Anda di halaman 1dari 82

BAB PERTAMA

Falsafah: Hubungannya
Dengan
Sains, Pemikiran Dan
Etika

Falsafah
Falsafah adalah suatu
usaha untuk manusia
memahami
pengertian interaksi
dengan fenomena-
fenomena alam yang
wujud dan bagaimana
manusia berperanan
dalam mengendalikan
dunia secara aman
dan sejahtera.

Fenomena
alam
Peranan
Pengendalian
pengurusan
memahami
Falsafah
amanah hikmah
akal
falsafah
Mengenali dan memahami
falsafah adalah tanggungjawab
manusia yang diaugerahkan
akal untuk menilai hikmah
kehidupan yang Tuhan
amanahkan kepada manusia
untuk menghargainya dan
melaksanakannya dengan
sempurna.
Melalui falsafah, manusia
dapat menggunakan akal
dengan betul dalam
berinteraksi dengan hati untuk
mengenal hakikat diri.

Falsafah
Hati Akal
Falsafah
Pemikiran berperanan penting dalam
menjana falsafah berdasarkan kepada tiga
topik yang tidak mampu dijawab melalui
pengetahuan biasa.
Topik tersebut terdiri drpd:
Hakikat Alam
Hakikat Kemanusiaan-roh
Hakikat Ketuhanan- keselamatan abadi dan
anugerah

Definisi
FALSAFAH :dibahaskan dalam dua bidang
ilmu iaitu semantik dan praktik.
Falsafah secara semantik bhw ia berasal drpd
dua cantuman perkataan Bhs Greek iaitu
Philo dan Sophia.
Philo bererti cinta atau suka (loving)
manakala sophia pula membawa maksud
pengetahuan @hikmah (wisdom).
Philosophia ialah cintakan kebijaksanaan
@cintakan hikmah.
Org yg cintakan kebenaran dan pengetahuan
dikenali sbg. philosopher dan failasuf


Definisi
Falsafah secara praktik dpt dilihat drpd definisi
menurut kamus dewan; Falsafah ialah
pengetahuan tentang pengertian-pngertian yg
dianggap sbg. Ilmu dasar ilmu-ilmu lain.
Kedudukannya dr aspek teori merupakan disiplin
ilmu yg. Penting serta mampu melahirkan cbg.
Ilmu-ilmu lain spt. Epistemologi, metafizik,
estetika, logik dan etika.
Definisi Falsafah
Dr. segi istilah@terminologi:
Plato: ilmu pengetahuan yg berminat mencapai
kebenaran yg. asli.
Aristotle: ilmu pengetahuan yg. Meliputi
kebenaran yg terkandung dlm ilmu-ilmu
metafizik, logika, retorika, etika, ekonomi dan
politik.
Al-Farabi: ilmu pengetahuan ttg alam maujud
bgmn hakikat yg sebenar.
Pandangan Ahli Falsafah
Bagi Socrates (469-399 SM), falsafah
ialah kajian alam tabii secara teori
untuk mengenal diri sendiri.
Plato (427-347 SM) dan Aristoteles
(384-322 SM) pula menganggap
falsafah sebagai kajian tentang
perkara-perkara azali dan abadi bagi
mengharmonikan kepercayaan mistik
atau agama dengan menggunakan
akal untuk berfikir.
Plato umpamanya bergiat memahami
kebenaran dan kebaikan serta
tanggapan yang lebih betul dan pasti
tentang Tuhannya bagi mengimbangi
kepercayaan Yunani pada zaman
tersebut dengan cuba mencontohi
tuhannya, dan baginya kegiatan
seperti ini wajib dilakukan oleh setiap
manusia yang bersedia untuk
menghadapi hakikat kehidupan dan
kematian.
Al-Kindi (796-873) membahagikan
falsafah kepada tiga cabang iaitu sains
fizik (tingkat terendah), sains
matematik (tingkat pertengahan) dan
sains ketuhanan(tingkat tertinggi)
al-Farabi membahagikan falsafah
kepada dua iaitu teori (meliputi
matematik,fizik dan metafizik) dan
amali (etika atau ilmu akhlak).
Ibnu Sina (980-1037) pula
membahagikan falsafah kepada teori
dan amali seperti pandangan al-Farabi
dan kedua-duanya dihubungkan
dengan Islam serta kajian tentang
kewujudan (hakikat wujud).

Perbezaan Pandangan
Al-Ghazali (1059-1111)
mulanya juga seorang ahli
falsafah yang sama seperti ahli
falsafah yang sebelumnya
tetapi kemudiannya mengecam
ahli falsafah yang tidak
sealiran dengannya sebagai
penyeleweng Islam (digelar
kafir Zindiq) dan
membezakannya dengan
Tasawuf yang dilandasinya
dengan meletakkan akal di
bawah wahyu.
Ibnu Rusyd (1126-1198) pula
meletakkan falsafah sebagai
penyelidikan tentang alam
wujud dan memandangnya
sebagai jalan untuk menemui
Maha Pencipta Segala Ciptaan.
Beliau menentang hebat
pendirian al-Ghazali dan
berhujah bahawa falsafah
tidak bertentangan dengan
agama, malah memantapkan,
mengukuhkan dan
menjelaskan hal-hal agama.
SKOP FALSAFAH
Frost (1962) membahagikan falsafah kepada
13 isu :
1. Tabii alam semesta
2. Tabii Tuhan
3. Kedudukan manusia dlm alam semesta
4. Manusia dan negara
5. Manusia dan pendidikan
6. Konsep jahat dan baik
7. Nasib dan ikhtiar
8. Roh dan kematian
9. Minda dab jirim
10. Idea dan pemikiran
11. Tabii kewujudan
12. Isi sebenar sesuatu benda
13. Metafizik
BIDANG-BIDANG FALSAFAH

Terdapt tiga bidang falsafah :
1. Ontologi, atau teori hakikat/wujud
a) hakikat Tuhan ( teologi/metafizik)
b) hakikat alam semesta (kosmologi)
c) hakikat manusia (psikologi)
2. Epistemologi atau teori ilmu
3. Aksiologi atau teori nilai
a) etika
b) estetika

CABANG-CABANG FALSAFAH
Cabang falsafah :
1. Metafizik
2. Logik
3. Epistemologi
4. Etika
5. Estetika
6. Falsafah khusus :
a) Falsafah Agama
b) Falsafah ilmusains
c) Falsafah hukum
d) Falsafah pendidikan
e) Falsafah sejarah
f) Falsafah politik
g) Falsafah matematik
Samb.
Persoalan falsafah dan agama dikaitkan
dgn persoalan pengetahuan dan ilmu :
1. Pengetahuan merujuk kpd hal2 biasa, yg
dimiliki setiap org.
2. Apabila pengetahuan menjadi tersusun
menurut kaedah dan sistem tertentu, maka
ia meningkat menjadi ilmu/sains.
3. Peranan falsafah dalam menjelesaikan
masalah asasi.
4. Peranan agama utk menyelesaikan masalah
yg tidak dpt diselesaikan oleh falsafah.
ALIRAN FALSAFAH

1.METAFIZIKA
KUANTITI
DUALISME
MONISME
PLURALISME
KUALITI
KEJADIAN
MEKANISME
TETAP
DETERMINISME
SPIRITUALISME
TELEOLOGI
MATERIALISME
INDERMINISME
ALIRAN FALSAFAH
Aliran falsafah :
1. Aliran Metafizik
berkaitan ttg hakikat yg ada di sebalik fizik,
hakikat yg beruba.
a) Monisme : aliran yg mengemukakan
unsur pokok segala yg ada ini adalah
Esa/Satu.
b) Dualisme : aliran yg berpendirian
bahawa unsur pokok sarwa yg ada ini
adalah dua iaitu roh dan benda.
c) Pluralisme : aliran yg berpendapat
unsur asas hakikat kenyataan ini adalah
banyak.





samb.
Dari aspek kualiti, dua aliran tetap dan
kejadian :
a) Spritualisme : aliran yg berpendapat
bahawa hakikat itu bersifat roh.

b) Materialisme : aliran yg berpendirian
hakikat itu bersifat material.

Samb
Aliran kejadian mempunyai aliran :
a) Mekanisme : aliran yg berkeyakinan
bahawa kejadian di dunia berlaku dgn
sendirinya mengikut hukum sebab akibat.

b) Teologi : aliran yg berkeyakinan
bahawa kejadian berhubungan dgn
kejadian yg lain, bukan oleh hukum sebab
akibat, melainkan semata-mata oleh
tujuan yg sama.




Samb
c) Determinisme : aliran yg mengajarkan
bahawa kemahuan manusia tidak
bebas dlm mengambil keputusan yg
penting, ttp sudah terpasti terlebih
dahulu.

d) Indeterminisme : aliran yg
berpendirian bahawa kemahuan
manusia itu bebas dlm erti yg
seluas2nya.

Samb
2. Aliran Etika
terbahagi kpd :

a) Naturalisme : kebahagian manusia boleh
didapati dgn menurunkan panggilan fitrah
kejadian manusia.

b) Hedonisme : perbuatan susila manusia
ialah perbuatan yg menimbulkankenikmatan.

c) Idealisme : perbuatan manusia tidak
terikat pd sebab musabab lahir, ttp didasarkan
pd prinsip kerohanian yg lebih tinggi.







Samb
d) Utilitarisme : menilai baik dan buruk
perbuatan manusia ditinjau dari kecil dan
besarnya manfaat.

e) Vitalisme : menilai baik buruk perbuatan
manusia sebagai ukuran daya hidup.

f) Teologis : berkeyakinan bahawa ukuran
baik buruk perbuatan manusia dinilai dgn
sesuatu yg sesuai dan tidak dgn perintah
Tuhan.

Samb.
3. Aliran Teori Pengetahuan
Golongan pertama mengatakan bahawa
sumber/asal pengetahuan ialah :
a) Rasionalisme : sumber pengetahuan manusia
ialah fikiran, rasional dan jiwa manusia.

b) Empirisme : pengetahuan manusia berasal
drpd pengalaman manusia.

c) Kritisme : pengetahuan manusia itu berasal
dari dunia luar dan dari jiwa/fikiran manusia.


