Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN SENI LUKIS BELIA ASEAN BERTEMAKAN HAK ASASI MANUSIA

Latar Belakang
Pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21yang telah diadakan di Phnom Penh, Kemboja pada
November 2012, Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN telah memperakukan Deklarasi
Hak Asasi Manusia ASEAN (ASEAN Human Rights Declaration AHRD) dan Kenyataan
Phnom Penh. Antara intipati Kenyataan Phnom Penh adalah pelaksanaan penuh
kandungan AHRD untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di rantau
ASEAN.
Justeru itu, Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (ASEAN
Intergovernmental Commission on Human Rights AICHR) berhasrat untuk meningkatkan
kesedaran mengenai kepentingan mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia
serantau menerusi penganjuran Pertandingan Seni Lukis Belia ASEAN Bertemakan Hak
Asasi Manusia.

Jom Sertai Pertandingan Seni Lukis Belia ASEAN Bertemakan Hak Asasi Manusia!

Kelayakan
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 25
tahun.
Hasil Karya
Hasil karya mestilah asli dan tidak pernah dikemukakan untuk sebarang
pertandingan atau diterbitkan oleh mana-mana media sebelum ini.
Hasil karya mestilah dihasilkan pada kertas saiz A2 (satu muka sahaja) dan
berwarna.
Hasil karya mestilah dihantar dalam versi A2 dan versi soft copy/digital (resolusi
tinggi) dalam format jpeg (CD).
Bahan Mewarna
Hasil karya perlulah dihasilkan menggunakan warna air, cat akrilik, krayon atau
pensil warna.

Tema
Hasil karya mestilah berdasarkan sekurang-kurangnya salah satu Artikel yang
terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD).
Untuk maklumat lanjut mengenai Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD), sila
layari http://www.asean.org/news/asean-statement-communiques/item/asean-human-
rights-declaration
Hadiah
USD450.00 untuk pemenang di peringkat kebangsaan. Pemenang akan ditentukan
oleh panel yang terdiri daripada tiga orang yang dipilih oleh Sekretariat Pertandingan
Seni Lukis AICHR.
USD2,000.00 untuk pemenang keseluruhan di peringkat ASEAN. Wakil-Wakil AICHR
akan memilih pemenang keseluruhan daripada 10 pemenang peringkat kebangsaan
Negara ASEAN.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Jumaat, 16 Mei 2014.
Penghantaran
Sila kemukakan hasil karya anda bersama borang pendaftaran yang telah
dilengkapkan, salinan kad pengenalan anda dan borang pelepasan hak cipta yang
telah dilengkapkan kepada alamat berikut:
Kementerian Luar Negeri
No. 1 Jalan Wisma Putra
Presint 2, 62602 Putrajaya
(U.P. : Sekretariat Pertandingan Seni Lukis AICHR
Unit AICHR
Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia
Tingkat 1, Wisma Putra 1)

Penafian
Semua hasil karya yang dikemukakan merupakan hak milik Sekretariat Kebangsaan
ASEAN-Malaysia. Sila ambil maklum bahawa ASEAN akan mengekalkan hak cipta
untuk mana-mana hasil karya yang dipilih untuk tujuan Pertandingan Seni Lukis Belia
ASEAN Bertemakan Hak Asasi Manusia. AICHR juga mempunyai kuasa penuh
untuk menggunakan mana-mana hasil karya yang dikemukakan bagi penerbitan
pada masa hadapan.