Anda di halaman 1dari 3

GARBAGE ENZYME

Hari yang indah, selain Isnin, tiada hari yg indah yg lain. Ditambah hujan ribut petir and
taufan skrg, mestila kita pun basah kuyup bila
kuar nak pegi lunch atau semasa perjalanan balik ke parking kereta. Leveettt!
Baju basah, kasut basah...bila sampai rumah yg basah basah tu nak keringkan pun berapa jam
la sgt yg tinggal utk kering.
And ini akan menghasilkan bau...ya korang..bau macham (dedicate kat one of my kawan
baik). hahahahaha. terkenang jap. anywayyy...bau itu akan ganggu kita tgk tv, lipat baju,atau
pun tgh menyapu. Leveetttt!

So hari ni segmen DIY saya akan mengajar sekalian kepoh2 kat luar utk membuat sendiri
detergent (ini lebih hebat dari Daia and Axion...atau Bang!).
Kalau korang tak caya korang buatla sebotol. Jangan lepas ni jadikan pendapatan bulanan
sudah. Thanks to me la kan. Fabulastsioty foreveh :p
Erti kata lain "Garbage enzyme" nama diberi adalah ecofriendly thing and sangat senang utk
DIY.

Apa itu "Garbage Enzyme"?

Ini mmg soalan kepoh korang pertama. Leveettt!
GE adalah adalah larutan/ramuan kompleks yang dihasilkan melalui proses
fermentasi/penapaian sisa segar dari dapur (sayur-sayuran dan buah-buahan), gula (gula
perang, gula jageri, atau molases) dan air. Warna perang tua/gelap dan tapai yang sangat
masam manis. GE juga adalah cecair pelbagai guna dan penggunaannya meliputi kegunaan di
rumah, pertanian, penternakan haiwan dan sebagainya. Haaa maha hebat tu....ilmu
ilmu...amik pen anda skrg ya kepoh2 sekalian.

Bahan-Bahan "Garbage Enzyme"

1) Bekas plastik kedap udara
2) Air
3) Sisa dapur (lebihan sayur and buah - tapi saya pilih buah2 citrus. kalau sayur tu mcm
busuk skit. ikut korangla)
4) Gula (Gula perang the best)

Langkah-langkah "Garbage Enzyme"





*Picture cortesy of enzymesos

Jangan lupa ya peram 3 bulan dulu baru leh guna. ni tak, tgk mcm sedap je cordial ni dh
bantai before fermentation. haihhhh. Utk bulan pertama, buka penutup bekas 2x sehari utk
melepaskan gas yg terhasil. Kalau tak meletopsss uols bekas tu. Bulan ke 2 dn ketiga tidak
byk sgt gas yg dikeluarkan. Kalau terlalu open sgt permukaan, kemungkinan akan ada
maggot atau lalat. Biarkan shj, kerana GE akan resolve mereka secara natureeelll nya.
Bila dh bulan 3, keluarkn hasil pemerapan dn tapis air nya utk digunakan sbg agen
pembersih!!

Ketahuila faedah faedah bagi menyelamatkan BUMI (dah dekat 2012 kan) ini adalah dengan
menghasilkan enzim yang boleh dilakukan di dapur anda.
Ganjarannya adalah kesejahteraan dan kemakmuran hidup anda akan terjamin. Daripada jadi
sampah masyarakat kan baik buat sampah enzim tak gitu? kelessss.

Kegunaan Pelbagai "Garbage Enzyme"

1) Cecair pembersih power punya untuk rumah anda
2) Utk menghilangkan sama sekali segala bau dalam rumah anda. hancing ke macham ke. bau
kentut no guarantee.
3) Sebagai agen 007..eh tak..agen pembasmi kuman juga anti virus
4) Penghalau serangga
5) Pembersih karpet / pencegah hama
6) Laundry washing and ironing. bayangkanlaa.
7) Mengemop lantai boleh
8) Buat lap2 dlm kereta
9) Utk cuci saluran2 sinki, tandas tersumbat
10) Boleh jadi baja kepada tumbuhan

Actually banyak gila. Tapi itu pun dh tk sabar dh nk buat satu almari. Leveettttt.
Saya bukan nak suruh kepoh2 boikot Giant and K4..cuma nak korang sayangi Bumi, lebih
prihatin, yang mana kita mampu buat, kita kena buat.
$$$ ni pun save jugak. At the same time enzim2 tu mengalir ke sungai sungai and laut, terus
membersihkan aliran2 yg sumbat. Aman dunia!.

"Latar belakang lagu BEP - Everybody, everybody, let's get into it.
Get stupid. Get it started, get it started, get it started"

Yeah..let's start doing now. and help pass the word around. :) xoxo.

Anda mungkin juga menyukai