Samb
Golongan kedua mengatakan bahawa
sumber/asal pengetahuan ialah :
a) Realisme : pengetahuan manusia ialah
gambar yg baik dan tepat drpd kebenaran.

b) Idealisme : pengetahuan diperolehi drpd
kejadian dlm jiwa manusia, sedangkan
kenyataan yg diketahui manusia semuanya
terletak di luarnya.

Aliran Falsafah Lain
a) Eksistensialisme : falsafah bertitik tolak pd
manusia yg konkrit.
b) Progmatisme : benar dan tidaknya suatu ucapan,
dalil/teori semata2 bergantung kpd faedah yg
diperolehi bg manusia utk bertindak dlm
kehidupannya.
c) Fenomenologi : hasrat utk mengerti perkara yg
sebenarnya dpt dicapai jika mengamati
fenomena realiti.
d) Positivisme : falsafah sepatutnya membicarakan
mengenai dan berpangkal pd peristiwa positif.
e) Aliran Falsafah Hidup : berfalsafah hanya
mungkin jika akal dipadukan dgn seluruh
keperibadian yg berkaitan dgn pemikiran yg
menurut kehendak hati dan iman.





Falsafah & Sains
Sains Falsafah
Definisi falsafah bertumpukan kepada hikmah atau
pengetahuan,
Definisi sains yang berasal daripada perkataan
bahasa Latin, scientia, yang bermakna ilmu.

Ilmu Pengetahuan
Hubungan Falsafah&Sains
proses memahami kebenaran ilmu dengan mencari
jawapan soalan-soalan berkenaan punca-punca
ilmu, ciri-ciri ilmu, perkara-perkara yang
sememangnya mustahil diketahui (jika ada),
perbezaan antara pengetahuan dengan
kepercayaan, dan kebarangkalian dengan
keyakinan.
status pengetahuan tentang benda dan zat sama
ada ia bersifat lebih pasti daripada pengetahuan dan
berkenaan kesan-kesannya kepada deria atau
sebaliknya.

Falsafah & Sains
Sebagai contoh, untuk menjawab soalan yang
benar-benar diketahui bukan mudah kerana
sudah tentu ada cara yang menimbulkan
keraguan kepada apabila berfikir tentang
sesuatu yang diketahui. Tidak semua yang
difikirkan diketahui. Oleh itu, perlu berfikir.
Dalam hal ini, pengetahuan sains bukan setakat
perkara-perkara yang hanya kelihatan jelas
dengan manusia, tetapi ia juga meliputi status
pengetahuan terhadap bintang, bulan, planet,
dan sebagainya?
Falsafah & Sains
Persoalan-persoalan tersebut memerlukan
jawapan yang berasaskan prinsip-prinsip,
sebutan-sebutan asas dan kaedah-kaedah asasi
sains. Ia secara langsung membahaskan
kedudukan sains sebagai sejenis ilmu.
Oleh yang demikian, sains mempunyai
hubungan dengan falsafah dalam proses
memperolehi sesuatu ilmu melalui beberapa
pendekatan seperti epistemologi dan logik.
Epistemologi
Epistemologi ialah perbahasan tentang teori-teori pengetahuan.
Istilah epistemologi berasal daripada perkataan Latin Yunani
episteme yang bermaksud pengetahuan.
Wahyu
Empirisisme

Intuisionisme

Rasionalisme
Autoritarianisme

Epistemologi

Wahyu
Wahyu merupakan sumber ilmu yang diturunkan
oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul-Nya
untuk disampaikan kepada manusia melalui kitab-
kitab-Nya.

Rasionalisme
Aliran rasinalisme menekankan kepercayaan kepada
kemampuan dan autoriti akal fikiran untuk
menyingkap ilmu dan kebenaran. Aliran rasionalisme
berpendapat bahawa sumber ilmu hanya diperolehi
melalui akal sahaja yang dapat menentukan
kebenaran dan kesahihannya.
Empirisisme
Aliran empirisisme mementingkan pengalaman
pancaindera atau deria sebagai sumber
pengetahuan dan kebenaran. Kaedah yang
digunakan oleh aliran ini ialah apoteriori iaitu
pengetahuan yang diperolehi selepas melalui
pengamatan dan pengalaman.

Autoritarianisme
Aliran ini mempercayai tentang pegangan yang
dibuat oleh sekelompok manusia yang dikenali
sebagai golongan yang berautoriti dalam
menentukan kebenaran sumber pengetahuan.
Intuisionisme
Aliran intuisionisme berpegang kepada
inspirasi atau ilham yang bersifat ghaib
atau subjektif. Antara jenis-jenis
intuisionisme ialah animisme, dinamisme,
mitos, magis iaitu unsur supernatural atau
kuasa ghaib yang luar biasa yang
digunakan untuk kepentingan kehidupan
seharian seperti bomoh.
LOGIK
Istilah logik berasal daripada perkataan Yunani iaitu
logos yang bermaksud pemikiran, pernyataan dan
pengucapan.Selain itu, logik juga dapat didefinisikan
sebagai ilmu yang menyelidiki kebenaran pemikiran
manusia melalui proses analisis dan kuasa
pendalilan.
Kaedah deduksi bermaksud suatu
penyataan yang bersifat kesimpulan atau
rumusan umum kepada penyataan bersifat
khusus.
Kaedah Induksi pula bermaksud penyataan
khusus kepada penyataan umum.
Sebagai contoh, Semua sayur
mengandungi vitamin, vitamin baik untuk
kesihatan, Justeru semua sayur baik untuk
kesihatan.
Sebagai contoh. Ali adalah manusia,
manusia adalah sejenis haiwan yang boleh
berfikir, maka Ali adalah haiwan yang boleh
berfikir.

Bahagian Kedua
PEMIKIRAN
Takrif Pemikiran
Pemikiran dalam bahasa Inggeris dikenali
sebagai thinking iaitu fikir atau renung
dengan menggunakan akal yang diberikan
kepada manusia. Berfikir membawa
maksud menggunakan akal untuk
membuat atau mengambil keputusan yang
wajar dan rasional tentang sesuatu
perkara atau masalah (Mohd. Azhar Abdul
Hamid, 2003) dan (K.J Gilhooly, 1996).
Definisi
Pengertian pemikiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh
pemikiran sangat banyak. E. Moore mengatakan
pemikiran ialah mencari cara penyelesaian masalah
atau hal. Edward de Bono menjelaskan pemikiran
ialah mencipta cara penyelesaian masalah
berdasarkan pengalaman. Anderson pula
menegaskan pemikiran ialah proses
menyusurgalurkan keterangan-keterangan untuk
mengenal pasti masalah. Atan Long menerangkan
pemikiran itu ialah pengolahan bahan-bahan
pengalaman terhadap fenomena atau keadaan yang
sedia ada untuk menghasilkan keputusan (Mohd.
Yusof Hassan, 2000).

Kesimpulan
Definisi-definisi yang dikemukakan ini
menunjukkan pemikiran ialah proses ke
arah penyelesaian masalah. Proses
tersebut memerlukan fikiran berdasarkan
kemampuan otak, pengalaman dan
pembacaan sendiri. Kesimpulannya,
dalam proses pemikiran terdapat tiga
perkara utama iaitu masalah, pemikiran
dan penyelesaian (Mohd. Yusof Hassan,
2000).
Perbezaan konsep pemikiran dari
perspektif Islam & Barat
Pemikiran dan fungsi akal pada pandangan Islam
berbeza dengan sarjana Barat. Sarjana Barat
berkeyakinan bahawa berfikir hanya ditentukan oleh
persepsi dan tanggapan diri manusia.
Sarjana Islam sebaliknya mengatakan fikir berasal
daripada bahasa Arab yang digunakan secara meluas
dalam al-Quran. Perkataan fikr yang digunakan dalam
al-Quran disebut dalam bentuk fi'il madhi
menggambarkan amalan atau aktiviti berfikir sama
seperti dengan amalan atau aktiviti jasad fizikal yang
lain hanya berfikir merupakan aktiviti akal yang tidak
nampak secara lahiriah
samb
Menurut Ibn Khaldun dalam Mukadimah
mengatakan berfikir merupaka kesedaran
dalam diri seseorang tentang hal yang
dianggap suatu yang khusus dimiliki oleh
makhluk-makhluk yang hidup sahaja (Mohd.
Yusof Hj. Othman, et.al. 1999).
Makhluk haiwan berkeupayaan menganggapi
segala fenomena yang berlaku di luar dirinya
dengan perantaraan pancaindera yang
dianugerahkan oleh Allah S.W.T. iaitu
pendengaran, penglihatan, penghiduan, deria
rasa dan sentuhan.
samb
Makhluk haiwan berkeupayaan menganggapi
segala fenomena yang berlaku di luar dirinya
dengan perantaraan pancaindera yang
dianugerahkan oleh Allah S.W.T. iaitu
pendengaran, penglihatan, penghiduan, deria
rasa dan sentuhan. Manusia mempunyai
kelebihan daripada makhluk yang lain kerana
mereka boleh menanggapi sesuatau dari luar
diri melalui kemampuan berfikir, mewujudkan
imaginasi sesuatu perkara berdasarkan
kepada analisis dan sistesis.
KELEBIHAN MANUSIA
Manusia mempunyai kelebihan
daripada makhluk lain kerana
boleh .........rujuk rajah
Berfikir merupakan sentuhan
imaginasi dan aplikasi untuk
melakukan analisis dan sintesis
sejajar dengan firman Allah
S.W.T yang bermaksud:
Katakanlah : Dialah yang
menciptakan kamu dan
menjadikan bagi kamu
pendengaran, penglihatan dan
afidah (kebolehan untuk
berfikir). Tetapi amat sedikit
kamu bersyukur.(Al-Mulk, 23).

pemikiran
penyelesaian
masalah
sintesis
analisis
kemampuan berfikir
Menurut Ibn Khaldun lagi, fuad merujuk kepada
kemampuan berfikir mempunyai beberapa tingkatan
iaitu :

(i)tingkat pertama, pemahaman intelek
manusia terhadap segala sesuatu yang
berada di luar alam semesta, iaitu
tanggapan diri. Tingkat ini membolehkan
akal melakukan perbezaan antara baik dan
buruk untuk dimanfaatkan dalan
kehidupan mereka.

Peringkat 2
kemampuan berfikir yang menyediakan
manusia dengan segala idea dan perilaku
yang diperlukan dalam perhubungan
dengan persekitaran. Kemampuan berfikir
sejenis ini diperolehi melalui pengalaman
yang dirasakan benar-benar bermanfaat
kepada manusia. Ia juga dikenali sebagai
intelek eksperiman.

Peringkat 3
tingkat ketiga, kemampuan berfikir yang
melengkapkan manusia dengan pengetahuan
(ilmu) atau pengetahuan andaian (dzann)
tentang sesuatu objek yang berada melampaui
persepsi pancaindera tanpa perantaraan
pengalaman hidup. Hal seumpama ini dikatakan
intelek spekulatif (al-aql an-nadzari). Intelek ini
mengandungi tanggapan (perception) tasawwur
(worldview) dan tashdiq.
Peringkat 3
Pada peringkat ini, seseorang itu mampu
membuat perbandingan dan
penggabungan antara beberapa
pengetahuan untuk menghasilkan
pengetahuan baru seperti yang terungkap
dalam pendapat al-Ghazali : Ketahuilah,
berfikir itu ialah menghadirkan dua
makrifah dalam hati yang dapat
mengeluarkan makrifah yang ketiga.


Peringkat 4
tingkat terakhir, tingkat untuk
memberikan tanggapan tentang wujud
mengikut pelbagai kepintaran, perbezaan
sebab musabab dan punca. Kemampuan
berfikir pada tahap ini menunjukkan
pemikiran tersebut sudah mencapai
kesempurnaan dalam realiti, intelek yang
murni dan jiwa yang berperseptif (Mohd.
Yusof Hj. Othman, et.al. 1999).

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMIKIRAN
Emosi
Pengalaman

Nilai

Pendidikan

FAKTOR
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMIKIRAN
Pendidikan
adalah proses yang diperolehi melalui
pengetahuan. Pengetahuan adalah
salah satu asas komponen pemikiran
yang menyediakan bahan atau tajuk
untuk difikirkan.
Sebagai contoh, pemikiran dalam nilai
dipengaruhi dengan tingkah laku atau
sikap yang dikategorikan baik atau
buruk. Operasi pemikiran yang khusus
untuk nilai mungkin berbeza daripada
operasi untuk bahasa dan sejarah.
Oleh itu, berfikir dengan bijak
memerlukan pengetahuan tentang
ilmu yang dibincangkan. Oleh itu,
pendidikan memainkan peranan
penting dalam membina pengetahuan
dalam proses pemikiran.

Emosi yang positif
seperti motivasi, emosi dan dorongan
boleh merangsang seseorang untuk
berfikir dalam memahami erti
kehidupan dengan lebih komprehensif.
Oleh itu, emosi yang positif dapat
dibentuk melalui pemikiran yang
berdikari, pengesanan pengetahuan
dan objektif serta kesediaan untuk
mencuba dalam kehidupan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMIKIRAN
Nilai
Nilai berperanan penting dalam
membentuk sikap seseorang.
Sikap yang baik dipertingkatkan
dengan pengolahan pemikiran
terhadap sesuatu nilai tingkah
laku yang dibentuk. Ia dapat
melatih seseorang berfikir dalam
bertindak secara toleransi
terhadap kesangsian, mencari
sumber maklumat yang diterima,
menghargai sumber maklumat
yang diperolehi, sanggup mencari
pelbagai alternatif yang berlainan
dan lebih suka menimbangkan
keputusan yang pelbagai.

Pengalaman
Berfikir melalui proses
perkembangan yang membawa
kepada pengalaman dalam
kehidupan. Melalui pengalaman
manusia akan menjadikan
pengalaman tersebut sebagai
panduan dalam mengendalikan
kehidupan. Oleh itu, pengalaman
dapat membantu manusia dalam
menangani situasi berfikir yang
kompleks dan inovatif.

ALAT-ALAT BERFIKIR
Alat-alat berfikir diperkenalkan oleh Edward de
Bono melalui program yang dinamakan CORT
iaitu Cognitive Researh Trust dan diterangkan
dalam bukunya Direct Attention Thinking Tools.
Program ini mengandungi 10 alat berfikir yang
bertujuan memperluaskan persepsi pemikir,
mempertingkatkan pemikiran kreatif, konstruktif
dan kritikal dan membantu menyelesaikan
masalah.
CAF
ConsiderAll Factors
(Pertimbangkan semua faktor)

C&S -
Consequence and Sequel
(Kesan dan akibat daripada kesan)

AGO
Aims, Goals, Objectives
(Tujuan, matlamat, objektif)

FIP
First Important Priorities
(Perkara-perkara yang diberi
keutamaan)

APC
Alternatives,
Possibilities,
Choices
(Alternatif,
kemungkinan,
pilihan)

OPV
Other People's Views
(Pandangan orang lain)

Rules- (Peraturan)

Planning
(Perancangan)


Decisions
(Keputusan)

PMI
Plus,
Minus,
Interesting
Kebaikan, keburukan, menarik
ALAT-ALAT BERFIKIR
PMI
Digunakan untuk menilai sesuatu idea dari segi kebaikannya, keburukannya an apa yang menarik tentang idea
tersebut
Mengelakkan pemikir dari terlalu cenderung terhadap pemikiran beremosi atau yang bersifat negatif
Dapat membuat penilaian dengan objektif
Dengan membuat PMI kita berupaya mengasingkan apa yang baik, apa yang buruk, dan apa yang menarik
seterusnya berupaya membuat perbandingan antara ketiga-tiga perkara tersebut dengan jelas dan teratur
Perkara yang baik tidak semestinya baik atau buruk tetapi sesuatu yang boleh dipertimbangkan.
Contohnya:Anda bercadang untuk membeli satu unit pangsapuri mewah di tengah bandar. Buat PMI tentang
cadangan ini.
P (Kebaikan) M (Keburukan) I (Menarik)
Harga seunit pansapuri lebih
murah daripada harga
sebuah rumah di kawasan
yang sama
Latihan PMI
Antara cara-cara yang mungkin mampu
menyelesaikan masalah kemalangan
jalanraya yang semakin meningkat adalah:
A) Kurangkan had laju
B) Hukuman yang lebih besar
C) Adakan kempen kesedaran tentang
kepentingan keselamatan jalanraya
membuat keputusan
(decisions making),
membina konsep
(conceptualizing).
menganalisis isu
(issues analyzing)

menyelesaikan masalah
(problem solving),

STRATEGI
BERFIKIR
ALIRAN-ALIRAN PEMIKIRAN DALAM MEMBENTUK
TINGKAH LAKU
Aliran pemikiran
bergantung kepada
persepsi seseorang
terhadap isu atau
situasi yang dihadapi
dan alternatif
penyelesaian masalah
yang diambil. Ia
bergantung kepada
seseorang
menyelesaikannya
berdasarkan kepada
pengalaman, tahap
intelektual dan
rujukan persekitaran.
Justeru terdapat
empat aliran
pemikiran yang wujud
iaitu:

PEMIKIRAN
Naturalisme

Emotivisme

Intuisionisme

Rasionalisme

Pemikiran Naturalisme
Aliran pemikiran naturalisme ialah seseorang yang berfikir dengan
menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku. Golongan ini
sentiasa berfikir dengan melihat objek pada keadaan sebenarnya
tanpa mempersoalkan hakikat atau sebab-sebab kewujudan sesuatu
isu.
Manusia yang mempunyai pemikiran ini juga akan hidup tertekan
kerana sentiasa mengelak daripada mengetahui punca-punca yang
berlaku sesuatu isu dan tidak dapat mengeluarkan pandangan
terhadap sesuatu yang berlaku.
Sifat pemikir aliran ini juga sentiasa merendahkan diri, tidak suka
berinteraksi dengan orang lain, tidak bermotivasi dan kurang
berusaha. Sifat-sifat tersebut membentuk diri pemikir golongan ini
berjiwa lemah dan tidak bermaya serta menghalang usaha dalam
mencapai kehidupan yang lebih sempurna.

Pemikiran Emotivisme
Golongan pemikiran ini berasaskan kepada emosi yang
membangkitkan perasaan terhadap sesuatu objek atau situasi.
Perasaan ini boleh wujud sama ada gembira atau benci. Perasaan
gembira merujuk kepada perkara yang menyenangkan, disetujui
dan puas hati.
Sebaliknya perasaan benci wujud apabila keadaan yang tidak
menyenangkan, cemburu, marah dan iri hati. Oleh yang demikian,
aliran pemikiran emotif merujuk kepada manusia yang bertindak
mengikut perasaan atau emosi tanpa melihat kepada fakta atau
bukti.
Sifat-sifat orang yang mempunyai pemikiran emotif ialah agresif,
pendiam, mudah tersinggung dan tahap cemburu yang tinggi.
Mereka juga sentiasa menghadapi tekanan emosi dan rasa
keberatan untuk bergaul dengan orang lain. Walau bagaimanapun,
golongan ini juga mempunyai nilai positif seperti sentiasa berusaha
memperbaiki kelemahan diri untuk mendapatkan perhatian orang
lain, bertanggungjawab dan mengambil berat tentang orang lain
serta serius terhadap kerja yang dilakukannya.

Intuisi bermaksud suatu proses melihat dan
memahami sesuatu perkara secara intelektual.
Orang beraliran intuisi ini biasanya bertindak
mengikut bisikan hati kecilnya. Pemikiran dan
perasaan hanya menggunakan maklumat atau apa
yang ada di depan matanya.Unsur intuisi boleh
melahirkan perasaan dalaman yang lebih
bermakna dengan mengikut pengetahuan dan
kefahaman individu. Dalam hal ini menunjukkan
bahawa pemikiran instuisi mempunyai kaitan
dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia
ada. Hasil instuisi adalah refleksi atau respon
separuh sedar terhadap objek dalam
menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud.
Pemikiran Intuisionisme

Golongan pemikiran rasionalisme sentiasa berfikir
sesuatu dengan waras dan logik. Pendekatan jenis
rasional menekankan nilai-nilai seperti kebenaran,
manfaat dan logik tentang sesuatu perkara. Aliran
pemikiran ini juga mewujudkan pengalaman, logik dan
penghayatan rohani terhadap ciptaan Tuhan.
Golongan ini sentiasa berusaha mencari bukti dan
kebenran. Mereka sentiasa berfikir untuk memperbaiki
diri untuk mencapai kejayaan dan berbahas tentang
isu-isu yang dapat meningkat pengetahuan dalam
perkara-perkara yang ditemuinya. Namun mereka
sering kali membawa kebosanan dalam persahabatan
kerana mereka lebih mengutamakan sifat meneroka
dan memperolehi pengetahuan baru dalam kehidupan
mereka.

