Anda di halaman 1dari 12

QGJ3033

SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

JENIS TUGASAN :
ARTIKEL ILMIAH

TAJUK:
KEPENTINGAN BIDANG SENI DAN KEBUDAYAAN TERHADAP PEMBANGUNAN
TINGKAH LAKU PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA:
NO. MATRIK
KUMPULAN
NAMA PENSYARAH E-LEARNING
NO TELEFON PELAJAR

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENDAHULUAN

2.0

DEFINISI SENI DAN KEBUDAYAAN

3.0

FUNGSI SENI DAN KEBUDAYAANDALAM MASYARAKAT

4.0

SUMBANGAN SENI DAN KEBUDAYAAN

5.0

PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI SENI DAN

KEBUDAYAAN DI SEKOLAH

6.0

KEPENTINGAN AKTIVITI SENI DAN KEBUDAYAAN

10

TERHADAP PERKEMBANGAN DOMAIN PSIKOMOTOR,


KOGNITIF DAN AFEKTIF MURID

7.0

PENUTUP

12

8.0

RUJUKAN

13

KEPENTINGAN BIDANG SENI DAN KEBUDAYAAN TERHADAP PEMBANGUNAN


TINGKAH LAKU PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA

1.0

PENDAHULUAN

Setiap negara memiliki seni dan kebudayaannya yang tersendiri. Hal ini termasuklah negara
Malaysia, di mana setiap rakyatnya mewarisi warisan seni serta kebudayaan yang pelbagai dan
berbeza-beza. Seni dan kebudayaan amat berkait rapat dengan identiti, ideologi dan amalan
seharian lapisan masyarakat. Kepelbagaian ini secara tidak langsung akan membentuk cara hidup
yang kelihatan unik. Terdapat beberapa kategori aktiviti seni dan kebudayaan iaitu seni suara,
seni gerak, seni rupa dan permainan tradisional.

2.0

DEFINISI SENI DAN KEBUDAYAAN

Menurut Kamus Dewan, seni dapat ditakrifkan sebagai suatu bentuk karya seperti pantun,
ukiran, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat yang tersendiri. Kesenian pula
bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan keindahan dan ketelitian penciptaan sesebuah
karya tersebut. Menurut Edward B. Tylor, kebudayaan pula merupakan keseluruhan yang
kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum,
adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang dimiliki oleh seseorang sebagai anggota
masyarakat. Oleh itu, kesenian telah menjadi identiti serta amalan yang penting kepada
penerapan kebudayaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sejak dari zaman dahulu lagi.
Dengan wujudnya kepelbagaian dalam warisan kesenian dan kebudayaan ini, nama Malaysia
semakin terkenal di mata dunia.

3.0

FUNGSI SENI DAN KEBUDAYAAN DALAM MASYARAKAT


3

Sejak dari dahulu lagi, aktiviti seni dan kebudayaan telah memainkan peranan yang amat penting
dalam pembentukan jati diri masyarakat Malaysia. Terdapat beberapa fungsi dengan kewujudan
pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia. Antaranya ialah;
3.1

Medium Riadah Untuk Rakyat

Aktiviti seni dan kebudayaan ini telah menjadi satu platform kepada rakyat Malaysia untuk
beriadah bersama dengan keluarga. Kesibukan yang melanda masyarakat masa kini dengan
urusan kerja telah menyebabkan ibu bapa semakin lupa tentang tanggungjawab yang perlu
ditunaikan terhadap keluarga terutamanya anak-anak. Hal ini telah menjadi batu loncatan
terhadap pembangunan program-program kesenian dan kebudayaan yang dilihat berkesan
sebagai terapi terhadap tuntutan kesibukan hidup yang menghantui masyarakat Malaysia
terutamanya di bandar-bandar besar.

3.2

Membina Kecergasan Fizikal Dan Mental

Fungsinya yang kedua ialah dapat membantu membina kecergasan fizikal serta mental
masyarakat Malaysia. Aktiviti kesenian terutamanya tarian membolehkan pengamalnya
meningkatkan kecergasan kardiovaskular serta dapat membina koordinasi tubuh badan.
Kelincahan serta pergerakan tarian tersebut dapat membakar lemak-lemak yang terkumpul di
dalam badan, seterusnya mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan seseorang.

