Anda di halaman 1dari 1

Ana seorang murid yang baik hati. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Durian Daun.

Dia
pergi ke sekolah dengan menaiki bas.

Semasa hendak ke sekolah, Ana menunggu bas di perhentian bas. Sementara menunggu bas,
Ana membaca buku rujukan untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Selepas 10 minit
kemudian, bas itu pun tiba. Ana beratur sebelum menaiki bas walaupun ramai pelajar yang
bertolak-tolakan semasa menaiki bas. Selepas Ana mendapat tempat duduknya, dia berbual-bual
bersama seorang pelajar yang duduk bersebelahannya dengan mesra. Tidak lama kemudian, bas
tersebut berhenti untuk mengambil pelajar lain. Tiba-tiba Ana ternampak seorang pelajar yang
sedang mencari tempat duduk namun bas itu sudah penuh. Ana berasa kasihan lalu memberikan
tempat duduknya kepada pelajar tersebut. Pelajar itu mengucapkan terima kasih kepada Ana.

Selepas 20 minit berlalu, Ana sudah pun tiba di sekolahnya. Sebelum dia hendak turun dari
bas, dia mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas. Ana berhati-hati semasa dia sedang
meneruni tangga bas.


Nilai

Contoh Ayat

Berdikari

Dia pergi ke sekolah dengan menaiki bas.

menghargai masa

Semasa menunggu bas, Ana membaca sebuah buku rujukan.

mematuhi peraturan

Dia beratur sebelum menaiki bas.

semangat masyarakat

Ana berbual-bual bersama seorang pelajar yang duduk bersebelahannya
dengan mesra.

simpati

Ana berasa kasihan, lalu dia memberikan tempat duduknya kepada pelajar
tersebut.

budi bahasa

Ana mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum dia hendak
turun dari bas.

menjaga keselamatan Ana meneruni tangga bas dengan berhati-hati

Anda mungkin juga menyukai