Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 1: Tuliskan satu esei pendek mengenai satu isu alam sekitar yang terdapat di

Negara kita. Berikan huraian berserta contoh, punca dan cara mengatasi.
Alam merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada rakyat semua negara
di dunia ini. Malangnya, hari demi hari alam mengalami pencemaran dan pemusnahan yang
berterusan. Pencemaran alam sekitar menjadi isu yang kian membimbangkan masyarakat
dunia.
Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat
tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai
bencana. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar
alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan
alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah
keadaan pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di bandar, banjir kilat,
pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih. Selain itu, penebangan hutan
tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.
Perkembangan sektor perindustrian sebenarnya telah dikenal pasti sebagai punca
utama berlakunya pencemaran udara. Pembakaran bahan-bahan api seperti arang batu dan
petroleum yang mengeluarkan asap tebal berwarna hitam mencemarkan udara. Fenomena
ini bertambah buruk apabila pihak pengilang tidak memasang alat penapisan pada corong-
corong asap. Di samping itu, pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai oleh sektor
perkilangan menyebabkan sungai-sungai di negara kita terus tercemar.
Pencemaran alam sekitar juga disebabkan kurangnya kesedaran sivik dalam
kalangan masyarakat. Perbuatan anggota masyarakat membuang sampah di merata-rata
tempat bukan sahaja mencacatkan keindahan negara malah mengotorkan persekitaran kita.
Masyarakat yang membuang ribuan tan sampah sehari tanpa memikirkan jalan untuk
melupuskan sampah menyebabkan kediaman kita seolah-olah dalam longgokan sampah.
Keadaan seperti ini sudah tentu menimbulkan bau yang kurang menyenangkan serta
mendedahkan masyarakat kepada penyakit berjangkit.
Sebagai contohnya pencemaran air adalah salah satu isu pencemaran di Malaysia.
Sumber air adalah suatu khazanah yang sangat berharga kepada semua kehidupan dimuka
bumi ini kerana ianya merupakan sumber keperluan harian manusia (Satish 2003) seperti
kegunaan domestik, untuk makan dan minum, mandi, memasak dan banyak lagi. Sumber
air yang banyak ini sesungguhnya telah memberikan banyak kebaikan untuk kehidupan
hidupan di muka bumi terutama sekali kepada manusia. Tetapi masalahnya sekarang
adalah, adakah manusia menggunakan sumber air ini dengan cara yang bijak dan terjaga
serta apakah isu-isu yang timbul akibat daripada pencemaran sumber air yang ditimbulkan
oleh manusia itu sendiri?
Pencemaran air merupakan suatu fenomena yang sudah sebati dengan penduduk di
bumi terutama sekali di Malaysia. Pencemaran boleh dikategorikan kepada dua bahagian
aiitu pencemaran punca bertitik dan punca pencemaran tidak bertitik.Seperti yang kita sedia
maklum, kita memperolehi sumber air kebanyakkannya daripada sungai-sungai. Sungai
merupakan elemen yang sangat penting dalam sejarah tamadun manusia. ( Mohd Zuhaimi,
2007). Sungai-sungai yang mengalirkan air ini adalah salah satu sumber air yang penting
dan disalurkan ke setiap rumah, bangunan, kawasan-kawasan tertentu dan banyak lagi.
Pencemaran air yang berlaku telah menyebabkan sesetengah kawasan mengalami masalah
bekalan air. Penyumbang kepada berlakunya masalah air ini adalah manusia itu sendiri.
(Abdullah, 2004)
Air boleh dikatakan telah tercemar apabila berlakunya penurunan ke atas kualiti air
yang sedia ada dan berlaku perubahan dari sgi fizikal air iaitu warna pada air, dari segi
biologi iaitu hidupan akuatik di dalam air/ sungai dan dari segi kimia iaitu kandungan nutrient
atau plankton di dalamnya. Menurut jabatan alam sekitar, sumber ini di katakana
mengalami pencemaran apabila berlakunya sebarang perubahab secara langsung atau
sebaliknya dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia dan sumber ini
tidak sesuai untuk kegunaan harian manusia.
Menurut UNESCO pula mendefinisikan pencemaran air sebagai satu pelemahan ke
atas fungsi air yang meninggalkan kesan negatif terhadap penggunaannya. ( Kementerian
Kewangan Malaysia 1977, Dalam Laporan Penyelidikan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
Dan Hamidi Ismail, 2001). Pencemaran sumber air ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian
aktiviti manusia termausklah pelepasan dari industri-industri yang berasaskan pelbagai jenis
pencemar termasuklah bahan organik, bahan kimia dan juga pencemar fizikal. (Shamsudin,
2005).