3.3

Medium Pemupukan Amalan Keagamaan

Program-program kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan juga dilihat sebagai salah satu
medium dalam pemupukan amalan keagamaan di kalangan masyarakat Malaysia. Aktiviti seperti
marhaban serta majlis-majlis kesyukuran yang biasanya diamalkan di kampung-kampung
merupakan salah satu cabang dalam kesenian Islam yang berkait rapat dengan aktiviti
keagamaan. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memupuk masyarakat agar lebih menjiwai amalan
keagamaan dengan lebih berkesan

3.4

Medium Ritual Dalam Masyarakat

Seperti yang telah diketahui ramai, masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan amalanamalan ritual yang sesetengahnya kelihatan pelik serta kompleks berdasarkan budaya sesuatu
kaum itu. Terdapat beberapa tarian yang diamalkan oleh beberapa kaum di Malaysia yang
berkait rapat dengan amalan ritual seperti tarian Mak Yong, Sumazau dan Ngajat. Oleh itu,
tarian-tarian yang berunsur kesenian dan kebudayaan seperti ini telah menjadi salah satu medium
ritual yang telah lama diamalkan oleh pelbagai suku kaum di Malaysia.

4.0

SUMBANGAN SENI DAN KEBUDAYAAN

Bidang seni dan kebudayaan juga dilihat dapat menyumbang kepada beberapa kesan positif
terhadap kecergasan fizikal, perpaduan kaum serta ekonomi masyarakat di Malaysia.

4.1

Kecergasan Fizikal

Dalam kehidupan seharian, kecergasan merupakan aspek penting bagi membolehkan seseorang
bergerak dan melakukan aktiviti seharian dengan baik. Kehidupan yang aktif dari segi fizikal
adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan individu. Menurut Prentice (1994),
kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa
rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan
aktiviti riadah. Atas sebab itu, permainan tradisional seperti sepak raga dapat membantu
seseorang untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular bagi kekal sihat. Pergerakan yang
berlaku dapat membantu membakar lemak-lemak yang terkumpul di dalam badan, selain dapat
membantu jantung mengepam darah dengan lancar ke seluruh bahagian badan.
4.2

Perpaduan Kaum

Kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010) memperakui bahawa


peranan seni dan budaya mampu menyumbang ke arah membangun individu secara total,
mempererat perpaduan serta mempertingkat kualiti hidup melalui penglibatan aktif semua
golongan dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan. Ianya turut mewujudkan kesedaran dan
5

penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan budaya negara. Menurut Kamus Dewan,
perpaduan bermaksud penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu.
Oleh itu, upacara yang berkait rapat dengan kesenian dan kebudayaan mampu mewujudkan
persefahaman dan kekuatan kerjasama yang utuh di kalangan masyarakat. Contohnya seperti
kesenian dan kebudayaan Melayu seperti tarian Mak Yong yang bukan sahaja tinggi nilai
estetikanya, tetapi juga dapat memperkukuh perpaduan bangsa Melayu sekiranya penglibatan
secara serius dan bersungguh-sungguh dapat dilakukan melalui medium ini. Hal ini kerana
aktiviti-aktiviti seperti ini akan melibatkan ramai pihak dan bukannya tanggungjawab seorang
individu sahaja. Penglibatan ramai secara tidak langsung akan menganjurkan perpaduan melalui
aktiviti gotong-royong, pertukaran idea-idea yang bernas serta persefahaman yang kuat agar
aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar dan tersusun.

4.3

Bidang Ekonomi

Aktiviti kesenian dan kebudayaan juga dapat membantu memacu pertumbuhan ekonomi
masyarakat Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui penghasilan pelbagai produk kesenian serta
kraftangan yang giat dijalankan di desa-desa bagi dipasarkan di pasaran tempatan. Terdapat
beberapa jenis seni rupa yang terdapat di Malaysia yang dilihat berpotensi untuk dimajukan bagi
membantu mempertingkat ekonomi masyarakat Malaysia. Pertamanya ialah seni ukir. Seni ukir
merupakan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir seperti ukiran
yang dibuat pada kayu-kayan bagi menghasilkan perabot-perabot rumah. Kedua ialah seni
kraftangan yang merupakan hasil seni yang dicipta untuk kegunaan seharian. Proses penciptaan
produk kraftangan memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang tinggi agar unsur-unsur
kesenian dapat dihasilkan bagi sesuatu barangan. Contoh barangan kraftangan yang begitu
popular dan mendapat sambutan orang ramai adalah seperti tudung saji dan tikar mengkuang.
Produk-produk yang dihasilkan ini dilihat mampu untuk menambah pendapatan sampingan
masyarakat melalui tarikan-tarikan pelancong yang datang ke Malaysia. Hal ini turut dapat
menjana ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh.

5.0

PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI SENI DAN KEBUDAYAAN DI


SEKOLAH

Penglibatan murid dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan adalah penting dan tidak boleh
dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Terdapat beberapa aktiviti kesenian dan kebudayaan
yang dijalankan di Sekolah Seri Pasir Puteh (SKSPP). Antaranya ialah;

5.1

Sepak Raga/Sepak Takraw

Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan Permainan ini telah
wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia bertujuan untuk
menguji kecekapan pemain untuk menyepak, menanduk, mendada atau menimang bola raga
menggunakan peha dari menghalangnya jatuh ke tanah. Sepak raga dimainkan dalam bulatan
oleh beberapa orang. Namun pada masa kini, permainan sepak raga telah bertukar ganti dengan
permainan yang kian semakin popular di kalangan rakyat iaitu sepak takraw. Di SKSPP,
penglibatan dan sambutan murid terhadap sukan sepak takraw amat baik sekali. Sepak takraw
pula merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianngotai oleh tiga
orang bagi setiap regu. Sukan ini akan dimainkan di dalam gelanggang seperti gelanggang
badminton. Pada mulanya, para pelajar akan diajar dengan teknik-teknik asas seperti menimang
bola menggunakan kaki, paha, kepala dan dada. Selepas menguasai teknik-teknik tersebut,
pelajar akan diajar pula menguasai teknik untuk melakukan servis serta menyambut hantaran
lawan. Kebiasaannya, teknik libasan tidak akan diajarkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah
kerana ianya boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada mereka.
5.2

Congkak

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai
aktiviti dalaman mahupun pertandingan. Permainan ini lazimnya menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas tanah. Buah congkak pula biasanya menggunakan guli atau biji
getah. Permainan ini dikatakan berasal dari negara Afrika dan Arab. Permainan congkak
melibatkan pengiraan. Kelebihan mengumpul mata adalah matlamat utama permainan ini.
Pelajar yang bijak mencongak akan dapat memenangi permainan ini dengan mudah. Permaianan
7

ini akan melibatkan dua orang pelajar. Berikut merupakan peraturan asas dalam permainan
congkak. Antaranya ialah;
i.

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan


dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing
dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

ii.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu
pusingan.

iii.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.


Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.

iv.

Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran


berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.

v.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap
'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang
kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Pemenang akan dikira berdasarkan bilangan buah congkak terbanyak di akhir permainan.
Sekiranya bilangan buah congkak adalah sama banyak (seri), maka bilangan rumah terbakar
yang terbanyak akan diambil kira untuk menentukan kemenangan.
8

5.3

Permainan Layang-layang

Permainan layang-layang juga terkenal sebagai salah satu permainan tradisional. Perkataan
layang-layang lebih sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung
Malaysia seperti Selangor dan Johor. Secara umumnya, layang-layang di negeri ini terbahagi
kepada beberapa kategori iaitu layang-layang laga dan layang-layang hiasan. Musim permainan
layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah hampar sama dengan
negeri-negeri di Utara iaitu selepas musim menuai padi. Namun begitu, para pelajar di SKSPP
lebih didedahkan dengan layang-layang hiasan. Satu pertandingan untuk menghias layang-layang
akan dianjurkan oleh pihak sekolah. Para pelajar akan dikehendaki untuk mengaplikasikan hasil
pembelajaran Pendidikan Seni Visual untuk menghias layang-layang masing-masing dengan
cantik. Para pelajar akan menggunakan daya imaginasi dan kreativiti masing-masing untuk
menghasilkan layang-layang yang bercorak serta berwarna warni. Pelajar yang dapat
menghasilkan layang-layang yang memiliki corak yang menarik akan diberikan hadiah sebagai
mengiktiraf kemahiran dan hasil kerja tangan mereka sendiri.

6.0

KEPENTINGAN

AKTIVITI

SENI

DAN

KEBUDAYAAN

TERHADAP

PERKEMBANGAN DOMAIN PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN AFEKTIF


MURID
Pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan telah dianjurkan di sekolah-sekolah pada setiap tahun.
Aktiviti-aktiviti ini akan diselaraskan di sekolah bagi menyedarkan para pelajar akan faedahfaedah program kesenian dan kebudayaan terhadap pembangunan kesihatan, sosial, psikologi
serta pendidikan. Dengan menyertai dan mengikuti program-program yang telah dirancang
dengan bersistematik, domain psikomotor, kognitif dan afektif dapat dibangunkan di kalangan
pelajar untuk mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang sihat.
6.1

Domain Psikomotor
9

Domain psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu
dihasilkan. Terdapat beberapa prinsip asas dalam domain psikomotor seperti kekuatan,
kelenturan, daya tahan kardiovaskular, ketangkasan dan kelajuan. Penguasaan kecergasan fizikal
yang baik boleh meningkatkan keupayaan seseorang pelajar untuk melakukan aktiviti seharian
dengan lebih efisien tanpa rasa penat yang melampau. Oleh itu, aktiviti seni dan kebudayaan
dapat menyumbang ke arah pertumbuhan fizikal, mental serta emosi yang baik. Ianya juga dapat
menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap dan
pengetahuan serta amalan kesihatan dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti seni dan
kebudayaan yang dapat membangunkan domain psikomotor pelajar ialah melalui permainan
tradisional seperti sepak raga dan gasing.

6.2

Domain Kognitif

Domain kognitif pula melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta
mengintepretasi. Dalam erti kata lain, pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran
yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.
Pengetahuan dalam bidang seni dan kebudayaan membolehkan program sukan sepanjang hayat
dan rekreasi dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Sebagai contoh, aktiviti mengukir.
Selepas menyertai aktiviti mengukir, pelajar akan dapat mempelajari cara dan teknik untuk
mengukir dengan baik. Kefahaman terhadap teknik untuk mengukir akan membawa kepada
pelaksanaan aktiviti yang lebih cekap dan berkesan. Tambahan, pengetahuan tentang disiplin
untuk mengukir juga dilihat penting agar dapat menjadikan aktiviti yang disertai tersebut
menjadi lebih menarik dan berfaedah. Aspek berfikir seperti daya imaginasi dan kreativiti
haruslah diterapkan dalam aktiviti tersebut.

6.3

Domain Afektif

Matlamat utama penglibatan pelajar dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan adalah untuk
mempertingkat perkembangan seseorang individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan
individu lebih kepada melibatkan pembentukan sikap, emosi, apresiasi serta sahsiah seseorang.
10

Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan individu yang lain.
Ia juga memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan
yang akrab akan terjalin ketika melakukan sesuatu aktiviti. Aktiviti kesenian dan kebudayaan
perlu menekankan nilai-nilai yang baik seperti bekerjasama, percambahan idea, saling
menghormati serta mengiktiraf sumbangan. Emosi merupakan suatu elemen yang penting dalam
perkembangan

kanak-kanak

melalui

penglibatan

dalam

sesuatu

aktiviti.

Contohnya,

persembahan tarian asli seperti zapin akan membentuk persefahaman peranan di kalangan
pesertanya secara dalaman mahupun luaran. Atas sebab itu, medium kesenian dan kebudayaan
dapat membantu pelajar dalam pembangunan sosial dan menghindarkan diri dengan gejala-gejala
yang tidak sihat seperti melepak, mencuri dan sebagainya.

7.0

PENUTUP

Secara tuntasnya, aktiviti kesenian dan kebudayaan merupakan satu medium yang penting dalam
pembentukan modal insan yang berkualiti dan lebih berdaya saing menuju negara Malaysia
berstatus maju seterusnya mencapai matlamat Dasar Wawasan 2020. Hal ini kerana aktivitiaktiviti kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan akan dapat merangsang pembangunan
psikomotor, kognitif dan afektif para pelajar di Malaysia yang merupakan modal insan yang
ingin dibentuk untuk membina masyarakat akan lebih sejahtera dengan pemupukan nilai-nilai
murni seperti semangat kerjasama dan pertukaran idea-idea yang sihat. Secara tidak langsung,
ianya juga dapat memacu ekonomi negara ke arah satu tahap yang lebih mapan.

11

8.0

RUJUKAN

Md Taff, M. A., Zakaria, J., Mohd Yasim, M. (2011) Modul Sukan Sepanjang Hayat Dan
Rekreasi. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Salleh, A. (2006). Pengurusan sukan: Aplikasi Di Malaysia (Eds). Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Salehudin, J. (2009) Kecergasan Fizikal Dalam Sukan(Eds).Selangor: Karisma Publications
Layang-layang. (2014). (Online).Available at: id.wikipedia.org/wiki/Layang-layang. (2014 April
25)

12

Anda mungkin juga menyukai