kemahiran berbahasa
yang lain, seperti kemahiran mendengar, bertutur dan
menulis.
-menekankan konsep dan struktur bahasa yang bermakna,
yang boleh dituturkan dan dituliskan.
-mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna
supaya pelajar boleh menelah atau mengagak makna
perkataan dan ayat yang dibaca.
-amat sesuai untuk pengajaran membaca untuk kefahaman.

7.1.2 Pendekatan Komunikatif dan Skemata
-komunikatif berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat
komunikasi yang penting.
-bahasa perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk
berkomunikasi.
-aspek makna dan kosa kata yang ada kaitannya dengan
situasi komunikasi, serta bersesuaian dengan aturan
sosiobudaya bahasa berkenaan, perlu diberikan penekanan.
-mencadangkan pengajaran kemahiran membaca dalam
konteks situasi komunikasi sebenar.
- Aktiviti simulasi dan main peranan sangat sesuai untuk
membolehkan pelajar membaca dalam keadaan komunikasi
sebenar.
-Pendekatan skemata ialah pengajaran kemahiran
membaca yang menekankan skemata untuk memudahkan
pelajar menekan makna sesuatu perkataan atau ayat.
-sesuatu perkataan atau ayat mempunyai kaitan dengan
perkataan atau ayat lain yang boleh diasosiasikan dengan
perkataan atau ayat yang sedang dibaca.
-Skema untuk perkataan sekolah misalnya ialah guru, murid,
bilik darjah, dan sebagainya.
-skema ini bergantung kepada pengetahuan sedia ada
pelajar berkenaan.
-emakin luas pengetahuan sedia ada pelajar, semakin
banyaklah skemata yang boleh membantunya memahami
sesuatu perkataan, ayat dan seterusnya sebuah wacana.

7.1.3 Pendekatan Cerakinan, Binaan, dan Eklektik

Pendekatan cerakinan berasaskan proses analisis bahagian
yang besar atau luas kepada kumpulan-kumpulan kecil.
-proses untuk memahami sebuah wacana yang panjang
boleh dicerakinkan secara perenggan demi perenggan.
-Dalam pengajaran membaca permulaan, pendekatan ini
memfokuskan pembacaan ayat yang dicerakinkan mengikut
farasa, kata dan abjad atau fonem.
-Pendekatan binaan adalah bertentangan dengan
pendekatan cerakinan.
pendekatan binaan melihat daripada yang kecil kepada
bentuk yang lebih luas.
-Dalam pengajaran bacaan permulaan, pendekatan binaan
memfokuskan sebutan abjad terlebih dahulu, kemudian
diikuti pemahaman atau sebutan perkataan, dan akhiri
dengan membaca dan memahamkan ayat.
-Pendekatan eklektik ialah pendekatan pengajaran yang
menggabungkan pendekatan binaan dengan pendekatan
cerakinan.
-Pendekatan ini akan mengeksploitasi kaedah-kaedah
pengajaran terbaik daripada kedua-dua pendekatan di atas.

7.2 KAEDAH MEMBACA
a. Kaedah abjad/huruf
-pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau
abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf
tersebut.
-Daripada cantuman huruf-huruf, pelajar akan diperkenalkan
dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan
menjadi perkataan.
-Kaedah ini membolehkan pelajar mengeja dan dapat
membaca semua perkataan kerana asas bacaan ialah bunyi
setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut.
-kaedah ini akan melambatkan proses pemahaman kerana
pelajar banyak menghabiskan masa untuk mengeja setiap
perkataan.

b. Kaedah fonik/bunyi suku kata
-menekankan penguasaan bunyi suku kata berbanding
memperkenalkan huruf-huruf abjad.
-pelajar didedahkan dengan bunyi-bunyi suku kata seolah-
olah membaca sifir dalam matematik.
-Peringkat seterusnya ialah menyambungkan suku kata
tersebut untuk menjadi perkataan.
-Melalui hafalan bentuk suku kata ini pelajar boleh membaca
dan membunyikan perkataan tersebut.
-Kaedah ini sangat sesuai dengan bentuk bahasa Melayu
yang fonemis sifatnya, iaitu semua huruf boleh dibunyikan
secara tetap.
-membolehkan pelajar mahir membaca lebih awal
berbanding kaedah abjad
- tidak menggalakkan pembacaan kerana pelajar tidak
bermotivasi apabila didedahkan dengan bunyi dan suku kata
yang kadang-kadang tidak bermakna.

c. Kaedah pandang sebut, seluruh perkataan/ayat
melibatkan dua aktiviti; iaitu membunyikan perkataan atau
suku kata berdasarkan gambar, dan membunyikan ayat
berdasarkan gambar yang ada cerita.
-Aktiviti-aktiviti dalam kaedah ini akan membiasakan pelajar
untuk mengecam perkataan atau ayat, dan tidak mengeja
perkataan atau ayat tersebut.
-Dengan kaedah ini pelajar dilatih untuk mengenali
perkataan atau ayat tanpa mengejanya melalui latih tubi.
-Kaedah ini akan memendekkan masa untuk mengeja
perkataan, sebaliknya boleh digunakan untuk tujuan
pemahaman apa yang dibaca.

kaedah ini lebih praktikal kerana tumpuannya ialah kepada
perkataan dan ayat yang bermakna.
- Selain itu, pengajaran kaedah inimengambil kira
pengalaman sedia ada pelajar supaya mereka mudah
membuat telahan terhadap ayat atau perkataan yang dicam.
-Walau bagaimanapun kaedah ini tidak memfokuskan
pengajaran kepada bunyi huruf. Hal ini boleh membataskan
tahap perbendaharaan kata mereka.
7.3 TEKNIK PENGAJARAN BACAAN DAN
KEFAHAMAN
a. Luncuran (skimming
-satu teknik membaca yang dilakukan secara sekilas
pandang.
-pergerakan mata yang dibuat secara pantas, menyorot
tulisan yang terdapat dalam bahan bacaan, dan dalam masa
yang sama memungut maklumat-maklumat yang terdapat
dalam bahan tersebut.
- mendapatkan gambaran umum daripada sesebuah bahan
bacaan.
-teknik bacaan ini boleh digunakan untuk mengasah
ketajaman pelajar mendapatkan maklumat daripada bahan
bacaan.
-Teknik ini dimulai dengan pembacaan secara mentalis
dalam tempoh masa yang singkat.
-Aktiviti seterusnya ialah perbincangan tentang isi-isi atau
maklumat yang terdapat dalam bahan tersebut.
b. Imbasan (scanning
-teknik bacaan yang dilakukan sepintas lalu.
-Bacaan jenis ini juga dinamakan bacaan tinjauan; iaitu satu
aktiviti yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal
tentang sesuatu bahan bacaan sebelum dipilih untuk dibaca.
-Proses imbasan ini melibatkan pemerhatian terhadap daftar
isi kandungan, ilustrasi, bibliografi, dan sebagainya.
c. Bacaan bersama (shared reading)
-pelajar diminta membaca secara berpasangan atau
berkumpulan.
-bertujuan untuk memberian keyakinan kepada pelajar-
pelajar yang lemah untuk membaca secara terbuka.
-aktiviti berpasangan ini perlu dipastikan supaya terdapat
pelajar yang mempunyai kemahiran bacaan yang baik dalam
setiap pasangan atau kumpulan. -
-Bacaan bersama ini juga membolehkan pelajar menyemak
dan membetulkan bacaan sesama sendiri.
d. Bacaan terarah (guided reading)
-sesuai untuk pengajaran membaca dan memahami,
khususnya untuk memandu pelajar memahami petikan atau
wacana yang dibaca.
-Teknik ini dimulai dengan pembacaan secara sepintas lalu,
yang diikuti penjelasan tentang isi-isi utama yang terdapat
dalam wacana tersebut.
-Langkah seterusnya ialah pembacaan secara mekanis atau
mentalis oleh pelajar-pelajar dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
-embacaan tersebut bertujuan untuk mendapatkan
maklumat tentang sesuatu tugasan yang telah diberikan
lebih awal.
-Setealah pelajar memahami petikan, guru boleh
memberikan aktiviti pengayaan seperti, menulis cerita,
membuat ilustrasi, dan sebagainya yang berkaitan dengan
isi kandungan bahan yang dibaca.
7.3.2 Latih Tubi, Lakonan, Teater Pembaca, Tatacerita,
Bimbingan Menjangka
a. Latih tubi
-pengulangan fakta-fakta dan kemahiran yang dipelajari.
-Dalam konteks pengajaran membaca, teknik latih tubi boleh
dijalankan untuk pengajaran bacaan mekanis, khususnya
yang melibatkan ketepatan intonasi dan sebutan.
b. Teater pembaca
-suatu teknik apabila pengajaran bacaan dijalankan secara
bercerita sambil melakonkan aksi-aksi yang terdapat dalam
bahan bacaan itu.
-Dalam teknik ini pelajar kan membaca dengan intonasi dan
gaya seperti watak yang terdapat bahan bacaan tersebut
c. Tatacerita
-teknik pengajaran kemahiran membaca dengan cara
memecahkan petikan yang dibaca kepada beberapa
perenggan atau bahagian kecil.
-Setiap bahagian atau perenggan ini disusun seperti
kedudukannya dalam petikan tersebut, dan pelajar diminta
membaca dan memahamkan isi kandungan petikan.
-Untuk tujuan tersebut, guru boleh menyediakan soalan-
soalan untuk setiap perenggan supaya pelajar terfokus
untuk memahami perenggan yang dibaca.
d. Bimbingan menjangka
-teknik bagaimana pelajar boleh mengagak maksud
perkataan atau ayat dalam bahan bacaan.
-Dalam teknik ini pelajar diajarkan bagaimana menggunakan
maklumat inferens yang dikaitkan dengan pengetahuan
sedia ada mereka.
-Kemahiran menjangka ini akan memudahkan pelajar
mengagak makna atau maksud bahan bacaan secara
keseluruhan.