Pemikiran Rasionalisme

Bahagian Ketiga
ETIKA

Perkataan etika berasal
daripada perkataan Greek
iaitu ethos yang membawa
maksud perangai, cara
hidup atau adat resam.

Etika merupakan sebahagian daripada bidang falsafah
yang berkaitan
dengan kehidupan yang baik,
menjadi orang baik,
melakukan perkara yang betul,
dapat bergaul dengan orang lain
dan memerlukan perkara yang betul dalam hidup.
TEORI
TINGKAH LAKU
MANUSIA
BAIK & BURUK AKAL
Istilah Perbuatan
Manusia
Etika bermaksud
satu ukuran dan piawaian
yang digunakan untuk
membezakan kelakuan seseorang
sama ada baik atau buruk,
menyenangkan atau
tidak menyenangkan.

Moral boleh ditakrifkan
sebagai tingkah laku atau
amalan yang sejajar dengan
tatasusila dan undang-undang
masyarakat.

akhlak bermaksud
keadaan jiwa
yang menerbitkan
tingkah laku
dan perbuatan manusia.
Konsep Akhlak

Etika daripada
perspektif Islam
dikenali sebagai
akhlak berasal
daripada perkataan
bahasa Arab jamak
kepada perkataan
khuluq.
Pengertian akhlak
menurut bahasa
bermaksud tabiat,
adat maruah, sifat
semula jadi dan
gambaran batin
seseorang.


Menurut Ibn Miskawaih
akhlak ialah keadaan jiwa yang menggerakkan
seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan
tanpa pertimbangan fikiran. Ia terbahagi kepada
dua bahagian iaitu

Akhlak
natural atau tabii
seperti perasaan
cepat marah
melalui latihan
dan kebiasaan
pertimbangan dan
pemikiran
yang teliti.

mempraktiskan seseuatu kebaikan
sehingga menjadi kebiasaan
dalam amalan hidup seseorang

Menurut al-Ghazali
mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang
membentuk perbuatan dengan mudah dan tidak memerlukan pertimbangan
fikiran terlebih dahulu


aspek luaran yang
melibatkan tingkah laku
yang dilakukan bukan
kerana tekanan emos
atau desakan-desakan
luar seperti paksaan.

sesuatu perbuatan yang
dikehendaki menjadi tabiat
perlu diamalkan secara
berterusan agar ia menjadi
sebati dalam kehidupan.


aspek batin atau
keadaan jiwa
seseorang sebagai
tenaga penggerak
kepada pembentukan
tingkah laku
PEMBAHAGIAN ETIKA
Ahli falsafah
mengklasifikasikan
etika
Deskriptif Normatif
Etika Deskriptif
Etika ini merupakan satu disiplin yang membicarakan sejarah sistem
moral. Ia akan menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat
pelbagai sistem moral yang relatif. Contohnya seperti kepada orang
Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu mempunyai fahaman yang
tersendiri berdasarkan perbezaan individu, masa, tempat, dan
keadaan.

Individu
Meta Kerja
Gunaan
Sosial
Deskriptif
Etika Deskriptif
individu

Sosial Gunaan Kerja Meta
melihat kepada
sifat seseorang
dalam menjalani
kehidupan
seharian.
Seseorang
individu perlu
memiliki
kehidupan yang
sederhana, tidak
lalai daripada
beribadat, tidak
suka membuang
waktu kepada
yang tidak
berfaedah, dan
sangat suka
memerhatikan
buku-buku agama

menjelaskan
bahawa perlakuan
individu
seharusnya
berhubung kait
antara alam sosial
dengan individu.
Berhubung itu,
etika sosial
menerangkan
tentang hubungan
dengan
persekitaran sosial
dari aspek
kejiranan dan
perhubungan
mesra antara satu
sama lain.

melibatkan
analisis ke atas
isu-isu khusus dan
kontrovesi dalam
pelbagai bidang
seperti bisnes,
perubatan dan
alam sekitar. Ia
cuba mencari
penyelesaian ke
atas masalah-
masalah dengan
menggunakan
pelbagai konsep
dalam kedua-dua
etika meta dan
normatif.


sebagai panduan
tingkah laku
dalam
menguruskan
kehidupan secara
sistematik. Ia
amat penting bagi
memastikan
urusan yang
dijalankan
mengikut
perancangan yang
telah ditetapkan
dalam sesebuah
organisasi.

