Anda di halaman 1dari 6

Adakah Kejuruteraan Genetik (KG) Selamat?

by Pesticide Action Network Asia & The Pacific



KG: Kelemahan-Kelemahan Asas
Kurangnya Maklumat
Tiada kajian jangka panjang yang berkecuali mengenai keselamatan produk makanan atau
tanam-tanaman yang dihasilkan melalui Kejuruteraan Genetik. Hampir kesemua maklumat dan
kajian yang sedia ada adalah daripada industri yang mempromosikan produk dan tanam-tanaman
tersebut.
Teknologi Yang Tidak Tepat
Kejuruteraan Genetik boleh mengubah gen dari satu organisma ke organisma yang lain. Gen
boleh dipotong dengan tepat dari DNA sesuatu organisma, tetapi jurutera genetik tersebut tidak
tahu (walaupun jika dia tahu) di mana gen tersebut akan dimasukkan ke dalam DNA organisma
penerima, dan mereka juga tidak sedar akibat yang mungkin berlaku. Menurut seorang ahli sains
gen yang terkemuka:
Bayangkan seseorang sedang memanah kepada sasarannya. Sekarang tutup mata orang yang
sedang memanah itu, dan begitulah realiti mengenai seorang jurutera genetik yang sedang
melakukan pemindahan gen.
Kesan Sampingan
Gen baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak dirancang. Gen menghasilkan protein, yang
biasanya mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Di dalam organisma yang berlainan, protein baru
ini boleh jadi mengubah sifat dan menghasilkan kesan baru atau kesan tambahan yang tidak
disengajakan atau diramal. Ahli-ahli sains tidak cukup pengetahuan mengenai sistem kehidupan
untuk melakukan pembedahan DNA tanpa menyebabkan mutasi dan perubahan dalam organisma
tersebut, yang mana ia boleh mendatangkan kesan buruk.
Kegagalan Tanaman Yang Meluas
Kejuruteraan genetik dijalankan untuk membuat duit dengan pempatenkan benih yang dihasilkan
melalui kejuruteraan genetik. Ini bermakna, apabila peladang menanam benih-benih ini, kesemua
benih adalah sama, tidak seperti tanaman biasa yang lain. Akibatnya, jika kulat, virus atau
haiwan perosak tertentu menyerang tanaman ini, keseluruhan tanaman akan gagal.
Ancaman Kepada Keseluruhan Sistem Makanan Manusia
Serangga, burung dan angin boleh membawa benih-benih KG ini ke ladang berhampiran
dan tempat-tempat yang lebih jauh lagi. Apabila tumbuhan transgenik ini didebungakan,
persenyawaan silang boleh berlaku di antara tumbuhan yang asal dari segi genetiknya dan
tumbuhan liar yang sama jenis dengannya. Kesemua tanaman, samada organik atau tidak
organik, adalah terdedah kepada pencemaran gen ini.
Masalah Kesihatan
Tiada Ujian Keselamatan Jangka Panjang
Kejuruteraan genetik mengubah sifat asli makanan yang kita makan. Tanpa ujian jangka
panjang, tiada siapa tahu jika makanan ini selamat. Contohnya, kesan sampingan racun
serangga hanya diketahui setelah 20 tahun ia digunakan.


Toksin
Kejuruteraan genetik boleh menyebabkan mutasi pada sesuatu organisma, yang boleh
menghasilkan toksin atau racun baru dan tinggi parasnya dalam makanan.

Di United Kingdom, penyebab utama kontroversi mengenai kesan buruk daripada
kentang KG terhadap kesihatan manusia mendedahkan bahawa tikus-tikus yang diberi
makan kentang ini mengalami kerosakan teruk pada sistem imunisasi dan organ-organ
penting mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa susu daripada lembu-lembu yang disuntik dengan
hormon tumbesaran bovin KG (di Amerika Syarikat) mungkin menyumbang kepada
meninggikan risiko barah buah dada pada wanita dan barah prostat pada lelaki.


Reaksi Alahan
Kejuruteraan genetik juga boleh menghasilkan agen penyebab alahan pada makanan.
Kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli sains di University of Nebraska menunjukkan
bahawa kacang soya KG yang dihasilkan supaya mengandungi protein yang biasa
terdapat pada kacang Brazil menyebabkan reaksi alahan kepada mereka yang alah kepada
kacang Brazil.
Virus

Apabila tanam-tanaman yang dihasilkan secara genetik untuk melawan virus tertentu
dijangkiti virus lain, sejenis virus baru yang boleh mengubah ciri-ciri dan sifat biologi
perumah tersebut boleh terhasil.


Bakteria Tahan Antibiotik
Jurutera genetik menggunakan gen yang tahan antibiotik untuk menanda gen yang
dimasukkan untuk membantu mengenalpasti tanaman KG. Gen-gen ini mungkin diserap
oleh bakteria dan bakteria itu tidak akan alah kepada antibiotik itu lagi. Ini boleh
menyumbang kepada bertambahnya jumlah bakteria dan virus yang tahan antibiotik.


Nilai Khasiat Berkurangan
Dalam kes-kes tertentu, kandungan khasiat dalam tanaman KG boleh berubah. Makanan
transgenik mungkin mengelirukan pengguna, kononnya ia lebih segar dan lebih
berkhasiat. Contohnya, tomato merah yang kelihatan segar dan ranum boleh jadi telah
dipetik beberapa minggu sebelumnya dan telah kurang kandungan khasiatnya.


