Anda di halaman 1dari 1

ULASAN ARTIKEL

Berdasarkan artikel yang bertajuk Great turnout of Scouts in Earth Hour


Singapore yang ditulis olehTan Sijie, Persatuan Pengakap Singapura, artikel ini
menceritakan penglibatan ahli Pengakap Singapura dalam menyokong dan menolong
serta melaksanakan program yang dianjurkan oleh Wild World Federation (WWF)
Singapura iaitu Earth Hour peringkat antarabangsa. Melalui program ini, seramai 1500
ahli pengakap dari seluruh dunia dan 64 orang sukarelawan dijemput untuk
melaksanakan program berkenaan. Tambahan lagi, berdasarkan sejarah penglibatan
Pengakap Singapura, sejak dari tahun 2009 lagi telah memberi sumbangan dalam
melaksanakan aktiviti ini. Aktiviti ini merupakan satu usaha untuk menyedarkan
penduduk bumi untuk menjaga kesejahteraan bumi melalui penjimatan elektrik.

Penglibatan ini adalah bersesuaian dengan undang-undang pengakap
diantaranya yang menyebut pengakap adalah individu yang berjimat cermat. Melalui
program yang dilaksanakan, hal ini jelas menunjukkan bahawa pengakap amat
perihatin akan usaha-usaha untuk mendidik diri dan masyarakat ke arah sikap berjimat-
cermat iaitu dengan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik melalui program Earth
Hour ini. Selain itu, program ini dapat meningkatkan lagi sifat bakti dalam diri ahli
pengakap. Selaras dengan salah satu perkara dalam undang-undang pengakap iaitu
pengakap adalah seorang yang berbakti. Jelas sekali melalui program ini, ia dapat
merapatkan lagi hubungan dan menolong untuk memastikan usaha ini dapat
direalisasikan. Hal ini terbukti melalui artikel, kita dapat melihat bahawa ahli-ahli
pengakap bersatu untuk menjayakan program Earth Hour ini.

Selanjutnya, melalui program yang dilaksanakan oleh Pengakap Singapura
dengan kepercayaan yang diberi oleh WWF Singapura, terbukti program ini berjaya
dilaksanakan dengan sempurna. Perkara ini selaras dengan undang-undang pengakap
iaitu, pengakap seorang yang dipercayai. Untuk mendapatkan kepercayaan dalam
menjalankan program yang besar seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi,
Pengakap Singapura telah menunjukkan satu sikap yang boleh dipercayai oleh badan-
badan yang lain untuk menjalankan program seperti ini. Kesimpulannya, ciri-ciri
pengakap perlu disemat supaya nilai murni dalam diri dapat dikekalkan dan pandangan
masyarakat terhadap organisasi dan penglibatan dipandang tinggi.