Meta bermaksud di
sebalik apa yang
dapat diliat secara
kasar di mana ia
mengkaji asal-usul
serta maksud
konsep-konsep etika
melalui luahan
manusia dan emosi
seseorang. Ia
tertumpu kepada isu-
isu kebenaran
sejagat, kuasa
Tuhan, peranan akal
dan makna istilah
etika. Etika ini juga
fokus kepada isu-isu
metafizikal,
psikologikal dan
linguistik yang
menjadi konsep yang
tidak dapat dilihat
secara kasar.

Etika Normatif (normative ethic )
Bahagian ini berkaitan kritikan dan penilaian
terhadap sistem moral sekaligus mencadangkan
satu sistem yang standard bagi semua golongan.
Etika normatif mengemukakan banyak teori dalam
memperkatakan perilaku manusia sama ada baik
atau buruk.
Namun yang kebanyakan etika yang digunakan
hari ini ialah teori deontologikal yang berasaskan
kepada tindakan seseorang dan teori teleologikal
yang berdasarkan kesan tindakan tersebut.
Aliran-Aliran Etika
Aliran Intuisi
Aliran
Adat-kebiasaan

Aliran teologi

Aliran Intuisi

Pengalaman manusia dan kebolehan
mengetahui sesuatu tanpa berfikir dan mengkaji
serta penggunaan akal telah dianggap oleh
segolongan ahli fikir sebagai kriteria yang boleh
dinilai sebagai suatu perkara yang betul atau
salah.
Aliran ini berpendapat bahawa setiap manusia
itu mempunyai kekuatan naluri batin yang dapat
membezakan baik dan buruk dengan hanya
melihat sahaja. Kekuatan ini berbeza pada
setiap masa dan keadaan.

Aliran Adat Kebiasaan
Aliran ini menerangkan bahawa
tingkah laku manusia turut
dipengaruhi oleh adat kebiasaan
sebuah bangsa dan masyarakat. Ini
berlaku disebabkan faktor persekitaran
adalah pendidikan tidak formal yang
menyumbang pembentukan tingkah
laku.

Aliran etika teologi merupakan aliran
yang berkeyakinan bahawa ukuran baik
dan buruknya perbuatan manusia itu
dinilai daripada kesesuaiannya dengan
perintah tuhan. Terdapat beberapa aliran
dalam etika yang terkandung dalam
agama-agama yang terdapat di dunia
seperti Islam, Kristian, Buddha dan
Hindu.

Aliran teologi

FAKTOR-FAKTOR YANG
MENENTUKAN ETIKA

Etika
Penentu Pengukur Objektif
Tuhan Masyarakat Individu
Undang
Sejagat
Keperluan
Masyarakat
Individu
Tuntutan
Tuhan
Kepentingan
Masyarakat
Kehendak
Individu
Kepentingan Beretika
Hubungan Falsafah,Pemikiran dan Etika
Dalam Sistem Kehidupan
Falsafah, pemikiran dan etika saling
berhubungan antara satu dengan yang
lain dan tidak dapat dipisahkan daripada
setiap individu. Falsafah akan mengangkat
martabat manusia, memandu ke arah
kehidupan yang sempurna dan menjana
pelbagai tingkah laku yang baik.
Hubungan Falsafah,Pemikiran dan Etika
Dalam Sistem Kehidupan
Pemikiran lebih dekat kepada satu proses
penggunaan akal yang mampu menjana
ilmu supaya berubah mengikut keadaan,
kehendak agama dalam lingkungan
budaya, tradisi dan adat resam sesebuah
masyarakat.


Hubungan Falsafah,Pemikiran dan Etika
Dalam Sistem Kehidupan
Manakala etika memastikan falsafah dan
pemikiran digunakan dengan betul dalam
hubungannya dengan pembangunan diri,
keluarga, masyarakat, negara dan tamadun agar
dunia ini dapat dimakmurkan dengan penuh
tanggungjawab. Ketiga-tiga unsur ini perlu
dilaksanakan secara berterusan dan
bergandingan untuk memastikan pembangunan
serta keterampilan diri, masyarakat dan negara
yang berjaya.

Manusia dan Kehidupan
Manusia diberikan oleh Allah S.W.T. akal dan
fikiran untuk mentadbir kehidupan mereka di
muka bumi. Kelebihan dan keistimewaan akal
yang diberi tidak disia-siakan oleh manusia. Akal
juga telah membantu menyelesai dan menyusun
kehidupan di muka bumi dengan baik dan
sempurna. Jalinan antara akal dan pemikiran
melahirkan pula persoalan falsafah yang indah.

Kehidupan Manusia
Kehidupan manusia penuh dengan kepayahan
seperti kemelaratan sosial, kejatuhan
peradaban, kemelesetan ekonomi, keruntuhan
moral dan kemunduran pendidikan. Justeru,
kelahiran falsafah bukan satu percubaan untuk
menyelesaikan masalah sosial, ekonomi dan
politik tetapi bertujuan memikirkan dengan
penuh hati-hati melalui kaedah yang sistematik
tentang beberapa persoalan dasar tertentu yang
ada kaitan dengan diri dan persoalan mereka.

http://wanbk.page.tl