7.3.3 SQ3R, KWL/KWL+H
a. Definisi SQ3R
S Survey (Tinjauan)
Q Question (Penyoalan)
R1 Read (Pembacaan)
R2 Recite (Penyampaian)
R3 Review (Ulang Kaji)
1. Teknik ini dimulai dengan survey(tinjauan); iaitu pelajar
diminta meninjau bahan bacaan yang akan dibaca secara
sepintas lalu. Tinjauan ini membolehkan pelajar
mendapatkan gambaran keseluruhan tentang bahan bacaan
tersebut.
2. Langkah seterusnya ialah question (penyoalan); iaitu
pelajar diminta membuat soalan-soalan yang difikirkan boleh
ditanya berhubung dengan bahan bacaan tersebut. Langkah
ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan ingin tahu kepada
pelajar berkenaan.
3.Langkah ini diikuti dengan read (pembacaan); apabila
pelajar membaca secara terperinci untuk mendapatkan
jawapan-jawapan untuk soalan yang dirangkakan pada
peringkat awal.
4.Setelah pembacaan selesai, pelajar diminta pula
mengingat semula (recite), dan menyemak sama ada semua
jawapan untuk soalan yang dirangka telah ditemui
jawapannya.
5.Langkah terakhir dalam teknik ini ialah review (ulang kaji);
iaitu pelajar menyemak semula isi-isi bahan bacaan dan
mengingat semula apa yang telah dibaca.
b. KWL/KWL+H
-KWL+H bermaksud
1.K Know (Ketahui persoalan), W What (Apakah
maklumat yang berkaitan,
2 .L Learn (Analisis dan pelajari daripada maklumat yang
dip roleh), dan
3. H How (Bagaimana menerangkan maklumat)
-Dalam konteks pengajaran kemahiran membaca, teknik
dimulai dengan pengenalan secara umum tentang isi
kandungan bahan yang dibaca.
-Kemudian pelajar diminta mencari maklumat berkaitan
dengan isu atau tajuk bahan tersebut melalui pembacaan
secara intensif.
-Seterusnya mereka diminta mencari pengajaran daripada
bahan tersebut dan membincangkan pengajaran dan
maklumat yang diperoleh kepada pelajar lain.
TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS
-kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran
berbahasa.
-Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah
menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan
kemahiran membaca.
-Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya
melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata,
tetapi penulisan turut melibatkan penggemblengan aspek
psikologi dan kognitif.
-penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan
pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisan yang baik.
8.1.1 Konsep dan Proses Mengarang
-mengarang itu ialah proses melahirkan idea secara
tersusun dan lojik melalui tulisan. Hasilan sesuatu proses
mengarang ini boleh merupakan, ayat, petikan, nota ringkas,
laporan atau sebuah buku.
proses menulis karangan atau proses mengarang itu sendiri
ialah:
1.Persediaan: menentukan tajuk atau persoalan yang akan
ditulis, dan memilih serta menentukan format penulisan.
2. Mengingat kembali pengalaman: mengingat atau memilih
pengalaman atau pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk
atau persoalan dipilih.
3. Kreativiti: mencari bahan-bahan penulisan.
4. Perbincangan: perbincangan tentang bahan-bahan atau
isi yang diperoleh.
5. Penulisan draf: menulis draf atau struktur karangan
secara ringkas.
6. Semakan draf dan perbincangan.
7. Penulisan karangan.
8.1.2 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis (proses,
Komunikatif, Pengalaman Bahasa (LEA), Terkawal,
Bebas)
a. Pendekatan Proses
-proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah
karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut.
-dimulai dengan proses menulis draf, meyemak dan
membincangkannya.
-penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur
penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang
tepat, sebagai suatu penulisan yang baik.
-memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang
baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format
atau model penulisan yang baik.
b. Pendekatan Komunikatif
-penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk
berkomunikasi.
-Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran
menulis dalam konteks situasi komunikasi sebenar.
-bahan-bahan berbentuk autentik seperti dialog,
perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat sesuai
digunakan sebagai bahan pengajaran & pembelajaran.
-pelajar menulis dalam keadaan bebas dan tidak terikat
dengan sebarang unsur bahasa berbentuk formal.
-pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan ialah
proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. -guru
bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan pelajar,
khususnya dalam aspek bahasa.
-kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah perkara biasa.
Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam
penguasaan bahasa tersebut.
c. Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
-berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak
boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan,
seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis.
-pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan
struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan
dituliskan
-mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna
dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan
dalam proses penulisan karangan.
d. Pendekatan Terkawal
-pembelajaran kemahiran menulis mengikut peringkat-
peringkat yang bermula daripada peringkat prapenulisan
hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran
- lima peringkat penulisan dan pendekatan ini iaitu:
i. Peringkat meniru dan menyalin.
ii. Peringkat mengingat kembali.
iii. Peringkat menggabungkan.
iv. Peringkat penulisan berpandu.
v. Peringkat penulisan bebas.
e. Pendekatan Bebas
-semakin banyak pelajar membuat latihan maka semua
perkara yang perlu ada dalam sesebuah karangan seperti
ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa, pemerengganan,
dan gaya tulisan akan dapat dikuasai pelajar tersebut secara
automatik. Berdasarkan pendekatan ini terdapat tiga langkah
dalam proses menulis.
i. Langkah 1: Pramenulis
ii. Langkah 2: Membuat rangka dan draf
iii. Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali
8.1.3 Peringkat menulis
a. Peringkat Pramenulis
- pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk
membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat
menulis dengan selesa dan tepat.
-guru akan memberikan aktiviti-aktiviti pergerakan tangan
dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasi kedua-dua
anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang
boleh dilakukan untuk membentuk kemahiran ini ialah:
i. Latihan membentuk garis lurus dan lengkok
berdasarkan garisan putus-putus.
ii. Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.
iii. Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke
kanan, dan sebaliknya.
iv. Latihan membentuk garisan lurus.
v. Latihan membentuk corak: lurus, bulatan, persegi
dan sebagainya.
vi. Latihan melukis gambar yang ada garis lurus,
lengkong, bulat, dan sebagainya

b. Peringkat Mekanis
-Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat
seterusnya ialah peringkat tulisan mekanis. -pelajar-pelajar
dilatih membentuk lambang-lambang yang ada kaitannya
dengan bentuk-bentuk huruf.
-Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk
membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara
umumnya, latihan-latihan yang boleh digunakan pada
peringkat ini ialah:
i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara
terkawal.
ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.
iii. Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul,
secara bebas
c. Peringkat Pelahiran
-pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk
huruf dan mengeja.
-Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan
sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal,
tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu
memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan
rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan yang
boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah:
i. Mengisi silang kata.
ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat.
iii. Melengkapkan ayat.
iv. Melengkapkan petikan atau cerita.
v. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan-
gambar.
vi. Menulis jawapan kefahaman.
vii. Menulis rencana daripada bahan rangsangan.
viii. Menulis karangan.
8.2 JENIS PENULISAN
a. Penulisan Terkawal
-dikawal sepenuhnya oleh oleh guru, sama ada dalam aspek
format, pilihan kata dan tatabahasa.
-Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik
dengan cara meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat,
atau karangan yang dianggap baik.
-Penulisan terkawal ialah tahap pertama ke arah penulisan
bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan
membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat,
pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik. Bentuk-
bentuk penulisan terkawal ialah:
i. Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar;
ii. Menulis surat:isi disediakan; dan
iii. Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.
b. Penulisan Separa Terkawal
-tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang
menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih
perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi.
Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang
diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa
perkataan yang sesuai dalam petikan tersebut, ialah satu
contoh bagaimana pelajar diberikan kebebasan dalam
penulisan ini. Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang
lain ialah:
i. Mengisi tempat kosong dalam petikan;
ii. Menuliskan cerita daripada gambar;
iii. Membuat ayat daripada perkataan; dan
iv. Menjawab soalan berdasarkan tajuk.
c. Penulisan Berpandu
-penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi
pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau
menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam
bahan yang dikawal itu.
-Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus
menulis. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam
penulisan jenis ini ialah:
i. Menukarkan dialog kepada bentuk naratif; dan
ii. Menukarkan bentuk puisi kepada prosa
d. Penulisan Separa Berpandu
-penulisan yang memberikan kebebasan kepada pelajar
untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru.
-Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk
membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan
pemerengganan.
-pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada
tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang
boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah:
i. Menyudahkan cerita; dan
ii. Menulis karangan yang isinya disediakan guru
e. Penulisan Bebas
dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan
tatabasa yang baik.
-tidak lagi menitikberatkan persoalan proses untuk menulis,
tetapi sebaliknya pelajar diminta memberikan tumpuan
kepada apa yang akan ditulis.
-pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia
ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik dan
bermakna.
-penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya
akan campur tangan jika terdapat kesalahan-kesalahan atau
kesilapan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya
terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakukan
dalam penulisan bebas; iaitu:
i. Penulisan naratif;
ii. Penulisan deskriptif;
iii. Penulisan imaginatif; dan
iv. Penulisan argumentatif.
f. Penulisan Kreatif
-penulisan bebas.
- pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea,
tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau
imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan.
-bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan ditulis,
tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan
mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan
dan menarik. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam
penulisan kreatif ialah:
i. Cerpen;
ii. Puisi;
iii. Drama; dan
iv. Novel.
8.3 PENDEKATAN DAN TEKNIK
-pendekatan & teknik ialah strategi yang digunakan oleh
guru untuk mencapai matlamat dan tujuan yang dirancangan
dalam objektif pengajaran.
a. Peta Minda
-memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan
tersusun dalam penulisan.
guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang
dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar, dalam
bentuk Peta Minda di papan tulis.
- Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar
melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan sesuatu tajuk
b. Penyoalan
-untuk mencungkil idea dalam penulisan karangan.
-guru akan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isu atau perkara yang akan ditulis.
-Penyoalan yang melibatkan apa, bila, mengapa, dan
bagaimana boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar
befikir k e arah isi-isi penulisan.
c. Pendekatan Proses
-pendekatan ini menekankan ketepatan bahasa dan format
tulisan dengan cara menulis dalam bentuk draf terlebih
dahulu.
-Draf ini akan disemak, dikritik, dan diulas, yang
kemudiannya akan ditulis semula.
-Semakan terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara
berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa,
format, atau maklumat dalam draf tersebut.
-memakan masa yang panjang untuk seseorang itu
menyiapkan sesuatu penulisan, dan ini memberikan peluang
yang banyak kepada pelajar untuk mempelajari setiap aspek
penulisan tersebut.
-penulisan dalam pendekatan proses beradasarkan kepada
prinsip-prinsip berikut:
1.Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang
membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea.
2.Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan
prapenulisan, dan berakhir dengan penulisan semula.
3.Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu
matlamat.
8.3.2 Membina Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Menulis
Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru
perlu mengambil kira prinsip-prinsip pemilihan dan
penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-
prinsip yang dimaksudkan itu ialah:
a. Ketepatan maklumat kandungan;
b. Ketepatan bahasa dan gaya;
c. Sesuai dengan umur, tahap, dan keupayaan
pelajar;
d. Sesuai dengan masyarakat, agama, dan budaya;
e. Sesuai dengan objektif pengajaran;
f. Sesuai dengan masa pengajaran; dan
g. Mudah diguna dan dikendalikan.
8.3.3 Menilai Kemahiran Menulis
Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh
dinilai dalam kemahiran menulis adalah seperti berikut:
i. Penggunaan bahasa aspek tatabahasa.
ii. Aspek mekanikal pemerengganan, tanda baca,
dan sebagainya.
iii. Ketepatan dan kesinambungan isi Kesesuaian
dan huraian isi.
iv. Gaya penulisan penggunaan ungkapan/kosa
kata menarik.
v. Kemahiran mengolah menarik dan sesuai
dengan pembaca sasaran.
TOPIK 9 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENULIS
-pengajaran kemahiran menulis meliputi kemahiran menulis
mekanis dan kemahiran menulis mentalis (mengarang).
-Kemahiran menulis mekanis mengeksploitasi aspek fizikal
dan mekanikal penulis, manakala mengarang atau penulisan
mentalis pula melibatkan aspek psikologi, intelek dan
kognitif.
-Dari segi susunan kemahiran, kemahiran menulis perlu
dikuasai terlebih dahulu sebelum kemahiran menulis
mentalis boleh dikuasai. Penguasaan kemahiran menulis
mekanis sebenarnya bermula dengan penguasaan
kemahiran pramenulis yang lebih bersifat fizikal dan
mekanikal.
9.1 KEMAHIRAN PRAMENULIS
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis, aspek mekanikal ini terkandung dalam aktiviti
sebelum proses penulisan sebenar atau lebih dikenali
dengan aktiviti pramenulis.
9.1.1 Konsep, Tujuan dan Jenis-Jenis Kemahiran
Pramenulis
Kemahiran pramenulis ialah suatu kemahiran iaitu apabila
para pelajar telah mempunyai keupayaan menggunakan alat
tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk
membentuk huruf. Oleh itu penguasaan kemahiran
pramenulis bermaksud seseorang pelajar telah bersedia
untuk memulakan penulis mekanis. Antara perkara yang
akan dikuasai pelajar dalam kemahiran pramenulis ialah:
a. Boleh menggerakkan tangan untuk aktiviti
menulis.
b. Menguasai kemahiran pergerakan mata untuk
aktiviti menulis.
c. Boleh mengkoordinasi tangan dengan mata untuk
aktiviti menulis.
Antara latihan-latihan yang boleh membentuk kemahiran
tersebut ialah:
i. Latihan mengikut garisan putus-putus membentuk
garisan atau bentuk.
ii. Latihan mewarna bentuk atau objek secara
terarah.
iii. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja,
atau di pasir.
iv. Latihan gerak jari.
v. Latihan membentuk garisan lurus secara bebas.
vi. Latihan membentuk corak pelbagai bentuk secara
bebas.
vii. Latihan melukis gambar yang mempunyai garisan
lurus dan bulat.
9.1.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pramenulis
(Menekap, Menyurih, Meniru dan Menyalin)
Strategi-strategi ini mempunyai tujuan dan kebaikan tertentu
yang boleh menggerakkan pelajar ke arah penulisan
mekanis.
a. Menekap
-membentuk objek menggunakan bentuk atau gambar sedia
ada.
-Menekap dibuat dengan cara meletakkan objek yang akan
ditekap di atas kertas, dan pelajar akan melukiskan bentuk
objek tersebut berpandukan objek tersebut.
- Aktiviti menekap boleh dimulakan dengan tekapan bentuk-
bentuk bulat, persegi, dan sebagainya, kemudian guru boleh
memberikan bentuk-bentuk huruf untuk ditekap.