Masalah Tidak Dapat Dikesan
Tanpa label yang sepatutnya, agensi yang mengawasi kesihatan awam tidak mampu
mengesan punca masalah yang timbul. Akibatnya, tragedi boleh berlaku dan ini amat
menakutkan.
Pencemaran Alam
Bertambahnya Penggunaan Racun Rumpai
Lebih 50 peratus daripada tanaman yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat telah dicipta
sedemikian rupa supaya ia tahan racun. Akibatnya, para peladang yang tahu bahawa
tanaman mereka dapat melawan racun akan menggunakannya dengan sewenang-
wenangnya.


Lebih Banyak Racun Serangga
Tanaman kini juga dicipta untuk menghasilkan racun serangganya sendiri. Dengan ini,
bilangan serangga yang tahan racun akan bertambah. Strategi ini akan menyebabkan
bertambahnya kandungan racun serangga di ladang-ladang dan di dalam makanan kita,
yang mana ia boleh membahayakan kesihatan manusia.


Kerosakan Ekologi
Pengaruh organisma yang diubah secara genetik di dalam rantai makanan boleh
merosakkan ekologi setempat, dan menyebabkan perubahan yang tidak dijangka pada
alam sekitar. Organisma-organisma baru akan bersaing dengan jayanya dengan tumbuhan
liar sejenisnya dan ada kemungkinan tumbuhan liar ini akan pupus.

Apabila tanaman KG ditanam dekat dengan tumbuhan liar sejenisnya yang aktif,
penyebaran gen dari satu pokok ke pokok lain melalui pendebungaan silang sukar
dielakkan. Menurut laporan, penyebaran gen seperti inilah yang telah menghasilkan
tumbuhan kanola transgenik di Eropah dan Kanada. Kajian yang perlu untuk mentaksir
kesan yang boleh berlaku akibat pendebungaan silang ini tidak pula dijalankan.
Ada juga kesan-kesan buruk daripada tanaman KG ke atas spesis lain, contohnya
kebimbangan mengenai kesan tanaman KG pada alam sekitar bertambah apabila rama-
rama didapati mati selepas menghisap madu rumput yang tercemar dengan debunga
jagung hasil kejuruteraan genetik.
Pencemaran Gen Tidak Boleh Dibersihkan
Sekali organisma, bakteria dan virus KG disebarkan ke alam sekitar, adalah mustahil
untuk mengumpul atau menariknya kembali. Kesan negatifnya tidak dapat diubah.


Kesan Ke Atas Industri Pertanian Dan Peladang
Tanaman dan makanan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik mempunyai risiko
tinggi ke atas kesihatan dan alam sekitar, malah ia juga menyusahkan para peladang.
Masalah-masalah yang timbul termasuklah:


Kehilangan Pasaran
Dengan bertambahnya jumlah pengguna yang menolak makanan hasil kejuruteraan
genetik kerana kesan yang mungkin timbul kepada kesihatan dan alam sekitar, para
peladang kini kehilangan pasaran. Mereka juga terpaksa menanggung beban kewangan
dan logistik untuk menjalankan ujian dan pengasingan tanaman KG yang telah mereka
setujui dengan syarikat yang menjanjikan hasil dan keuntungan yang lebih besar.


Hilang Kebebasan
Tanaman KG memberikan pihak syarikat kuasa mengawal benih, dan dengan itu ia juga
mempunyai kuasa ke atas peladang. Di seluruh dunia, kira-kira 1.4 bilion peladang
menyimpan benih, menanam semula, meniagakan dan berkongsi benih itu dengan
peladang lain, serta membiakkan benih itu untuk menghasilkan tanaman yang sesuai
dengan keadaan setempat. Sebaliknya, benih-benih KG adalah dilesenkan, biasanya
untuk satu musim. Peladang boleh makan atau menjual hasil tuaian mereka, tetapi tidak
boleh menggunakan benih yang dihasilkan semula oleh tanaman itu.

Malah, Monsanto, sebuah syarikat multinasional yang terlibat dalam bidang pertanian,
telah mengambil tindakan undang-undang ke atas beratus-ratus orang peladang untuk
mengukuhkan penguasaan mereka ke atas bagaimana benih-benih itu digunakan.
Teknologi baru yang sedang dibangunkan akan membenarkan sekatan ini, yang akan
dikuatkuasakan secara biologi.

Teknologi KG "Pembunuh" Dan "Pengkhianat"
Di negara-negara maju, syarikat-syarikat TNC menghendaki para peladang menandatangani
kontrak bagi benih-benih KG yang mereka beli dan bahan kimia yang diperlukan. Walaupun
kontrak seperti ini tidak dikuatkuasakan di negara-negara membangun (kerana masalah polisi
mengenai perjanjian seperti ini), syarikat-syarikat ini menggunakan cara jahat yang lain untuk
menjerat para peladang menggunakan benih-benih KG. Ini termasuklah mencipta benih yang
menghasilkan tanaman yang mandul atau mengawal sifat-sifat genetiknya melalui bahan kimia.

Teknologi "Pembunuh" Teknologi Pengkhianat
Generasi baru teknologi Pembunuh berfungsi dengan cara mengawal tanaman KG. Benihnya
hanya akan tumbuh jika disembur dengan bahan kimia yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat
tertentu. Ada juga teknologi untuk mengawal proses lain seperti proses percambahan, penunasan,
pengeluaran bunga, penghasilan buah dan sebagainya.