Isu yang sering dibahaskan dan diberikan perhatian yang berkaitan dengan sumber
air ini adalah keadaan sungai yang ada di Malaysia kini. Sebagai contohnya disini, di
Selangor sahaja, ada 26 batang sungai utama yang menjadi sumber air kepada penduduk di
sekitar Lembah Klang dan didapati hanya lapan batang sungai sahaja yang dikategorikan
sebagai bersih manakala tujuh lagi sungai yang lain diketegorikan sebagai sungai yang mati
dan selebihnya pula sederhana tercemar. (Haliza, 2007)
Pada tahun 2007 pula, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mendapati
bahawa sebanyak 16 batang sungai di dalam Malaysia ini dikategorikan sebagai tercemar
dan hampir mati. Antara sungai yang didapati mengalami keadaan tersebut ialah sungai
yang berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor. (Utusan Malaysia, 4
Februari 2007).
Punca-punca pencemaran air:
a) pembuangan sampah sarap
Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan
perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan tidak bertanggungjawab
penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang membuang sampah sarap telah
menyebabkan pencemaran air yang serius.
b) sisa toksid dari sektor kilang
Antara punca utama pencemaran air sungai ialah pembuangan sisa toksid dari kilang.
Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang memproses getah dan minyak
kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa
toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam
sungai.
c) sisa domestic
Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan setinggan
sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan tandas tradisional yang
menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga menyumbang kepada
pencemaran air sungai.
d) tumpahan minyak
Pembersihan kapal perikanan yang membuang minyak diesel ke sungai juga telah
menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk dibuang ke dalam sungai. Ini
juga menyebabkan pencemaran air. Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan
kawasan pelantar minyak di perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga
menyebabkan pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga terancam.
e) aktiviti pembinaan
Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga
menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki sungai terutamanya
ketika hujan lebat. Ini telah menyebabkan sungai tercemar dengan lumpur dan menjadi
cetek. Akhirnya akan berlaku banjir.
Langkah-langkah mengatasi pencemaran air ialah elakkan pembuangan sisa-sisa
makanan dan organik ke dalam longkang. Cara praktikal yang boleh dilakukan ialah
menanam sisa-sisa makanan di tapak yang sesuai. Kawasan yang dianggap sesuai
mestilah terletak agak jauh dari sungai-sungai atau di mana-mana punca air.Ini bagi
mengelakkan proses larut resap yang juga boleh mengakibatkan pencemaran. Hal ini dapat
mengelakkan penyumbatan sistem pengaliran longkang, pembiakan lalat dan bakteria serta
banjir
Tindakan yang mudah melibatkan penguatkuasaan peruntukan perundangan. Akta
ini boleh menekankan hukuman yang lebih berat terutama kadar denda yang tinggi
bersama-sama penjara yang panjang tempohnya itu. Jelaslah, hukuman yang sebegini
boleh menakutkan masyarakat kita.
Selain itu, pihak berkuasa bolehlah menjalankan kempen kesedaran tentang
kepentingan menjaga air sungai daripada tercemar ini. Masyarakat terutama generasi muda
akan memahami sebab mereka harus menjaga kualiti air di negara ini apabila melihat
informasi kempen tersebut. Lantaran itu, lebih banyak kempen perlu dilaksanakan oleh
kerajaan untuk mendapat reaksi positif daripada masyarakat terhadap isu sungai ini.
Langkah terakhir dalam usaha menjaga sungai melibatkan tindakan menghalang
pembalakan di kawasan hutan terutama di kawasan hulu sungai itu. Lama-kelamaan aktiviti
pembalakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan banyak lumpur dan mendapan lain
masuk ke dasar sungai itu. Sesungguhnya, tindakan mengawal pembalakan boleh
menjadikan kualiti sungai kita menjadi lebih baik berbanding sekarang.
Kesimpulannya, semua kaedah tadi berupaya untuk memulihkan semula imej sungai
kita yang tercemar teruk itu. Semua pihak terutama remaja perlulah melihat kemelut ini
sebagai satu isu yang serius pula. Slogan cintailah sungai harus tersemat dalam jiwa rakyat
di negara ini yang cinta akan keindahan flora dan fauna.