-Strategi ini bertujuan untuk membiasakan pelajar
menggunakan alat tulis, dan pada masa yang sama
mendedahkan mereka kepada pelbagai bentuk dalam
tulisan.
b. Menyurih
Menyurih pula ialah aktiviti membentuk dan melakar gambar
menggunakan kertas surih.
-cara meletakkan kertas surih di atas gambar, atau objek
yang akan dilakar, dan pelajar akan melakarkan objek atau
gambar tadi di atas kertas surih.
-boleh dimulai dengan surihan gambar atau bentuk-bentuk
objek.
-Strategi menyurih akan mendedahkan pelajar kepada
bentuk dan gaya penulisan.
c. Meniru
aktiviti melakar semula sesuatu objek atau gambar
berpandukan gambar objek tersebut.
-pelajar perlu ditegaskan supaya mengambil kira semua
aspek yang terdapat dalam gambar objek yang ditiru.
-guru boleh memulakannya dengan gambar objek yang
mudah, dan dipertingkatkan tahap kesukaran objek yang
ditiru secara beransur-ansur.
-Strategi ini kemudiannya digunakan untuk melatih pelajar
meniru bentuk-bentuk huruf.
-meniru akan membantu pelajar membina keyakinan diri
untuk melakar secara bebas, dan pada masa yang sama
mereka dapat melatih tangan dan mata untuk berkoordinasi.
d. Menyalin
menulis semula bahan yang diberikan.
-digunakan apabila pelajar telah boleh menggunakan alat
tulis untuk menekap, menyurih, dan meniru.
-Strategi ini dianggap paling tinggi dalam hirarki strategi
pengajaran pramenulis.
-Dalam strategi ini, pelajar diminta menyalin semula
perkataan atau ayat-ayat mudah.
-menekankan ketepatan bentuk, kekemasan, dan susun atur
yang menarik.
- Kertas yang bergaris boleh digunakan untuk mendedahkan
pelajar terhadap susun atur dan saiz tulisan yang
dikehendaki.
- Strategi ini amat sesuai digunakan untuk melatih ketelitian
dan kekemasan tulisan dalam kalangan pelajar.
9.1.3 Penilaian Kemahiran Pramenulis (Tujuan dan
Jenis)
Antara aspek-aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran
pramenulis adalah seperti berikut:
a. Ketepatan bentuk huruf.
b. Kesesuaian saiz huruf.
c. Perbezaan bentuk dan saiz huruf besar dengan
huruf kecil.
d. Jarak atau ruang yang sesuai antara huruf, dan
antara perkataan.
e. Kekemasan tulisan keseluruhan.
9.2 PENGAYAAN PENULISAN
-dijalankan apabila pelajar telah menguasai aspek mekanis
tulisan.
-Pengayaan penulisan bermaksud menulis untuk tujuan
pembacaan, atau penulisan yang melibatkan aspek psikologi
dan kognitif.
-Dalam hal ini, terdapat tiga peringkat penulisan iaitu :
1. Prapenulisan (Mencari, Mengumpul Maklumat dan
Menulis Draf)
-pelajar akan diberikan masa untuk meneroka tajuk
penulisan yang diberi dengan panduan guru.
-Aktiviti-aktiviti seperti sumbangsaran, perbincangan,
perbahasan, dan membuat rujukan boleh digunakan untuk
mencari isi atau bahan yang akan ditulis.
-pengetahuan sedia ada pelajar menjadi unsur utama yang
membantu mereka dalam proses mengumpul dan memilih
maklumat yang berkaitan.
-Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi, pelajar akan
menulis rangka atau draf tulisan.
-guru perlu menegaskan tentang struktur sesuatu tulisan
yang mengandungi pengenalan, perbincangan isi, dan
penutup.
-Beradasarkan struktur tersebut pelajar akan memadankan
maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan itu untuk
dijadikan draf tulisan.
2. Penulisan (menyemak, mengedit dan menerbit bahan
penulisan.
-Pelajar akan menulis berdasarkan draf yg dibuat
-ketepatan tbahasa, gaya persembahan dan kesinambuang
idea diambil serius.
-Semua unsure ini menjd focus sewaktu mengedit.
-Pengeditan melibatkan perincian:
1. pembinaan dan pengembangan isi dgn bukti dan alas an.
2. kesinambunagn idea
3. ayat yg tepat n jelas
4. pilihan kata yg tepat dan ssuai
5. penggunaan tanda baca yg tepat
6. struktur pengenalan, isi dan penutup jelas.
3. Penulisan (Penulisan Kreatif dan Rekreasi, Aktiviti
Pengayaan dalam Kemahiran Menulis)
-peringkat aplikasi kemahiran penulisan secara
keseluruhannya.
-pelajar telah mempunyai keyakinan diri dan kemahiran
mengolah maklumat dalam tulisan. Penulisan kreatif dan
rekreasi boleh dijadikan aktiviti penulisan pada peringkat ini.
Antara bentuk penulisan yang dikategorikan dalam peringkat
ini termasuklah:
a. Menyambung cerita.
b. Menulis cerpen.
c. Menulis skrip drama.
d. Menulis teks ucapan, perbahasan, dan
sebagainya.
e. Menulis kenyataan, pengumuman.
9.3 STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENULIS MEKANIS
-tulisan mekanis ialah medium yang akan memaparkan
lambang dan simbol bermakna yang akan dikaitkan dengan
kemahiran berbahasa yang lain; iaitu kemahiran membaca.
9.3.1 Konsep Kemahiran Menulis Mekanis dan Tujuan
Mengajarkan Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis mekanis ialah keupayaan seseorang
membentuk, melakar, dan menyusun huruf-huruf untuk
membentuk perkataan, ayat, dan seterusnya.
-mengandungi kemahiran-kemahiran seperti:
a. Pergerakan otot tangan dan jari untuk
membentuk.
b. Koordinasi tangan dengan mata untuk menulis.
c. Membentuk huruf yang sesuai, saiz, kecondongan
dan jarak (ruang).
d. Menulis secara pantas, jelas, dan kemas.
-diajarkan supaya seseorang itu boleh melahirkan idea, dan
cetusan perasaan dengan tepat dan jelas.
9.3.2 Teknik (Latih Tubi, Teater Pembaca dan Word
Attacking
Antara teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran &
pembelajaran kemahiran menulis mekanis ialah;
a. Latih tubi
aktiviti pengulangan kemahiran atau kecekapan yang telah
dipelajari sehingga mencapai tahap penguasaan yang lebih
baik.
-teknik ini bertujuan supaya kemahiran tersebut terjamin
ketekalannya.
-teknik ini boleh digunakan untuk melatih pelajar menulis
bentuk huruf yang betul.
b. Teater Pembaca
-aktiviti pembacaan yang menggunakan intonasi yang
sesuai dengan watak atau dialog yang terdapat dalam teks.
-melibatkan petikan teks yang berbentuk dialog.
-, teknik ini boleh digunakan untuk melatih pelajar menulis
berdasarkan dialog yang dibaca.
c. Word Attacking
-kemahiran menulis mekanis yang menekankan
penggunaan perkataan-perkataan yang mempunyai impak
psikologi dan pemikiran.
-Penggunaan rangkai kata ibu kusayang kepada pelajar
yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa misalnya akan
menjadikan pelajar tersebut lebih berminat dan teliti
terhadap penulisan rangkai kata tersebut.
9.3.3 Kaedah (Fonik, Perkataan dan Whole Language)
-tiga kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran
kemahiran menulis mekanis;
a. Kaedah Fonik
berdasarkan bunyi suku kata, perkataan, dan ayat. Dalam
kaedah ini pelajar dilatih menulis berdasarkan pendengaran
atau bunyi, bukan berdasarkan peniruan. Melalui kaedah ini
juga pelajar dilatih mendengar dan menuliskan apa yang
didengar dengan tepat. Antara pertimbangan yang boleh
digunakan dalam pengajaran kaedah ini adalah seperti
berikut:
i. Penekanan kepada intonasi, dan rima perkataan
atau ayat.
ii. Sajak, pantun, syair, bahasa berirama dan lagu
ialah bahan yang berkesan.
iii. Pendengaran diikuti dengan teks bertulis.
iv. Proses penulisan mengambil kira struktur dan
intonasi.
v. Ketelitian terhadap bunyi membantu pengejaan
yang tepat.
b. Kaedah Perkataan
-menekankan penggunaan perkataan sebagai bahan tulisan.
-pelajar dilatih menulis perkataan-perkataan sebagai asas
untuk penulisan sebenar.
-menggunakan perkataan-perkataan yang bermakna, dan
berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada pelajar untuk
memudahkan mereka menulis dan mengeja dengan tepat.
-Kaedah ini bertentangan dengan kaedah fonik yang
menekankan bunyi bahasa yang bermula dengan huruf.
c. Kaedah Whole language
-penulisan ialah proses memberikan maklumat, memujuk,
dan meluahkan perasaan.
-menekankan penulisan yang bersesuaian dengan
keperluan dan kehidupan seharian pelajar.
-Antara prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran yang
terdapat dalam kaedah ini adalah seperti dijelaskan
seterusnya.
i. Bahan autentik dan pengalaman kebahasaan
ialah teras pembelajaran.
ii. Kemahiran diajarkan dalam konteks keperluan.
penggunaan, dan minat pelajar.
iii. Guru dan pelajar ialah pembuat keputusan yang
bertanggungjawab.
iv. Pelajar ialah kumpulan yang mempunyai
kemampuan dan berpotensi.
v. Penilaian ialah proses yang berterusan.
TOPIK 10 PENGAJARAN SISTEM BAHASA
-Sistem bahasa ialah satu lagi komponen yang berkait rapat
dengan kemahiran berbahasa.
-Sebagai suatu kemahiran yang melengkapkan penguasaan
bahasa, sistem bahasa perlu diajarkan dengan cara yang
sistematik.
-Sistem bahasa meliputi aspek tatabahasa, sebutan dan
intonasi serta peribahasa.
10.1 ASPEK SISTEM BAHASA
Aspek sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem
ejaan, sebutan serta intonasi, dan kosa kata serta
peribahasa.
10.1.1 Tatabahasa dan Sistem Ejaan
-tatabahasa itu terbahagi kepada dua bidang yang besar
iaitu morfologi dan sintaksis.
a. Morfologi
Dalam bidang morfologi, peraturan dan cara penggunaan
kata atau perkataan diperincikan. Perbincangan aspek
morfologi meliputi perkara-perkara yang berikut:
1. Jenis-jenis kata:
Kata tunggal/Kata akar
Kata terbitan
Kata Majmuk
Kata ganda
Akronim
2.Pembentukan kata
Imbuhan
Pemajmukan
Gandaan
Gabungan
3.Penggolongan kata
Kata nama
Kata kerja
Kata adjektif
Kata tugas
b. Sintaksis
Bidang sintaksis memperincikan ayat dan pembentukannya.
Dalam bidang ini, perkara-perkara berikut dibincangkan.
1.Struktur ayat
Subjek
Predikat
Pola ayat dasar
Ayat pasif
Ayat aktif
2. Pembentukan ayat
Ayat selapis
Ayat majmuk
3. Jenis ayat
Ayat penyata
Ayat tanya
Ayat seru
4. Frasa
Hukum DM
Pembentukan frasa
Konstituen terdekat
-Hukum Keselarasan vokal:
Pola a a
Pola a i
Pola a u
Pola e a (pepet)
Pola e i (pepet)
Pola e u (pepet)
Pola e a (taling)
Pola e e (taling)
Pola e o (taling)
Pola i a
Pola i i
Pola i u
Pola o a
Pola o e (taling)
Pola o o
Pola u a
Pola u i
Pola u u
- Pengejaan perkataan pinjaman
Kekalkan unsur visual
Kekalkan padanan vokal asal
10.1.2 Sebutan dan Intonasi
- Sebutan baku Bahasa Melayu telah ditetapkan supaya
mematuhi dasar-dasar yang berikut:
1. Sebutan berasaskan bunyi huruf konvensional:
- Bunyi konsonan
- Bunyi vokal
- Bunyi diftong
2. Setiap huruf membawa bunyi yang sama, sama ada
berada di awal, tengah atau akhir kata.
3. Sebutan perkataan pinjaman berasaskan ejaannya.

-Intonasi ialah nada suara tinggi dan rendah sewaktu
menuturkan perkataan atau ayat.
-intonasi memainkan peranan dalam pembentukan makna
perkataan atau ayat.
- Antara faktor-faktor yang berkait rapat dengan intonasi
adalah seperti berikut:
Panjang pendek contoh; sebutan ship dengan
sheep.
Tekanan contoh; sebutan export dengan ex port.
Tona (terdapat dalam bahasa Cina, Thai,
Vietnam, Laos, Kampuche).
Hentian contoh; sebutan belikan tin dengan beli
kantin.
Konstituen terdekat (untuk ayat sahaja) contoh;
susunan frasa makan nasi ayam di bawah
rumah dibacakan sama ada makan nasi + ayam
di bawah rumah, atau makan nasi ayam + di
bawah rumah.
10.1.3 Kosa Kata dan Peribahasa
-penguasaan kosa kata dan peribahasa ini dikaitkan dengan
ilmu sosiolinguistik iaitu satu cabang ilmu yang
membincangkan penggunaan bahasa dalam konteks sosial.
a. Kosa kata
Kosa kata bermaksud perkataan-perkataan atau istlah yang
mempunyai fungsi tertentu dalam kemahiran berbahasa.
-Penguasaan yang baik dalam aspek kosa kata ini akan
membantu seseorang dalam kemahiran berbahasa yang
lain.
-Dalam kemahiran menulis misalnya, pengetahuan yang
luas dalam kosa kata akan memudahkan seseorang
menyatakan maksud atau perasaan dalam tulisannya.
-Secara umumnya penguasaan kosa kata ini meliputi
pengetahuandan fakta tentang perkara-perkara yang berikut:
i. Perkataan seerti (sinonim) meninggal dunia, mati,
mangkat, wafat.
ii. Perkataan berlawanan (antonim) putih/hitam,
kecil/besar, panjang/pendek.
iii. Perkataan banyak makna daki badan/daki bukit,
masak nasi/sudah masak.
iv. Perkataan fungsi khas seperti penjodoh
bilangan, kata rujukan kehormat.
b. Peribahasa
Dalam budaya Melayu, peribahasa mempunyai peranan
sebagai:
i. Bahan pengajaran yang mengandungi nasihat dan
pedoman.
ii. Gambaran kehidupan masyarakat Melayu
tradisional.
iii. Teguran dan sindiran yang halus serta sopan.
Berdasarkan bentuk dan fungsinya, peribahasa dapat
dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:
Simpulan bahasa
Perumpamaan
Pepatah
Perbilangan
Bidalan
Lidah pendita
Tamsil
Ibarat