Anda di halaman 1dari 1

APA ITU MODEL EKONOMI BARU (MEB)

Model ekonomi baru (MEB) telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib
Razak pada persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur pada 30 Mac
2010.Menerajui Kecemerlangan Global merupakan tema bagi Invest Malaysia 2010 adalah
berpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yang berpandangan jauh serta aspirasi
yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan. Berdasarkan model ekonomi baru ini
lebih berfokuskan pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan
sederhana. Selain itu, MEB juga dapat meningkatkan daya saing Malaysia, merancakkan
pelaburan dan pertumbuhan swasta, meletakkan negara ke arah untuk mencapai tahap
berpendapatan tinggi dan membina ekonomi yang inovatif. Seterusnya model ekonomi baru
juga antara perubahan ekonomi untuk memodenkan model ekonomi demi masa depan.
Model ekonomi baru terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama bermula pada 30
Mac 2010 sementara fasa kedua selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-
10).Umum mengetahui, dasar ekonomi baru (DEB) sudah lama dihentikan pada 1990 dan
telah digantikan dengan posisi-posisi lain demi mencapai kemajuan negara Malaysia.
Matlamat MEB ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai satu negara yang
berpendapatan tinggi. Hal ini seiring dengan tujuannya yang memfokuskan untuk negara
berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan yang akan menjamin kualiti hidup
rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai