Anda di halaman 1dari 2

MACAM BIASA

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,



Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan
BATU LINTANG 2013 pada malam ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah
, dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui
permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan
kecemerlangan .


Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk
kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi
membangunkan dan memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana
kecemerlangan pendidikan negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik , kakitangan sekolah dan ibu
bapa pelajar di sekolah ini, agar menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak
didik kami sebagai matlamat kami yang utama dan bersama .

Amin Ya Rabbalalamin

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi
menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup
alaf baru .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara
melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar
kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila
mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati
. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara
daripada mara bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai