Anda di halaman 1dari 6

Kejuruteraan Genetik

Apakah kejuruteraan genetik??


Kejuruteraan genetik adalah menggabungkan 2 DNA yang berlainan untuk menghasilkan
sesuatu yang lebih baik sifat fizikalnya dan lebih resistan terhadap serangan serangga dan
penyakit.
kejuruteraan genetik tidaklah merangkumi penggabungan DNA untuk tujuan menghasilkan
baka baru yang lebih baik daripada induknya.
tetapi kejuruteraan genetik juga merupakan teknologi yang dapat menghasilkan bayi tabung uji
melalui persenyawaan tabung uji.

Manfaat kejuruteraan genetik
tidak dapat dinafikan sememangnya teknologi kejuruteraan genetik ini telah banyak membantu
wanita yang mempunyai masalah untuk hamil berpeluang mempunyai anak daripada bakanya
sendiri.
pengubahsuaian sel bakteria supaya ia berfungsi sebagai penjana protein manusia. Interferon,
sejenis protein yang digunakan untuk merawat jangkitan virus dan sesetengah barah.
hormon tumbesaran boleh dihasilkan secara sintetik, termasuk juga vaksin, protein pembeku
darah untuk penghidap hemofilia, dan enzim-enzim seperti kolesterol oksida untuk mendiagnosis
masalah metabolisme kolesterol.
terdapat peningkatan kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid, flavanoid, Vitamin
A, C dan E dalam tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik.
kaedah kejuruteraan genetik juga membantu melambatkan atau menurunkan kadar proses
pengoksidaan di samping melambatkan kerosakan yang disebabkan tindak balas kimia. Hal ini
bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan melalui proses kejuruteraan genetik
akan tahan lebih lama ketika di pasaran dibandingkan dengan sayur-sayuran atau buah-buahan
yang terhasil melalui proses tanaman secara organik.
Penemuan terbaru hasil kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa
tanaman-tanaman ladang yang diubahsuai melalui proses kejuruteraan genetik telah
menunjukkan tahap ke rintangan yang tinggi dan luar biasa terhadap racun pemusnah tumbuhan
seperti racun Herbisid, Pestisid dan lain-lain lagi.

meningkatkan pengeluaran hasil tinggi, Jelaslah kejuruteraan genetik dapat mengurangkan
kadar kekurangan makanan.
juga dapat mengurangkan isu jenayah dan sivil. Hal demikian kerana seseorang akan berfikir
panjang sebelum melakukan kejahatan kerana pihak berkuasa pasti dapat mengesan penjenayah
melalui tinggalan genetik dengan adanya teknologi kejuruteraan genetik.
Penyelidik di Universiti Michigan turut mendapati tumbuhan yang menjalani pengubahsuaian
genetik mampu melawan virus.
Kemudaratan pengaplikasian kejuruteraan genetik.
Menurut laporan di dalam berita BBC pada 27 April 2002, kajian telah dilakukan kepada ayam
dengan memberinya makan jagung yang telah diubahsuai iaitu T-25 dan jagung yang dihasilkan
secara konvensional. Keputusan menunjukkan dua ekor ayam mati apabila diberi makan jagung
T-25. Keputusan ini telah pun diperoleh pada tahun 1996 tetapi telah diabaikan sehingga
tanaman tersebut berjaya mendapat kelulusan untuk dipasarkan pada tahun tersebut. Jagung ini
dihasilkan untuk diberi makan kepada lembu yang diternak.

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVVCSMhX
Utusan Melayu (M) Bhd
Ke rintangan terhadap antibiotik mungkin boleh berlaku kerana gen yang digunakan dalam
sesetengah tanaman yang telah diubahsuai.
pengaplikasian kaedah ini akan menghasilkan tumbuhan yang mempunyai tahap ke rintangan
yang tinggi. Jika berlaku hubungan silang dengan tumbuhan yang liar, hal ini menyebabkan akan
tumbuh spesies tumbuhan liar yang memerlukan penciptaan racun yang lebih kuat untuk
menghapuskannya.
Hal ini secara tidak langsung akan membahayakan alam sekitar.
Ahli bio-kimia terkemuka, Erwin Chargoff mengatakan teknologi kejuruteraan genetik
mengemukakan ancaman besar kepada dunia selain kemunculan teknologi nuklear. Tidak seperti
bahan kimia atau nuklear, pencemaran genetik sukar dibersihkan dan kesilapan genetik akan
diperturunkan kepada semua generasi berikutnya.
Sementara saintis British, Dr. Arpad Pusztai pula menemui kesan-kesan memudaratkan ke atas
usus, badan, metabolisme dan sistem imunisasi badan pada tikus yang diuji dalam mengesan
kesan tanaman GM ke atas pemakanan binatang dan alam sekitar.
keputusan penyelidikan universiti Michigan yang menyatakan tumbuhan yang dihasilkan
melalui kejuruteraan genetik adalah mempunyai daya rintangan yang tinggi terhadap virus. Hal
ini menyebabkan virus membentuk virus yang lebih ganas dan memerlukan vaksin yang kuat
untuk mengatasinya.

Contoh, di Amerika Syarikat apabila ujian mendapati beras yang dihasilkan menerusi teknologi
kejuruteraan genetik (GE) lebih tercemar dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada
pengguna.
Perkara itu didedahkan pakar Biologi dan Ecological Entomologist yang juga Penyelidik
Kanan Bersekutu Institut Dasar Pengguna di Amerika Syarikat, Dr Michael K Hansen.
kejuruteraan genetik turut membawa kerugian terhadap ekonomi negara.
Bukti, industri beras di Amerika kerugian RM4.6 bilion kerana beras yang dihasilkan menerusi
kaedah GE gagal dipasarkan.

Firman Allah SWT di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-
angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang
ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya,
dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merubah nya."
Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merubah ciptaan Allah
adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana
kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan
yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada
manusia.
Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi
yang canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada
kebiasaan, maka manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan
kehendak diri sendiri. Maka timbullah isu wanita-wanita yang menawarkan diri untuk
mengandungkan anak untuk orang lain. Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak
yang cacat atau yang kurang bernasib baik sanggup memohon daripada penderma-penderma
benih yang dianggap lebih intelektual, agar dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan
akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.
Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesies-spesies
binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-
mata untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudaratkan dan
menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.

kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji yang boleh digunakan
kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh
disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu
sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil
upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di
dalam masyarakat.
Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak di batas kan, maka
bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat,
seperti anak yang mempunyai dua ibu bapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil
upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang
mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah
lagi.
Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika
berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada
menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan,
fitrah semula jadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.



Adakah perlu semua ini diabaikan dalam kita mengejar untuk memperbaiki kualiti makanan,
meningkatkan penghasilan makanan dan memperbagaikan penghasilan pertanian dengan
menggunakan teknik pengubahsuaian genetik ??

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2fVb6s9EH
Utusan Melayu (M) Bhd

rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_genetik

Kejuruteraan genetik berbeza daripada pembiakan tradisional di mana gen organisma diubah
secara tidak langsung. Kejuruteraan genetik menggunakan teknik pengklonan dan
pengubahsuaian molekular untuk mengubah struktur dan ciri gen secara langsung. Kejuruteraan
genetik telah berjaya dalam beberapa kegunaan termasuk dalam meningkatkan teknologi
tanaman, pembuatan insulin manusia tiruan dan pengeluaran tikus makmal bagi
penyelidikan kanser.








DNA dan Kejuruteraan Genetik menerangkan cara DNA berfungsi, kod dibaca dan tindakan sel
untuk membina protein. Buku ini meneroka kejuruteraan genetic dan terapi gen, iaitu bidang
paling kontroversi dalam penyelidikan sel tunjang dan pengklonan. Contoh terkini diberikan,
seperti penggunaan darah daripada tali pusat bayi untuk menyediakan sel tunjang bagi menguji
ubat-ubatan baharu.

Kesimpulannya
Setiap ciptaan manusia pasti ada kelemahannya, di sebalik kesan positifnya.
Kejuruteraan genetik tidak wajar dipraktikkan kerana mempunyai banyak memberi kesan
negatif kepada hidupan yang ada di muka bumi ini.
Islam mengharamkan manusia melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat terhadap
dirinya dan masyarakat sekelilingnya.
sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya
dengan Rasulullah S.A.W tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka
Rasulullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita
bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudaratkan kehidupan
adalah dibolehkan.
Kejuruteraan genetik jelas memberi impak negatif kepada manusia dan hidupan di muka Bumi.
Sesungguhnya sesuatu yang Allah ciptakan itu adalah sempurna.
wajarlah terdapat pihak yang tidak setuju dan menentang pengaplikasian kejuruteraan genetik
untuk melahirkan spesies baru kerana ia boleh memudaratkan manusia dan hidupan di muka
bumi.

Antara hidupan yang telah dihasilkan melalui kejuruteraan genetik
Jelaslah kejuruteraan genetik telah merubah ciptaan yang maha kuasa tanpa ada manfaatnya
Malah mengundang bencana dan mengundang kepupusan sesuatu spesies.